Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 1 Mei 2009

Diari - Muallaf - Part 1

Salam semua,

Semalam saya dikunjungi oleh bapa kepada seorang muallaf lelaki di bawah umur yang memeluk Islam semasa umurnya 10 tahun. (sekarang beliau berumur 14 tahun.) Adik Yusuf ( bukan nama sebenar) memeluk Islam dengan kerelaan hatinya, dan dengan kebenaran bapanya, Encik Raja (bukan nama sebenar). Ibunya sudah lama meninggalkan mereka dan tidak dapat dikesan. Setelah memeluk Islam, adik Yusuf ditempatkan di sebuah pusat latihan muallaf untuk diberi bimbingan dan pengajaran mengenai Islam. Namun begitu, Adik Yusuf memberontak kerana mahu tinggal bersama ayahnya yang masih lagi beragama Hindu. Dia kerap kali lari dari pusat latihan tersebut kerana mahu bersama ayahnya. Saya dimaklumkan bahawa adik yusuf seorang yang taat dan tidak meninggalkan solat. Satu saja perkara yang menjadi masalah, adik yusuf ini asyik'terkenangkan ayahnya dan mahu tinggal bersama ayahnya. That's why lah dia asyik lari ajer. Ini menyukarkan kami kerana perlu mengawasi beliau 24 jam, kerana bimbangkan adik yusuf. Takut dia lari lagi.

Untuk menyelesaikan situasi ini, pegawai-pegawai muallaf yang terlibat menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pada awalnya, saya mencadangkan supaya adik yusuf ditempatkan di kediaman yang berhampiran dengan ayahnya. Tetapi disebabkan Encik Raja pemandu lori, dia jarang ada di rumahnya. Akhirnya saya dimaklumkan bahawa adik Yusuf bersetuju untuk ditempatkan di sebuah pusat tahfiz, dengan syarat ayahnya memberikan kebenaran.Saya mencadangkan supaya kebenaran bertulis daripada ayahnya diperolehi.
Untuk menunjukkan kebenaran ayahnya diperolehi, pegawai-pegawai muallaf meminta khidmat saya untuk mendrafkan surat kebenaran/akujanji supaya ditandatangani oleh encik Raja. Semalam, Encik Raja hadir di pejabat saya untuk menandatangani surat akujanji memberi kebenaran tersebut. Saya menjelaskan kepada beliau terma-terma yang terdapat di dalam surat tersebut, dan bertanya sama ada beliau faham dan bersetuju dengan semua syarat. Alhamdulillah, beliau bersetuju. Saya kemudiannya meminta seorang pegawai muallaf menemani Encik Raja menandatangani surat tersebut di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Alhamdulillah. Lega rasanya setelah perkara ini selesai, kerana saya bimbang kalau-kalau Encik Raja tak bersetuju, susah juga nak selesaikan. Lebih berat jika ada pihak ketiga yang masuk campur. Takkanlah nak biarkan yusuf yang masih kecil lagi tinggal dengan ayahnya, dikhuatiri beliau tidak dapat menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang Muslim. Inilah antara situasi yang sering dihadapi oleh pihak kami dalam membantu muallaf mendapat bimbingan dan pengajaran sewajarnya. Mudah-mudahan bantuan yang kami hulurkan dapat menyelamatkan akidah muallaf ini.

"Membimbing muallaf tanggungjawab bersama"

Nurhani Salwa Jamaluddin
Seksyen 19
Shah Alam
1 Mei 2009, 5pm

Tiada ulasan: