Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 30 Disember 2009

Idea mencurah - Antara dua cinta

Salam semua,

Saat saya menulis entry ini, anak saudara saya Iman masih sedang asyik menonton channel 9 yang menyiarkan program hiburan Idola Kecil. Program tersebut adalah satu program realiti seperti Akademi Fantasia, yang disertai oleh kanak-kanak yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kanak-kanak ini perlu berlakon dan menyanyi lagu yang ditentukan. Pemarkahan adalah berdasarkan undian secara SMS atau pemarkahan oleh juri yang dilantik.

Kebanjiran program2 realiti pada masa kini menyebabkan saya tertanya-tanya bagaimanakah rupanya bentuk hiburan yang akan wujud dalam tempoh 10 tahun akan datang? Tentunya lebih hebat, lebih melalaikan, lebih banyak "X" factor, lebih banyak masa yang terbuang dan dihabisi dengan menonton program-program seumpama ini. Itu belum dikira duit yang habis kerana menghantar SMS untuk membuat undian terhadap peserta yang diminati.

Peserta-peserta semuda 11 tahun diajar menari, berlakon, menari dan berkomunikasi dengan penonton dan membiasakan diri dengan pentas. Mereka turut diajar berpakaian yang menjolok mata, singkat dan mendedahkan aurat. Alah bisa tegal biasa. Mula-mula mungkin mereka segan, tetapi lama-kelamaan mereka tentu rasa ianya biasa sahaja. Mereka turut diajar dengan dunia penuh glamour sebagai seorang selebriti dan penghibur yang sentiasa diburu peminat. Penonton-penonton yang fanatik pula mula meniru gaya berpakaian si penghibur. Kononnya updated.

Itulah rupa sebenar dunia, walaupun mungkin hanya sekelumit daripada dakinya. Manis dan melalaikan. Penuh suka ria dan penuh nikmat yang dibajai dengan cinta yang mengasyikkan. Oleh itu, kita mesti mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membimbing kita dan akal kita bagi melawan nafsu cintakan dunia, dan mengutamkan dunia, tetapi melupakan akhirat. Teringat pesanan seorang sahabat, kalau mahu jadi baik, besarkan (utamakan) akhirat. Mudah-mudahan kita semua termasuk di dalam golongan orang yang membesarkan akhirat. Amin.

Langsung ingin saya petik lirik lagu antara 2 cinta nyanyian kumpulan The Zikr, yang relevan dengan entri ini:-


Apa yang ada

Jarang disyukuri

Apa yang tiada

Sering dirisaukan

Nikmat yang dikecap

Barukan terasa

Bila hilang

Apa yang diburu

Timbul rasa jemu

Bila sudah di dalam genggaman.



Dunia ibarat

Air laut

Diminum hanya menambah haus

Nafsu bagaikan fatamorgana

Di padang pasir

Panas yang membahang

Disangka air

Dunia dan nafsu

Bagai bayang-bayang

Dilihat ada

Ditangkap hilang..



Tuhan leraikanlah dunia

Yang mendiam di dalam hatiku

Kerana di situ tidak ku mampu

Mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu

Ku harap subur

Dibajai bangkai

Dunia yang ku bunuh


Lagu : Antara dua cinta

Genre : Nasyid

Penyanyi : The Zikr

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Kg Raja Musa

Kuala Selangor

Diari - Judgment of Kalimah Allah's case

SEGERA – URGENT!

Sila ambil maklum dan hebahkan kepada mereka yang ingin hadir hari ini Rabu 30hb Disember 2009 (Pronouncement of Judgement on the “KES KALIMAH ALLAH” at the High Court).

Pembacaan keputusan penghakiman kes kalimah Allah yang dihebahkan akan dibuat pada hari ini telah ditangguhkan ke esok Khamis 31hb Disember 2009 pukul 3.00 petang di Mahkamah Tinggi Sivil 2, Aras 4, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Tolong hebahkan kepada yang lain. Datang ramai-ramai beri sokongan.


"Memartabat undang-undang Syariah"

Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor

Selasa, 29 Disember 2009

Diari - Sayonara Cherating..

Salam semua,

Pagi ini jam 9 pagi, semua anggota batalion dah riuh rendah sibuk mahu turun ke laut. Kononnya nak mandi laut pulak, setelah puas berenang di pool.

"Jom lah Cik An. Last! Last!," Kakak saya mengajak. Anak-anak saudara saya sudah bersiap sedia dengan pakaian renang masing-masing.

Saya mengambil keputusan untuk tidak join aktiviti renang ke sekian kalinya di Cherating. Rasa macam sakit-sakit badan selepas berenang dengan gaya tersendiri: kuak dada, kuak terlentang, kuak kupu-kupu, etc... hehehe..

Apapun, 3 hari di Cherating memberikan satu pengalaman yang tersendiri. Berehat bersama keluarga tercinta sememangnya perkara yang memberikan ketenangan dan kebahagiaan. Lumrah manusia, ingin dicintai dan mencintai. Cintai keluarga kita, yang menyayangi kita dengan cara tersendiri. Sayangi mereka semasa kesempatan masih diberi Allah. Semoga cinta kepada keluarga kita mendekatkan kita kepada cinta yang hakiki Allahu azza wajal dan KekasihNya Rasulullah SAW. Amin. Sayonara Cherating!

Sudut untuk ku berkarya.


"Love Allah, love your family"

Nurhani
Cherating Bayview Resort
Kuantan

Isnin, 28 Disember 2009

Diari - Bengang...



Salam semua,

Sesungguhnya aku telah hampir menyiapkan satu entry bertajuk The Negotiator.. dah nak ayat terakhir... Tapi disebabkan tersilap tekan kekunci, dan menaip tanpa cahaya lampu (sebab diorang dah nak tido, takut ganggu) tetiba bila aku tengok skrin balik, tinggal perkataan terakhir jer yang ada kat dalam draft.. Karangan panjang aku dah tak ada.. Warghhhh!! Cerita ku tadi itu telah lenyap!!! Dah la tak ada button UNDO dalam ni!! Aku cuba bukak dashboard dan tengok kat draft, tapi dah tak ada!!!! Argggggghhhhh!!!! Bengangnyer!! Wasting time!!! Bengang!!!


"Mengapa aku diuji sebegini?"

Hunny


Cherating Bayview Resort



Kuantan Pahang.

Ahad, 27 Disember 2009

pEGUAM mENULIS - kES KALIMAH ALLAH


Salam semua,

Suka saya untuk menyampaikan pesanan sahabat NGO saya, Dato Dr Haji Mustapha Ma kepada umat Islam supaya dapat menghadiri pengisytiharan Keputusan kes kalimah Allah yang telah ditetapkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur iaitu bersamaan hari Rabu, 30hb Disember, 2009 pada jam 2.30 p.m.

Berikut adalah pesanan beliau:-

Dear Brothers & Sisters,

BismillahHirRahmanN irRahim. Assalamualaikum w.b.t.
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431 & MA’AL HIJRAH 1431.
WISHING YOU AND FAMILY A VERY HAPPY, HEALTHY AND PROSPEROUS NEW YEAR 2010 INSYA ALLAH.

I wish to take this opportunity to appeal for your personal as well as your members attendance at the forthcoming Pronouncement of Judgement on the “KES KALIMAH ALLAH” at the High Court, Jalan Duta, Kuala Lumpur Insya Allah on Wednesday, 30th December, 2009 at 2.30 p.m.

