Salam semua,
Seperti yang dimaklumkan, saya bertolak ke ILDAS pagi ini. Seorang sahabat baik saya bermurah hati nak menumpangkan saya. Terima kasih la Kak Nomee. Mulanya nak bawa kereta sendiri, tapi last2 macam malas nak memandu jauh2 sorang-sorang.
Kami sampai ke ILDAS jam 11. Lepas check in dan daftar kehadiran, jam 11.30 program perasmian bermula. Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha MAIS. Banyak pesanan yang diberikan oleh beliau, antaranya mengenai tanggungjawab dan kewajipan MAIS terhadap sosio ekonomi umat Islam di negeri Selangor. Pada sebelah petangnya, selepas solat Zohor, slot pertama bermula iaitu penerangan mengenai kuasa-kuasa, tanggungjawab, peranan MAIS menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 oleh Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar, Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri. Walaupun ceramah beliau berkaitan dengan perundangan yang merupakan subjek yang agak 'dry', tetapi beliau menyampaikan dengan begitu baik dan memang kami tak mengantuk. kalau nak ikutkan, time 2-30 petang sampai 4-30 petang tu la prime time untuk melelapkan mata.
Pada sebelah petangnya, ada aktiviti riadah. Peserta lelaki dikehendaki bermain bola tampar, dan peserta wanita bermain bola jaring. Saya ditugaskan sebagai GS (Goal Shooter). Saya sejak dari dulu (sekolah rendah dan menengah) memang tak pernah bermain bola jaring. Tetapi tadi disebabkan seorang ahli pasukan kami memang mahir bermain bola jaring mengajar kami cara-cara bermain, saya dapat shoot dua gol!! Hehehe.. Okayla tuh!
Pada sebelah malamnya, slot yang kedua iaitu penerangan mengenai peraturan-peraturan tatatertib pegawai MAIS telah disampaikan oleh seorang pegawai dari JPA. Letih dan mengantuk semasa slot ini, tetapi kontrol. Alhamdulillah jam 10.10 malam kami selesai hari pertama di MAIS. Insyaallah. Esok kami akan meneruskan program hari kedua dan seterusnya sehingga kursus ini selesai. Insyaallah, mudah2an Allah memudahkan rezeki dan saya terus menulis. Aminnn :) Dah ngantuk nak tido, sebab sok kena bangun awal..
"Mengharap Redha Ilahi"
NSJ
ILDAS Sungai Air Tawar
Sabak Bernam
18 Mei 2009

2 ulasan:
Salam Hani.
Kursus adalah satu medan menyebarkan ilmu dan memindahkan pengalaman kepada para pesertanya perkara itu telah diatur terlebih dahulu oleh penganjur semua orang menyedari perkara tersebut,
Perkara yang mungkin tidak disedari ialah para peserta dapat menambahkan rakan taulan, merapatkan lagi hubungan kepada mereka yang telah kenal, membiasakan diri berintraksi di kalayak bagi mereka yang masih gugup dan sudah pasti mengikuti masa makan yang teratur bersama hidangan makanan yang seimbang dan yang akhir sekali (dulu tak dak ) dapat mengemaskinikan blog dengan tidak perlu mencari-cari apa tajuk atau isunya.betul tak ?.
Waduh sedapnya makan bersama kawan-kawan...he3 nanti Pak Ngah pergi kursus di Restoran Hakim.Sk.7. h3 bergurau ye.
salam Pak Ngah,
Betul dan setuju dengan pak Ngah!
Catat Ulasan