Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 29 Mac 2010

Diari - "Abah.."


Salam semua,

Sepulangnya saya dari ILDAS, saya singgah di kampung untuk ambil kereta. Saya minta Puan Norraini men'jatuh'kan saya (to drop me) di stesen BP, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Adik saya akan mengambil saya untuk pulang ke kampung. Puan Norraini masih perlu meneruskan perjalanan hingga ke Sijangkang. Jauh tuu..

Saya sampai di kampung lebih kurang jam 5.30 pm. Rupa-rupanya mak dan abah saya nak ikut ke Shah Alam, untuk ke rumah abang sulung saya, Nazri, yang baru saja berpindah rumah. Setelah bersiap apa yang patut, lebih kurang jam 6.30 petang, kami bertolak ke Shah Alam. Agak padat juga kereta saya kerana dua orang anak saudara saya Aina dan Akid yang merengek-rengek nak mengikut saya, dan adik perempuan saya yang masih belajar di UTM Skudai pun ikut sama, sebab saya perlu menghantarnya menaiki bas ekspress di seksyen 17 Shah Alam. Jadi, semua sekali, 6 orang satu kereta.. Boleh bayangkanlahh padatnya..

Kami memulakan perjalanan dengan membaca 6 bismillah, 5 surah (4 qul dan al-nasr) dan doa menaiki kenderaan serta sepotong ayat al-Quran (saya tak pasti surah apa). Amalan bacaan doa dan surah-surah ini Abah yang ajar kami.

"Ayat ni, dikira sebagai ayat insurans," teringat Abah pernah berkata pada saya.

"Ayat insurans?"tanya saya tak faham.

"Ha ah. Ayat insurans untuk menjamin daripada kemalangan," kata Abah lagi.

"Owh. Maknanya, kalau kita baca, tak kemalangan la yer Bah?" tanya saya lagi.

"Insyaallah..Maknanya, kalau kita eksiden juga lepas baca ayat ni, kita boleh claim pada Allah, sebab Allah dah janji bagi keselamatan pada kita. Tapi kita kena berusaha juga untuk elak kemalangan." jawab Abah.


Sepanjang jalan, abah tak putus-putus berzikir dan mengingatkan kami semua supaya berzikir.

"Mah. Dah zikir?" tanya abah pada mak.

Saya yang sedang memandu terus mengalunkan zikir-zikir mudah yang biasa dilagukan di radio dan televisyen. Teringat saya masa kecil-kecil dulu. Memang sejak saya kecil lagi, Abah memang tak beri kami dengar radio. TV pun tak ada kat rumah. Semua kena banned. Kalau nak tengok, kena gi umah nenek. Kalau dalam kereta pulak, aktiviti kami, selain berzikir, dia mesti akan tasmi' bacaan surah-surah lazim kami. Kalau tak pun, kami tidur jelah. Heheheh.. Bila difikirkan, amalan yang Abah ajar ini yang menjadikan kami mudah nak menghafal dan mengingat. Amalan ini juga menyebabkan saya selalu jadi yang pertama hafal surah lazim masa kat sekoalh rendah. dan dapat wakil sekolah dalam ihtifal sekolah-sekolah untuk hafazan. Jadi pandai? Tak juga. Semuanya bergantung kepada usaha masing-masing.

Dua minggu lepas, saya bawa Abah ke UITM Sri Iskandar, melihat adik bongsu saya yang masih belajar di Tahun 2 dalam bidang lanskap di sana. Dalam perjalanan pulang, Abah membaca dua surah yang memang biasa dia akan baca selepas solat Isyak. Tiba-tiba Abah bertanya,

"An (panggilan keluarga) tau surah apa Abah baca tadi?" tanyanya pada saya.

"Tau," jawab saya.

"Apa?" tanyanya menduga.

"Mmm.. Alif Lam Mim Sajadah dan Al-Mulk (Tabarakallazi ).." jawab saya yakin.

"Alhamdulillah.. betullah tu.. hafal tak?" tanyanya pada saya.

"Heeee.. yang tu belum la Bah. Tapi Al-Waqiah bolehlah.." jawab saya.

"Cuba, Abah nak dengar," kata Abah.

"Ok. tapi kat hujung-hujung tu, gagal sket la Bah," kata saya.

"Tak pe.. baca ajer," kata Abah lagi.

Saya terus membaca surah berkenaan. Ada juga yang Abah betulkan di hujung-hujung surah itu. Habis saja bacaan saya, Abah berkata,

"Ahsanti, ahsanti (bagusnya kamu, bagusnya kamu)".

Malunya bila Abah puji, walhal baru satu surah ajer saya hafaz.. nak bandingkan dengan Abah yang rajin hafal surah lain. Memang bukan senang untuk orang macam Abah boleh hafal Quran. Abah bukannya dapat pendidikan agama pun sejak kecil, tapi hatinya sentiasa di masjid. Dia belajar di High School Klang. Tapi setiap kali waktu solat, dia mesti akan minta izin keluar kelas untuk solat. Setiap waktu solatnya di masjid, dan dia pasti akan dapatkan takbiratul ula (takbir yang pertama). Susah nak lihat dia solat di rumah kecuali demam. Itulah Abah. Saya yakin sangat, sebab Abah sangat-sangat menjaga solatnya, Allah permudahkan urusan hidupnya. Nak ikutkan, berapa sangatlah pendapatan Abah sebagai guru untuk sara anak seramai 11 orang. Semuanya sihat dan diberi pendidikan yang cukup. Tapi Alhamdulillah Allah cukupkan keperluan Abah. Abah tak meminta-minta pun supaya dibantu.