We need your physical presence and moral support to show Muslim solidarity against wanton attacks on the sanctity of Islam through the abuse of the Civil Court System.

Wassalam

Dato’ (Dr.) Haji Mustapha Ma

President MACMA MALAYSIA

Adalah amat penting bagi kita untuk mempertahankan kalimah Allah ini ekslusif hanya untuk agama Islam sahaja, dan orang Islam sahaja, untuk mengelakkan kalimah tersebut digunapakai oleh agama selain Islam. Ini penting supaya generasi umat Islam terkemudian tidak terkeliru bahawa seolah-olah Allah yang kita sembah dan taati adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh penganut agama bukan Islam. Dari sudut perundangan pula, permohonan supaya agama lain boleh turut sama menggunakan kalimah Allah ini oleh sebuah gereja katholik amat-amat tidak wajar kerana mahkamah sivil tidak sepatutnya membicarakan permohonan ini langsung kerana perkataan Allah ini tidak boleh dibicarakan langsung kerana termasuk di dalam perkara yang dikategorikan sebagai 'non justiciable' (perkara yang tidak boleh diberi justifikasi) .Jom sama-sama hadir dan penuhkan Mahkamah Tinggi Jalan Duta KL sebagai tanda menyokong perjuangan memartabat Islam dan syariah.


"Memartabat undang-undang syariah"

Nurhani

ChErATING sEA bAYVIEW

kUANTAN, PAHANG.

Diari - Akhirnya aku akur...

Salam semua,

Setelah lama tak update blog, disebabkan kesibukan dengan karier dan tambahan pula mindaku tiba-tiba seolah-olah diserang virus kebuntuan mengarang artikel-artikel yang ringkas tetapi memenuhi citarasa pembaca, walaupun aku tak pasti apa citarasa pengunjung blogku.

Rasa macam blank jerr... Buat kerja pun macam serba tak kena ajer.. Rasa macam tak bersemangat. Macam ada sesuatu yang tak kena.. Rasyid, pembantuku, beberapa kali menyarankan padaku untuk mengambil cuti rehat.

"Boss. Ambik la cuti hujung-hujung tahun ni.." ujar Rasyid pada ku.

"Kenapa pulak saya kena ambik cuti? Tetiba jer mintak saya bercuti," tanyaku.

"Sebab, kalau boss ambik cuti, tak la segan sangat saya nak mintak cuti," katanya sambil tergelak kecil.

"Owh. Segan nak cuti rupanya. Jadi saya kena cuti la sebab nak elakkan awak segan mintak cuti la ni," balas aku sambil ketawa. Macam ni pun boleh?

Walaupun aku cuba jugak fokus dengan kerja-kerjaku, tetapi, akhirnya aku akur. I really need a break. Jadi, aku pun memohon cuti daripada Ketua Jabatanku. Tak lama pun. 4 hari ajer. Itu pun menggunakan cuti gantianku yang banyak kerana banyak tugasan lebih masa yang aku terpaksa laksanakan pada tahun ini. Yang menariknya, tahun depan baru aku masuk semula ke pejabat. Yang lagi menariknya, cutiku pada tahun ini masih berbaki 27 hari lagi...



"Syoknya cuti"


Nurhani


Cherating Bayview Resort


Pahang


* Cuti gantian : Cuti yang diperuntukkan kepada pegawai kumpulan pengurusan & profesional sebagai gantian kerana bekerja lebih masa, kerana pegawai A tidak boleh menuntut bayaran bekerja lebih masa.



Bilik kami mengadap ke laut. Tenang dan mengasyikkan. Subhanallah..


Di musim tengkujuh ini, ombak di pantai ini kelihatannya agak kuat juga. Perlu lebih berhati-hati sekiranya ingin mandi.

Kolam renang pun ada. Alternatif untuk yang tidak dapat mandi laut.

Ok juga tempat ni, sebab tak crowded macam di PD.

Ahad, 20 Disember 2009

Diari - Perjalanan Hijrah 1431 - Part II

Salam semua,

Di sini saya uploadkan sebahagian foto-foto yang menarik sepanjang perjalanan Hijrah 1431.


Peserta lelaki yang terlibat dalam bengkel tersebut. Awalnya memang bersemangat dan gembira, tetapi akhirnya tewas juga dilambung bas! Dari kiri hadapan: Ashraff, Suhaimi, Farid, Baris kedua: Hamidon, Khairie dengan hp Hello Kitty, Rohaizul.
Baris ketiga : Khairi, Makhi, Shah, Yuslan.

Sebahagian peserta wanita yang terlibat.Semoga Hijrah kami dari Selangor ke Pulau Pinang membuahkan hasil untuk menggubal model pengukuran prestasi MAIS dan anak syarikat, walaupun masing-masing sudah kepenatan kerana 9 jam berada dalam bas. Sakit pinggang beb!
Dari depan kiri: Nora, Mid. Baris kedua: Lisa, Rohaidah. Belakang: Nomi , Hani.

Perasmian Majlis oleh SS Dato' Hj Mohammed Khusrin Bin Munawi, Setiausaha MAIS. Banyak amanat yang disampaikan kepada kami termasuklah kepentingan menjaga masa, amanah, disiplin, dedikasi kepada kerja dan menjaga perhubungan dengan teman sepejabat.

SS Dato' Setiausaha mempengerusikan mesyuarat Pengurusan MAIS. Berbaju merah kuning adalah Dato' Aidit Bin Ghazali yang mengendalikan program kami di sini.

Selamat Pengantin Baru Rosmah yang majlisnya berlangsung pada 19/12/2009. Lepas ni, sapa punya turn pulak ek?
Berdiri dari kiri : Atiqah, Faezah, Rosmah, Balqis, Hani
Duduk dari kiri: Shakirah dan Raudhah.

Semoga hijrahmu menjadikan kamu seorang insan yang lebih baik dan seorang isteri yang solehah.

Selamat Pengantin Baru Hani dan Hj Basyir yang majlisnya berlangsung pada 19/12/2009. Semoga hijrah kalian berdua ke dunia yang baru mendapat keberkatan.
(Kebetulan, nama pengantin perempuan ni sama dengan saya, Norhani)

Suasana di dalam masjid negeri Selangor yang saya rakamkan, kelihatan penuh sesak ketika program wacana ilmiah oleh tetamu khas dan juga Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan, Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

Berbaju hitam, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi. Di sebelah kanan beliau, Tuan Haji Abdul Ghani Shamsuddin, selaku jurubahasa pada malam tersebut. Di sebelah kiri beliau, YAB Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor yang merasmikan majlis tersebut. Antara lain Syeikh Dr memperingatkan hadirin mengenai kepentingan dan kesan hijrah kepada umat Islam, serta mengekalkan institusi masjid sebagai pusat pertemuan dan ukhuwah.

Jemaah wanita yang ramai memenuhi dewan solat utama.

Merakamkan detik-detik sewaktu mendengar ucapan Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di masjid negeri bersama adik saya. Semasa melihat kembali gambar ini, saya tertanya-tanya; "Kenapa jari telunjuk Cik Ya kat situ?" Beliau menjawab: "Nak tutup jerawat.." Bolehkah macam tu?

Parking kereta yang penuh sesak, sampaikan terpaksa double parking.

