Salam semua,
Memang menjadi kebiasaan pada setiap hari Jumaat, kakitangan MAIS akan membaca Al-Quran beramai- ramai di Bilik Mesyuarat dan mendengar tazkirah ringkas. Hari ini saya menyertai majlis bacaan Al-Quran ini setelah lama tak join disebakan sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan biasanya tamat pada jam 9 pagi. Sebelum ini, program bacaan Al-Quran ini bermula jam 8 pagi, dan diwajibkan untuk semua kakitangan, tetapi disebabkan kami banyak menerima rungutan pelanggan MAIS yang datang seawal jam 8 pagi, tetapi tiada kakitangan yang mengendalikan urusan di kaunter, jadi terpaksa dipendekkan selama 30 minit sahaja.

Hari ini kami membaca surah kegemaran saya, iaitu surah Al-Waqiah. Disebabkan surah tersebut pendek, jadi 5 minit dah habis kami membacanya. Sebelum Pengerusi majlis hari ini Ustaz Yasser, meminta majlis bersurai, saya meminta beliau memberikan sedikit tazkirah, tetapi dia menolak kerana tidak bersedia. Akhirnya, saya meminta Ustaz Hasal, seorang kakitangan di Bahagian Pengurusan MAIS, memberikan tazkirah pendek.
Alhamdulillah, mujur dia tidak menolak, dan terus menyampaikan tazkirah ringkas sebagai peringatan kepada kami. Antara lain, Ustaz Hasal mengingatkan kepentingan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama kita, tetapi persoalannya, di mana kita meletakkan Al-Quran dalam kehidupan kita. Menurutnya, kita boleh membaca suratkhabar dari muka hadapan hingga akhir, tetapi Al-Quran, amat sukar untuk kita khatamkan bacaannya. Walhal, sepatutnya, AL-Quran yang perlu dibaca selalu dan diamal perintah di dalamnya.
Beliau turut memberi contoh beberapa ulama seperti Imam Shafie, yang mengkhatamkan bacaan al quran sepanjang bulan Ramadhan, sehari dua kali. Maksudnya, sebulan 60 kali..Kita? Nak baca satu mukasurat sehari pun sukar. Jauhnya amalan kita di hujung-hujung usia dunia ini, dibandingkan dengan ulama silam, walhal sepatutnya, kita lah yang berlumba-lumba membaca al-quran, untuk top up amalan wajib yang lain. Melalui pengalamannya sendiri, beliau menyatakan, beliau menunaikan solat jemaah berimamkan seorang Menteri Besar. Selesai solat, MB tersebut masuk ke biliknya untuk membaca al-quran dan tafsirannya selama 30 minit. Sedangkan MB yang terlalu padat dengan tugasan harian pun boleh meluangkan masa sedikit untuk membaca al-quran, mengapai kita tidak boleh?
Selesai tazkirah ringkas Ustaz Hasal, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau dan mengulas sedikit tazkirah yang disampaikannya dengan bertanya kepada rakan-rakan yang hadir,"
"Tazkirah ini ringkas, tetapi betul-betul menusuk hati saya. Kalau Allah tanya, berapa kali saya dan Ustaz Fahimi khatam baca Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, maybe kami boleh jawab. Tapi, berapa kali khatam al-quran? Saya pun kurang pasti. Persoalannya, bila kita semua di sini $akan bermula, menjadikan Al-Quran rujukan dan bacaan utama? Pada saya, let us start now, berusaha membaca al-quran, dan meluangkan masa untuk membacanya. Sekaranag ni rasanya, kita, termasuk saya, kita boleh memblog dan melayan FB lebih lama dari masa yang kita peruntukkan untuk membaca AL-Quran.." ulas saya.
Terima kasih pada Ustaz Hasal. Pesanannya betul-betul menginsafkan dan mengingatkan sahabat-sahabat yang semakin leka dan terlupa dengan al-quran disebabkan kesibukan dengan komitmen kerja, keluarga dan nikmat-nikmat dunia yang lain. Mari kita semua teruskan memberi pesanan yang baik kepada rakan-rakan dan semoga kita semua terus memperbaiki diri hari demi hari. Jadikan AL-Quran, teman setia anda di kala susah dan senang..:)
"To be a better man"
Nurhani
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan