Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Masa Lapangku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masa Lapangku. Papar semua catatan

Selasa, 21 Disember 2010

Rileks Sekejap : Hantu Kak Limah Balik Rumah

 
 Assalam,

Korang dah tengok citer Hantu Mak Limah Balik Rumah? Aku sebenarnya tak suka sangat tengok citer Melayu. Aku lebih suka tengok citer omputih.(Sebab tu hidung aku mancung sangat dan kulit aku putih  melepak! :P). Tapi, sebab ramai kawan-kawan aku kata citer tu best, sampai ada yang bagi 5.1 bintang daripada 5, (melampau kot!), so, semalam aku luangkan masa sekejap menonton filem tu dengan kawan-kawan.

Waktu kami sampai, tayangan dah bermula. Kami sampai lewat 10 minit kerana hujan lebat menyebabkan aku lebih berhati-hati ketika memandu (Owh! Ya kah??). Lagipun, aku perlu memikirkan keselamatan dan masa depan kami berempat yang masih BUJANG. Seboleh-bolehnya, kami TAK NAK terlibat dengan kemalangan. Kami berikrar mau BERSANDING dengan wajah kami yang cantik dan ASLI!! Haish!! Apa kaitan?
 Serammmm...
 
 Part yang kelakar dalam filem ni.
Boleh tahan jugak filem ni. Kelakar seram. Boleh la mereleasekan mental yang tension. Aku bagi 3.5 bintang ajer daripada 5. Aku rasa,Ngangkung dan Rapunzel lagi best, that's why aku bagi 5. Korang macam mana? :D

"Sajer"
Nurhani
Shah ALam

Selasa, 16 November 2010

Diari : Le Paris

Salam,

Cuti hujung minggu yang singkat pada 13 dan 14 November 2010 aku penuhi dengan menyertai Program Santai D Le Paris di Port Dickson yang dianjurkan oleh Bahagian MAL dan Audit Dalam MAIS. Sesekali bersantai bersama kawan-kawan sepejabat memang seronok. Selain dapat bertemu dalam suasana santai, bukan 'skema' seperti di pejabat, kita dapat lebih mengenali sahabat kita yang sebenar. Siapa ahli keluarga mereka, berapa orang anak, dan sama ada mereka boleh bersukan atau tidak... (Ahaks! Apakah kaitannya? Kena baca sampai habis:P)

Konvoi sebanyak 8 buah kereta memulakan perjalanan tepat jam 11 pagi. Aku memandu bersama Nora dan Shakirah. Alhamdulillah, perjalanan lancar, kecuali ada beberapa buah lori yang memandu secara berbahaya di lebuhraya. Lebih kurang jam 1 tengahari kami sampai ke Hotel Costa Rica Le Paris, PD. Memandangkan kami cuma boleh check in pada jam 2, kami lepak di bawah pokok di tepi pantai sambil menikmati makan tengahari yang kami bawa dari rumah.

Lapang rasa fikiran melihat pantai Port Dickson dan lautan luas saujana mata memandang. Riak ombak di lautan memberikan halwa muzik ketenangan dalam hati ini. Berjalan di persisiran pantai sememangnya mengujakan. Indah, nyaman, tenang, seronok. Itu yang aku rasa. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa mencipta tiap-tiap sesuatu. Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hambaMu ini merasai nikmat kurniaanMu.

Selepas solat Zohor, kami memulakan acara pertama, iaitu sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 pasukan. Aku dalam pasukan Hijau, Nora pasukan Merah, Shakirah pasukan Oren, Kak Nomi pasukan Biru. Mulanya memang happy bersukan, tapi bila cuaca semakin panas, aku rasa tak sabar nak habiskan. Panas weh! Sun burn la aku. Dah la memang sepanjang masa aku ni sun burn. :P

Lepas game, aku dan Shakirah layan mandi laut. Pasangan suami isteri Ali dan Anis join kami. Anis yang tengah mengandung 4 bulan kata,

"Nak mandi, kena mandi sekarang. Nanti dah ada anak tak dapat nak mandi. Kena dok tepi jerr, tengok anak kita mandi."

Betul jugak kata Anis tu. Aku perasan jugak keadaan ni. Suami-suami mandi dalam kolam,isteri-isteri dok jer kat tepi. Tapi ramai jugak suami yang tengok anak diorang sampai anak diorang puas mandi, baru suami mandi. Bagus lah. Tapi, kalau aku kawin dan ada anak, aku nak mandi jugak. Haha. Tak aci la kita dok tengok ajer kat tepi, ingat best?? Untuk para suami pulak, kena la take turn jaga anak, kalau isteri teringin nak mandi laut atau kolam. Sian pulak kat isteri-isteri solehah ni. Kena jadi guard pulak.

Pastu kami ingat nak terjun ke kolam renang, tapi punyalah ramai orang. So, terpaksalah kami mengalah bagi laluan kat orang-orang lain yang lagi poyo nak mandi kolam. Esok paginya baru kami layan berenang kat kolam. (Berenang ker?:P)

Malamnye, lepas solat, kami buat barbeku kat tepi pantai. Seronok jugak barbeku tepi pantai ni, lagi seronok bila tengah-tengah mengipas, hujan turun..(tak seronok kott!!) Sib bek la kami dok bawah pokok, kira oklah sket, sebab tak terasa lebat sangat. Lagi syok bila ayam, udang dan ikan yang dibakar memang sedap!! Kredit buat Shakirah yang penat 'marinate' mangsa-mangsa kebakaran. Sedap sangat!!

Lebih kurang jam 9.30 malam, acara penyampaian hadiah pulak. Aku terpaksa akur dengan kekalahan pasukan aku kepada pasukan lain. Bukan apa, dah selalu menang, kasi chance orang len menang pulak, kan Nora?:P

Then, acara cabutan bertuah pulak. Semua orang bertuah, sebab sumer orang dapat Al-Quran terjemahan sumbangan LZS. Kredit tu Kak Nomi, hadiah lain korang nak simpan boleh, Quran tu, jangan simpan, BACA ok..:)

Malam tu, aku sempat tengok citer Melayu, Nabil berlakon, tapi rupanya Nabil lebih banyak tengok aku lagi, dari aku tengok dia, last-last aku bangun, amik sembahyang, terus tido sampai Subuh..

Ahadnya, lepas aku dan Shakirah eksesais kat pool, kami siap-siap balik semula ke Shah Alam. Very short vacation trip, tapi tetap seronok. Dah la murah..Kos makan (pagi dan bbq)(RM20), kediaman (RM52), petrol + tol (30 + RM26.20) , sorang lebih kurang RM92 jerr.. Murah kan? Tips nyer senang jerr.. Kena kongsi kereta dan tak makan hotel. Masak sendiri.:)

Ok la. Mak I dah panggil tu soh tolong masak.. Lain kali i buat entry lain. Gambar? Later I upload. Sok nak raya kan? Salam Eidul Adha buat semua. Semoga pengorbanan kita semua hanya untuk Allah dan diiktiraf olehnya. Amin..



"Salam Eidul Adha 1431H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor


Le Paris.

Kolam.

Sabtu, 1 Mei 2010

Diari - Best!!


