Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 29 Mac 2010

Diari - "Abah.."


Salam semua,

Sepulangnya saya dari ILDAS, saya singgah di kampung untuk ambil kereta. Saya minta Puan Norraini men'jatuh'kan saya (to drop me) di stesen BP, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Adik saya akan mengambil saya untuk pulang ke kampung. Puan Norraini masih perlu meneruskan perjalanan hingga ke Sijangkang. Jauh tuu..

Saya sampai di kampung lebih kurang jam 5.30 pm. Rupa-rupanya mak dan abah saya nak ikut ke Shah Alam, untuk ke rumah abang sulung saya, Nazri, yang baru saja berpindah rumah. Setelah bersiap apa yang patut, lebih kurang jam 6.30 petang, kami bertolak ke Shah Alam. Agak padat juga kereta saya kerana dua orang anak saudara saya Aina dan Akid yang merengek-rengek nak mengikut saya, dan adik perempuan saya yang masih belajar di UTM Skudai pun ikut sama, sebab saya perlu menghantarnya menaiki bas ekspress di seksyen 17 Shah Alam. Jadi, semua sekali, 6 orang satu kereta.. Boleh bayangkanlahh padatnya..

Kami memulakan perjalanan dengan membaca 6 bismillah, 5 surah (4 qul dan al-nasr) dan doa menaiki kenderaan serta sepotong ayat al-Quran (saya tak pasti surah apa). Amalan bacaan doa dan surah-surah ini Abah yang ajar kami.

"Ayat ni, dikira sebagai ayat insurans," teringat Abah pernah berkata pada saya.

"Ayat insurans?"tanya saya tak faham.

"Ha ah. Ayat insurans untuk menjamin daripada kemalangan," kata Abah lagi.

"Owh. Maknanya, kalau kita baca, tak kemalangan la yer Bah?" tanya saya lagi.

"Insyaallah..Maknanya, kalau kita eksiden juga lepas baca ayat ni, kita boleh claim pada Allah, sebab Allah dah janji bagi keselamatan pada kita. Tapi kita kena berusaha juga untuk elak kemalangan." jawab Abah.


Sepanjang jalan, abah tak putus-putus berzikir dan mengingatkan kami semua supaya berzikir.

"Mah. Dah zikir?" tanya abah pada mak.

Saya yang sedang memandu terus mengalunkan zikir-zikir mudah yang biasa dilagukan di radio dan televisyen. Teringat saya masa kecil-kecil dulu. Memang sejak saya kecil lagi, Abah memang tak beri kami dengar radio. TV pun tak ada kat rumah. Semua kena banned. Kalau nak tengok, kena gi umah nenek. Kalau dalam kereta pulak, aktiviti kami, selain berzikir, dia mesti akan tasmi' bacaan surah-surah lazim kami. Kalau tak pun, kami tidur jelah. Heheheh.. Bila difikirkan, amalan yang Abah ajar ini yang menjadikan kami mudah nak menghafal dan mengingat. Amalan ini juga menyebabkan saya selalu jadi yang pertama hafal surah lazim masa kat sekoalh rendah. dan dapat wakil sekolah dalam ihtifal sekolah-sekolah untuk hafazan. Jadi pandai? Tak juga. Semuanya bergantung kepada usaha masing-masing.

Dua minggu lepas, saya bawa Abah ke UITM Sri Iskandar, melihat adik bongsu saya yang masih belajar di Tahun 2 dalam bidang lanskap di sana. Dalam perjalanan pulang, Abah membaca dua surah yang memang biasa dia akan baca selepas solat Isyak. Tiba-tiba Abah bertanya,

"An (panggilan keluarga) tau surah apa Abah baca tadi?" tanyanya pada saya.

"Tau," jawab saya.

"Apa?" tanyanya menduga.

"Mmm.. Alif Lam Mim Sajadah dan Al-Mulk (Tabarakallazi ).." jawab saya yakin.

"Alhamdulillah.. betullah tu.. hafal tak?" tanyanya pada saya.

"Heeee.. yang tu belum la Bah. Tapi Al-Waqiah bolehlah.." jawab saya.

"Cuba, Abah nak dengar," kata Abah.

"Ok. tapi kat hujung-hujung tu, gagal sket la Bah," kata saya.

"Tak pe.. baca ajer," kata Abah lagi.

Saya terus membaca surah berkenaan. Ada juga yang Abah betulkan di hujung-hujung surah itu. Habis saja bacaan saya, Abah berkata,

"Ahsanti, ahsanti (bagusnya kamu, bagusnya kamu)".

Malunya bila Abah puji, walhal baru satu surah ajer saya hafaz.. nak bandingkan dengan Abah yang rajin hafal surah lain. Memang bukan senang untuk orang macam Abah boleh hafal Quran. Abah bukannya dapat pendidikan agama pun sejak kecil, tapi hatinya sentiasa di masjid. Dia belajar di High School Klang. Tapi setiap kali waktu solat, dia mesti akan minta izin keluar kelas untuk solat. Setiap waktu solatnya di masjid, dan dia pasti akan dapatkan takbiratul ula (takbir yang pertama). Susah nak lihat dia solat di rumah kecuali demam. Itulah Abah. Saya yakin sangat, sebab Abah sangat-sangat menjaga solatnya, Allah permudahkan urusan hidupnya. Nak ikutkan, berapa sangatlah pendapatan Abah sebagai guru untuk sara anak seramai 11 orang. Semuanya sihat dan diberi pendidikan yang cukup. Tapi Alhamdulillah Allah cukupkan keperluan Abah. Abah tak meminta-minta pun supaya dibantu.

Kalau tak kerana didikan, bimbingan dan tunjuk ajar Abah, mungkin saya tak berada di mana saya berada sekarang. Teringat saya kena rotan dengan Abah sebab tinggal solat. Jadi, lepas tu, saya tak tinggal solat lagi. Teringat saya seawal darjah 1 dah kena pakai tudung ke sekolah. Jadi kalau tak pakai tudung masa keluar rumah, rasa macam tak lengkap berpakaian ajer.. Abah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami supaya mencontohi cara hidup Rasulullah SAW tercinta. Dia ajar kami adab makan, adab tidur, adab masuk ke tandas, adab menaiki kenderaan, adab masuk ke masjid, dan lain-lain ikut sunnah. Setiap malam, Abah bacakan kami hadis-hadis mengenai Rasulullah, fadilat-fadilat solat, puasa, sedekah, kisah-kisah para sahabat Nabi untuk kami hayati dan amalkan. Walaupun mungkin ada yang kami terlupa, tapi Abah tak putus-putuskan ingatkan kami supaya jaga solat, dan amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Semua tu sebab Abah. Allah berikan kekuatan pada Abah untuk sampaikan ilmu tu pada kami. Alhamdulillah...

Abah pun penyayang dan suka sangat dengan kucing.

"Seorang sahabat Nabi SAW namanya Abu Hurairah r.a.. Dinamakan begitu sebab dia suka sangat kucing. Banyak kucing dibela," teringat Abah pernah berkata demikian bila saya bertanya, kenapa Abah suka dengan kucing.

