Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 22 Disember 2011

Diari : Wanna be healthier..

Assalam semua,

Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 yang penuh sejarah, suka, duka, gembira, sedih. Sama juga dengan aku, tahun ini banyak peristiwa besar yang berlaku pada aku. Penghijrahan ke KUIS dengan tanggungjawab yang lebih besar untuk mendidik remaja bagi mempersiapkan mereka untuk survive pada zaman mereka, kepulangan ayahanda tercinta ke pangkuan Ilahi, perkahwinan dua adik lelakiku serentak pada 12.12.11, pertunangan  dan perkahwinan tiga orang sepupu rapat, kembara ke bumi Aceh, kota Bandung dan Ho Chi Minh City, Vietnam, serta seribu satu macam peristiwa lain.

Anyway, aku harap, semua pengalaman yang aku tempuh, lebih menjadikan aku insan yang tabah, sabar, sentiasa berfikiran positif dan terus mahu melakukan yang terbaik dan terus berkhidmat untuk agama, keluarga, dan ummah. Azam aku tahun hadapan, mau menjalani kehidupan yang lebih sihat, demi menjana aqal yang sihat, yang lahir hasil dari tubuh badan yang sihat. Amin, allahumma amin. Mudah-mudahan Allah maqbulkan niat baik aku. Sila sokong saya ok..:)

"Satu Impian"

Nurhani
Bandar Sri Putra
Kajang