Salam semua,

Semalam, pada sebelah pagi, saya dan beberapa kakitangan MAIS menghadiri ceramah agama di masjid negeri bertajuk " Nikah Sindiket" anjuran Bahagian Perundangan Keluarga JAIS. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Aluwi Parman, Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor. Saat saya mencari-cari tempat duduk untuk menikmati sarapan yang disediakan, Hj Aluwi menegur saya,

"Hani. Meh la duduk sini dengan aku," katanya ramah. Saya melihat ada empat orang lain, termasuk Ustazah Salwana berada di meja makan yang sama.

"Tak apa lah Ustaz. Segan pulak. Lagipun Ustaz dah nak habis makan, nanti lambat pulak nak tunggu saya," jawab saya.

"Tak apa.. aku tunggu. Lama aku tak jumpa ko ni," balasnya, menyebabkan saya tergelak kecil.

"Meh la Hani," ajak pula Ustazah Salwana.

Malu pulak dikata menolak ajakan orang, saya pun menyertai mereka di meja tersebut.

"Hah! Bila aku nak dapat jemputan ko ni Hani?" tanya Ustaz Aluwi saat saya mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Alamak! Staright forwardnya soklan Ustaz tu.. Ni yang maleh nak dok sini tadi.." pantas saya menjawab sambil tersenyum.

"Laahhh.. Biasalah soalan ni.. Aku tunggu-tunggu juga kad, tapi tak ada pulak." balasnya.

"Hehehe... Ustaz doakan ajelah," balas saya tergelak-gelak dan nak cover malu, sebab ada dua orang pakcik lagi makan sama dengan kitorang, termasuk sorang kakitangan lelaki Bahagian Perundangan Keluarga.

"Sebab aku dah selalu sangat doakanlah, tu pasal aku tanya ni," katanya lagi.

"Haha.. susahlah nak jawab Ustaz. Insyaallah, ada la nanti," jawab saya lagi, cuba mengelak persoalan tersebut diulang-ulang.

Selesai bersarapan, ceramah bermula. Memang seronok mendengar celoteh Ustaz Aluwi yang sentiasa menyelitkan lelucon sepanjang ceramahnya. Memang kami tak kering gusi.

Sedang saya syok mendengar ceramah yang disampaikan, satu sms sampai di telefon saya,

"Boss. Ada kat mana? Kami otw ni. Nak ambik kat mana? "Fahimi".

Saya maklum bahawa saya perlu ke Mahkamah Syariah untuk membaca wakalah.

"Ambil saya di pintu Di Raja, yang ada lif," saya membalas sms dan terus bergerak keluar.

Hari ini kami membaca wakalah di Mahkamah Rendah Syariah di Bangunan UMNO Shah ALam. Kebiasaannya di Mahkamah Tinggi, tetapi sebab semua pendaftar dan penolong pendaftar terlibat dengan ISO, jadi tidak ada pegawai yang dapat mengendalikan majlis bacaan wakalah tersebut.

Habis proses wakalah, saya kembali semula ke Masjid Negeri. Tetapi ceramah sudah habis. Saya berjalan-jalan di sekitar ruang perniagaan di masjid negeri. Berkenan dengan dua helai tudung yang cantik, saya terus menawar dan membeli. Sempat saya berkata kepada kakak yang menjual tudung berkenaan,

"Besar pahala akak jual tudung kan? Menggalakkan orang pakai tudung dan tutup aurat," kata saya.

"Alhamdulilah... " jawab kakak penjual tudung sambil tersipu-sipu malu.

"Adik yang pakai pun dapat pahala jugak," jawabnya.

"Ha ah! Betul tu." jawab saya mengiyakan. Saya membayar RM90 untuk dua helai tudung yang saya beli, dan meminjamkan beberapa ringgit lagi kepada rakan-rakan yang tak membawa duit.

Semasa waktu rehat, saya mengajak kakitangan MAIS untuk menimbang berat badan secara percuma, untuk mengetahui berapa jumlah kalori yang diperlukan dalam badan masing-masing . Kebanyakkannya kelihatan agak risau dengan berat badan yang semakin meningkat. Masing-masing cuba mendapatkan informasi untuk menurunkan berat badan daripada teman-teman saya yang hadir untuk memberikan penerangan. Yang paling best, saya pun turut menimbang dan...

Macam tak percaya bila tengok timbangan terkini yang dibuat...

"Yezza!!!! Turun 3.2kg dalam masa sebulan!!! Yesss!!! Yearrrghhh!!!"

Bestnyer!! Tak sia-sia naik tangga 8-11 tingkat setiap hari. Main badminton setiap hari rabu. Beriadah di Tasik Shah Alam setiap hujung minggu, kurangkan makanan berasaskan karbohidrat, banyakkan makanan protein... woooohooo..seronok sangat! Best sangat!

Yang tambah best, ramai kawan-kawan lain yang nak ikut berdiet macam saya. Masing-masing nak jadi lebih sihat dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Masing-masing sayangkan jantung dan kesihatan diri. Pagi tadi saya mengajak Shafinas, seorang pegawai di Bahagian Pengurusan MAIS, untuk sama-sama beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Kami bersenamrobik di bawah guru bimbingan, then belajar line dancing, berpeluh-peluh, and memang best!

And, yang paling best, bila saya dapat tahu, saya turun 3.2kg, dan pada masa yang sama, saya dapat rezeki tak diduga satu hari RM1,000-00!! Whooaaa!! Its' really double my happiness..

Memang tak percaya, tapi alhamdulilah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..: Terima kasih sangat-sangat.. :) Luv you sangat-sangat.. :)


"Cintai Allah"
Nurhani
Tasik Shah Alam

Sabtu, 24 April 2010

Diari - How My Brain Works?


Salam semua,

Masa yang agak lapang hari ni saya mencuba satu test "Brain Test" yang terdapat di dalam PC teman serumah saya, Nora. terdapat 20 soalan yang perlu dijawab. Tak ada jawapan yang betul atau salah, sebab keputusan bagaimana otak kita bekerja semuanya berdasarkan jawapan yang diberi.

Secara umumnya, bahagian kiri otak memainkan peranan utama dalam pemprosesan bahasa, logik-matematik dan menyusun pembelajaran dalam urutan yang bermakna. Sebaliknya, bahagian otak kanan pula lebih tertumpu kepada ritma, muzik, visual, khayalan dan lain-lain yang tergolong dalam aktiviti kreatif. Kecenderungan penggunaan hemisfera otak tertentu dikatakan dominan otak. Kebanyakan daripada kita lebih dominan dalam penggunaan otak kiri. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada manusia menggunakan tangan kanan. Manusia yang menggunakan tangan kanan lebih cenderung menggunakan otak kirinya yakni bahagian analitikal otak. Ini adalah kerana masyarakat dan sistem pendidikan lebih mengutamakan pemikiran otak kiri. Kebanyakan daripada aktiviti kerja mahupun pembelajaran di sekolah adalah dalam bentuk penulisan atau lisan. Kedua-dua aktiviti ini termasuk penekanan kepada subjek sains dan matematik adalah aktiviti otak kiri. Ketidakseimbangan ini boleh dibaiki dengan melibatkan aktiviti otak kanan seperti muzik, kesenian, imaginasi, gambaran dan lain-lain aktiviti otak kanan. Aktiviti otak kanan dapat membantu mengurangkan tekanan hidup atau kerja seseorang.

Mana lebih penting? Otak kiri atau kanan? Jawapannya, dua-dua penting..:)

Dengan memahami keistimewaan fungsi setiap otak, kita boleh memaksimakan kuasa mental sepenuhnya apabila sedar menggunakan kedua-dua belah otak secara harmonis dan seimbang. Orang yang menggunakan kedua-dua otak dikatakan lebih seimbang dalam segala aspek kehidupannya. Menurut Ornstein (1984), bahagian otak yang lebih "lemah" atau kurang dikembangkan boleh dirangsang untuk berfungsi serentak dengan bahagian otak yang lebih "kuat". Keseimbangan inilah yang boleh menghasilkan pemikiran yang paling tajam dan seterusnya meningkatkan pembelajaran dan penyelesaian masalah. Hasilnya, kita dapat lihat daripada pemajuan dalam prestasi pelajar secara signifikan. Apabila keseluruhan otak terlibat secara aktif, pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan cepat. (Rujukan : http:// warnadiri. blogspot.com)

So, result Brain Test saya:-

Penggunaan otak kiri : 56%
Penggunaan otak kanan : 44%
Auditory : 21.4%
Visual : 78.6%

Berikut adalah penilaian persendirian untuk saya:-

Nurhani, you are somewhat left-hemisphere dominant and a predominantly visual learner, an interesting blend of characteristics! You are an intensely visual person, active and continuously searching. As such, there is no rhythm or beat to limit your learning. You are constantly absorbing and imaging. Your tendency to be left hemisphere dominant, however, creates some difficulties.

You continue to attempt to structure all that input and categorize it, at the same time continuing to seek out new input while "reflecting" in what you have already gained.
With your visual orientation absorbing so much input, you sometimes utilize your left brain focus to identify logical aspects of what you perceive and may become overwhelmed by details. When faced with situations where you have to rely on verbal input exclusively, you may find yourself needing to work more on maintaining an 'overview' or perspective in order to fully grasp the material. It is likely that "sketching out" a representation of material that you are listening to will enhance your understanding and recall of the material. Drawing diagrams and note taking allow you to 'see' the relationship and absorb them more fully.

You tend to focus on details and are generally logical and organized. You have an intensity which is evident to others and yet can feel comfortable with the applied aspects of learning, the practical.


Given that you are somewhat "goal directed", the difficulty with being so visual is that u continuously "see" new goals and thus may be drawn from one to the other or at least forced to think about them within present structures.

Because of your visual processing mode, you are regularly faced with tolerating and integrating ambiguity, a process which disrupts the equilibrium of your left-hemisphere preeminence.
It is likely that u are restless continuously and do not feel challenged. You may well explore engaging in activities which enhance right-hemisphere functioning which would reduce some of the tension you might currently be experiencing.

Saya agak bersetuju juga dengan keputusan ini, sebab memang dalam pekerjaan saya memerlukan banyak aktiviti mendapatkan maklumat dan membuat penyelidikan. So, memang saya banyak menggunakan otak kiri. Cita-cita saya pun memang nak teruskan pengajian sampai dapat doctorate. Dalam masa yang sama, saya juga sukakan muzik dan seni. Termasuk menyanyi, melukis, mewarna, menulis puisi, dan mengingat melodi lagu. Rasa macam best ajer layan aktiviti seni bila rasa tertekan.. :)

U all macam mana pulak? Cuba lah Brain Test untuk tahu jawapannya..:D

"Aqal, Anugerah Tak Ternilai"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 29 Mac 2010

Diari - Pak Aji yang komited..


Salam semua,

Selama dua hari bermula 27-28 hb Mac 2010 saya berada di ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) membantu sahabat baik saya Puan Norraini mengendalikan Bengkel Pemahaman Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau Negeri Selangor. Disebabkan Puan Norraini merupakan penceramah undangan, kami menginap di rumah VVIP yang disediakan khas untuk penceramah. Kebanyakan masa saya berada di rumah penginapan tersebut, kerana slot saya cuma 4 jam, sabtu malam dan ahad pagi.

Alhamdulillah, tempat tinggal memang selesa, semua lengkap, bilik tidur dan bilik air memang selesa, air cond pun tahap beku, sebab saya terus selsema lepas tidur satu malam di sana. Cuma yang kurang best nya, sebab WiFi nya rosak, so, tak dapat lah internet connection. Untuk bloggers yang memang minat melayari internet, TV pun kurang tonton, jadi, saya rasa teramat-amatlah bosannya nak menghabiskan masa di rumah sebelum slot saya tiba. Mujurlah ada teman cilik, Irdina, anak perempuan tunggal Puan Norraini yang dibawa bersama beliau ke sana. Jadi saya spent masa dengan Irdina. Dalam perkataan lain, jadi bibik la.. Bibik tak bertauliah.. Heheheh..

Alhamdulillah juga, bengkel berjalan dengan lancar. Seronok saya melihat kegigihan pak-pak haji (AJK Masjid) yang rata-rata berumur lebih kurang 40-60 tahun. Mereka yang hadir kebanyakannya dilantik sebagai Bendahari untuk masjid di kariah masing-masing. Walaupun dah berumur, itu bukan alasan untuk mereka mengelak daripada menghadiri kelas dan bengkel ini. Yang saya nampak, masing-masing bersungguh-sungguh nak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Puan Norraini. Banyak juga yang memuji penyampaian Puan Norraini yang jelas dan tepat.

Seperti kata pepatah, tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. Selagi tak masuk ke lahad, selagi itulah kita tuntut ilmu. Kesungguhan pak aji-pak aji itu untuk terus menimba ilmu walaupun sudah layak digelar warga emas membuatkan semangat saya untuk menyambung pengajian semakin membara. Mereka memang lah Pak Aji yang komited. Semoga semangat dan kegigihan mereka untuk menuntut ilmu ini turut diwarisi oleh anak-anak muda belia kita yang masih sihat dan cergas.

"Tuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad"
Nurhani
Shah Alam

Ceramah yang disampaikan oleh Puan Norraini, memang tak membosankan.
Tak hairan beliau muncul sebagai penceramah terbaik tahun 2009 ILDAS.

Sebahagian peserta yang hadir. Ada sebahagian yang pernah hadir dulu, tapi masih nak datang juga dengar. Mungkin seronok dengan penyampaian penceramahnya.

Sesi latihan dalam kumpulan (LDK).

Masing-masing berkongsi idea.

Kat dinding pun ok gak. Janji presentation mantopp!!

Tengok Pak Aji ni, sempoi jerr kan? Tapi bila bercakap, speaking tu..
Means, he is really educated.

Wah Aji! Kat lantai pun bolehhh.. Ini memang betul-betul komited.. Syabas!

Masa presentation. Semangat kerjasama yang ditunjukkan.
Sorang present, sorang tolong pegang.

Tengok kelibat Irdina tu.. hehhee..

Gadis kecil Irdina bermain congkak yang diambil ibunya di pejabat. Kalau tak ada congkak ni, memang dia berjalan ke sana ke mari, dan nak bercakap di mikrofon. Apapun, sekecil ini dia dah didedahkan dengan ilmu mengenai pengurusan kewangan masjid. Untungnyerr..

Rabu, 24 Mac 2010

Lagu Best - Air Mata Keinsafan..


Salam semua,

Just nak share lagu nasyid yang saya paling suka layanz, nyanyian The Zikr. Paling penting, hayati liriknya. Tapi kalau dapat dengar lagunya, lebih menginsafkan.. :D.. Enjoy the song!


Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam

Dari seorang hamba yang dhoif

Kerna mengenang segala dosa

Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah

Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini


Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga

Buat menyimbah api neraka

Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Lagu : The Zikr
Lirik : Nazrey Johani

Hakcipta : OVA Productions

"Aku Dambakan CintaMu"

Nurhani
Shah Alam

Khamis, 19 November 2009

Diari - Thanks to Allah, Tomorrow is Friday!!


Salam semua,

Pantas betul masa berlalu, esok dah hari Jumaat. Sepanjang minggu ni, tak cukup rasanya masa yang Allah anugerahkan. Namun alhamdulillah, dapat juga saya melaksanakan aktiviti dan tugasan yang penting termasuk menghadiri Persidangan Komuniti Syariah yang dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara pada hari Isnin dan Selasa. Itupun pada hari Selasa sahaja. Hari Isnin saya terlibat dengan mesyuarat di sebelah petang dan menyiapkan kerja-kerja harian di sebelah pagi. Saya sempat juga menghadiri kes Dr Asri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, semalam, sebagai peguam pemerhati. Hari ini pula, pagi dan petang bermesyuarat. Sepatutnya sebelah petangnya saya perlu mempengerusikan program lawatan daripada Bahagian Undang-Undang JAKIM, tetapi mesyuarat di sebelah petangnya lebih penting, jadi saya terpaksa meminta pegawai lain di Bahagian saya menggantikan saya. Ini pun baru selesai menyemak surat-surat dan kerja-kerja Bahagian, termasuk tindakan dan maklumbalas terhadap minit-minit mesyuarat yang diedar.

Alhamdulillah, berkat kerjasama oleh semua pegawai di Bahagian, tugasan dan pelaksanaan kerja terasa mudah dan lancar, dan terasa seronok bekerja. Cuma terasa nak memohon cuti sempena cuti sekolah ni, nak merehatkan otak dan badan, setelah berhempas pulas memerah keringat bekerja hari-hari.. Cuma sedang memikirkan, kat mana tempat yang best untuk berehat.. Yang tak yah kuar duit banyak, tapi relaxing, (selain dari rumah sendiri yang nyaman dan tenang (sebab jumpa mak ayah and keluarga))... Selain dari gi wat haji coz tak cukup belanja lagi.. Korang ada idea tak?


"Syoknya Cuti"

Hunny Bee Stuck in The Office


Seksyen 5

Shah Alam

Isnin, 16 November 2009

Diari - Musim Haji

Salam semua,

Musim haji kali ini, ramai sahabat-sahabat saya yang diterima sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Ini termasuk sahabat baik saya, Ustaz Amin yang akan berangkat ke Tanah Suci insyaallah pada 18hb November ini.

Semalam, 15hb November 2009, beliau mengadakan majlis kesyukuran sempena pemergian beliau ke sana. Didoakan semoga perjalanan beliau dan ibadah beliau dipermudahkan oleh Allah dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Foto kenangan. Dari kiri gambar: Ustaz Amin, kakak saya dan anak-anak saudara saya, ibu beliau, saya dan Anis, isteri ustaz.

"Syoknya cuti"



Nurhani


Seksyen 5


Shah Alam

Ahad, 25 Oktober 2009

Diari- Syukur...


Salam semua,

Rasa syukur sangat atas satu perkara.. Tak terucap dengan kata-kata, tak terukir dengan kata-kata.. Hanya ucapan Alhamdulillah yang terucap dari bibir saya kerana satu perkara yang saya citakan akhirnya berjaya dicapai.. Terima kasih Allah. Semoga urusan-urusan lain turut dipermudahkan.. Amin...


"Syukur"

Nurhani

Seksyen 19

Shah Alam

Ahad, 2 Ogos 2009

Diari - We did it!

Salam semua,

Malam tadi, selepas selesai program penerangan undang-undang mengenai mualaf di Concorde Inn Sepang, saya dan dua orang sahabat meneruskan perjalanan ke Ayer Keroh, Melaka untuk menyertai Kejohanan Bowling Antara Agensi Agama Peringkat Zon Selatan. Disebabkan pemandu yang sepatutnya menghantar kami mengadakan majlis kenduri arwah di rumahnya, dia bertolak lewat dari Banting. Lebih kurang jam 1.15 pagi, kami bertolak dari Sepang. Kami sampai di Melaka lebih kurang jam 3.30 am. Kami tidur di rumah seorang sahabat kami di Bukit Katil. Sebab dah letih, saya tidur saja di belakang.

Pagi tadi, seawal jam 9 pagi kami sudah berada di Melaka International Trade Center, yang terletak kira-kira 5 minit dari Bukit Katil. Terdapat 60 pasukan yang berdaftar untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Agama Islam Melaka. Setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli (beregu). MAIS menghantar 4 pasukan, tiga pasukan lelaki (MAIS. KUIS dan LZS) manakala saya dan sahabat saya Suzana, satu-satunya beregu wanita mewakili MAIS.

Kami bermain 4 set permainan. Alhamdulillah, beregu saya dan Suzana berjaya merangkul Naib Johan Beregu Wanita pada kejohanan kali ini. Mata terkumpul kami lebih kurang 1069 mata (Suzana : 539 jatuhan pin, Saya : 530 jatuhan pin). Beregu lelaki dari KUIS pula mendapat tempat keenam. Dua beregu lagi tidak bernasib baik pada kali ini. Takper guys! Cuba lagi lain kali.

Kejohanan kali ini memberikan satu pengalaman manis kepada saya, kerana bermain di gelanggang bowling terbesar di Asia dan Malaysia (ada 51 lane bowling. Yang saya tahu, setakat ni paling banyak 36 lane jer, di Sunway Pyramid). Baru semalam, 1hb Ogos 2009,gelanggang bowling ini dirasmikan pembukaannya oleh YAB Menteri Besar Melaka. Dato' Mohd Ali Rustam. Lebih menyeronokkan, inilah kejohanan pertama yang diadakan di pusat bowling tersebut.

Apapun, tahniah kepada KSK Majlis Agama Islam Melaka kerana berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini. Semoga perhubungan di antara agensi-agensi agama di seluruh Malaysia berjaya diperkasa melalui aktiviti-aktiviti seumpama ini. Pada yang menang, tahniah, pada yang kalah kita cuba lagi di tahun-tahun akan datang.

"Majulah sukan untuk Islam"
"Badan sihat otak cerdas"

Hani
Seksyen 3
Shah Alam
Piala 'kiut' untuk Naib Johan.

Ahad, 14 Jun 2009

Diari - TTR (Tak Tentu Rasa)

Salam semua,

Dah lama saya tak menulis. Lebih kurang seminggu. Sebabnya tak ada idea nak tulis, dan macam tak ada jiwa nak tulis. Tak tentu rasa. Agaknya keletihan seharian di pejabat menyebabkan waktu malam saya rasa nak berehat dan tak mahu memikirkan hal-hal pejabat, walaupun biasanya ada kerja yang dibawa pulang.. Rasa macam tak cukup masa 24 jam yang diberi.. pagi dan petang penuh dengan perbincangan yang sarat dengan pelbagai isu perundangan.. batuk masih tak baik lagi.. mungkin disebabkan cuaca panas. Anyhow, bila Khamis berakhir, saya betul2 fed up dan tak tahan..Arrrrrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Later I realized, I really really need a break..