Banyak sangat nak cerita pasal Abah, tapi cukuplah dulu.. Terlalu banyak kebaikan Abah yang terbalas oleh kami. Thanx Abah. Thanks sangat-sangat. Tak terbalas jasa Abah pada saya. Saya selalu berdoa semoga Allah memaafkan kesalahan Abah, dan membalas jasa Abah membela saya dan adik-beradik lain. Kesabaran Abah mendidik kami, kami sendiri pun tak terbalas. Cuma mungkin kerana kasih sayang saya pada Abah, saya terpaksa berkorban dan memilih untuk berpisah dengan buah hati kesayangan saya, demi cinta saya pada Abah. Semoga Abah dirahmati Allah, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk terus beribadah di muka bumi ini. Amin.

Kepada semua pembaca yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah semasa masih diizin Ilahi. Pengorbanannya memang tak terbalas. Luangkan masa bersamanya semasa masih sempat. Hubunginya selalu. Jika ayah kita sudah tiada, mari sama-sama mendoakan semoga arwah ayah kita sentiasa di dalam rahmat dan diberi keampunan oleh Allah SWT.

Insan-insan teristimewa dalam hidupku. Dari kiri : Abah, saya, emak semasa pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor tahun 2009.


"I love my daddy!"

Nurhani

Shah Alam

Diari - Pak Aji yang komited..


Salam semua,

Selama dua hari bermula 27-28 hb Mac 2010 saya berada di ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) membantu sahabat baik saya Puan Norraini mengendalikan Bengkel Pemahaman Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau Negeri Selangor. Disebabkan Puan Norraini merupakan penceramah undangan, kami menginap di rumah VVIP yang disediakan khas untuk penceramah. Kebanyakan masa saya berada di rumah penginapan tersebut, kerana slot saya cuma 4 jam, sabtu malam dan ahad pagi.

Alhamdulillah, tempat tinggal memang selesa, semua lengkap, bilik tidur dan bilik air memang selesa, air cond pun tahap beku, sebab saya terus selsema lepas tidur satu malam di sana. Cuma yang kurang best nya, sebab WiFi nya rosak, so, tak dapat lah internet connection. Untuk bloggers yang memang minat melayari internet, TV pun kurang tonton, jadi, saya rasa teramat-amatlah bosannya nak menghabiskan masa di rumah sebelum slot saya tiba. Mujurlah ada teman cilik, Irdina, anak perempuan tunggal Puan Norraini yang dibawa bersama beliau ke sana. Jadi saya spent masa dengan Irdina. Dalam perkataan lain, jadi bibik la.. Bibik tak bertauliah.. Heheheh..

Alhamdulillah juga, bengkel berjalan dengan lancar. Seronok saya melihat kegigihan pak-pak haji (AJK Masjid) yang rata-rata berumur lebih kurang 40-60 tahun. Mereka yang hadir kebanyakannya dilantik sebagai Bendahari untuk masjid di kariah masing-masing. Walaupun dah berumur, itu bukan alasan untuk mereka mengelak daripada menghadiri kelas dan bengkel ini. Yang saya nampak, masing-masing bersungguh-sungguh nak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Puan Norraini. Banyak juga yang memuji penyampaian Puan Norraini yang jelas dan tepat.

Seperti kata pepatah, tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. Selagi tak masuk ke lahad, selagi itulah kita tuntut ilmu. Kesungguhan pak aji-pak aji itu untuk terus menimba ilmu walaupun sudah layak digelar warga emas membuatkan semangat saya untuk menyambung pengajian semakin membara. Mereka memang lah Pak Aji yang komited. Semoga semangat dan kegigihan mereka untuk menuntut ilmu ini turut diwarisi oleh anak-anak muda belia kita yang masih sihat dan cergas.

"Tuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad"
Nurhani
Shah Alam

Ceramah yang disampaikan oleh Puan Norraini, memang tak membosankan.
Tak hairan beliau muncul sebagai penceramah terbaik tahun 2009 ILDAS.

Sebahagian peserta yang hadir. Ada sebahagian yang pernah hadir dulu, tapi masih nak datang juga dengar. Mungkin seronok dengan penyampaian penceramahnya.

Sesi latihan dalam kumpulan (LDK).

Masing-masing berkongsi idea.

Kat dinding pun ok gak. Janji presentation mantopp!!

Tengok Pak Aji ni, sempoi jerr kan? Tapi bila bercakap, speaking tu..
Means, he is really educated.

Wah Aji! Kat lantai pun bolehhh.. Ini memang betul-betul komited.. Syabas!

Masa presentation. Semangat kerjasama yang ditunjukkan.
Sorang present, sorang tolong pegang.

Tengok kelibat Irdina tu.. hehhee..

Gadis kecil Irdina bermain congkak yang diambil ibunya di pejabat. Kalau tak ada congkak ni, memang dia berjalan ke sana ke mari, dan nak bercakap di mikrofon. Apapun, sekecil ini dia dah didedahkan dengan ilmu mengenai pengurusan kewangan masjid. Untungnyerr..

Jumaat, 26 Mac 2010

Diari - "Saya kesiankan dia.."


Salam semua,

Semalam saya dihubungi oleh seorang wanita yang berhajat untuk bercakap dengan saya. Untuk tujuan penceritaan semula, saya namakan dia Puan CT (bukan nama sebenar). Rupanya sudah beberapa kali beliau cuba untuk menghubungi saya dan bercakap sendiri dengan saya, tetapi disebabkan komitmen saya dengan mesyuarat dan perbincangan, beliau hanya meninggalkan nombor telefonnya pada saya.
"Boleh saya bercakap dengan Puan Nurhani?" tanyanya semasa gagang telefon saya angkat. Suaranya kedengaran agak resah.

"Saya bercakap. Boleh saya tahu sapa di sana?" saya bertanya semula.

"Ermmm.. saya ni, Puan CT.. nak tanya Puan berkenaan dengan kes saman terhadap suami saya. Dia ada sewa premis MAIS di kompleks Amaniah, Gombak. Suami saya tak tahu saya telefon ni. Kalau dia tahu tentu saya kena marah dengan dia," suaranya agak tersekat-sekat menerangkan kepada saya.

"Premis nombor berapa? Saya kena check dulu status fail ni. Apa nama company nyer yer?" saya bertanya lagi.

"X company. Sebenarnya Puan ada keluarkan saman dia sebab tak bayar sewa. Puan Hani bagi notis tuntutan tu kat alamat mana? Sebab suami saya tak duduk kat premis tu dah lama. Dia ofisnya di Kota Damansara. Tapi wallahi, demi Allah, saya dan suami saya bukan jenis tak bayar hutang. Semua hutang-hutang kami bayar. Tapi yang premis ni, dia dah lama tak duduk situ. dah lama dia pindah. Sebelum dia pindah, dia ada amanahkan kat penyewa yang masih duduk di premis berhampiran untuk jelaskan bayaran sewa dan serahkan kunci," panjang penjelasan Puan CT.

"Hmmm.. Saya kena semak dulu Puan. Cuma, kenapa baru sekarang yer hubungi saya? Sebab kes tu dah lama. Tak silap saya sejak tahun 2007," saya menjelaskan.

"Saya baru tau, sebab kebetulan saya nak cari kedai untuk sewa. Buat perniagaan herba. Saya tengok dalam laman web MAIS ada kedai kosong kat sini. Saya pun datang nak tengok tempat ni. Tengok-tengok, nampak surat-surat banyak kat kedai ni atas nama suami saya. Suami saya tak tahu ni Puan. harap-harap Puan jangan bagitau dia. Saya ni tak sengaja terjumpa surat-surat tu." terangnya.

"Ok. jadi apa yang Puan nak saya bantu ni? " saya bertanya lagi.

"Kalau boleh, Puan tengok kanlah balik kes tu. Sebab suami saya bukan tak boleh bayar. Boleh. Cuma mungkin dia tak dapat notis tu. Puan boleh hubungi suami saya?" tanyanya mengharap.

"Boleh, tapi kalau dah ada prove dia terima, dia kena bayar yer Puan," saya menjelaskan.

"Errmmm.. tapi takperlah.. Nanti dia tanya Puan pulak macam mana dapat nombor dia. nanti dia tau saya yang bagi. Saya cuma nak tolong dia ajer... Saya risaukan suami saya.." tiba-tiba Puan CT menarik balik cadangan beliau dan menyatakan kerisauannya.

"Ok takper. Puan bagi masa pada saya, saya semak fail suami Puan dulu. Nanti saya hubungi Puan balik," janji saya.

"Terima kasih Puan Hani. Minta jasa baik Puan Hani bantulah suami saya. Saya kesiankan dia. Dia bukan jenis tak bayar hutang," jelas Puan CT.
"Insyaallah, saya cuba bantu mana yang boleh," saya membalas.

Saya terharu dengan sikap wanita tersebut. Kerana kasih dan sayangnya pada si suami, dia sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah suaminya, walau tanpa diketahui suaminya. Kerana sayangnya, dia memberanikan diri menghubungi saya, walaupun mungkin tindakan itu mengundang kemarahan suaminya sekiranya suaminya mendapat tahu. Sedaya mungkin dia cuba untuk menyelesaikan kesusahan suaminya.

Seorang sahabat saya berkata,

"Rasa belas dan kasihan inilah yang Nabi suruh kita mulakan untuk ditanam di hati kita. Bermula dengan rasa kasih ini, nanti akan timbul pula perasaan untuk sama-sama membantu saudara kita. Tetapi, untuk mengasihi seseorang, kita perlu menanamkan perasaan kasih itu kerana Allah. Ini kerana, ada orang yang membantu seseorang kerana simpati, kelemahannya, jika hilang rasa simpati, maka hilanglah pertolongan kita. Tetapi jika kita membantu kerana Allah, apa keadaan pun, kita akan membantu orang lain."

Sayang, cinta, kasih, andai diletak di tempat yang tertinggi iaitu kerana Allah, insyaallah ia kekal selamanya. Andai disalah guna, ia akan merosak jiwa, dan manusia bisa hilang akal kerana melayan nafsu cintanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa membimbing hati-hati kita semua untuk mengasihi dan mengasihani keranaNya. Amin.


"Aku Dambakan CintaMu Allah"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 25 Mac 2010

Idea Mencurah : "Allah berikan hujan sebelum Allah berikan pelangi..."



Aku terfikir;

Allah berikan hujan sebelum Allah berikan pelangi...
Indahnya pelangi itu..
Subhanallah..
:-D

"Thanks Allah"

Nurhani

Shah Alam

Lagu Best : "Pada syurga di wajahmu"


Salam semua,

Saya dan adik beradik memang sangat sukakan muzik. Mujurlah mak dan abah tak beri peluang untuk menceburi bidang itu. Tapi bab-bab menyanyi dan mendengar lagu, memanglah menjadi hobi kami. Selalunya kat rumah, adik lelaki atau abang bermain gitar, kami nyanyi ramai-ramai. Dulu, time muda-muda, kat umah orang kawin pun boleh layan.. hehehe.. sekarang tak ada dahh..

Semenjak dua menjak ni, suka pulak saya mendengar lagu-lagu lama. Ini satu lagu yang saya suka sangat, ditujukan khas oleh seorang suami untuk isteri yang solehah, tabah dan sabar dengan rencam kehidupan berumah tangga. Saya mendoakan isteri-isteri yang solehah ini semoga terus tabah dan sabar ini mendapat ganjaran syurga dari Allah swt. Kepada isteri-isteri yang tabah dan sabar, terimalah lagu dendangan dari Nash ini. Cewah!


Nash

Pada Syurga Di Wajah Mu

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...



"I like it!"
Nurhani

Shah Alam

Rabu, 24 Mac 2010

Diari - Majlis Perjumpaan dengan YB Menteri

Salam semua,

Semalam, bermula jam 3 petang, saya menghadiri perjumpaan ahli MAIS bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Dr Jamil Khair di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MAIS, JAIS, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah serta anak-anak syarikat MAIS. Pertemuan ini adalah hasil inisiatif ahli-ahli MAIS yang berpandangan supaya pihak MAIS menjalin hubungan kerja dengan pihak berkuasa agama Islam di peringkat persekutuan supaya isu-isu berkaitan agama Islam dapat diselesaikan dengan lebih mudah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi MAIS, Dato' Setia Hj Mohamad Adzib dan diteruskan dengan ucapan daripada YB Dato Seri. Antara lain, Dato Pengerusi MAIS memaklumkan kepada YB Menteri kejayaan MAIS mengekalkan indeks akauntabiliti kebangsaan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara selama dua tahun berturut-turut dengan cemerlang dengan menerima 4 bintang dengan mata sebanyak 94 markah. Kemudian Dato' Pengarah JAIS membentangkan beberapa isu untuk dibincangkan bersama YB Menteri yang hadir bersama 11 orang pegawai kanan persekutuan, termasuk KP JAKIM dan JAWHAR, serta wakil dari Tabung Haji, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah.

Alhamdulillah, majlis perjumpaan berjalan dengan lancar. Banyak isu seperti isu penghinaan terhadap agama Islam, pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan Islam, isu-isu muallaf, bantuan dan elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri untuk aktiviti Islam, pendidikan Islam, pembangunan rumah HIV untuk orang Islam, TV JAKIM (Hijrah), projek usahasama antara kerajaan persekutuan dan negeri Selangor, dan pelbagai isu lain yang ditimbulkan.

Walaupun perbincangan diadakan pada sebelah petang, namun saya tak mengantuk dan sangat enjoy, sebabnya seronok mendengar celoteh dan penjelasan YB Dato' Seri Menteri yang diselang seli dengan pengalaman beliau sepanjang memegang portfolio sebagai Menteri Agama. Ini kali kedua saya bertemu dengan beliau. kali pertama semasa pihak MAIS dan MAIN yang lain dipanggil untuk berbincang mengenai isu pindaan terhadap Law Reform Act, yang menyentuh bidangkuasa sultan dan raja sebagai Ketua Agama Islam Negeri-negeri. Dengan ilmu dan karisma yang beliau ada, pendapat saya, beliau memang sesuai ditempatkan di situ.

Usai majlis, beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan MAIS dan berharap semoga perbincangan seumpama ini akan diteruskan.

"Be, jom lah Be.."

YB Dato' Seri mengajak Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang juga ahli MAIS, Datin Paduka Zauyah Be Binti T Lotkhan untuk jamuan minum petang. Saya yang duduk di belakang Datin Paduka spontan tergelak mendengar panggilan nama itu, kerana kebiasaannya kami memanggil beliau Datin Paduka Zauyah.

"Datin Zauyah la Dato' Seri, bukan Be." kata saya.

"Tak pa lah.. Panggil Be lagi senang." jawab Dato' Seri.

"Kalau panggil Be, macam "baby' pulak Dato' Seri," kata saya menyebabkan Dato' Seri dan yang lain tergelak sama.

"Tak pa lah Hani. Panggil apa pun ok. Zauyah ke, Be ke.." kata Datin Zauyah sambil tersenyum.

Whatever it is, saya seronok menghadiri pertemuan ini. Selain menjalin ukhuwah dengan rakan-rakan yang mempunyai misi yang sama, kami dapat berkenalan dan berkongsi cerita dan pengalaman dengan rakan-rakan di peringkat persekutuan. Walau di mana kita berada, hala tuju kita masih sama, untuk memartabat dan menyebarkan Islam serta membantu membangunkan Islam secara menyeluruh.


Tunggu Pak Menteri sampai..

Pom pom girl MAIS yang turut sama nak sambut Pak Menteri... hehehe.. Dari kiri : Rohaidah (PSU BPH) Puan Norzaihan (Ketua Akauntan), Puan Nurlaila (PSU Pengurusan) dan saya.

Dari kiri: Dato' Pengarah JAIS, Ustaz Halim (TSU MAIS) dan pegawai-pegawai kanan MAIS.

Apa yang best sangat tu Dato' Seri? Boleh kongsi?
Dari kiri : Dato Setia Azib, Dato' Seri Dr Jamil Khair, Dato' Khusrin dan
Ustaz Ali Mohamed (TP JAIS)

Suasana dalam dewan perbincangan.

Ambik dari angle lain pulak..

Ahli-ahli MAIS yang hadir.

YA Tuan Bakar turut hadir dalam perbincangan sebagai wakil JKSM.

Dari kiri: Wakil MAWIP, duduk di tengah-tengah, wakil Tabung Haji.

Tuan Arik Sanusi, Peguam Kanan Persekutuan, yang kelihatan tension menjawab soalan dari saya berkenaan pindaan undang-undang..

Pegawai-pegawai kanan MAIS dan anak syarikat, tekun dan serius mengikuti perbincangan.

Start dah boring sket.. Saya pun ambil gambar tempat duduk saya semalam.. Belakang Datin Paduka LA State.

Boring lagi sket (sebab topik tak berkenaan), ambik gambar dengan Ketua Akauntan MAIS, Puan Norzaihan.. Gambar ni diambil sendiri, sebab tu senget..

Thanx YB Dato' Seri. Lain kali boleh kami jemput datang lagi..

Pom pom girl yang bertugas sebagai urusetia program hari ni dengan dulang hantaran untuk YB Dato' Seri. Boleh macam tu? Bertudung hitam, Syikin, bertudung putih, Rohana.


"Musyawarah Menjana Kekuatan Ummah"

Nurhani
Shah Alam

Lagu Best - Air Mata Keinsafan..


Salam semua,

Just nak share lagu nasyid yang saya paling suka layanz, nyanyian The Zikr. Paling penting, hayati liriknya. Tapi kalau dapat dengar lagunya, lebih menginsafkan.. :D.. Enjoy the song!


Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam

Dari seorang hamba yang dhoif

Kerna mengenang segala dosa

Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah

Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini


Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga

Buat menyimbah api neraka

Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Lagu : The Zikr
Lirik : Nazrey Johani

Hakcipta : OVA Productions

"Aku Dambakan CintaMu"

Nurhani
Shah Alam

Selasa, 23 Mac 2010

Lagu Best- "I'tiraf"

Salam semua,
Really touches my heart bila dengar lagu ini.. But, really really love to listen to it, sooo much..

I'tiraf

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini

Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu...

I'tiraf
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

"Aku Dambakan CintaMu"

Nurhani
Shah Alam

Isnin, 22 Mac 2010

Renung Sejenak - "Semua bisa sedih.."


Salam semua,

Sengaja mau saya kongsikan ubat penawar luka kepada sahabat yang berkunjung ke sini. Mudah-mudahan dapat diamalkan untuk merawati luka yang ditanggung. saya ambil dari blog aminsuziana.blogspot.com.

Bagi mengubat kedukaan dan kesedihan akibat ditimpa musibah, Islam menawarkan penawarnya. Firman Allah bermaksud:

"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk hidayah-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 156 - 157).

Kalimah (istirja) iaitu Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un adalah penawar paling mujarab dan berguna bagi orang yang ditimpa musibah. Sesiapa yang mendengarnya serta menghayatinya pasti akan terhibur dan lapang dada menerima ujian itu dengan penuh reda.

Ujian pasti menimpa mereka yang beriman dan memberi nilai paling berharga kepada keimanan seseorang. Dalam melayari kehidupan yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa, usaha, doa dan tawakal perlu beriringan.

Di samping itu, Islam meletakkan asas penting bagi umatnya agar sentiasa mendampingi al-Quran dalam kehidupan.

Bagi merawat diri daripada musibah, Islam menyediakan penawar antaranya:

# Menghayati kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya dengan melihat perjalanan alam dan fenomena yang berlaku.

# Sentiasa memperhatikan al-Quran dan sunnah dengan mengamalkannya dalam kehidupan.

# Mencontohi Rasulullah saw ketika menghadapi ujian ketika menyebarkan seruan dakwah.

# Melihat sesuatu perkara dan kejadian yang berlaku dengan mata hati dan berlapang dada.

# Sentiasa memohon kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya.

# Mengingati musibah yang berlaku dan mengulangi istirja.

# Nikmat dunia yang diperoleh wajar disyukuri dan berserah diri kepada Allah dengan pengharapan rahim-Nya di akhirat.

# Menguatkan keyakinan diri dengan ketabahan dan kesabaran.

# Dunia adalah tempat cubaan dan ujian yang wajib disedari dengan sepenuh hati.

# Mohon perlindungan Allah daripada sebarang godaan syaitan.

# Menginsafi diri dengan musibah yang berlaku dan menyingkap hikmah di sebaliknya.

# Mendampingi diri dengan ajaran agama yang sebenarnya.

# Mengingati Allah sepanjang masa dan ketika.

# Sikap keluh kesah tidak akan membantu memulihkan diri daripada trauma yang dialami.

# Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar menghadapi ujian-Nya dan sekali-kali tidak akan mengecewakan hamba-Nya.



"Mengharap redha Ilahi"

Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 20 Mac 2010

Diari- Dia tetap sahabat ku..


Dia tetap sahabat ku..



