Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 21 November 2012

Percuma!! Yuran Program Sarjana Muda Al-Quran Wal Qiraat..

Assalamualaikum.

Saya sudah mengantuk, tetapi masih nak tulis entri ini kerana kepentingannya. Dalam hati mengutuk Marsha yang berpakaian tak senonoh di rancangan Propaganza Astro Oasis. Semakin hebat artis, semakin singkat pakaiannya. Nauzubillah min zalik.

Oleh itu, dengan hasrat melahirkan generasi Islam yang berilmu dan memahami Al-Quran, mukjizat tinggalan Nabi kita, saya menyeru kepada pembaca blog ini atau anak-anak atau sesiapa saja yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda Al-Quran wal Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Yuran adalah percuma kerana ditanggung oleh KUIS sendiri. Boleh lihat syarat-syarat penajaan di sini. Untuk syarat-syarat kelayakan bagi program Sarjana Muda, sila view di sini. Untuk kelayakan Diploma, sila view di sini.

Meh ramai-ramai mohon di KUIS. Rugi tak mohon! Kalau saya boleh mohon, alangkah bagusnya!

Pemandangan KUIS dari arah tasik

"Ilmu Pelita Hidup"
Nurhani
Bandar Sri Putra

2 ulasan:

Nai @ TPJ berkata...

Nak mohon gak la..

ejaMaria berkata...

Marsha bukan muslim... dia peduli apa... yg tak betul 'penerbit' rancangan - tak kan tak sensitif...