Jadi, Jumaat lepas, saya ambil cuti. Tak ke mana pun.. duduk rumah jer.. mula2 nak balik kampung, tapi emak kata tak payah, sebab Sabtu ada kenduri di Shah Alam. So lepak umah sorang-sorang sebab housemate sumer kerja. Petang dalam jam 6pm, ajak dua orang sahabat walkathon di Taman Tasik Shah Alam. Kononnya nak kasi peluh kuar, sebab asik dok dalam air cond pun tak bagus juga. Tak tahu pulak sebenarnya Jumaat tu IPU (Indeks Pencemaran Udara) direkodkan tahap tidak sihat. Lebih kurang 130 skalanya. Walaupun keluar sekejap, sebab jam 7.30 kami dah ada di rumah, tapi kesannya memang drastik. Malamnya, saya memang tak lena tidur sebab batuk lebih teruk, sampai menangis-nangis disebabkan batuk.. Huwaaaaa!!! Lebih teruk sebab tekak rasa kering sepanjang masa.. minum pun masih batuk lagi... Teringat ubat yang saya dapat di SMC masih ada lagi berbaki, telan jerlah.. Alhamdulillah kurang sket batuknya.

Sedikit pengajaran, lepas ni, kalau nak kuar, kena tengok cuaca dulu. kalau agak2 jerebu kuat, toksah keluar.. duduk jer kat rumah diam2. Kalau agak2 nak berpeluh dan exercise, berkebun pun ok, sapa yang ada kebun. Yang tak ada kebun, poco2 pun ok la tuh!

Hari Sabtu, memang hari lepak sedunia. Sebab lepas satu movie, satu movie saya tengok. Dari jam 6.30 pagi, terus-menerus sampai jam 1pm! Memang rekod la untuk saya yang dah lama tak tengok TV. Mujurlah ada kenduri kawen, kalau tak, maybe siaran terus sampai petang.. hehehe.. Saya pun tak tau kenapa, tapi sebab tak tentu rasa la kot.. Lepas siaran langsung terus-menerus, saya bersiap-siap ke kenduri kahwin di Dewan MBSA Seksyen 13. Walaupun tetamu tak ramai, tapi tetap meriah. Sempat saya berpadu suara dengan adik perempuan saya mendendangkan Lagu Selamat Pengantin Baru dan Kau Teristimewa untuk pengantin yang merupakan anak angkat Pakcik saya.. Release tension sket. Memanglah Tak Tentu Rasa.. Time tu, berkumpul lah family kami yang ramai2. Syok gak, tapi sekejap jer..

Saya kebetulan duduk bersebelahan dengan pakcik yang mempunyai dusun durian di Batang Kali. Dia berbisik kepada saya bahawa durian dah gugur.. Alamak! Syioknya!! Saya terus plan dengan kakak dan adik-adik untuk pergi ke dusun beliau di Batang Kali. Nak makan durian punya pasal:)

Jam 8.30 kami bertolak dari Shah Alam dua kereta, kemudian singgah makan malam di rumah adik saya di Sg Buaya. Kemudian, kami terus ke dusun pakcik saya yang terletak di Kamar Aisyah Resort, Batang Kali. Sampai2 jer, salam2, terus salam dengan durian.. hehehehe.. Dahsyat toll!! Yang seronoknya, anak-anak buah saya pun rupa2nya masing2 minat durian.. terpaksalah berebut-rebut dengan diorang.. tapi memang MARVELLOUS lah buah durian pakcik ku! Sangat sedap!! Sehingga menjilat jari.. THUMBS UP!! Time makan tu, tak ingat la pulak tekak yang kering dan batuk yang tak berhenti-henti.. Layan dulu, batuk belakang kire!! Huhuhu..

Esoknya, kami pakat berenang pulak dekat sungai yang berada di belakang resort tu. Hajat kakak saya yang nak balik awal terpaksa dibuang jauh-jauh sebab anak-anak saudaraku nak mandi sungai. Bila dah mandi, masing-masing tak nak naik sebab best sangat mandi sungai. Lagipun airnya cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Turun ke sungai jam 10, naik jam 1pm.. memang kecut la masing2... tapi puas hati.. Naik, mandi, solat, makan tengahari, pulang semula ke Shah Alam.. memang best lah.. percutian yang singkat tetapi penuh keriangan.. Kurang la stress kerja..

Time saya menaip ni, di sebelah kiri saya, mak, kakak dan adik saya saya bersusun tido sebab keletihan. Tido pun berbaris diorang ni.. bagus betul.. hehehe.. Sambil menaip, sambil bersin.. kena selsema sket sebab layan mandi sungai yang sejuk giler tu.. Bila mandi sungai, tak sedar diri.. orang kata, lupa daratan, bila dak masuk laut.. Betul ker?

Anyway, esok dah kena masuk ofis balik. Budak2 pun dah habis cuti, kena masuk sekolah balik. Rasa sekejap je cuti sehari, tak cukuplah. huhu.. Insyaallah, bulan 8 nanti nak gi jauh sket. Harap2 time tu dah ok la wabak Influenza A. Kalau kena postpone trip lagi, memang la tak nak gi langsung..

Kay lah. Got to pen off. Abang long saya pun dah sampai nak ambik anak perempuannya yang diculik oleh kami untuk mandi sungai sama-sama. Hidup perlu diteruskan, amalan perlu dipertingkatkan. Esok mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua.. Amin..

Hunny Bunny
Seksyen 19, Shah Alam
5.30pm
14hb Jun 2009

Sabtu, 6 Jun 2009

Diari - Poco-poco

Salam semua,

Saat saya menulis entry ni, saya tengah berpeluh-peluh sebab berpoco-poco dengan adik-beradik dan anak-anak buah. Seronok sebab dah lama tak exersice. Lebih seronok sebab kumpul dengan adik-beradik dan anak-anak buah sempena menyambut hari lahir abah dan adik lelaki saya yang jatuh pada 5hb Jun setiap tahun.

First time saya berpoco-poco ialah tahun lepas semasa Hari Keluarga kami yang diadakan di sebuah resort di Batang Kali. Time tu memang meriah, sebab anggota keluarga kami memang ramai,ada 7 keluarga semuanya.. Kemudiannya, dalam sebulan lepas, ada member bagitau, MARA ada anjurkan poco-poco kat Anggerik Mall, so saya pun join la.. hehehe.. bayar RM5, poco2 la sampai berpeluh.. Pastu, sebab bz,dah tak sempat nak follow dah.. asyik outstation aje..

Yang seronoknya, masa poco2, tak ingat kerja yang melambak2 kat ofis.. yang tau, layan jerr step ikut muzik poco2.. Ada sapa2 tau dari mana asal poco2 ni? Boleh la kongsi..

Okey lah.. nak sambung poco2... :) Chiaw..:)

"Syoknya balik kampung"

Hunny
Kampung Raja Musa
11.30 pagi
6 Jun 2009

Ahad, 31 Mei 2009

Diari - Seminar Krisis Murtad

Salam semua,

Pagi tadi saya menghadiri Seminar Krisis Murtad yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulamak Malaysia, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Masjid Negeri Shah Alam dan Unit Dakwah Global MAIS. Bertempat di Masjid Negeri Shah Alam beberapa orang penceramah yang terkemuka turut diundang bagi menjelaskan mengenai isu-isu berkaitan murtad termasuklah Dr Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan Malaysia, Hj Muhamad Abdullah Sylvester (Hidayah Centre), Ustaz Mohd Fitri Abdullah (PERKIM Malaysia). Kesemua penceramah ini diundang untuk slot di sebelah pagi, yang tertumpu kepada penjelasan mengenai perbandingan agama Islam dengan agama-agama Buddha, Hindu dan Kristian. Slot di sebelah petang memfokus kepada isu-isu berkaitan isu-isu murtad dari sudut perundangan dan Perlembagaan Malaysia.