"Mencari Redha Ilahi"

Nurhani

Seksyen 19

Shah Alam

Diari - Perjalanan Hijrah 1431

Salam semua,

Sudah lama saya tidak menulis disebabkan tahap kesihatan yang kurang baik dan kesibukan menyiapkan kerja-kerja Bahagian sebelum berakhir tahun 2009. Setelah beberapa malam tidak dapat tidur yang berkualiti kerana terganggu dengan batuk dan selsema yang berpanjangan, akhirnya malam tadi saya dapat tidur lena. Itupun setelah menelan ubat-ubatan yang diberi oleh sebuah klinik di Shah Alam.

Perjalanan Hijrah I

Pada 13hb- 15hb yang lalu, saya dan beberapa kakitangan MAIS yang lain, bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri program Bengkel Penafaran KPI MAIS yang dikendalikan oleh Yang Bhg Dato' Aidit bin Ghazali, perunding motivasi dari Akademi Aidit. Program kami sangat penuh di sana, sehinggakan apabila ada waktu terluang, saya lebih suka berehat di bilik sahaja. Sementelahan, badan pun rasa kurang sihat, kemungkinan disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan panjang dengan menaiki bas JAIS. Malamnya pula, saya tak henti-henti batuk, dan selsema pun semakin teruk, yang menambahkan lagi rasa kurang selesa. Bagaimana agaknya keadaan Rasulullah semasa hijrah beliau ke Madinah? Tentu lebih sukar dan lebih banyak cabarannya, tetapi dia tak pernah berkeluh-kesah.


Perjalanan Hijrah II

Pada hari Rabu dan Khamis, kami mengadakan Bengkel untuk menyemak dan membuat target/ sasaran kerja Bahagian Undang-Undang MAIS untuk tahun 2010, di samping memperbaiki Fail Meja masing-masing kerana pasukan Audit Dalaman ISO MAIS akan membuat auditan pada minggu hadapan, bermula 21hb hingga 23hb Disember 2009. Kami perlu bersedia berhijrah, daripada perkara yang lama kepada yang baru.


Perjalanan Hijrah III

Khamis malam, bertepatan dengan 1 Muharam 1431, saya dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah bersama anak-anak yatim dan al-hafiz Yayasan Al-Ijabah di USJ 4. Saya mengajak tiga orang sahabat MAIS untuk bersama-sama membaca doa awal dan akhir tahun di sana. Selepas program selesai, saya dan dua orang adik saya pulang ke kampung dan kami sampai di kampung lebih kurang jam 1.30 pagi. Semoga semua pihak yang hadir dapat merasai pengalaman berhijrah bersama anak-anak yatim ini.

Jumaat pagi, satu mesej sampai di telefon saya;

"Hani. Mung tau dok, bila Dr Yusof mari ceramah di Masjid negeri?" Asmak.

Saya terus menghubungi PRO JAIS dan MAIS bertanyakan mengenai masa dan tempat ceramah al-fadhil Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Saya mengesahkan maklumat yang diterima daripada PRO MAIS dan JAIS bahawa program tersebut akan diadakan selepas solat maghrib di Masjid Negeri.


Perjalanan Hijrah IV

Semalam, saya sempat menghadiri dua majlis kenduri walimatul urus kakitangan MAIS di Batang Kali dan di Shah Alam. Meriah perkahwinan kedua-dua pasangan mempelai tersebut. Paling seronok, apabila melihat wajah pengantin perempuannya, yang tak putus-putus menguntum senyuman! Jelas kebahagiaan terpancar di wajah mereka. Saya mendoakan semoga kadua-dua pasangan ini beroleh kebahagiaan berpanjangan dan dapat menjadi isteri-isteri dan suami-suami yang solehah dan soleh, serta mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Mereka baru sahaja berhijrah daripada kehidupan keluarga yang lama dan membina keluarga yang baru. Semoga hijrah mereka bermanfaat kepada agama dan ummah.


Perjalanan Hijrah V

Pulang dari majlis perkahwinan, saya dan adik perempuan saya berehat sebentar di kediaman saya di Shah Alam sementara menanti waktu Maghrib, untuk solat di masjid negeri dan menghadiri program ceramah Dr Syeikh Yusof Al-Qardhawi. Kami sampai di perkarangan masjid lebih kurang jam 7.16. Keadaan penuh sesak dan menyukarkan kami untuk mencari parking. Setelah berpusing beberapa kali, saya mendapati jemaah-jemaah telah pun membuat double parking. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat double parking di sebelah sebuah kereta Mercedes Benz. Saya juga meninggalkan nombor telefon saya, takut2 kalau kereta di belakang saya menghadapai perkara emergency untuk keluar segera.

Masuk-masuk sahaja ke dewan solat, saya kagum dengan bilangan jemaah yang hadir yang luar biasa ramainya. Penuh dewan solat utama dengan jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Alhamdulillah! Bisik hati saya. Betullah Allah kata, Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu. Majlis berlangsung dengan ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Selangor. Antara lain, Dr Yusof mengupas mengenai kepentingan berhijrah dan kesan-kesannya kepada kesatuan umat Islam. Beliau turut mengaitkan hijrah dengan konsep kesatuan ummah, iaitu bila mana suku Aus dan Khazraj bergabung untuk membantu Nabi Muhammad SAW, serta orang-orang Muhajirin dan Ansar. Dan inilah hijrah yang paling agung, yang tercatat dalam sejarah, iaitu hijrah seseorang hambaNya kerana Allah. Mudah-mudahan kita beroleh hijrah yang paling agung ini.

Insyaallah gambar-gambarnya, ada kelapangan nanti, saya upload.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Kampung Raja Musa

Kuala Selangor

Isnin, 14 Disember 2009

Just my opinion - Mas kahwin naik..


Salam semua,

Jumaat lepas, Pengarah JAIS ada menghubungi saya ketidakpuasan hati beliau mengenai penerimaan massyarakat Islam berkenaan peningkatan kadar mas kahwin di Selangor daripada RM80 kepada RM300. Semasa beliau memberitahu kepada umum mengenai kenaikan kadar mas kahwin tersebut di dalam siaran Buletin Utama pada hari Jumaat, 11hb Disember yang lalu, pihak TV3 telah menyiarkan undian sama ada kadar baru tersebut membebankan atau tidak. Di akhir rancangan tersebut, jawapan yang diperolehi adalah kadar mas kahwin baru tersebut membebankan.

"Sepatutnya pihak-pihak lain menyokong, bukan mengecam kita. Ini untuk kebaikan wanita Islam kita," keluh Pengarah JAIS.

Pada keesokan harinya, satu mesej sampai di telefon saya:-

"Kak Hani, family saya semua tanya kenapa mas kahwin baru mahal sangat? Saya tak tahu nak jawab."

Disebabkan soalannya ringkas, saya membalasnya dengan ringkas juga.

"1) sebab kadar tersebut tidak pernah direvise sejak tahun 1988;
2) sebab fatwa dah setuju, Tuanku pun dah setuju, walhal tahun lepas Tuanku tak perkenan;
3) sebab meningkatkan martabat wanita Islam, maharnya tinggi;
4) sebab mas kahwin wajib, sedangkan hantaran yang lebih tinggi kadarnya, hanya diharuskan dalam Islam. Adalah bagus memperbaiki amalan wajib.
5) sebab saya perempuan! Alhamdulillah! :)

Apa agaknya pandangan pembaca-pembaca lain?


