Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 2 April 2010

Diari - Doa perpisahan

Salam semua,

4 hari tak menulis disebabkan tak ada mood nak menulis.Selama dua hari bermula semalam, kami di MAIS menjalani pre audit SIRIM MS ISO. Pada sebelah petang, giliran saya pula diaudit. Agak cemas juga , tapi alhamdulillah.. dapat juga jawab, cuma perlu penambahbaikan.

Saya sempat bersalaman dengan Faizah, kakitangan MAIS di Bahagian Pembangunan Hartanah yang akan meninggalkan kami kerana mendapat tawaran bekerja di JPA. Hari ini merupakan hari terakhir beliau di MAIS. Saya menyerahkankan satu kotak hadiah kepada Faizah dan sempat merakam gambar kenangan kami berdoa.

Lebih kurang jam 11 malam tadi, satu mesej sampai ke telefon saya.

"Salam . Time kasih kak atas kain yang akak bagi.. terharu sangat-sangat. Faizah BPH.

"Sama-sama. Moga terus cemerlang.. :)" Saya menjawab mesej Faizah.

"Amin. Insyaallah. Akak pun sama. Luv u!" balas Faizah lagi.

Seorang lagi kakitangan MAIS yang bertugas di Bahagian Pembangunan Hartanah, Aishah, juga turut berpindah ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, cuma tak sempat nak berikan hadiah padanya.Kepada Faizah dan Aishah, saya ucapkan selamat jalan dan mendoakan semoga mereka terus berjaya dan cemerlang di mana-mana pun mereka berkhidmat.

Semasa mesyuarat exit conference untuk pre audit, adik lelaki saya, Nizam, menghubungi saya mengajak makan di Kedai Kopi di tepi Tasik Shah Alam. Selepas habis mesyuarat dalam pukul 5.15 pm, saya cuba menghubunginya, tetapi gagal. Saya meneruskan perbincangan mengenai kes muallaf MAIS dengan Pegawai Syariah MAIS. tak lama kemudian, telefon saya berbunyi. Rupanya adik ipar saya (isteri Nizam) menghubungi saya.

"Hello Cik An. Ni kakak laa.. Napa Cik An tak datang? Penat Aina tunggu Cik An.." suara anak saudara saya, Aina, anak sulung Nizam yang berumur 5 tahun kedengaran begitu petah.

"Laaa.. yer ker? Cik An tipon papa kakak tadi, tak dapat. Cik An mesej, pun Papa tak jawab," terang saya padanya.

"Talipon Papa habis bateri.." terang Aina.

"Owh.. Yer ker? Emmm.. bagi Cik An cakap dengan Papa jap," minta saya pada Aina.

"Hello Kak An. Sorilah telefon pulak kong." adik saya Nizam meminta maaf.

"Takperlah. No problem. Tak ada rezekilah tu," jawab saya. Saya meminta adik saya menunggu saya untuk menyerahkan keropok lekor yang saya beli pagi tadi.

"Ok Kak," jawab Nizam.

Saya menamatkan perbincangan dan bersolat Asar dahulu. Selesai solat, saya mendapati ada missed call di telefon. Rupanya adik saya menghubungi saya memaklumkan beliau ada di lobby pejabat di bawah kerana singgah menunaikan solat Asar. Sampai di sana, anak-anak saudara saya menjerit-jerit seronok dapat bertemu dengan saya.

"Cik An! Cik An!"

Terasa glamer sekejap, padahal 3 orang jer pun yang berteriak. Heheheh.. Masing-masing turun dari kereta dan masuk ke kereta saya.

"Abang nak ikut Cik An,"kata Akid, anak Nizam yang kedua.

"Kakak pun," Aina menyampuk.

Akhirnya, untuk tak mengecewakan anak-anak itu, sebab masing-masing dah masuk kereta, saya bersetuju membawa mereka ke rumah kakak di Seksyen 19. Adik saya akan mengambil mereka malam ni di rumah kakak. Tu dia.. Jadilah saya bibik separuh masa... Huwa huwa.. :)

Lebih kurang jam 9 malam, adik saya sampai di rumah kakak. Kami berbual-bual seketika. Lebih kurang jam 10.30 malam, mereka minta izin untuk pulang. Akid menangis-nangis tak mahu pulang, tapi sebab Papanya nak tinggalkan dia, dia terpaksa akur.

Itulah lumrah kehidupan. Setiap hari kita bertemu dan berpisah. Mungkin ada rezeki, dapat berjumpa lagi. Mungkin juga tidak. Berdoalah semoga kita diberi umur yang panjang untuk diberi peluang bertemu dan berpisah keranNya. Kerana yang kita cari adalah pertemuan yang terjadi kerana Allah dan perpisahan yang terjadi keranaNya. Kerana itu, juga setiap dari kita perlu bersedia untuk perpisahan terakhir yang pasti terjadi, sebagai bekalan untuk di sana. Mudah-mudahan kita semua bersedia untuk perpisahan yang terakhir itu.. Amin..


Gambar-gambar di sekitar farewell party untuk Faizah dan Aishah di Restoran Munawwarah seksyen 9 Shah Alam.

Kakitangan lelaki yang hadir.

Apa yang best sangat tu Encik Shah? Dari kiri: Azim dan Encik Shah Ruddin, jurutera MAIS. Mereka menyambut ulang tahun kelahiran mereka, tapi dengarnya kek kena sponsor sendiri.. kesian.. :)

Sebahagian kakitangan wanita yang hadir. Dari kiri, Zura, Aishah, saya, abang Chef, Shakirah.

Cheeseeeee..

Masih berposing..

Udah-udah la kome bergambar... bila nak makannyer?

Bye Faizah! All the best!

Hadiah untuk Aishah disampaikan oleh PSU BPH, Puan Rohaidah.

Hadiah untuk Faizah. Yang kotak kecil untuk Aishah, tapi tak sempat bagi.

Kenangan bersama Faizah.

Anak-anak buahku. Belakang : Aina. Depan: Akid. Penat jugak jadi bibik korang satu malam.. Hehehehe..

3 beradik yang nakal. Dari kiri: Aina, Amani dan Akid. Amani terselit di tengah-tengah.

Nurhani

Seksyen 19

Shah Alam

Tiada ulasan: