Salam semua,
Hari ini saya berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja yang gagal untuk saya siapkan kerana setiap hari kena attend meeting yang penting di samping memberi nasihat guaman. Meeting dengan peguam yang sepatutnya dibuat jam 10 terpaksa ditangguhkan kerana peguam masih di Mahkamah (sampai 11.30am saya tunggu..) sementara menunggu saya isikan dengan perbincangan bersama seorang peguam sivil yang bertanyakan mengenai beberapa isu syariah berkaitan dengan taklik dan lafaz cerai. Sebelum jam 12 tengahari, saya dan dua lagi pegawai MAIS (Pegawai PRO dan Pegawai Syariah) bergegas ke Baitul Ehsan (Pusat Perlindungan Wanita) yang telah diwartakan sejak tahun 2001, kerana menerima kunjungan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu. Rombongan beliau turut disertai oleh Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato' Mohd Zohdi, dan pegawai-pegawai Syariah dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumat mengenai penubuhan dan prosedur serta undang-undang yang digunapakai oleh Pusat Perlindungan Wanita MAIS, untuk dibawa pulang ke Terengganu bagi mewujudkan satu pusat pemulihan yang sama di Terengganu. Alhamdulillah, sesi yang berlangsung lebih kurang satu jam lebih (3pm-4.30pm) diisi dengan taklimat dan penerangan oleh Penguasa atau Ketua Pusat Pemulihan Wanita MAIS, Ustaz Mohd Khairi Solehan. Banyak cerita-cerita dan pengalaman yang dikongsikan oleh Ustaz Khairi dengan tetamu yang hadir. Antaranya, terdapat 3 kategori pelatih yang diterimamasuk oleh Pusat ini, melalui perintah Mahkamah, atas kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan persetubuhan luar nikah, sumbang mahram, etc) atau secara sukarela, atau yang meminta perlindungan.
Apa yang paling menarik untuk saya kongsikan adalah, modul-modul yang digunakan di dalam Pusat ini, yang banyak membantu kepada pemulihan gadis-gadis remaja yang terlanjur atau liar. Contohnya, modul utama dan wajib adalah setiap pelatih dilatih dan diberi bimbingan solat dan mengaji (iqra' 1-iqra' 6),wajib dicompletekan. Ini penting sebagai asas untuk pengisian jiwa mereka. Teringat saya seorang penceramah (sahabat karib saya) sering mengingatkan kepentingan solat 5 waktu, kerana adanya satu doa yang bila tidak dibaca, tidak sah solat kita. Doa itu adalah surah Al-Fatihah, di mana ayat kelimanya merupakan doa untuk diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Insyaallah, jika solat 5 waktu itu dijaga, pastinya hidayah dan petunjuk Allah akan tiba juga. Banyak lagi modul lain yang menarik. Paling penting adalah modul kaunseling keluarga, di mana setiap keluarga diminta untuk hadir dan berbincang dengan pelatih2 di sini, untuk mengingatkan tanggungjawab keluarga terhadap anak-anak gadis supaya memastikan anak-anak gadis mereka tidak terabai selepas proses pemulihan selesai.
Alhamdulillah, walaupun pertemuan ini sangat singkat, yang pastinya, satu jalinan telah terikat. Perjalanan dari Seksyen 5 ke Sabak Bernam ini, mungkin tidak akan terhenti setakat ini. Perjuangan dan perjalanan memartabat undang-undang Syariah masih jauh lagi. Bukan setakat MAIS dan JAKESS, atau SELANGOR dan TERENGGANU. Jalinan ukhuwah dan jaringan kerja antara semua jabatan berkaitan, negeri dan negara serta sokongan semua umat Islam amat penting untuk merealisasikan tujuan murni ini. Insyaallah, mudah-mudahan tujuan murni ini mendapat petunjuk dan rahmat Allah.
Di sini juga, ingin saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak gadis atau melindungi wanita @ anak-anak gadis mereka , atau ada sesiapa yang berminat untuk sama-sama menjalani aktiviti di Pusat ini, boleh hubungi Penguasa Pusat ini di talian atau layari www.mais.gov.
"Mengharap Keredhaan Allah"
Nurhani Salwa
Shah Alam
10 April, 9-30pm
Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan JAKESS Selangor. Dari kiri, Ustaz Mohd Ropi, (Pegawai Penyelidik kepada Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu), Ustaz Rosdi (Pegawai Penyelidik kepada Ketua Hakim Syarie), Dato' Ismail Yahya (Ketua Hakim Syarie Terengganu), YAA Dato' Hj Zohdi Toha,( Ketua Hakim Syarie Selangor), Ustaz Khairie (Penguasa PPW), Ustaz Juraish (Pegawai Syariah MAIS), Tuan Wan Zakri (Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu), Tuan Zainul Rashid (Ketua Pendaftar JAKESS) dan Ustaz Rizuan (Pegawai Sulh JAKESS)
Penguasa Baitul Ehsan (Pusat Perlindungan Wanita) sedang memberikan taklimat berkenaan pusat berkenaan kepada tetamu yang hadir.
Kenangan dari JKSM Terengganu. Mengimbau Batu Bersurat Terengganu, yang membuktikan Islam adalah undang-undang sebelum penjajah Portugis menakluki Melaka, selain dari manuskrip Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang 99 Perak. Tarikh yang dinyatakan di Batu Bersurat tersebut adalah 1303M atau 702 Hijrah, sedangkan Portugis menakluki Melaka adalah pada tahun 1511. Islam telah bertapak lebih awal di Tanah Melayu. Zaman kegemilangan Islam ini tidak dinyatakan di mana-mana? Pelikkan? Semalam, sahabat saya yang baru pulang dari Moscow menyatakan, beliau menemui manuskrip undang-undang bertulis Melayu di Moscow State University. Ada 13 lagi manuskrip Melayu yang berada sebahagiannya di Belanda, Sepanyol dan tidak ada di tempat lain. Satu penemuan yang menunjukkan bahawa adanya konspirasi untuk menyembunyikan fakta sejarah Melayu dari orang Melayu sendiri..
Bengkel jahitan, antara kemudahan yang disediakan di sini. Menurut Ustaz Khairi, pelatih-pelatih di sini diminta untuk menjahit pakaian mereka sendiri.
Antara kemahiran lain yang diajar di sini adalah memasak. Roti goreng yang dibuat sendiri oleh gadis-gadis ini. Sedap!Sempat pau satu!! Hehe..
Merakamkan detik-detik bersama adik-adik di Pusat ini. Mudah-mudahan mereka dapat dipulihkan dan dapat menjalani hidup seperti biasa. Seharusnya kita memberi peluang kedua kepada mereka.
Menurut ustaz Khairi, ada di kalangan pelatih yang berjaya menjadi guru Iqra',ada yang menjadi engineer, dan mengusahakan perniagaan restoran. Ini yang Islam mahu, ini yang kita usahakan. Beri peluang mereka menebus kesalahan, beri bimbingan, bina kemahiran, tanamkan keimanan, akhirannya, tawakkal atas usaha yang dibuat. Setiap manusia fitrahnya mahukan yang baik. Bimbingan dan pesanan yang berterusan perlu dibuat. Insyaallah, bila kita membantu manusia, ke arah mencintai Allah, Allah akan membantu kita.
Menurut ustaz Khairi, ada di kalangan pelatih yang berjaya menjadi guru Iqra',ada yang menjadi engineer, dan mengusahakan perniagaan restoran. Ini yang Islam mahu, ini yang kita usahakan. Beri peluang mereka menebus kesalahan, beri bimbingan, bina kemahiran, tanamkan keimanan, akhirannya, tawakkal atas usaha yang dibuat. Setiap manusia fitrahnya mahukan yang baik. Bimbingan dan pesanan yang berterusan perlu dibuat. Insyaallah, bila kita membantu manusia, ke arah mencintai Allah, Allah akan membantu kita.
Bergambar bersama member lama Ustaz Mohd Ropi. Dulu jumpa di Mesir tahun 2007. Masa tu beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat HEP Terengganu. Dia tegur saya dan tanya saya kenal dia tak? Saya kata tak pasti.. Bila dia mention pasal Mesir, baru saya teringat dan termalu, sebab betul2 tak ingat. Masa mula2 nampak, memang saya perasan macam pernah jumpa, cuma tak ingat di mana. Bila dia tegur baru ingat. Sorilah ustaz! Masa kat Mesir anta tak pakai blazer., tak pakai songkok. Bila pakai blazer, dengan songkok, betul2 macam ustaz, ana segan nak tegur, walhal kat Mesir, dia yang jadi tour guide saya dan sorang member berjalan kat pasar sayyidina Ali. Hehehe..
Bergambar kenangan beramai-ramai bersama tetamu dari JAKESS dan JKSM Terengganu. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi,
1 ulasan:
assalam..sya farah..sudah berkahwin mencari anak angkat..blh hubungi sya 0175662498
Catat Ulasan