Saya hanya sempat menghadiri program tersebut di sebelah pagi kerana ibu dan adik-beradik saya singgah ke rumah saya di sebelah petang. Yang menariknya, banyak perkara yang dikongsikan oleh penceramah seperti Dr Ridhuan Tee yang dulunya Buddhist, Ustaz Muhamad Nicholas Abdullah yang dulunya Kristian dan Ustaz Fitri yang dulunya Hindu. Banyak perkara asas dalam agama-agama tersebut dikongsikan bersama peserta-peserta yang memenuhi dewan masjid.

Menurut Dr Ridhuan Tee, kita perlu menyelidik berkenaan isu murtad dan mencari penyelesaiannya. Menurut beliau lagi, dakwah kepada orang China adalah yang paling mudah, tetapi pendakwah Islam tidak mengambil peluang ini. Menurut beliau lagi, Buddha atau nama asalnya Gautama Buddha adalah seorang putera beragama Hindu. Beliau adalaha seorang yang berakhlak mulia dan mengharamkan orang lain menyembahnya. Di dalam buku Micheal Hart, yang menulis mengenai tokoh-tokoh agung, Buddha merupakan orang di tangga keempat. Kekasih kita, Junjungan Besar Rasulullah SAW di tempat pertama.

Saudara Nicholas Sylvester pula berkongsi mengenai asas-asas agama Kristian. Menurut beliau , terdapat 5 asas agama Kristian antaranya Dosa Warisan, Anak Tuhan, Ketuhanan Jesus, konsep trinity of god,( saya terlupa satu lagi.) Ustaz Fitri pula menceritakan mengenai agama Hindu yang percaya bahawa Tuhan itu Satu, dan tidak boleh dilihat. Bagaimanapun, penganut Hindu menggambarkan Tuhan dalam kepelbagaian bentuk dan imej dewa-dewi seperti patung dan gambar. Beliau memaklumkan terdapat sebanyak 300 juta dewa-dewi Hindu pada masa kini.

Pada pandangan saya, seminar seumpama ini wajar dibuat dengan lebih kerap khususnya bagi para pendakwah untuk mengetahui mengenai asas-asas agama lain supaya kita mengenali dan tidak menyentuh sensitiviti agama lain dalam mengembangkan dakwah Islam. Dalam Al Quran Allah swt berfirman : "Serulah ke jalan Tuhanmu (Allah ) dengan hikmah dan jalan yang baik". Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita semua dapat menjalankan usaha dakwah dengan berkesan. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

NSJ
Seksyen 3
Shah Alam
30hb Mei 2009
11.30 malam

Dari kiri, MC, Ustaz Fitri, Ustaz Muhamad Abdullah Nicholas Sylvester dan Dr Ridhuan Tee.


Peserta yang memenuhi ruang dewan. Seorang peserta sedang bertanya soalan.

Ustaz Fitri menjelaskan mengenai asas-asas agama Hindu dan perbandingan dengan agama Islam.

Ahad, 24 Mei 2009

Diari - Satu hari di hari Sabtu..

Salam,

Selama 5 hari berkursus, lima hari jugak tak balik ofis. Mengingatkan pejabat, tetiba rasa naik bulu roma, dan rasa seram sejuk.. memikirkan kerja-kerja di pejabat yang pastinya menggunung dan menanti ketibaan saya.. agaknya, sebab tulah saya dijangkiti selsema dan batuk.. risau jugak time2 virus H1N1 ni.. Alhamdulillah, berkat doa mak dan ayah, dan petua mak, bila batuk jer, perahkan limau dan bubuh kicap sket, then minum pati limau + kicap tu.. memang kurang batuk saya.. alhamdulillah...

Semalam, sebab duduk rumah, belajar lah jadi surirumah.. selalu jadi suri pejabat.. mak dan abah gi kenduri di Banting, tinggallah kat umah dengan adik2. Kena la main masak2, basuh baju, kemas umah.. pastu, dah siap semua, layan cerita korea.. huh! Syok betullah cerita tu... sampai tak makan tengahari, punya poyo tengok cite korea.. hehehe.. Bila perut rasa lapar, konon nak makan, tengok2 lauk dah habis!! Hehehe.. tak ada rezeki.. makan je bubur jagung yang adik iparku buat.. sedap!!

Hajat di hati nak teruskan sampai habis episod ke 16(melampau betoll cita2 tuh!!), tapi sebelah petangnya dan malam, ramai pulak saudara-mara datang, sebab ada kenduri. Kena la cover line sket.. hehehe.. Lagipun, time ni la nak ramah mesra dengan diorang sebab jarang jumpa..

Lepas diorang balik, tengok citer Melayu plak kat TV3. Tajuknya Sampai Syurga. Sedih juga, dan bagus pengajarannya. Kisahnya mengenai Saniah, (lakonan Elly Mazlien) yang bercita2 untuk menjadi penyanyi. Ayahnya pada awalnya tak izinkan, tapi sebab itu satu2 anak yang si ayah ada, akhirnya si ayah mengalah. Siap ayahnya yang hantar ke audition program realiti. Bila anaknya dah berjaya dan popular, si anak lupa daratan, sombong dan bongkak. Langsung tak dijengah ayahnya yang dah tua, ayahnya datang melawat dihalau macam kucing kurang., sebab malu ayahnya miskin dan buruk. Ayahnya sakit pun tak dijengahnya. Bila balik ke rumah, it's too late sebab ayahnya dah mati.. Selepas tu Saniah insaf, dan tak nak sambung menyanyi lagi..

Pengajarannya:-

1)Kena selalu ingat dan kenang pengorbanan ayah dan ibu. Harap2 tak berlaku pada kita semua perkara macam tu. Mak dan ayah kita, buruk macam mana pun, miskin macam mana pun, dari merekalah kita lahir.. Darah daging kita.. Tanpa mereka, tak mungkin kita ada..
2) Jangan sesekali setuju nak hantar anak2 kita masuk program realiti yang lebih banyak buruk dari baik, macam AF, One in a million, My Starz LG,.. banyak lagi.. Dalam Quran Allah dah kata.. jangan hampirkan dirimu ke dalam kebinasaan (Wala tulqu bi aidikum ilattahlukah).
3) kalau rasa ada buat salah pada mak dan ayah, cepat2 minta maaf.. Takut tak sempat.. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa.
4) Tanamkan pada diri anak2 mengenai ketaatan dan kasih sayang pada ibu dan ayah. bagaimana? tentulah ibu bapa yang perlu memulakan dulu, supaya jadi contoh pada anak2.
Wallahua'lam. banyak lagi pengajarannya. Mudah2an kita sentiasa ingat dan mengingatkan sesama kita.