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani

Hotel Vistana Bukit Gambir
Pulau Pinang.

Khamis, 3 Disember 2009

Peguam Menulis - Kepentingan sebiji batu

Batu Bersurat Terengganu
Salam semua,

Semalam, Batu Bersurat Terengganu mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR).

Ini merupakan pengiktirafan keempat yang diperolehi Malaysia selepas Hikayat Hang Tuah (2001), Sejarah Melayu (2001) dan Surat-Surat Sultan Abdul Hamid (2001) iaitu di bawah kategori yang sama, menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yati.

Merujuk kepada Wikipedia, Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan bertulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Malaysia (di Terengganu) sebelum tahun 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang pada tahun 1899.

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat"di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naguib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M.

Mungkin sebahagian pembaca berpandangan bahawa batu ini tidak ada apa-apa kepentingan pun kepada kita. Apapun, saya berpandangan sebaliknya. Sebenarnya, yang paling signifikan untuk sama-sama difikirkan adalah, betapa sebiji batu bersurat ini membuktikan bahawa Islam telah bertapak sekian lama di Malaysia. Dan bahawasanya undang-undang Islam itu sendiri telah digunapakai dan diamalkan di Tanah Melayu sejak 1303. Bukan undang-undang Inggeris, bukan Perlembagaan Persekutuan, yang hanya terbentuk selepas pembentukan Malaysia. Bukan undang-undang yang digubal oleh British semasa zaman kependudukan Jepun atau pemerintahan resident. Bukan undang-undang yang dibuat oleh manusia, tetapi undang-undang Islam yang diiktiraf oleh Allah swt. Justeru, undang-undang ini telah terpakai sejak sekian lama, tetapi termansuh dengan kedatangan British Resident yang memperkenalkan undang-undang bertulis melalui Charter of Justice yang pertama pada tahun 1807. Oleh itu, tidak mustahil apabila kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal dengan sedemikian rupa yang memberi kelebihan dan kedudukan yang tinggi kepada agama Islam, iaitu sebagai agama persekutuan. Justeru adalah amat wajar sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang Perlembagaan Malaysia dengan undang-undang islam atau Hukum Syarak, makanya undang-undang Islam dan Hukum Syarak yang sepatutnya kekal dan mengatasi undang-undang perlembagaan.

Walaupun hanya sebiji batu, ia sangat signifikan. Ia merupakan asas permulaan undang-undang Islam di Malaysia. Semoga 'kesan' daripada kewujudan batu ini di Malaysia diteruskan. Semoga satu hari nanti undang-undang Syariah akan diamalkan keseluruhannya di Malaysia. Amin.


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani

Seksyen 3

Shah Alam

Rabu, 2 Disember 2009

Idea Mencurah - Beauty Without Brain..

Solange Magnano, bekas Ratu Argentina

Salam semua,

Kepada wanita-wanita yang terlalu mendambakan kecantikan dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah, baca dan hayatilah cerita ini yang saya petik dari Berita Harian 2 Dis 2009:-

BUENOS AIRES: Bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano, 38, mati akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan plastik di bahagian punggungnya.

"Wanita cantik ini sebenarnya sudah memiliki segala-galanya, tetapi mati kerana beliau mahu memiliki punggung yang lebih menarik," kata Roberto Piazza, seorang pereka fesyen dan juga teman rapat Magnano yang pernah muncul sebagai model dalam satu pertunjukan fesyen rekaan beliau.

Magnano, Ratu Argentina 1994 sudah berkahwin dan memiliki anak kembar berusia lapan tahun, menjalani pembedahan Khamis lalu di sebuah pusat pembedahan plastik di ibu negara Beunos Aires. Dia mati setelah 3 hari dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi.

Di dalam Islam, Allah swt telah melarang sebarang bentuk perubahan atau pengubahsuaian terhadap tubuh badan kita melainkan disebabkan kecacatan yang apabila dibiarkan, ianya memberi kemudharatan / keaiban kepada kita. justeru, segala pembedahan kosmetik untuk kecantikan adalah dilarang sama sekali untuk tujuan kecantikan dan berhias-hias. Cubalah untuk bersyukur dan menerima anugerah Allah seadanya. Cantik itu terlalu subjektif. Bagi saya, seseorang wanita itu cantik apabila ada pada dirinya kombinasi kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman adalah apabila kita cantik dengan iman, islam, ilmu dan adab.

So, all the girls out there.. Harapnya kita semua kalau nak cantik pun, biarlah berakal! Dan all the guys, pilihlah pasangan anda among those beauties with brains..:D Tak rugi pun.. :D


"Bersyukur Dengan Anugerah Ilahi"

Hunny

Empress Hotel

Sepang

Diari - Membanteras virus-virus iman

Salam semua,

Hari ini masuk hari kedua saya menyertai bengkel anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor membincangkan mengenai penyelesaian dan prasarana terhadap permasalahan akidah umat Islam di Negeri Selangor. Melalui kajian yang dijalankan oleh pihak MAIS bersama dengan ahli-ahli akademik daripada UIAM dan UiTM terhadap beberapa orang responden, kebanyakan responden 49% orang yang mengalami masalah akidah ini merupakan golongan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, dan kebanyakkannya adalah disebabkan percintaan dan kurang bimbingan daripada pasangan beragama Islam yang dikahwini. Kebanyakan daripada mereka adalah wanita.

Insyaallah, hasil daripada bengkel ini nanti dapat digunakan untuk membentuk satu metod dakwah yang baru selari dengan perkembangan semasa dan berusaha untuk mengekang masalah akidah umat islam di Selangor. Ini termasuklah dengan mewujudkan prosedur istitabah (pemulihan dan taubat) terhadap pesalah akidah. Mudah-mudahan usaha kami yang sedikit ini dipermudahkan dan diredhai Allah. Amin..


"Menjaga akidah ummah, tanggungjawab bersama"


Nurhani


Hotel Empress

Sepang

Selasa, 1 Disember 2009

Diari - Terharu sangat...

Salam semua,
Terharu sangat bila tengok bas ni.... Tak sangka, dalam banyak2 nama, nama aku jugak yang diabadikan... Huwaaaa... Tahniah la kepada syarikat bas ni.. Mesti bisnes korang untung gilerr, berkat guna nama tuh.. hehehe..
"Serupa tapi tak sama"
Hani
Shah Alam

Isnin, 30 November 2009

Diari - Parti Rakyat Swiss (SVP) Laknatullah!


Salam semua,

Saya menyeru semua umat Islam untuk membantah pungutan suara yang dibuat oleh Parti Rakyat Swiss (SVP) dan mengutuk tindakan mereka untuk membantah pembinaan menara masjid baru di negara itu. Kalau ada barangan daripada Switzerland, boikot terus, atau kalau ada sapa-sapa plan nak bercuti ke Switzerland cuti sekolah ni, batalkan aje laa..

Ini baru nak bina menara tambahan, belum nak bina masjid baru.. Pelik juga.. Sejak bila pulak menara masjid merupakan simbol 'politik-keagamaan yang menuntut kekuasaan'.. Jom kita boikot ramai2!!

Dari sudut perundangan, rasanya di dalam perlembagaan Swiss telah termaktub mengenai prinsip kebebasan beragama, yang mana ini tidak dipatuhi. Ini berbeza dengan Malaysia yang meletakkan prinsip kebebasan beragama dengan beberapa sekatan, iaitu, agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. Ini adalah 'spirit' atau asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal, iaitu meletakkan Islam di tempat yang mulia dan teratas mengatasi agama-agama lain, dan dimartabatkan sebagai agama bagi Persekutuan.
Anyway, from the positive side, kemungkinan sebahagian masyarakat Switzerland sudah mula gerun dengan 'kuasa seruan' yang dilaungkan melalui corong-corong speaker yang diletakkan di menara-menara masjid, yang berupaya untuk mengajak manusia ke arah kejayaan..

SVP turut membuat poster yang memaparkan seorang wanita dengan burka (penutup muka) dan juga menara-menara yang digambarkan seperti peluru berpandu sangat menghina Islam dan menggambarkan seolah-olah Islam adalah agama yang ganas dan sukakan peperangan. Semoga Allah terus memelihara dan memuliakan Islam setiap saat dan waktu. Amin..

"Mempertahankan Agama, Tanggungjawab Bersama"

Nurhani

Shah Alam

Diari - Esok kerja...

Salam semua,

Saat ini, aku masih bersama laptop kesayanganku, memeriksa email dan melayari blog-blog favoriteku.. Tiga hari bercuti raya, memang seronok.. Esok akan bermula semula rutinku yang biasa, iaitu kerja, kerja dan kerja... selagi nyawa dikandung badan, kerja, kerja dan kerja... Semoga Allah permudahkan urusanku esok dan seterusnya.. Amin..

Hunny
Seksyen 19
Shah Alam

Sabtu, 28 November 2009

Diari - Ijtimak JamRah

Salam semua,

Jika jemaah haji berhimpun di Arafah semalam, untuk berwukuf, pada tarikh yang sama tahun ini, kami adik-beradik dapat berhimpun bersama-sama. Semua adik-beradik saya seramai 11 orang semua berkumpul di kampung kami di Kg Raja, Kuala Selangor. Walaupun abah tak ada, kerana terpilih bertugas di Pulau Sumbowo, berhampiran dengan Lombok, Indonesia, alhamdulillah raya haji kali ini kami semua dapat berkumpul bersama-sama dengan sambutan yang sangat sederhana. Masakan pun sederhana, nasi impit dan ayam masak kicap serta sayur kobis ditumis. Walaupun masakannya simple, tapi sebelah petang, kami terpaksa masak lagi, kerana lauk dah licin! Baru separuh hari, tapi semua makanan dah habis.. Agaknya masing2 berselera bila makan ramai-ramai.. Tapi, begitulah keadaannya bila kami semua balik kampung.. Dapur kami memang sentiasa 'hidup' dan macam convenience store, 24 jam beroperasi.. kalau meniaga, memang untung..

Dan kebiasaannya, bila berhimpun, the most favorite activity kami adalah menyanyi beramai-ramai dengan petikan gitar. Kalau tak abang kedua kami, adik bongsu kami, Faisal yang akan memetik gitar. Dulu, masa kami kecik-kecik, abah mesti nasihatkan dan suruh kami berzikir atau mengaji. Lebih bermanfaat dan dapat pahala katanya. Tapi sekarang, abah dah tak halang. Maybe sebab kami masing-masing dah dewasa, atau sebab dia tau, kami takkan larat melalak lama-lama, dan bila time-time tertentu especially solat, kami mesti berenti punya. Atau pun, dia dah maleh nak membebel.. :P Atau, mungkin dia akhirnya sedar, bahawa darah seni yang mengalir dalam diri kami, tak boleh dipisahkan dari kami.. Apapun, kami sentiasa ingat pesanan abah supaya sentiasa mengingati Allah, dan ianya sentiasa tersemat di hati dan minda kami.

Apapun, Ijtimak Jamrah (Perhimpunan anak-anak Jamaluddin dan Rahmah) ini, memang best!

"Syoknya cuti!"

Hunny

Kg Raja

Kuala Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Salam semua,

Pagi ini semasa saya membaca akhbar Utusan Malaysia, saya tertarik dengan penulisan bekas pensyarah saya, Encik Yusri Mohammad yang mengajar saya Undang-Undang Perlembagaan Malaysia semasa di Universiti Islam Antarabangsa, berkenaan dengan isu tajdid atau pembaharuan dalam beragama. Suka untuk saya kongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada penulisan beliau. Penulisan beliau boleh dibaca di sini:-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

"Berkorban Kerana Agama"

Nurhani
Kg Raja Musa
Kuala Selangor

Khamis, 26 November 2009

Diari - Salam Eidul Adha 1430 Hijrah


Salam semua,

Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan merayakan hari kebesaran Islam Eidul Adha. Selamat menyambut hari raya Qurban. Semoga segala pengorbanan kita hanya untuk mendapatkan redha Allah dan syurgaNya. Semoga segala pengorbanan kita diterima. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung masing, berhati-hati dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Semoga perjalanan yang ditempuh selamat dan sentiasa dalam pengawasan Allah. Mari kita memperbanyakkan takbir dan tahmid memuji Allah. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahilhamd.

"Salam Eidul Adha 1430H/2009"

Nurhani Salwa

Shah Alam

Selangor

Rabu, 25 November 2009

Diari - Akhil Hayy pulak...


Salam semua,

Hari ini saya sempat membaca MStar online yang memaparkan mengenai kenyataan Akhil Hayy berkenaan penangkapan beliau oleh JAIS tiga tahun dulu. Setelah saya membuat perbandingan dengan kes Dr Asri, di dalam kes Akhil Hayy, beliau ditahan kerana tidak memiliki tauliah berceramah di Negeri Selangor dan ini melanggar peruntukan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Sama juga macam kes Dr Asri.

Apa yang menariknya, apabila dalam kenyataannya beliau dilaporkan berkata,"

"Mereka tidak tahu yang mengajar agama di Selangor perlu ada tauliah"

"Negeri Selangor yang buat enakmen seperti itu. Negeri lain pun nak jaga ajaran sesat juga, tetapi tiada enakmen seperti itu. Jadi, janganlah tahan orang yang nak beri ceramah ini dalam masjid dan surau."

"Malah, JAIS juga tidak pernah mengeluarkan sebarang tauliah terhadap Akhil untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah atau khutbah agama di negeri itu."

"Jadi, kalau rasa enakmen ini perlu dibubarkan, kita bubarkanlah dan perhatikanlah orang yang betul-betul perlu ditahan."

Untuk makluman, di semua negeri di Malaysia terdapat peruntukan yang serupa dengan peruntukan di negeri Selangor, bezanya sama ada dibuat tindakan penguatkuasaan atau tidak. Di mana-mana negeri pun, adalah menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa agama untuk bertindak di atas aduan yang diterima. Sama juga apabila terdapat aduan berlakunya jenayah syariah di beberapa kawasan, pegawai penguatkuasa akan mengambil tindakan. Ini diperuntukkan di dalam Seksyen 54, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, yang mana sama juga peruntukkan yang terdapat di dalam negeri-negeri lain. Mungkin Ustaz Akhil tak perasan kot..

Kenyataan beliau bahawa mereka tidak tahu adanya undang-undang tauliah, bukanlah satu pelepasan untuk beliau ditahan. Ini kerana ignorance of the law is NO excuse. Kalau tidak, setiap kali nak tahan orang langgar lampu isyarat atau bunuh orang lain, mereka akan kata," kami tak tau ada undang-undang..

Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2009, tauliah atau kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor hendaklah dipohon, bukan dianugerahkan secara percuma. Pemohon juga perlu menghadiri sesi temuduga oleh Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan oleh Majlis.

Dan akhirnya, saya berpandangan, tindakan Ustaz Akhil Hayy mempersoalkan mengenai kewibawaan undang-undang tauliah ini seolah-olah mencabar kuasa DYMM Sultan, dan pihak berkuasa agama. Ini kerana DYMM Sultan sendiri telah menitahkan supaya penceramah yang dijemput untuk memberi ceramah di masjid-masjid perlu memperolehi tauliah daripada Majlis dan bahawasanya dengan kelulusan dan perkenan beliau juga lah undang-undang ini digubal dan dikuatkuasakan.

Mungkin saya perlu mengingatkan Ustaz Akhil Hayy mengenai peruntukan seksyen 12 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan seperti berikut:-

Seksyen 12 EJSS 1995

"Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, atau melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan_
(a) DYMM Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam,
(b) Majlis; atau
(c) Mufti

adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Memang la Ustaz Rock.. Saya berpandangan, mungkin Ustaz Akhil perlu meneliti semula kata-kata beliau...


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani

Shah Alam

Diari - Sekejap lagi...

Salam semua,

Entry ini adalah kesinambungan daripada entri semalam, iaitu the never ending meetings.. Sekejap lagi, saya kena gi meeting Jawatankuasa Baitulmal.. Biasanya sampai kol 5.. jadi eloklah saya bersedia.. Esok pun sama... Wa chow dulu!


"Mengharap Redha Ilahi"


Hunny Bee Stuck in the Office



Bangunan SIS



Shah Alam

Selasa, 24 November 2009

Diari - The Never Ending...


Salam semua,

Apa perasaan korang attend meeting dari pagi sampai malam? Penat wooo... Itulah yang terjadi pada aku semalam... Rasa nak bunuh orang pun ada, sebab temperature naik.. That's the impact of the never ending meetings... huhuhu... Hari ni pulak, ni aku baru jer habis meeting kat SUK... pagi tadi sekali.. pastu tengahari ziarah member di Hospital KPJ Selangor.. Jam 2.30 rushed balik ke SUK.. meeting sekali lagi... Kali ni, meeting Jawatankuasa Undang-Undang. Aku setiausahanya.. warghhh!!Letihnyer.. mata pun dah separa terkatup.. Balik ofis tengok dokumen banyak nak kena semak.. tambah la letih weh! Harap-harap Allah mudahkan urusan aku.. Amin..

Dah, dah!Balik! Balik!


"Mengharap Redha Ilahi"



Nurhani


Shah Alam

Jumaat, 20 November 2009

Diari - Thanks to all..


Salam semua,

Saat ini, saya masih lagi di pejabat, memastikan folder untuk Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS yang akan bersidang pada minggu hadapan disiapkan oleh kakitangan bahagian. Walaupun saya sebenarnya boleh terus pulang saja, saya memilih untuk berada bersama mereka di pejabat, sekurang-kurangnya saya boleh menyemak kerja-kerja lain. Inilah rutin kami di sini, kalau ada mesyuarat penting. Terpaksa berlama-lama di pejabat untuk menyiapkan folder untuk diserahkan kepada ahli mesyuarat. Semalam menyiapkan maklumbalas untuk mesyuarat yang sama. Hari ni pula, foldernya. Hasrat saya nak menyerahkan folder tersebut malam ini juga, tetapi nampak gayanya terpaksa dihantar esok sahaja. Lagipun, pemandu yang sepatutnya menghantar folder tersebut dahpun memulakan aktiviti menghantar folder untuk mesyuarat Audit MAIS yang juga bersidang pada minggu hadapan.

"Cik Hani. Esok ajelah saya hantar yerr.. Saya nak kena hantar folder untuk Mesyuarat Audit ni," kata Indra, pemandu bertugas.

"Oh, ye ke.. Hantar je lah sekali, apa salahnya. Boleh tunggu jap?"tanya saya.

"Lama lagi tak nak siap foldernya? Kalau lama, baik esok aje saya hantar. Ni pun dah nak Maghrib ni. Saya nak hantar area Shah Alam dan Gombak," katanya lagi.
"Hmmm... tak pasti pulak siapnya, Takper lah.. Esok ajerlah awak hantarkan," jawab saya.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Bahagian yang sanggup pulang lewat semata-mata menyiapkan folder. Thanks to all. Moralnya, apa-apa tugasan yang diamanahkan, walaupun mencabar dan banyak, kalau diselesaikan bersama, tentu lebih seronok diselesaikan dan kurang stress. Alhamdulillah, folder dah ada depan mata saya. Nampaknya kemas dan sempurna, sedia untuk diedar. :) Balik dulu!

"Syoknya esok cuti!"
Hunny Bee Stuck in the Office
Bangunan SIS
Shah Alam

Diari - Sakit..


Salam semua,

Pukul 3.58 pagi tadi, tiba-tiba saja aku terbangun. Alarm handphone ku yang ku kunci untuk bangun jam 4 pagi belum pun berbunyi. Terasa sesuatu menyucuk-nyucuk mukaku. Sakitnya!! Gerutu aku dalam hati. Aku mengalihkan posisi tidurku. Masih sakit juga, malahan bertambah sakit. Arggghh!!! Sakit betul! Berkali-kali aku cuba tidur, namun tak berjaya. Akhirnya aku bangun, mengambil wudhuk dan bersolat dua rakaat, dengan harapan kurang rasa sakit, tetapi masih lagi gagal. Ku panjatkan doa pada Allah, moga kesakitanku akan berkurangan. Aku hampa.

Selesai bermunajat, aku baring semula di atas katil, cuba untuk tidur. Aku luruskan tubuhku dengan harapan kesakitan itu hilang. Lurus sakit, bengkok pun sakit.. Akhirnya aku menelentang dan menghadap mukaku ke atas. Perlahan-lahan sakit itu hilang.

Jam 5 pagi, aku terbangun lagi. Kesakitan itu datang semula.. kali ini lebih lama, sehingga memaksaku untuk bangun dan menggosok gigi, serta menunaikan solat Subuh. Selepas itu, aku tak berjaya tidur semula. Rasa macam nak ke klinik dan ambil MC. Sakitnya, sampaikan kepalaku pun sakit dan rasa tak selesa apabila melangkah. Tapi aku gagahi juga ke pejabat, kerana ada mesyuarat penting yang perlu aku hadiri.

Aku ditegur seseorang,

" Kak, serius nya hari ni.. Nampak bad mood jer.. senyum la sikit," tegur seorang kerani.

"Yer ker? Maaf yer.. jangan terasa hati pulak. Akak tengah menahan sakit ni," jawabku perlahan.

"Laaa.. yer ker? Sakit apa? Sihat jer nampak?" tanyanya lagi.

"Sakit gigi.." Jawabku pendek.


Sesungguhnya, memang sakit yer...
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 19 November 2009

Diari - Thanks to Allah, Tomorrow is Friday!!


Salam semua,

Pantas betul masa berlalu, esok dah hari Jumaat. Sepanjang minggu ni, tak cukup rasanya masa yang Allah anugerahkan. Namun alhamdulillah, dapat juga saya melaksanakan aktiviti dan tugasan yang penting termasuk menghadiri Persidangan Komuniti Syariah yang dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara pada hari Isnin dan Selasa. Itupun pada hari Selasa sahaja. Hari Isnin saya terlibat dengan mesyuarat di sebelah petang dan menyiapkan kerja-kerja harian di sebelah pagi. Saya sempat juga menghadiri kes Dr Asri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, semalam, sebagai peguam pemerhati. Hari ini pula, pagi dan petang bermesyuarat. Sepatutnya sebelah petangnya saya perlu mempengerusikan program lawatan daripada Bahagian Undang-Undang JAKIM, tetapi mesyuarat di sebelah petangnya lebih penting, jadi saya terpaksa meminta pegawai lain di Bahagian saya menggantikan saya. Ini pun baru selesai menyemak surat-surat dan kerja-kerja Bahagian, termasuk tindakan dan maklumbalas terhadap minit-minit mesyuarat yang diedar.

Alhamdulillah, berkat kerjasama oleh semua pegawai di Bahagian, tugasan dan pelaksanaan kerja terasa mudah dan lancar, dan terasa seronok bekerja. Cuma terasa nak memohon cuti sempena cuti sekolah ni, nak merehatkan otak dan badan, setelah berhempas pulas memerah keringat bekerja hari-hari.. Cuma sedang memikirkan, kat mana tempat yang best untuk berehat.. Yang tak yah kuar duit banyak, tapi relaxing, (selain dari rumah sendiri yang nyaman dan tenang (sebab jumpa mak ayah and keluarga))... Selain dari gi wat haji coz tak cukup belanja lagi.. Korang ada idea tak?


"Syoknya Cuti"

Hunny Bee Stuck in The Office


Seksyen 5

Shah Alam

Isnin, 16 November 2009

Diari - Kursus Memahami Dan Menangani Ajaran Salah dan Sesat

Salam semua,

Pada 14hb November 2009, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) di Sabak Bernam untuk Kursus Memahami dan Menangani Ajaran Salah dan Sesat. Saya diminta untuk menjelaskan kepada peserta kursus yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT, KUIS mengenai peruntukan undang-undang di Negeri Selangor yang berkaitan dengan ajaran sesat.

Di Negeri Selangor, terdapat 3 undang-undang yang berkaitan dengan ajaran sesat/ kesalahan akidah, iaitu:-
1)Bahagian II dan III Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
2) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan Terhadap Orang Islam) Negeri Selangor 1988
3) Seksyen 298A Kanun Keseksaan

Antara lain, peruntukan undang-undang di atas menyebut mengenai kesalahan-kesalahan berkaitan dengan akidah dan hukuman ke atas kesalahan yang diperuntukkan.

Bahagian II EJS 1995 memperuntukkan kesalahan dan hukuman membabitkan pemujaan salah, mendakwa sebagai orang bukan Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir (mengkafirkan orang lain), menyampaikan doktrin palsu dan membuat dakwaan palsu seperti mengaku Nabi/ orang lain sebagai Nabi/wali/Imam Mahadi.

Sementara itu, Bahagian III enakmen yang sama memperuntukkan kesalahan berhubung kesucian agama Islam dan institusinya.Ini termasuk kesalahan seperti mempersenda ayat Al-Quran dan hadis,menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, memusnahkan atau mencemar tempat ibadat, menghina pihak berkuasa agama, memberikan pandangan yang bertentangan dengan fatwa yang berkuatkuasa, mengajar tanpa tauliah dan penerbitan agama yang bertentangan hukum syarak. Sebagai contoh, kes Rasul Melayu dan Ayah Pin di dakwa di bawah Bahagian II dan III Enakmen Jenayah Syariah Negeri.

Manakala Enakmen Ugama Bukan Islam pula memperuntukkan kesalahan ke atas pihak-pihak yang cuba menghasut/ mempengaruhi seseorang yang beragama Islam untuk masuk ke agama selain Islam. Bagaimanapun, masih belum ada satu kes pun yang diputuskan di bawah undang-undang ini.

Di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana pihak, sama ada Islam atau tidak yang cuba menimbulkan ketidak harmonian antara kaum dan agama, dan menyebabkan pertelingkahan disebabkan faktor pertikaian agama dan isu sensitif. Sebagai contoh, kumpulan Artikel 11 yang memperjuangkan kebebasan beragama dan mendesak kerajaan supaya meluluskan undang-undang murtad.

Selepas penjelasan mengenai perundangan selesai, saya meminta peserta menjawab soalan dan membentangkan hasil jawapan untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka. Alhamdulillah, berkemungkinan kerana pesertanya muda2 dan pelajar IPTS, jadi, keseluruhan mereka dapat menjawab soalan yang saya kemukakan.

Saya menutup sesi pembentangan saya dengan membuat rumusan terhadap kesemua jawapan setiap kumpulan, sambil berpesan supaya semua peserta menjaga akidah masing-masing dan mengelakkan daripada terjebak dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Saya turut menasihatkan mereka supaya turut berpesan-pesan kepada semua orang yang mereka sayang supaya menjaga agama dan akidah masing-masing. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita daripada anasir-anasir yang menggugat keimanan kita semua. Amin..



Peserta-peserta terdiri daripada penuntut Fakulti Syariah dan Undang-Undang, KUIS.


Peserta sedang tekun menjawab soalan dalam kumpulan.

Seorang pelajar lelaki sedang membentang jawapan sambil dibantu oleh ahli kumpulan yang lain.


Seorang pelajar wanita menunjukkan bakat sebagai pembentang.


Saya dibantu Shakirah sedang menilai pembentangan jawapan oleh peserta.


"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


Nurhani



ILDAS


Sabak Bernam

Diari - Musim Haji

Salam semua,

Musim haji kali ini, ramai sahabat-sahabat saya yang diterima sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Ini termasuk sahabat baik saya, Ustaz Amin yang akan berangkat ke Tanah Suci insyaallah pada 18hb November ini.

Semalam, 15hb November 2009, beliau mengadakan majlis kesyukuran sempena pemergian beliau ke sana. Didoakan semoga perjalanan beliau dan ibadah beliau dipermudahkan oleh Allah dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Foto kenangan. Dari kiri gambar: Ustaz Amin, kakak saya dan anak-anak saudara saya, ibu beliau, saya dan Anis, isteri ustaz.

"Syoknya cuti"



Nurhani


Seksyen 5


Shah Alam

Khamis, 12 November 2009

Diari - Mesyuarat Bahagian dengan TSU MAIS


Salam semua,

Hari ini, pada sebelah petang diadakan Mesyuarat Bahagian Undang-Undang MAIS bersama Timbalan Setiausaha MAIS, al-fadhil Tuan Abdul Halem Hapiz. Setelah lama tidak bermesyuarat bersama beliau, banyak perkara dan isu yang kami ketengahkan, khususnya berkenaan dengan pengurusan Bahagian Undang-Undang dan penyelarasan kerja. Insyaallah, 17hb November ini, beliau akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

"Ini Bahagian yang terakhir saya bermesyuarat. Yang lain semua dah selesai." katanya.

"Biasalah Ustaz. Bahagian VIP memang last sekali," kata saya.

