Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 6 Mac 2010

Renung sejenak - "60 jadi 600"


Salam semua,

Saat entri ini ditulis, saya baru pulang dari mesyuarat bersama beberapa orang peguam yang dipengerusikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri. Walaupun badan sudah letih, tetapi kerana cuaca yang panas menyebabkan saya sukar melelapkan mata.

Awal pagi tadi, saya mengisi borang untuk membuat potongan gaji untuk membayar zakat pendapatan. Kebiasaannya saya membayar setiap hujung tahun, tetapi untuk memudahkan, saya bercadang untuk membuat potongan gaji bulanan sahaja.

Disebabkan tidak pasti berapa potongan yang saya perlu buat, saya menghubungi Kak Nomi, Ketua Audit Dalam MAIS, berapa jumlah yang perlu dipotong, kerana jumlah gaji kami lebih kurang sama. (saya kurang dalam 3-4 ringgit).

"Saya letak RM60.00, sebab malas nak fikir. kalau nak ikutkan, murah lagi, dalam RM42.00 sebulan.Tak apalah. Kita lebihkan zakat," kata Kak Nomi.

"Ok gak tu," kata saya bersetuju.

Saya cepat-cepat mengisi borang potongan gaji tersebut. Di ruang jumlah potongan,saya tuliskan "RM60"dan menyerahkan ke Baitulmal. Selepas itu, saya terlibat dengan perbincangan ringkas mengenai kes menghina Islam sebelum bergegas untuk menghadiri sidang akhbar mengenai pengurusan halal di Menara Selatan.

Pada sebelah petangnya, semasa mesyuarat pengurusan, masuk satu mesej dalam telefon bimbit saya.

"Cik Hani, kalau ikut rekod, Cik Hani dapat seating allowance dalam RM600.Minta Cik Hani hantar cepat borang tu. Nanti Audit query." Kauthar: Johor Corporation.

Emmm... rasanya baru jer berniat untuk berzakat 60 ringgit, belum pun tolak gaji lagi, bulan depan baru start, tapi Allah Yang Maha Pengasih Penyayang, terus gandakan dengan 10 kali kebaikan/ganda. Alhamdulillah... Amin Ya Allah.. :)


"Mengharap redha ilahi"

Nurhani

Shah Alam

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Kalaulah orang pencen termasuk dalam golongan asnaf yang lapan itu...he3...seronok.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Kalau dah pencen tapi komitmen masih banyak,anak masih belajar, kos sara hidup tak cukup, boleh dipertimbangkan juga masuk dalam asnaf Pak Ngah.. :)

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Pak Ngah lihat Jabatan Zakat Selangor ni aktif, merujuk kpd orang pencen tu samalah dengan anak yatim, ada yang kaya ada yang miskin.
Apa pun sabda Nabi "tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah"

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Betullah tu.. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima... :) so, bila nak belanja saya? hahaha..