Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 11 Ogos 2009

Diari - Gembira ...:D

Salam semua,

Pagi tadi, saya risau dan agak kelam kabut bersedia untuk membentang tiga kertas kerja di Mesyuarat MAIS Bil 3/2009. Walaupun ketiga-tiga kertas tersebut telah disiapkan, tetapi perasaan risau tetap ada. Risau kalau ada pertanyaan dari ahli mesyuarat yang tidak dapat dijawab. Malam tadi, saya pulang agak lewat kerana menyemak menyiapkan kertas terakhir.

Satu kertas berkenaan dengan isu hartanah wakaf milik sebuah kolej lama yang dipegang oleh Lembaga Pemegang Amanah Kolej tersebut. Untuk kertas pertama, seorang ahli Majlis yang juga Pengerusi jawatankuasa terbabit menawarkan diri untuk membentang kertas pertama. Kertas kedua berkenaan dengan cadangan pindaan undang-undang persekutuan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri. Semasa pembentangan kertas kedua, saya menjemput beberapa peguam swasta dari Persatuan Peguam Pembela Islam untuk sama-sama berkongsi pandangan mereka di dalam mesyuarat tersebut. Kertas yang kedua ini meminta pandangan daripada MAIS berhubung cadangan pindaan tersebut yang bercanggah dengan Hukum Syarak. Kertas kerja yang ketiga pula lebih menarik, iaitu berkenaan dengan isu penguatkuasaan larangan penjualan arak kepada orang Islam oleh MBSA.

Alhamdulillah, ketiga-tiga paper tersebut, telah dapat saya bentangkan dan diputuskan oleh ahli mesyuarat. Untuk paper pertama, cadangan kami untuk mengadakan pertemuan dengan Lembaga Pemegang Amanah kolej tersebut diluluskan. Untuk paper kedua, cadangan untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan cadangan pindaan kepada undang-undang persekutuan tersebut juga diluluskan. Bagi paper ketiga, cadangan supaya MAIS menguatkuasakan tindakan terhadap orang Islam yang meminum arak. menjual, mengedar, menawar untuk dijual, mempamer, dan yang bersangkutan, diluluskan oleh Mesyuarat. Ini bermakna, MAIS dan JAIS akan melaksanakan tangkapan dan pendakwaan terhadap mana-mana orang islam yang didapati minum arak/ menjual/membeli arak, seperti diperuntukkan di dalam seksyen18 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Gembira tak terkata, sebab lega sangat bila dah habis mesyuarat. Tetapi kegembiraan itu tak lama, sebab habis mesyuarat aje, dah diminta untuk membuat program muzakarah berkenaan dengan cadangan pindaan tersebut pada 27/8/2009 oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS dengan menjemput wakil-wakil daripada semua Majlis Agama Islam Negeri. Beliau turut meminta saya menyelaras taklimat yang dibuat oleh JAKIM pada 20/8/2009.

Pada sebelah petangnya, saya sempat berkongsi kegembiraan bersama sahabat baik saya yang baru dianugerahkan Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya setelah lima (5) tahun bersusah payah menghabiskan tesis beliau. Tahniah atas kecemerlangan anda, dan teruskan menimba ilmu pengetahuan.

Kegembiraan hari ini tidak berakhir di situ. Saya sempat menziarahi seorang sahabat di Puchong kerana mengalami alahan teruk akibat 'buatan orang'. Alhamdulillah., walaupun nampak pucat, kerana beberapa kali kena masuk air kerana tak lalu makan dan muntah-muntah, tetapi dia tetap jelita, dan bertambah jelita kerana telah turun 13kg tanpa berdiet!. Allah Maha Adil.

Saya dan beberapa sahabat lain yang turut serta pada mulanya berhasrat untuk makan malam di Johnny's.

"Selalu kalau ada Jusco, adalah Johnny's,"kata saya.

Namun niat kami teertangguh kerana di Jusco IOI Mall Puchong tak ada restoran Johnny's.

"Kita makan kat Gembira jer lah Hani," cadang seorang sahabat. "Kat situ meehon gorengnya sedap," katanya lagi. "Ok jer.." balas saya.

Akhirnya, kami berempat makan di Restoran Gembira, yang terletak di seksyen 3 Shah Alam. Alhamdulillah, memang sedap makanannya, dan kami berempat makan dengan gembira. Lepas sampai umah, walaupun rumah bersepah, sebab hati gembira, buat derk jer laa.. heheheh... Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana memberikan kegembiraan kepadaku, kepada sahabatku dan saudara seislamku yang lain, yang memberikan kami satu ketenangan hati . Sesungguhnya nikmat kegembiraan ini betul-betul satu nikmat yang sangat tidak ternilai, dan mudah-mudahan hari-hari kami yang lain terus dipenuhi dengan nikmat kegembiraan dan ketenangan ini. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi:

Hunny
Shah Alam
10.30 malam

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Alhamdulillah, telah ada usaha berterusan oleh MAIS dan JAIS dalam menangani dan mencegah orang Islam terlibat dengan arak dan gejala buruk yang lain.
Setiap orang Islam wajib menyokong usaha ini, tidak kira apa fahaman politik mereka kerana perintah Allah mengatasi perintah manusia.

Berbalik pasal cerita gembira dan makan di Restoran Gembira - Pak Ngah rasa bukan Restoran Gembira tetapi RESTORAN GUMBIRA - mengaplikasikan sebutan orang dulu - agaknya ikut lagu P.Romli...hehehe..cuba tengok papan tandanya betul-betul.... Pak Ngah selalu juga ke situ - pekena nasi lemak dan teh tarik.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Mudah-mudahan usaha untuk mencegah kemungkaran ini berterusan, untuk generasi akan datang.

Lain kali makan di Gumbira, ajak saya. Boleh saya belanja. nasik lemaknya memang sedap!