Teman 1



Dia sahabatku

Teman yang ku kenali

Ayu mempersona

Santun budi bahasa

Sopan terjaga indah tutur kata

Akhlakmu mulia pekertimu tinggi

Tak pernah sekali merasa curiga



Ku sanjung tinggi dirimu

Ku memujamu dalam diam

Nun jauh di sudut hatiku

Ingin sekali ku menjadi sepertimu


Teman 2



Dia juga sahabatku

Teman seperjuangan

Insan yang tak kenal erti penat lelah

Rehat baginya sekadar sempat

Dunianya hanya untuk berbakti

Kepada manusia demi Ilahi

Kala aku dilambung ombak perjuangan

Saat terkapai-kapai aku hampir kelemasan

Mencari-cari diri dan Ilahi

Pantas tanganku digapai

Agar tak hanyut dek badai



Duhai teman-teman

Andai kau mempersoal

Apa pilihan

Antara seisi dunia ini atau kau teman

Tentunya aku pilihmu teman

Agar ada teman untukku ketawa dan menangis

Agar ada sahabat untuk kenangan pahit dan manis

Agar ada yang menegurku tika ku membuat silap



Duhai teman-teman

Andai ada salahku

Jika ada khilafku

Keampunanmu ku pohon

Kerana

Aku jua manusia sepertimu

Bukan niatku untuk merobek hatimu

Jadi kepingan-kepingan hancur

Hadirku sekadar perlu

Mengisi ruang waktu

Yang diizin Ilahi

Sempurna masa diberi

Pasti aku permisi



Allah lebih mengetahui

Mengapa harus begini

Walau puas ku tahan

Airmata ini gugur jua

Andai ini ketentuan Allah

Ku redha atas segalanya



Terima kasih teman-teman

Budi kalian tak mungkin ku lupa

Tetap tersemat di jiwa

Doaku agar ukhuwah fillah abadi selamanya

Demi perjuangan di jalan Allah

Kalian tetap sahabat ku

Walau apa berlaku

Kerana

Kasih dan sayangku pada kalian

Adalah atas nama Nya

Allah, Tuhan Sekalian Alam



Teman

Walau waktu berlalu

Kalian tetap sahabatku

Walau aku masih sendiri

Kerana ku yakin dan pasti

Allah sentiasa ada di dalam hati ini..


Nukilan rasa hati:

Hunny


Tiba-tiba rasa rindu dengan Abah...

Diari - "Silaulah!"


Salam semua,

Pada sebelah pagi tadi, saya menyertai mesyuarat bersama YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS untuk membincangkan mengenai isu-isu yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir pada 23hb Mac depan. Sedang kami serius membincangkan isu-isu yang perlu diketengahkan, tiba-tiba Dato' Aidit Ghazali, ahli MAIS yang turut sama dalam perbincangan berkata,"

"Dato' Setia, saya terlupa satu perkara lah Dato' Setia," katanya, menyebabkan kami semua yang hadir memandang ke arahnya, menunggu-nunggu apa perkara yang baru muncul di dalam fikiran beliau.

"Hah. Apa dia?" Dato' Azib selaku Pengerusi Mesyuarat bertanya.

Dalam hati saya sudah menjangkakan Dato' Aidit mungkin pening kepala kerana penyakit migrain yang dihadapinya. "Kesiannyer.." hati saya berkata.

"Spek hitam saya tertinggallah, jadi saya tak dapat tengok dengan clear, silaulah,!" katanya sambil menunjuk ke arah cincin di jari saya yang kelihatan ber 'blink blink' terkena cahaya siang di bilik Dato' Azib.

Masing-masing yang hadir termasuk Dato' Azib serta-merta tertumpu kepada cincin yang saya pakai di jari manis sebelah kiri lengkap sepasang dengan gelang tangan dan serentak gelak ketawa memecah keseriusan perbincangan kami pagi tadi.

Hahahahaha!

Saya betul-betul tak menyangka Dato' Aidit akan bergurau sedemikian.

Selang beberapa minit kemudian, apabila kami semua kembali serius, tiba-tiba;

"Hush! Silaulah!' Dato' Azib pula membuat kenyataan sedemikian sambil mengerling cincin dan gelang di jari saya...

Hahahaha... Boleh macam tu? Kena pakai spek hitam nampaknyerrr..


"Gurau Senda Pengubat Duka"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 18 Mac 2010

Diari - " I'll always stand on my own foot.."


Salam semua,

Pagi tadi saya sempat bertemu dengan seorang muallaf, yang memeluk Islam pada tahun 2006. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, biarlah saya memanggil beliau sebagai saudara A sahaja. Seronok saya berbicara dengan beliau walaupun pertemuan itu hanya sekejap sahaja. Pertemuan tersebut turut disertai oleh seorang pegawai kanan di JAKIM dan Ustaz Suhaimi, Pendaftar Muallaf Negeri Selangor.
"A datang sini naik apa?" tanya Ustaz Suhaimi.

"Saya naik bike (motor). Itu ajer yang saya mampu," jawabnya sambil tersenyum.

"Merempit lah ni," saya bergurau.

Perbincangan kami berkisar mengenai beberapa permasalahan muallaf ini yang sukar mendapatkan pekerjaan tetap untuk menampung kehidupan beliau dan seorang anak beliau hasil perkahwinan dengan bekas isterinya yang belum lagi memeluk Islam. Beliau mengakui masih mendiami bersama ahli keluarganya yang belum Islam dan beliau membayar ansuran bulanan rumah tersebut.

Ustaz Suhaimi mendapatkan info-info mengenai Encik A untuk memudahkan beberapa jenis bantuan daripada peruntukan asnaf muallaf disalurkan kepada beliau.

"Saya memang nak masuk Islam. Dah lama dah. Sejak umur saya 17 tahun hati saya dah tertarik pada Islam," akui Encik A jujur.

"Dia ni dah pernah masuk Hindu dan Kristian. Pastu terbukak hati untuk masuk Islam," terang pegawai dari JAKIM.

"Oh yer? Apa yang Encik A rasa bila masuk Islam? Ada perbezaan dengan agama lama?" saya ingin tahu.

"Saya rasa seronok dan tenang. Walaupun banyak susah-payah yang saya lalui, ada masalah kewangan, tak ada kerja stable, mak, my ex-wife dan adik beradik pun tak sokong, dengan kes mahkamah lagi, saya tetap yakin dengan pilihan saya. Sekarang saya kerja juga, walaupun mungkin tak banyak sangat dapat, but I still believe Allah akan bantu saya, dan walaupun tak ada sapa-sapa bantu saya, I'll always stand on my own foot," terangnya pada saya, penuh kesungguhan.

Sesungguhnya, kata-katanya yang terakhir itu, betul-betul menyentuh hati saya. "Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan hidayah Islam padanya, dan Allah masih tetapkan imannya. Dan alhamdulillah, aku tak perlu lalui semua itu, kerana Allah telah tetapkan aku lahir dalam Islam," bisik hati saya.

"Insyaallah, saya tak akan menukar pendirian saya, dan saya tak akan menjual agama saya," tegasnya semasa saya berkongsi pengalaman saya dengan beliau mengenai beberapa orang muallaf yang memeluk Islam tetapi memohon untuk kembali ke agama asal dengan alasan mereka tidak mengamalkan ajaran Islam.

