Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 30 April 2009

Diari- Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil Syarak : Part II

Salam semua,

Hari ini hari terakhir persidangan. Semalam dan hari ini, selepas solat Subuh, saya terdengar suara orang mengaji. Saya menjangkakan kemungkinan pihak hotel memasang CD mengaji, tetapi bila saya amati, rupanya orang yang menginap di bilik sebelah saya yang mengaji. Alhamdulillah.. Rasa seronok mendengar, kerana tentunya telah menjadi tabiat dan kebiasaan beliau mengaji selepas solat Subuh. Plus, memang bacaannya bagus dengan taranum yang teratur. Saya menjangkakan beliau adalah salah seorang peserta program kami, tetapi saya tidak dapat mengesan siapa empunya suara itu. Ini pertama kali saya mendengar orang mengaji di bilik hotel, berkemungkinan kerana hotel tempat kami menginap tersebut menyediakan Tafsir Al-Quran versi Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam setiap bilik. Kebiasaannya, hotel-hotel lain menyediakan Holy Bible. Tahniah kepada pihak pengurusan hotel Crystal Crown PJ. Kepada ustaz yang mengaji, teruskan mengaji. Untunglah sapa jadi isterinya, sejuk hati, sebab pagi-pagi lagi dah dibacakan 'ayat-ayat cinta' yang mengasyikkan dan menenangkan siapa yang membaca dan mendengar.

Persidangan berlangsung tepat jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1 petang. Suka saya nak berkongsi bahawa peserta pada persidangan kali ini sangat-sangat menepati masa, terutamanya pengerusi persidangan iaitu Dato' Wan Mohamad, KetuaPengarah JAKIM dan Tan Sri Syeikh Ghazali. Kebanyakan Ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal , dan juga peserta dari semua negeri di Malaysia walaupun sudah berumur, turut komited dalam menepati masa. Pada hari ini, ahli persidangan membincangkan mengenai isu keputusan kabinet menghalang supaya kanak-kanak yang di bawah umur 18 tahun mengikut agama ayah atau ibu atau penjaganya yang memeluk islam. Persidangan ini turut membincangkan mengenai isu-isu penjagaan dan dakwah terhadap muallaf. Beberapa resolusi dan keputusan telah dibuat di dalam persidangan kali ini, yang berkaitan dengan agama Islam dan isu-isu semasa perundangan yang perlu dijelaskan kepada umat Islam.

Pada sebelah malam, saya terpaksa masuk sebentar ke pejabat untuk mengambil cop untuk mengesahkan sijil-sijil milik sepupu saya yang ingin memohon pekerjaan. (Pegawai A boleh sahkan sijil-sijil). Sebelum ke pejabat, saya dimaklumkan oleh kakitangan di Bahagian saya bahawa fail-fail yang saya perlu lihat esok dah macam KLCC! Hehe.. Memang la seriau nak masuk ofis.. Baru 2 hari tinggal, dah macam KLCC. Kalau seminggu macam mana agaknya? Hmmm.. Lu pikirlah sendiri...


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani Salwa Jamaluddin
Shah Alam
29hb April 2009, 12.30 malam


Dewan persidangan.

Bergambar kenangan bersama Prof Datin Paduka Dr Zaleha Binti Kamaruddin, Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIA, juga ahli Majlis Agama Islam Selangor. Datin Zaleha yang saya kenali memang tak sombong, peramah dan mesra dengan semua orang, dan minta kami panggil dia Kak Lee saje. Seronok bekerja dengan beliau, kerana beliau sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam semua perkara yang dibuat.

Bersama Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Zulkarnain. Dulu pernah datang my office, tapi dia terlupa. Saya yang ingatkan dia. Biasalah manusia, mudah lupa..

Kerja-kerja yang menantiku di pejabat.. Huhuu.. Kalau ada sapa-sapa free, bolehlah tolong..

8 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

salam,amacam semua program ok ke? Bila convo?

Faridrashidi berkata...

Salam,

Bertimbun-timbun ya kerja. Kerja apa tu?

hani berkata...

Salam Ustaz,
Alhamdulillah semua ok. Doakan jelah semuanya ok.. Saya ada bercakap dengan Dr Najibah. Dia kata bulan 10.

hani berkata...

salam FaridRashidi,

Biasalah.. Minta pandangan undang-undang, semakan dan gubalan undang-undang, kontrak-kontrak dan perjanjian, kes-kes syariah.. Kalau bukak firma guaman sendiri ni, dah boleh pergi Haji tiap2 tahun.. hehehehe.. sebab arahan banyak.. Takpelah.. Mudah-mudahan Allah beri ganjaran lebih baik..

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Nampaknya sebok sokmo tapi masih sempat menulis. berbalik cerita pasal Tan Sri, Tan Sri Ghazali bin Abd.Rahman ke ?, orang Tobiar Kedah, kalau ye beliau guru Pak Ngah dan ada kaitan keluarga, sekarang dah menetap Di KL.
Dah lama sangat tak jumpa, tentu dah banyak berubah, Orangnya sangat merendah diri,sangat senang kalau berintraksi dengannya.
Kalau tidak salah beliau telah bersara dari jawatan Ketua Hakim Syarie.

nurhanisalwa berkata...

Salam Pak Ngah,

Macam saya sebut dulu, mengupdate blog ni dah macam kewajipan. Sibuk macam mana pun saya akan usahakan untuk update.. Berkenaan dengan Tan Sri Syeikh Ghazali, betullah orang yang sama. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Memang merendah diri dan warak orangnya, walau ilmunya tinggi.

taQi berkata...

salam..
saya tengah free watlaupun sedang wat praktikal..
boss x bagi banyak kerja =)

ada upah x kalau tolong? =)

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam TAQI,

Nak upah ke nak ganjaran Allah bagi? :)