"Redha Ibu Bapa, Redha Allah, ,"

NSJ
Kampung Raja Musa
Kuala Selangor
24hb Mei 2009

Isnin, 18 Mei 2009

Diari - Orphan's Day's Out

Salam semua,

Sepatutnya pagi tadi (Ahad) saya diajak menyertai satu program bersama anak-anak yatim Al-Ijabah di Putrajaya untuk menaiki bot laju. Disebabkan tak cukup kenderaan nak bawa anak yatim, saya ajak seorang lagi rakan saya, Nora untuk pandu kereta masing-masing. Sebelum jam 8pagi kami berdua sampai di rumah anak yatim Al-Ijabah. Sesampainya kami di rumah anak-anak yatim tersebut, saya menerima sms mengenai pembatalan program tersebut. Sebab dah sampai, saya langsung masuk dan memberi salam. Rupa-rupanya mereka semua dah siap berpakaian, tinggal nak bertolak ajer. Bekalan makanan pun dah disediakan oleh penjaga mereka Ustazah Asma. Saya dan Nora tak sampai hati pulak nak biarkan anak-anak tu, langsung kami diskas secara ringkas dan minta izin dari Ustazah Asma untuk bawa ke Taman Tasik Shah Alam. Berebut2 masing2 nak naik kereta kami. Bayangkanlah, lapan orang naik kereta saya, tujuh orang naik kereta Nora! Hehehe.. Nasib baik tak kena tahan JPJ. Budak-budak perempuan pulak naik satu van dan dua lagi kereta lain. Seronok tengok diorang main kat playground taman tasik tu.. lepas tu kami bawa pulak diorang jalan2 di Muzium Negeri. Sampai jam 11.30, masing2 pun dah penat round kat muzium tu, kami terus balik. Asalnya kanak-kanak ni nak ke Library, tapi tengok masing2 dah penat, (sebenarnya yang bawak yang penat!!hehe) kami balik terus. Dalam kereta, anak-anak tu berterima kasih kerana bawa mereka jalan, sebab kalau tak, kata mereka, boring duduk asrama..

Apapun, walaupun penat berjalan, rasa enjoy sangat dapat spent masa dengan anak-anak ni. (Semalam lepas main bowling, terasa kaki kiri sakit. Time solat pun sakit. Agaknya sebab tak menang. kalau menang tak sakit pulak. hehehe..).hajat di hati nak upload imej diorang, tapi kat sini line kurenggg, jadi lain kali ajer saya kongsikan aksi2 menarik mereka.

Bermula esok hingga 22hb Mei 2009, saya akan menghadiri kursus Induksi pegawai MAIS selama seminggu di ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) di Sabak Bernam. Harap2 adalah line broadband, kalau tak, alamat seminggu jugaklah bercuti menulis blog.

"Cinta Nabi Dalam Mencari Redha Ilahi"

NSJ
Kampung Raja Musa
1 am
17 Mei 2009

Sabtu, 16 Mei 2009

Diari - Strike lagi!

Salam semua,

Saat saya menulis entry ini, saya berada di Alamanda Putrajaya bersama 11 orang ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MAIS sempena Kejohanan Ten-Pin Bowling Jemputan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia 2009. First time main kat sini. Mudah-mudahan ok jer.. rasa nervous jugak sebab dah lama tak melontar..

Anyway, nak kongsikan berita gembira dengan semua reader. Semalam saya dianugerahkan dengan award "Pegawai Contoh MAIS" untuk bulan Januari hingga Mac 2009. Tak sangka pulak, dalam ramai2 tu, saya yang terpilih. Pemenang untuk Anugerah ini dipilih oleh kakitangan MAIS sendiri dengan beberapa kriteria pemilihan. Antaranya, komunikasi dengan kakitangan lain, pematuhan kepada peraturan, ciri2 kepimpinan, dll.. Anyway, alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmatnya, walaupun saya rasa ramai lagi yang lebih layak untuk menerima award tu. Terima kasih pada yang mengundi saya.. Moga Allah yang dapat balas dengan kebaikan.

Tak dapat nak menulis panjang-panjang sebab game dah nak mula. Doakan team kami dapat bermain dengan baik dan strike ajerr.. hehehe.. Aminnn..

"Mengharap Redha Ilahi"

NSJ
Alamanda Putrajaya
11.50 am
16hb Mei 2009

Sabtu, 2 Mei 2009

Diari- Syoknya Cuti!!

Salam semua dan selamat menyambut Hari Buruh 2009 kepada semua buruh-buruh yang berkenaan (termasuklah saya!),

Semalam, sempena cuti Hari Buruh, di sebelah pagi, saya menghabiskan waktu membaca novel Rahsia Hati Sofia yang saya beli semasa di Pameran Buku di PWTC minggu lepas. Buku tersebut saya beli atas saranan rakan blogger saya Fatahiyah (Ayong) di booth Jemari Seni Publishing. Saya jumpa Ayong for the first time. Masa tu Ayong kena bantu jaga booth tu, sebab ex-boss dia minta.. Saya tanya Ayong buku apa best, dia rekomen buku Rahsia Cinta Sofia..

Terima kasih la Ayong atas recommendation beli buku tu, sebab memang best sangat! Thumbs up pada penulisnya, Nasurah Aishah yang saya temui semasa di pesta buku tersebut. Seingat saya, dah lama dah tak baca novel jiwa-jiwa macam tu.. hahaha.. sekali baca, terserlah jiwa kewanitaanku and tak ingat nak blogging dah, walhal memblog tu dah jadi macam jiwa raga saya!! Hehe.. maknanya, kalau dapat bacaan yang saya suka, blogging jatuh nombor dua...

Anyway, walaupun ia novel, dan kemungkinan ceritanya rekaan semata-mata, tapi penulisannya dipenuhi dengan tema kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang Islamik.. Seronok la membacanya, lebih2 lagi bila watak utama dalam cerita tersebut berdarah Jawa! Hehehe.. Terbaik!!

Tengahari, saya menemani kakak saya ke Subang Parade untuk membeli hadiah hari lahir anak saudara kami. Petangnya, selepas solat Asar, kami semua ke rumah abang sulung di seksyen 13 untuk menyambut hari lahir anak saudara kami. Seronok berkumpul ramai-ramai. Bila lagi nak jumpa saudara-mara. Sebab masing-masing dah sibuk, perjumpaan keluarga biasanya happens bila ada birthday party or kenduri-kendara. Paling kelakar, birthday celebration kali ni memang susah nak dilupakan sebab kek birthdaynya berderai sebelum upacara potong kek!! Hehehe.. Nasib baik la birthday girlnyer rilex jer.. tak melalak..

Malamnya pulak, saya menghantar adik ke UTM Jalan Semarak, kerana beliau ada paper exam final hari ini jam 9 pagi. Letih dan mengantuk, tapi sebab fikirkan dia seorang perempuan, rasanya zaman sekarang ni, tak selamat nak biarkan dia balik sendiri dengan kenderaan awam. Jam 10malam saya sampai di rumah.

Apapun, yang penting, syoklah cuti!! Dah lama tak rasa bercuti.. Tahun ini, sejak awal tahun lagi, baru sehari saya ambil cuti, disebabkan kesibukan bekerja. Tu yang stress memanjang, sebab non-stop kerja.. So, I think i need a break.. this is a short vacation for me.. maybe ada masa nanti ambil cuti lama sket untuk jenjalan. And for me, the best vacation trip is going back to my home town, see may parents face pun dah cukup membahagiakan.. Sementara stok umur masih ada, masa masih berbaki, selagi kaki mampu melangkah..

"Rumahku, Keluargaku, Syurgaku"

Nurhani Salwa Jamaluddin,
Kg Raja Musa
Kuala Selangor
11.30 malam, 2 Mei 2009

Sementara nak menunggu Asar, sempat la buat aktiviti yang paling disukai masa kecik2 dulu.. Mewarna!! Tapi kena gelak dengan anak-anak buah sendiri sebab tak chantekk katanyerr.. Sabar jerlah.. dah hilang skill masa muda-muda..