Pertemuan ringkas tersebut diakhiri dengan persetujuan di pihak MAIS untuk membantu Encik A mendapatkan bantuan sara hidup beliau dan anak beliau, serta bantuan perumahan. Mudah-mudahan dengan sedikit bantuan yang diberi oleh MAIS menambahkan kekuatan iman dan Islam Encik A untuk terus mendalami Islam, bagi kehidupan beliau yang lebih baik, dan didioakan semoga beliau terus kekal dalam iman dan Islam. Untuk makluman semua, MAIS menyediakan beberapa jenis bantuan untuk golongan muallaf.

"Santapan untuk hati"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 11 Mac 2010

Diari - "SPM 1996"


Salam semua,

Semasa menonton Buletin Utama jam 8.30 malam tadi, barulah saya tahu hari ini keputusan SPM tahun 2009 keluar. Kepada adik-adik yang cemerlang, tahniah dan semoga terus sukses. Kepada yang tidak dapat keputusan yang memuaskan, redha dan bersabar.

Teringat saya saat-saat masa saya mengambil keputusan SPM di sekolah. Saya ambil SPM tahun 1996. Saya pergi sendiri, mak dan abah tak ikut pun. Sampai kat sekolah, sudah ramai pelajar yang dah sampai. Macam-macam reaksi ada... Ada yang menangis kerana gembira dengan keputusan yang diperolehi, ada juga yang menangis kerana keputusan kurang memuaskan. Ada yang berkongsi keputusan dengan rakan-rakan lain.

Jujurnya saya amat-amat takut masa nak buka slip keputusan periksa tu. Ini kerana, saya amat tahu, kertas putih sekeping itulah yang akan menentukan ke mana destinasi ilmu saya selepas itu. Saat kertas putih itu di tangan saya, saya masih berbelah bagi, nak tengok ke tak nak.

Saya memejam mata.

"Bismillahirrahmanirrahim.."

Saya membuka mata. Perlahan-lahan saya membuka slip keputusan SPM saya..

"Alhamdulillah.." saya mengucap syukur pada Allah. Keputusan saya, 10 agregat dengan 5A. jika dibandingkan dengan keputusan pelajar-pelajar SPM sekarang ini, memang keputusan saya adalah keputusan yang biasa-biasa ajer.. Pelajar-pelajar sekarang, semakin ramai yang memperolehi A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil. Bermakna, pelajar kita, semakin hari semakin bijak dan cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil.

Dengan keputusan saya itu, saya mengisi borang UPU. Pilihan pertama saya, UIAM dalam bidang undang-undang. Pilihan kedua, UiTM, bidang perakaunan. Pilihan ketiga UM, akademi Islam. Pilihan keempat UKM dan pilihan terakhir tak ingat. Ada seorang sahabat baik saya Nazik, yang mengajak saya untuk menyambung pengajian di Jordan dalam bidang Bahasa Arab. Mungkin sebab result Bahasa Arab saya cemerlang. Namun, pada masa itu, saya berpandangan, bila saya tamat belajar, nanti saya kena jadi pendidik, saya cepat-cepat menolak pelawaan tersebut.

"Saya tidak mahu jadi guru, saya nak jadi orang lain," hati saya berkata-kata.

Bukan kerana saya memandang rendah pada profesyen tersebut (kerana ayah saya juga guru), tetapi jujurnya, saya tidak berminat.

Sambil menunggu jawapan dari universiti, saya menyambung pengajian di Tingkatan 6 Bawah di SAMTH. Sempat juga belajar Pengajian Am dan subjek-subjek agama yang diajar di dalam bahasa Arab. Saya masih ingat saya sempat menghafaz surah as sajadah untuk mata pelajaran al-quran. Ustaz yang mengajar adalah seorang ustaz muda yang baru menamatkan pengajian dari al-Azhar Mesir, iaitu Ustaz Rauf, anak kepada Y Bhg Dato Dr Hasan Azhari. Saya suka juga dengan subjek Bahasa Arab dan Sejarah Islam, sehinggakan rasa sayang nak berhenti sekolah bila dapat tawaran.

Akhirnya, bila jawapan UPU sampai, saya mendapat dua tawaran, UIAM dalam bidang undang-undang dan UiTM dalam bidang perakaunan. Membayangkan saya tidak begitu berminat dengan ilmu hisab dan matematik, (yang pastinya perlu diambil kalau saya memilih kos akauntansi) saya akhirnya memilih untuk ke UIA, walaupun pada waktu itu, ada juga rasa nak melanjutkan pengajian di luar negara. Akhirnya, saya teruskan juga niat untuk menyambung pengajian di UIAM dalam bidang guaman. Saat ini, saya amat-amat bersyukur dengan apa yang saya pilih pada tahun 1997 dan saya betul-betul yakin dan percaya, Allah telah memberikan saya ilham untuk memilih UIA dan bidang guaman yang kini menjadi sebahagian dari hidup saya. Saya gembira dan seronok diberi peluang menuntut ilmu ini dan dapat berkhidmat dengan orang ramai dengan secebis ilmu yang saya ada dalam bidang ini. Semoga akhirnya ilmu yang saya dapati dapat saya gunakan untuk kebaikan agama dan ummah. Amin..


"Memartabat undang-undang"

Nurhani

Shah Alam

Isnin, 8 Mac 2010

Diari - ".Masuk Islam?"


Salam semua,

Seharian saya menghadiri perbincangan demi perbincangan di pejabat. Pada sebelah pagi, saya dihadiri oleh seorang pegawai kanan di JAKIM untuk berbincang mengenai isu pemelukan Islam salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam. Antara lain, pihak JAKIM mencadangkan supaya MAIS dapat memberikan bantuan dan panduan yang terbaik kepada saudara baru yang memeluk Islam. Ini untuk memastikan mereka selesa dan suka kepada sekaligus menguatkan kepercayaan mereka dan akidah mereka. Pada jam lebih kurang 12 tengahari, perbincangan selesai. Sebelum waktu rehat, sempat juga saya mengeluarkan satu notis untuk mengusir penceroboh yang menceroboh tanah MAIS. Saya memberi masa 24 jam untuk 'penceroboh' berkenaan keluar dari tanah MAIS, atau tindakan undang-undang akan diambil.

Petang tadi saya mengadakan perbincangan dengan YAD Dato' Adzib untuk meng'update' keputusan mesyuarat yang saya hadiri bagi pihak MAIS pada hari Jumaat minggu lepas. Selesai perbincangan dengan YAD Dato', lebih kurang jam 4.40 pm, saya dan Shakirah bergegas ke bilik Ketua Akauntan MAIS, Puan Norzaihan, untuk membincangkan mengenai draf Peraturan-Peraturan Zakat Fitrah (Negeri Selangor) 2010 yang hampir selesai, hanya beberapa peruntukan yang perlu diperhalusi, sebelum Peraturan tersebut diwartakan. Sempat juga saya membuat follow up jumlah peserta yang bakal hadir untuk Program Ceramah Multi Media yang disampaikan oleh sahabat saya Ustaz Amin pada hari Khamis, 11 Mac 2010 bermula jam 9 pagi - 11.30 pagi. Semua pengunjung blog ini turut dijemput hadir dan sila hebahkan pada yang lain.. :)

Disebabkan kebanyakan Ketua-Ketua Bahagian di MAIS masing-masing sibuk dengan tugasan, masa untuk bersembang sangat terhad. Bila ada peluang bersembang, memang macam-macam cerita yang dikongsi. Lagipun, jam dah menunjukkan pukul 6 pm. Dah lepas waktu pejabat pun. Usai perbincangan dengan Ketua Akauntan MAIS, saya bersembang dengan beliau:-

"Semasa saya kerja di bank **** dulu, saya selalu terfikir, saya ni nanti, masuk syurga ker, neraka.. Sebab dah terang-terang duit gaji saya ada duit riba.. Betul Hani.. Saya rasa serba salah.. Dah la tak bayar zakat.. Rasa tak senang hati ni," luah Puan Zaihan pada saya.

"Yer ker Puan? Habis tu Puan buat apa?" tanya saya.

"Sekali tu, ada meeting, saya duduk sebelah senior manager saya, saya pun cakap dengan dia, "saya ni encik, kalau saya mati nanti, tak tau la masuk syurga ker neraka, sebab makan duit riba, dan tak bayar zakat,"ceritanya pada saya.

"Habis tu, apa jawabnya?" tanya saya ingin tahu.

"Dia boleh tanya saya balik, "kita ni, kena bayar zakat ker?" Terkejut saya Hani bila dia tanya macam tu.. sebab kawan saya kerja di Public Bank, owner dia bukan Islam, bila kawan saya suggest untuk bayar zakat, owner tu jawab," do whatever you should do," tak ada pulak dia tanya kenapa kena bayar zakat atau tidak," panjang jawapan Puan Zaihan.

"Hmmm.. tu yang Puan kerja kat MAIS tu?" saya mengagak.

"Antaranya, tapi sebelum saya tinggalkan bank tu untuk terima tawaran MAIS, saya rasa puas hati sangat sebab saya dapat betulkan balik sistem perbankan kat bank tu, betul-betul follow islamic banking, bukan konvensional," tambahnya lagi.

"Macam mana Puan buat?" saya bertanya lagi.

"Saya contact kawan-kawan saya tanya, last-last ada sorang member ni kata, ada sorang budak junior kitorang (budak UIA) nama Zaki, dari Hong Leong Bank boleh bantu.. Hong Leong ok, bank bukan Islam juga, tapi sistem perbankannya dah 'masuk Islam' daripada bank **** tu," terang Puan Zaihan.

"Senang jer.. dia (Zaki) ajak saya bincangkan macam mana nak buat, dan siap offer untuk bagi taklimat kat board dan managerial staffs untuk adopt Islamic banking system dalam bank tu.. Free of Charge jer Hani.. (semoga Allah merahmatinya).. Alhamdulilah, board terima, dan saya sendiri minta disetkan KPI (Key Performance Indicator) ke atas saya untuk saya selesaikan task tu sebelum saya pergi. Memang susah Hani. Siap tidur kat bank lagi nak siapkan. Tapi, alhamdulillah Hani, akhirnya saya berjaya jugak. Buat test run, sampai boleh guna. Bank tu pun dah bayar zakat sekarang," ujarnya.

"Alhamdulilah.. Baguslah macam tu Puan.. sepatutnya kita semua kena macam tu.. Semua kerja kita kena selaras dengan Islam. Mengaplikasikan Islam dalam kehidupan. Semuanya kena mengikut Islam. Semua pegawai MAIS pun kena ada spirit yang sama, tak kisah department apa. Undang-undang, dakwah, pembangunan hartanah, perancang ekonomi,, audit, baitulmal, wakaf, zakat, faraid, audit dalam, pengurusan, latihan dll, semuanya kena la ikut cara dan dasar Islam, barulah betul," kata saya.

Bayangkan, contohnya, undang-undang, semua kena ikut syariat, tak mengenepikan hukum. Pembangunan hartanah pun sepatutnya mengambil kira dasar pembangunan Islam. Jual kat orang Islam sahaja. Tambahkan umat Islam di certain-certain area yang nilaian hartanya tinggi. Pembangunan ekonomi pun sepatutnya ikut dasar ekonomi Islam, bukan western, atau eastern. Penambahan dana Baitulmal juga wajar menggunakan dasar ekonomi Islam. Pinjaman qardh patut dianjurkan, yang telahpun dimulakan oleh MAIS. Pengurusan pun, mestilah pengurusan Islam, strategik dan berintegriti. Dakwah, secara Islam dan berhikmah. Sekiranya semua aspek disandarkan kepada Islam sebagai cara hidup, jujurnya saya percaya, satu institusi Islam yang perkasa berjaya dibangunkan. Kakitangannya berdisiplin dan telus, tidak ada pecah amanah, kerana kesan iman dan islam yang kukuh di jiwa masing-masing. Islam sebagai cara hidup, menjadi amalan seharian umat Islam di Malaysia, Islam bukan sekadar dipraktikkan sebagai agama 'ritual dan ceremonies" sahaja, bukan untuk istiadat sahaja, tetapi Islamlah cara hidup yang syumul dan sempurna. Manusia bukan sekadar dilahirkan sebagai Islam, atau 'masuk Islam', tetapi hendaklah menghayati Islam. Ini yang Allah SWT maksudkan sebagai 'masuk Islam secara keseluruhannya" di dalam Al-Quran. Saya membayangkan kalau semua orang Islam khususnya kakitangan MAIS mempunyai spirit yang sama dengan Puan Zaihan.. Alangkah seronoknya bekerja!

"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani

Shah Alam

Ahad, 7 Mac 2010

Diari - "Jom Boikot Belanda!".

List of Dutch Products (from Persatuan Pengguna Islam Malaysia ’s Website)

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. ING -Insurans
5. Planta -Margerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Sunsilk -Shampoo
30. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
31. Lux -Mandian
32. Vaseline -Lip Balm
33. Cif -Pencuci Lantai
34. Surf -Pencuci Kain
35. Wishbone -Pencuci Kain
36. Doriana - Keju Krim
37. Bertolli -Minyak Masak
38. Clear -Shampoo
39. Breeze -Pencuci Kain
40. Sun -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM.

SENARAI BARANGAN BELANDA BERSAMA CADANGAN BARANGAN ALTERNATIF
  • SENARAI BARANGAN BELANDA DAN CADANGAN GANTIAN

    Berikut adalah sebahagian daripada barangan hasilan dari Belanda. Semoga ianya akan berguna kepada semua Muslim.

    NO

    BARANGAN BELANDA (BB)

    BARANGAN ALTERNATIF (BA)

    1

    Shell

    Petronas

    2

    Barangan Eletrik/Mentol Philips

    Panasonic, khind

    3

    Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady

    FernLeaf, Dumex

    4

    Restoran Windmill


    5

    Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’


    6

    Barangan penajaan Christian Albers


    7

    Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5


    8

    coklat Forrero Roche, Van Houtan

    Coklat lain-lain

    9

    insurans ING

    Takaful Ikhlas, Etika, Takaful Malaysia

    10

    Teh Lipton

    Teh HPA, Teh Boh, teh2 keluaran Malaysia

    11

    perisa makanan Knor

    Perencah Hilal, maggie

    12

    Produk mandian Dove.