Selepas mesyuarat tamat, beliau meminta saya menyiapkan dua tugasan semasa beliau ke Tanah Suci. Sambil bergurau, saya berkata;

"Ustaz. Ingatkan nak gi haji, Ustaz tinggalkanlah wasiat harta-benda ker kat saya.. Ini tinggalkan kerja."

Beliau tersenyum sambil menjawab:

"Itu yang ada. Tapi, tinggalkan kerja itu lebih baik," jawabnya.

Apapun yang ditinggalkan, ianya merupakan satu wasiat dan amanah kepada saya untuk menguruskannya. Kami mendoakan semoga Tuan Abdul Halem Hapiz selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yang mabrur.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 10 November 2009

Diari - Serba salah...


Salam semua,

Pernah tak korang rasa serba-salah nak buat sesuatu tindakan?

Bila buat sesuatu rasa bersalah, tak buat pun rasa bersalah..

Nak buat ke tak nak?

Hmmm...

"Yang serba-salah"

Hunny Bee Stuck In The Office

Jumaat, 6 November 2009

Diari - Its Friday aka Fry - Day!

Salam semua,

Petang tadi, saya menyertai sesi training untuk aplikasi sistem CTOS di MAIS. Seronok, kerana presentornya, Derrick, pemuda China yang sangat kiut dan ceria. Selesai sesi penerangan, kami menjemput beliau minum petang bersama.

Saya bertanya Derrick;

"Kat office you ada KPI (Key Performance Indicator)?"

"Ada. Kena jumpa 12 orang client dalam masa sebulan. Kalau tak achieve, kena goreng maaa," jawabnya.

"Wah! Kena goreng ya!" balas saya sambil ketawa. "First time dengar kena goreng ni," sambung saya.

Rasyid, pegawai di Bahagian saya menyampuk;

" Sebab itulah ada hari namanya Friday, iaitu hari kena goreng (FRY-DAY),"

Hahhahaha.. Betul jugak!

Apapun, walau hari ni hari kena goreng, yang penting esok cuti. Yearghhh!! Moga dapat bersantai dan merehatkan fikiran, setelah pecah otak selama seminggu, memikirkan persoalan-persoalan masyarakat Islam 1 Malaysia.




"Syoknya cuti"

Nurhani

Shah Alam

Khamis, 5 November 2009

Diari - Asri lagi...

Salam semua,

Saya agak sibuk minggu dengan beberapa urusan termasuk isu penahanan Dr Asri Zainal Abidin. Hari ini, sedang saya membelek-belek gambar lama, terjumpa gambar kenangan bersama seorang lagi Asri yang setanding kepopularitiannya dengan Dr Asri, cuma tidak kontroversial. Semasa itu, saya diminta menjadi MC untuk majlis tersebut. Agaknya gambar tersebut gambar kenangan terakhir saya bersama beliau, sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir kerana masalah jantung baru-baru ini. Peninggalan beliau sememangnya memeranjatkan ramai sahabat dan peminatnya, termasuk saya. Apapun, beliau meninggalkan nama yang baik saat peninggalannya. Ini yang sepatutnya menjadi iktibar dan contoh kepada kita yang masih hidup. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat..


Ustaz Asri, vokalis Rabbani. Pergi tak kembali. Namun pemergiannya meninggalkan nama yang baik dan lagu2 nasihat kepada kita yang masih hidup untuk diteladani.


"Minta autograf bang!" Allahyarham ceria melayan anak-anak yatim al-ijabah.


Gambar kenangan dengan Allahyarham. Kak Yan pun ada.


Penampilan khas, anak-anak Ijabah mengalunkan selawat dibai'e yang memberi terapi kepada hati dan jiwa supaya lebih tenang.

"Pergi tak kembali"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam

Isnin, 2 November 2009

Diari - Alahai Dr Asri..

Dr Asri semasa ditahan oleh penguatkuasa JAIS pada 1 Nov 2009 di Taman Sri Ukay, Ampang.


"JEMPUTAN MEDIA. Penjelasan isu Dr Asri ditangkap JAIS JAM 3.30 pm di Tingkat 6, Menara Selatan, JAIS".

Begitu kandungan sms yang saya terima daripada PRO JAIS mengenai sidang akhbar yang dibuat oleh JAIS susulan daripada penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin oleh penguatkuasa JAIS malam tadi 1 NOvember 2009 di sebuah rumah di Sri Ukay, selepas memberi ceramah terhadap lebih kurang 100 lebih pengikut beliau yang hadir.

Nampaknya penahanan beliau menimbulkan pertikaian di kalangan pemimpin-pemimpin terkemuka negara dan termasuk beberapa pertubuhan NGO yang membantah tindakan JAIS tersebut. Headlines di suratkhabar utama negara turut membuktikan perkara ini. Maklumlah, orang glamour sebab selalu masuk suratkhabar dan media massa.

Saya turut hadir dalam sidang akhbar tersebut di mana Dato' Setiausaha MAIS telah menjelaskan kepada wartawan yang hadir mengenai tindakan yang diambil oleh JAIS adalah menurut kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Selangor. Dato' Mufti turut hadir sama dalam sidang akhbar tersebut.

Menurut peruntukan seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen tersebut memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah peraturan-peraturan tauliah (Negeri Selangor) 2008 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, subseksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana orang yang dikecualikan oleh Majlis atau mana-mana orang yang mengajar tentang agama Islam atau perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Banyak persoalan yang dikemukakan oleh wartawan yang hadir, termasuklah mengenai kaitan tangkapan JAIS dengan memorandum oleh PGSM, persoalan mengenai mengapakah orang lain tidak ditangkap, tetapi Dr Asri ditangkap, persoalan mengapa tidak dibuat teruspertuduhan sedangkan telah ditangkap, persoalan bahawa pegawai JAIS lewat tiba di Mahkamah, mengapa Dr Asri yang mempunyai PHD perlu ada tauliah, dan macam2 soalan lain. Justeru, walaupun pelbagai persoalan dikemukakan, punca utama beliau ditahan adalah disebabkan beliau TIDAK mempunyai tauliah mengajar dan memberi ceramah agama, dan ini mengingkari peruntukan seksyen 119 tersebut.

Apapun, pandangan saya, penguatkuasa JAIS telah membuat tindakan tersebut secara sah menurut peruntukan tersebut. It's a clear cut case. In Selangor, No Tauliah, No Teaching, except dikecualikan. Takkan lah disebabkan Dr Asri is a public figure, dan berpelajaran tinggi, dia dikecualikan daripada peruntukan undang-undang tersebut. Tambahan pula beliau tidak pernah memohon daripada JAIS untuk mendapatkan tauliah. Dan kalau Dr Asri tidak salah, dia tidak perlu takut, sehingga perlu membuat macam-macam kenyataan di media. Diapun bukan orang biasa-biasa. Dia orang bijak pandai.

Bagi pihak berkuasa agama, undang-undang tauliah perlu, untuk memastikan ajaran agama yang dibawa tidak menyeleweng. Still, its a valid law, since banyak ajaran-ajaran yang salah, keperluan untuk memberi tauliah kepada pengajar-pengajar agama sangat penting. For me, law is made to be obeyed, not to be broken. Jika undang-undang tidak dikuatkuasakan, sia-sialah undang-undang itu digubal. Just my straight forward opinion to share with.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"


Nurhani

Bangunan Sultan Idris Shah

Shah Alam