Layan, jangan tak layan!! Hehehe.. Aku tetap teruskan, mewarna, walaupun anak buahku kata, "Rosak colouring book kita!" hahaha.. Maknanya apa yer?

Hadiah-hadiah yang menanti untuk diberi kepada birthday gurl.. Kreativiti kakakku, balut hadiah pun boleh jadi baju..
Birthday gurl bersama hadiah-hadiah yang diperolehi..

My favorite niece.. Chomel tak?

Rabu, 14 Januari 2009

Diari 19 - Dakwah Itu Berterusan

Salam semua,

Kebiasaannya, pada setiap hari Rabu, kalau ada kelapangan, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai kuliyyah maghrib yang disampaikan oleh sahabat baik saya, Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Seronok melihat adik-adik yang tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Paling seronok, adalah semasa sesi soal-jawab yang diadakan selepas selesai ceramah. Macam-macam jenis soalan yang ditanya mengenai isu-isu berkaitan agama, fiqh dan hukum-hakam dalam Islam. Yang menariknya, Ustaz Muhamad akan cuba sedaya upaya memberi jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang dikemukakan, walaupun kadang-kadang soalan yang ditanya pada pandangan saya, soalan yang dikemukakan agak sukar untuk dijawab.

Apapun, berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dua perkara ingin saya kongsikan di sini. Pertama, tahniah diucapkan kepada semua pendakwah yang bersedia untuk memberi penjelasan yang benar mengenai Islam dan Hukum Syarak, termasuk Ustaz Muhamad, dan juga lain-lain penceramah agama di luar sana, yang sanggup meluangkan masa mereka untuk memberikan penjelasan dan berkongsi ilmu masing-masing terhadap persoalan-persoalan mengenai Islam kepada golongan yang inginkan kepastian. Yang nyata, banyak masa mereka dikorbankan untuk terus menyebarkan mesej dakwah. Kedua, tahniah kepada mereka yang suka bertanya, termasuk adik-adik di Fakulti Perubatan UM, untuk mencari kebenaran demi menjadi manusia yang lebih baik dalam agama dan kehidupan. Syabas buat kalian. Moga-moga terus komited dan sentiasa dalam rahmat Allah. Kalian adalah pelapis untuk meneruskan penyampaian mesej dakwah untuk generasi akan datang. Teruskan usaha, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Pelajar-pelajar lelaki yang sedang asyik mendengar tazkirah yang disampaikan.Masing-masing tekun mendengar. Insyaallah, mereka inilah kader-kader yang diharapkan dapat mewarisi ilmu yang diperolehi daripada penyampai, untuk disampaikan kepada generasi akan datang. Sabda Rasulullah s.a.w., "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

Pelajar paling tekun... sampai tertunduk-tunduk, punyalah khusyuk!! Hehehe..

Ustaz Muhamad sedang bersemangat menyampaikan tazkirah mengenai fiqh perubatan.

Sebahagian pelajar perempuan yang hadir. Nampak ceria dan bersemangat mendengar kuliyah yang disampaikan. Teringat zaman muda-muda di UIAM dulu.. Yang saya perhatikan, mereka memang rajin menyalin points yang penting yang disampaikan. Menurut Ustaz Muhamad, itu menunjukkan mereka memang nak belajar dan menimba ilmu. Tahniah buat gadis-gadis ayu ini. Teruskan usaha menambah ilmu!

Calon-calon wanita pelapis untuk menggalas tanggungjawab dakwah islamiyyah pada masa akan datang.

Jadual di surau Fakulti, sentiasa dipenuhi dengan program-program agama dan pengisian rohani. Alhamdulillah. Semoga diteruskan sampai bila-bila.

Selain memberi kuliyah maghrib di UM, Ustaz Muhamad juga merupakan pendakwah yang sering diundang oleh stesyen-stesyen TV tempatan untuk memberikan pandangan beliau. Gambar ini diambil semasa beliau menyampaikan ceramah bertajuk JIHAD untuk program Al-Kuliyyah, di TV3. Tahniah dan semoga Ustaz terus komited menyampaikan mesej dakwah kepada semua.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 9 Januari 2009

Diari 18 - Soal Hati


Salam semua,

Seminggu ni, hati saya sering diuji dengan rasa marah, kecewa, bingung. Kelangsungannya, sukar untuk saya melelapkan mata... Bermula dengan ujian atas hubungan persahabatan yang termeterai sekian lama, akhirnya membuatkan saya terfikir betapa kesilapan-kesilapan yang saya lakukan telah mengguris hati seseorang tanpa disedari. Tanggungjawab sebagai pekerja turut dipersoal, yang menyebabkan saya terasa kecil dan malu dengan kelemahan diri. Semua menuntut jawapan dan tindakan, bukan alasan. Harapan yang diberi kepada pekerja bawahan, yang tidak dapat dilaksanakan, meruntun rasa bersalah di dalam hati. Hubungan saya dengan Allah turut diuji, yang menuntut supaya saya sabar dan redha pada ketentuanNya. Jauh di sudut hati, saya berbisik.. Ya Allah! Ini hanya ujian biasa.. Adakah hati ini bersedia jika diuji seperti rakyat Palestin? Saya malu sendiri, kerana sudah tentu ujian saya tidak setanding dengan ujian saudara seIslam ku di sana..

Wahai hati, bersabarlah dan redhalah dengan ketentuan Allah. Mudah-mudahan aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dan redha. Amin.


Semoga Sakinah dan RahmatMu itu sentiasa menemaniku...

"Mengharap redha Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

Ahad, 21 Disember 2008

Diari 11 - I am back!!

Salam semua,


I am back!!! Yess!!! Back to blog!! Hehehehe.. 20 Disember 2008 berakhirlah sudah perjuangan menempuh ujian akhir di medan LLM AOIL di UIAM. Kertas terakhir saya serahkan kepada penjaga peperiksaan pada jam 12.40 tengahari. Itupun setelah berulangkali diingatkan oleh invigilator yang bertugas bahawa masa telah tamat pada jam 12.15 lagi.


Saya dan rakan-rakan kemudiannya mengambil peluang selama beberapa minit bertemu dengan pensyarah yang setia menunggu kami semua selesai. Beliau yang baru pulang menunaikan ibadah haji, dengan wajah berseri-seri, walaupun kurang sihat kerana batuk, menjemput kami menikmati buah tangan yang beliau bawa dari Makkah. Sempat juga bertanya mengenai salam pada Rasul tercinta dan doa yang saya kirim pada beliau untuk dibacakan. Alhamdulillah. Semuanya telah dilaksanakan oleh beliau. Tunggu keputusannya ajer.. insyaallah.. Mudah-mudahan semua yang didoakan oleh beliau akan dimakbulkan Allah. Amin..


Apapun, lega rasanya, setelah setahun setengah berkorban masa setiap hari Sabtu untuk attend kelas di UIAM. Mudah-mudahan diberi ganjaran oleh Allah. Insyaallah, pencarian ilmu saya tidak terhenti setakat ini. Saya pasti akan kembali juga untuk meneruskan pencarian ilmu ke peringkat yang boleh saya capai. Apapun, now it is time to blog!!



"Syoknyer!!"

Hunny