Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 24 Mei 2009

Diari - Satu hari di hari Sabtu..

Salam,

Selama 5 hari berkursus, lima hari jugak tak balik ofis. Mengingatkan pejabat, tetiba rasa naik bulu roma, dan rasa seram sejuk.. memikirkan kerja-kerja di pejabat yang pastinya menggunung dan menanti ketibaan saya.. agaknya, sebab tulah saya dijangkiti selsema dan batuk.. risau jugak time2 virus H1N1 ni.. Alhamdulillah, berkat doa mak dan ayah, dan petua mak, bila batuk jer, perahkan limau dan bubuh kicap sket, then minum pati limau + kicap tu.. memang kurang batuk saya.. alhamdulillah...

Semalam, sebab duduk rumah, belajar lah jadi surirumah.. selalu jadi suri pejabat.. mak dan abah gi kenduri di Banting, tinggallah kat umah dengan adik2. Kena la main masak2, basuh baju, kemas umah.. pastu, dah siap semua, layan cerita korea.. huh! Syok betullah cerita tu... sampai tak makan tengahari, punya poyo tengok cite korea.. hehehe.. Bila perut rasa lapar, konon nak makan, tengok2 lauk dah habis!! Hehehe.. tak ada rezeki.. makan je bubur jagung yang adik iparku buat.. sedap!!

Hajat di hati nak teruskan sampai habis episod ke 16(melampau betoll cita2 tuh!!), tapi sebelah petangnya dan malam, ramai pulak saudara-mara datang, sebab ada kenduri. Kena la cover line sket.. hehehe.. Lagipun, time ni la nak ramah mesra dengan diorang sebab jarang jumpa..

Lepas diorang balik, tengok citer Melayu plak kat TV3. Tajuknya Sampai Syurga. Sedih juga, dan bagus pengajarannya. Kisahnya mengenai Saniah, (lakonan Elly Mazlien) yang bercita2 untuk menjadi penyanyi. Ayahnya pada awalnya tak izinkan, tapi sebab itu satu2 anak yang si ayah ada, akhirnya si ayah mengalah. Siap ayahnya yang hantar ke audition program realiti. Bila anaknya dah berjaya dan popular, si anak lupa daratan, sombong dan bongkak. Langsung tak dijengah ayahnya yang dah tua, ayahnya datang melawat dihalau macam kucing kurang., sebab malu ayahnya miskin dan buruk. Ayahnya sakit pun tak dijengahnya. Bila balik ke rumah, it's too late sebab ayahnya dah mati.. Selepas tu Saniah insaf, dan tak nak sambung menyanyi lagi..

Pengajarannya:-

1)Kena selalu ingat dan kenang pengorbanan ayah dan ibu. Harap2 tak berlaku pada kita semua perkara macam tu. Mak dan ayah kita, buruk macam mana pun, miskin macam mana pun, dari merekalah kita lahir.. Darah daging kita.. Tanpa mereka, tak mungkin kita ada..
2) Jangan sesekali setuju nak hantar anak2 kita masuk program realiti yang lebih banyak buruk dari baik, macam AF, One in a million, My Starz LG,.. banyak lagi.. Dalam Quran Allah dah kata.. jangan hampirkan dirimu ke dalam kebinasaan (Wala tulqu bi aidikum ilattahlukah).
3) kalau rasa ada buat salah pada mak dan ayah, cepat2 minta maaf.. Takut tak sempat.. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa.
4) Tanamkan pada diri anak2 mengenai ketaatan dan kasih sayang pada ibu dan ayah. bagaimana? tentulah ibu bapa yang perlu memulakan dulu, supaya jadi contoh pada anak2.
Wallahua'lam. banyak lagi pengajarannya. Mudah2an kita sentiasa ingat dan mengingatkan sesama kita.

"Redha Ibu Bapa, Redha Allah, ,"

NSJ
Kampung Raja Musa
Kuala Selangor
24hb Mei 2009

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Pengajarannya mengandungi nasihat yang amat baik.semoga diamalkan dan dihayati.
Rasanya madu lebah pun baik juga utk mengubati batuk dan utk kesihatan .

DrSam berkata...

salam,
memang marathon kalau boleh habis ke 16 episod cerita Korea. Boleh terjojol biji mata.

cerita sampai syurga tu saya tak tengok, cuma tengok ringkasan (iklan) sahaja. tapi boleh agak jalan ceritanya. Banyak cerita sekarang, terutama agak 'predictable'. Jika ada iktibar, kita buat pengajaran.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Terima kasih atas petua tu.. Saya pernah cuba makan madu, tapi sebab manis, tak kurang juga batuknya. Satu lagi, maybe sebab tak original..

Hunny berkata...

Salam Dr Sam,

Saya dah lama tak tengok TV. kalau tengok pun berita. Drama tak berapa suka sebab citer sambung2, kena komit untuk ada depan TV pada masa yang ditentukan. Bila dah ada masa free, apa lagi, dapat pulak cerita Korea, hehehehe..siaran langsung lah!! Anyway, banyak jer citer bagus yang mempunyai tauladan. Boleh lah dikongsikan sama2