    HPA, Produk Johnson,

    13

    Produk Unilever

    Produk HPA, Produk lain-lain




  • Diari - " Jenayah berulang,.Takkan nak biarkan?"

    Salam semua,

    Tak tahu apa pemimpin-peminpin negara Islam termasuk Malaysia dah buat untuk mem'balas' kenyataan bersifat menghina Islam oleh Greet Wilders. Beliau merujuk Islam sebagai agama yang ganas, mengharamkan Al-Quran, dan menutup sekolah-sekolah Islam. Saya menyeru kepada semua umat Islam untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Wilders dan memboikot barangan keluaran Belanda, sekurang-kurang bagi memberi impak kepada ekonomi Belanda.

    Greetz Wilders laknatullah..

    Pemimpin Belanda hina al-Quran


    PENUNJUK perasaan antifasis memberi reaksi bertentangan terhadap Liga Pertahanan England di seberang jalan bertentangan yang menyokong lawatan kontroversi Wilders di London, kelmarin. – AP


    LONDON 6 Mac – Pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di dalam bangunan pentadbiran itu serta mencetuskan protes di luar Dewan bagi melahirkan tanda kemarahan.

    Sebelum ini Wilders pernah menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’.

    Wilders menayangkan filem 15 minit Fitna kepada kira-kira 60 orang semalam, termasuk beberapa orang bangsawan dalam bilik jawatankuasa Parlimen. Filem tersebut mengaitkan al-Quran dengan keganasan, tentangan terhadap homoseksual dan penindasan wanita.

    Di luar Dewan, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Polis juga bergelut dengan penunjuk perasaan yang cuba menyekat jalan raya bagi menghalang demonstrasi aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen.

    Ahli politik berambut perang itu kemudian berucap kepada media Britain dengan memetik kata-kata Thomas Jefferson, George Orwell dan merujuk kepada Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

    “Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memushi penganutnya,” katanya kepada pemberita.

    Bagaimanapun, Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis. Lawatan itu dan kontroversi yang menyelubunginya, melonjakkan imej Wilders menjelang kempen pilihan raya umum yang akan dihadapi Parti Kebebasan pimpinannya.

    Parti itu menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya kecil minggu ini dengan memenangi sebuah bandar dan berada di tempat kedua di sebuah bandar lain.

    Wilders berkata, dia mungkin menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya pada 9 Jun ini dan akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran. – AP (Utusan Malaysia; 7 Mac 2010)


    "Cintai Allah, Cintai Islam"

    Nurhani

    Shah Alam

    Sabtu, 6 Mac 2010

    Peguam menulis - "Saya sokong!"


    Salam semua,

    Semalam saya menghadiri sidang akhbar mengenai isu logo halal. Berikut adalah kenyataan yang tersiar di media. Yang pasti, saya amat-amat menyokong tindakan MAIS. Mencari yang halal itu dituntut. Semoga selepas kenyataan ini dikeluarkan, pihak-pihak yang berkenaan 'membuka mata' dan menguruskannya secara 'halal'.




    Mohammed Khusrin menunjukkan sijil halal yang diharamkan (kiri) dan sijil halal yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Selangor di Shah Alam semalam.

    SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam membuat keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

    Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut.

    Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

    Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, bagi pengusaha premis pula, mereka diarahkan supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit sebaliknya perlu segera membuat permohonan semula dengan pihaknya atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Katanya, tindakan tegas itu diambil ekoran terdapat pelbagai logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak diiktiraf telah dikesan berada di pasaran menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

    Renung sejenak - "60 jadi 600"


    Salam semua,

    Saat entri ini ditulis, saya baru pulang dari mesyuarat bersama beberapa orang peguam yang dipengerusikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri. Walaupun badan sudah letih, tetapi kerana cuaca yang panas menyebabkan saya sukar melelapkan mata.

    Awal pagi tadi, saya mengisi borang untuk membuat potongan gaji untuk membayar zakat pendapatan. Kebiasaannya saya membayar setiap hujung tahun, tetapi untuk memudahkan, saya bercadang untuk membuat potongan gaji bulanan sahaja.

    Disebabkan tidak pasti berapa potongan yang saya perlu buat, saya menghubungi Kak Nomi, Ketua Audit Dalam MAIS, berapa jumlah yang perlu dipotong, kerana jumlah gaji kami lebih kurang sama. (saya kurang dalam 3-4 ringgit).

    "Saya letak RM60.00, sebab malas nak fikir. kalau nak ikutkan, murah lagi, dalam RM42.00 sebulan.Tak apalah. Kita lebihkan zakat," kata Kak Nomi.

    "Ok gak tu," kata saya bersetuju.

    Saya cepat-cepat mengisi borang potongan gaji tersebut. Di ruang jumlah potongan,saya tuliskan "RM60"dan menyerahkan ke Baitulmal. Selepas itu, saya terlibat dengan perbincangan ringkas mengenai kes menghina Islam sebelum bergegas untuk menghadiri sidang akhbar mengenai pengurusan halal di Menara Selatan.

    Pada sebelah petangnya, semasa mesyuarat pengurusan, masuk satu mesej dalam telefon bimbit saya.

    "Cik Hani, kalau ikut rekod, Cik Hani dapat seating allowance dalam RM600.Minta Cik Hani hantar cepat borang tu. Nanti Audit query." Kauthar: Johor Corporation.

    Emmm... rasanya baru jer berniat untuk berzakat 60 ringgit, belum pun tolak gaji lagi, bulan depan baru start, tapi Allah Yang Maha Pengasih Penyayang, terus gandakan dengan 10 kali kebaikan/ganda. Alhamdulillah... Amin Ya Allah.. :)


    "Mengharap redha ilahi"

    Nurhani

    Shah Alam

    Khamis, 4 Mac 2010

    Kelakar - Debat tambah bini



    Salam semua,

    Saja nak kongsikan dengan semua.

    Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga ? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

    Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

    Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
    Isteri : Kenapa pula?
    Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, satu is one , dua is two , tiga Isteri (is three ). Baru betul dan sah!.
    Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang singular dan plural.
    Suami : Berkenaan apa tu?
    Isteri : Satu tu Singular dua atau lebih Plural.
    Suami : Contohnya?
    Isteri : One car sebagai singular , two cars sebagai plural . Apa bezanya?
    Suami : Ohhh tambah huruf s untuk yang plural.
    Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.
    Suami : Macam mana pula boleh sama?
    Isteri : Satu isteri abang MAMPU , jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS , tambah s je, kan ?

    Hahaha.. Kelakar.. :) Jangan ada yang terasa pulak bila membacanya, sekadar gurauan.. :) Apapun, penemuan di bawah tentu menyebabkan ramai lelaki nak berpoligami:)



    "Sajer-sajer"

    Hunny

    Shah Alam