Kalau tak kerana didikan, bimbingan dan tunjuk ajar Abah, mungkin saya tak berada di mana saya berada sekarang. Teringat saya kena rotan dengan Abah sebab tinggal solat. Jadi, lepas tu, saya tak tinggal solat lagi. Teringat saya seawal darjah 1 dah kena pakai tudung ke sekolah. Jadi kalau tak pakai tudung masa keluar rumah, rasa macam tak lengkap berpakaian ajer.. Abah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami supaya mencontohi cara hidup Rasulullah SAW tercinta. Dia ajar kami adab makan, adab tidur, adab masuk ke tandas, adab menaiki kenderaan, adab masuk ke masjid, dan lain-lain ikut sunnah. Setiap malam, Abah bacakan kami hadis-hadis mengenai Rasulullah, fadilat-fadilat solat, puasa, sedekah, kisah-kisah para sahabat Nabi untuk kami hayati dan amalkan. Walaupun mungkin ada yang kami terlupa, tapi Abah tak putus-putuskan ingatkan kami supaya jaga solat, dan amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Semua tu sebab Abah. Allah berikan kekuatan pada Abah untuk sampaikan ilmu tu pada kami. Alhamdulillah...

Abah pun penyayang dan suka sangat dengan kucing.

"Seorang sahabat Nabi SAW namanya Abu Hurairah r.a.. Dinamakan begitu sebab dia suka sangat kucing. Banyak kucing dibela," teringat Abah pernah berkata demikian bila saya bertanya, kenapa Abah suka dengan kucing.

Banyak sangat nak cerita pasal Abah, tapi cukuplah dulu.. Terlalu banyak kebaikan Abah yang terbalas oleh kami. Thanx Abah. Thanks sangat-sangat. Tak terbalas jasa Abah pada saya. Saya selalu berdoa semoga Allah memaafkan kesalahan Abah, dan membalas jasa Abah membela saya dan adik-beradik lain. Kesabaran Abah mendidik kami, kami sendiri pun tak terbalas. Cuma mungkin kerana kasih sayang saya pada Abah, saya terpaksa berkorban dan memilih untuk berpisah dengan buah hati kesayangan saya, demi cinta saya pada Abah. Semoga Abah dirahmati Allah, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk terus beribadah di muka bumi ini. Amin.

Kepada semua pembaca yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah semasa masih diizin Ilahi. Pengorbanannya memang tak terbalas. Luangkan masa bersamanya semasa masih sempat. Hubunginya selalu. Jika ayah kita sudah tiada, mari sama-sama mendoakan semoga arwah ayah kita sentiasa di dalam rahmat dan diberi keampunan oleh Allah SWT.

Insan-insan teristimewa dalam hidupku. Dari kiri : Abah, saya, emak semasa pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor tahun 2009.


"I love my daddy!"

Nurhani

Shah Alam

9 ulasan:

..nOWa.. berkata...

luahan hati yang sangat baik..menambahkan rasa rindu saya kepada ayah.. u know, kak hani.... :(

Hunny berkata...

Salam Nowa,

Coretan ini menambahkan rasa rindumu pada ayahmu, dan rasa sayangku pada ayahku.. I know Nora.. Buktikan rasa sayangmu, sedekahkan Fatihah selalu padanya.. :)

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Setiap orang hanya mempunyai seorang ibu dan seorang bapa, kalau mereka pergi meninggalkan kita maka berarti tiadalah lagi ibu dan bapa di dunia ini.
Eloklah semasa mereka ada kita memulia dan membahagiakan mereka dan sentiasa berdoa untuk kebaikan mereka.
Janganlah rasa segan dan malu mencium dan mendakap mereka walaupun kita sudah dewasa atau tua sementara ada kesempatan.
Dengan itu insya Allah kehidupan kita dan mereka akan diberkati Allah.
Saja Pak Ngah tulis panjang untuk mengingati diri sendiri dan kekawan....Wassalam.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

kalau dah kawin, ada la bapa mertua dan ibu mertua.. tambah koleksi bapa.. eheheheh.. Thanx atas nasihat Pak Ngah tu.. :)

~mellankolia~ berkata...

itu cite psl abah saye juge..nanges saye bace..saye rindu ayah saye tau...rindu sgt2..

Hunny berkata...

Salam Cik Ya,

Moga kerinduanmu pada Abah, kau ubati dengan zikir pada Allah. Balas jasa Abah dengan keputusan yang cemerlangmu dalam xm.. Moga Allah merahmatimu...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,sungguh hebat bapa Hani anugerahan Allah.Sungguh bertuah anda mendapat ayah yang demikian.Dengan paparan ini semoga menjadi contoh dan dorongan untuk lelaki yang bergelar suami bagi memikul amanah Allah.Semoga akan lahir bapa2 mithali seperti bapa Hani.

Hunny berkata...

salam tanpa nama,

Aminnn...Mudah-mudahan... Ayah saya hanya seorang, dan Alhamdulillah syukur kerana dia Allah taqdirkan jadi ayah saya.. Moga ayah orang lain lebih baik dari ayah saya.. :)

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