Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 3 Februari 2010

Diari - Let's stress out..

Salam semua,

Akibat terlalu stress sehingga mengakibatkan insiden 'kejatuhan' saya pada Jumaat yang lepas, saya berpendapat saya perlu stress out. Caranya, cuti hujung minggu saya habiskan dengan keluarga tersayang di kampung. Isnin petang saya menjadi Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS yang bermula pada jam pm dan berakhir pada jam 7pm. Letihnya, Allah saja yang tahu. Jadi, semalam saya bercuti, kerana rasa nak menghabiskan baki cuti yang ada lagi 41 hari tahun ini. Kalau orang lain mungkin risau sebab tak cukup cuti, saya pula risau macam mana nak habiskan cuti saya yer? Hmmm.. apa pun, hajat di hati saya nak habiskan juga, sebab kalau tak habiskan rugi, HR akan burn ajer, tak leh bawak ke tahun depan. Sementelah, rasa nak take a break dari melihat dan menguruskan fail-fail di pejabat.

Masa yang kosong pada sebeblah paginya, saya isikan dengan mengambil seorang sahabat baik yang bekerja di MAIS di Hospital KPJ SMC yang baru selesai membuat pemeriksaan doktor dan kami makan tengahari bersama sambil membincangkan isu mengenai MAIS. Banyak perkara yang kami bincangkan bersama yang memerlukan kepada tindakan susulan sambil menikmati hidangan tengah hari yang menyelerakan di Restoran Al-Munawwarah, Seksyen 9, Shah Alam. Restoran ini dimiliki oleh Tuan Haji Muhamad Yusof Ong, dahulunya Pegawai Dakwah Muallaf di MAIS, sekarang berniaga sendiri. Sapa-sapa yang berminat nak mencuba masakan Cina yang sedap dan berbaloi-baloi (kerana kuantitinya banyak, dan susah nak dihabiskan), bolehlah hadir ke Restoran beliau di belakang Concorde Hotel, Shah Alam.

Selepas menjamu selera, saya menghantar sahabat saya pulang, dan saya kemudiannya terus ke Tabung Haji di Kompleks PKNS untuk menyelesaikan permohonan untuk mendapatkan buku akaun yang baru. Saya turut mendaftar haji semalam. Tu diaaa... Tahun 2030 baru dapat pergi! Nasib baik umur baru 17 tahun, jadi 20 tahun lagi baru 37, muda lagi.. Hehehehe... Jadi, pada sapa-sapa yang belum daftar haji, eloklah buat segera, kerana sudah tentu lama tempohnya.. Selepas Zohor, saya isikan dengan mendengar penerangan dari seorang ejen insuran di Mdc Donalds seksyen 3 Shah Alam.

Selepas Asar, saya menghadiri perbincangan mengenai pembelian sekeping tanah di Pucong untuk dimajukan sebagai sebuah pusat kebajikan. Saya menerangkan kepada Tuan Tanah tersebut mengenai selok-belok perjanjian yang perlu ditandatangani dan juga kepentingan Surat Ikatan Amanah yang perlu dimeterai di antara pihak Pembeli dan Tuan Tanah, untuk menjaga kepentingan pihak pembeli. Alhamdulillah, Tuan Tanah bersetuju dengan terma-terma yang dibuat dengan beberapa pindaan.

Selepas Maghrib, saya sempat melawat premis sewa sahabat baik saya, Ustaz Amin di Tingkat 1, Blok 2, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam. Ustaz Amin merancang untuk membuka kelas pengajian AL-Quran di tempat tersebut. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di kelas tersebut, maybe penghujung bulan 2 ini. Saya hanya pulang ke rumah sekitar jam 9.30 malam, dengan keadaan badan yang agak letih. Saya baru perasan, sebenarnya saya tidak berehat pun walaupun saya bercuti! Sama jugak macam kerja.. Ahhhh!!!! Nampaknya, objektif asal saya untuk stress out gagal sama sekali... Apapun, semoga Allah merahmati dan memberkati usaha-usaha saya yang cuba men'stress out'kan diri, walaupun kurang menepati sasaran... :) Malam ni, nak pi main badminton... huhuhu..



Hunny Bee Stuck in the Office


Shah Alam

Tiada ulasan: