Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 15 April 2010

Diari - Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 2008 -Day 2

Salam semua,

Hari ini seawal jam8.30 pagi, semua peserta yang terlibat dengan bengkel telah pun berada di dalam bilik bengkel. masing-masing komited dan bersungguh-sungguh nak menyiapkan tugasan dan prosedur kualiti bahagian masing-masing.Di Bahagian Undang-Undang,kami mempunyai dua prosedur kualiti, iaitu sokongan kepada prosedur kualiti Bahagian Pengurusan Hartanah MAIS, iaitu prosedur untuk penyewaan dan pengurusan tuntutan tunggakan sewa. Setelah berbincang dengan Nora dan Izzati yang mewakili bahagian Pengurusan hartanah, saya dan Rasyid yang mewakili Bahagian undang-undang, terpaksa menggugurkan kedua-dua prosedur kualiti kami bagi memudahkan perjalanan operasi bahagian yang terlibat. Sehingga jam 2, baru kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan berehat sebelum menyambung semula pada jam 2.30petang.

Semasa waktu rehat, saya, Nora dan Izzati mengambil keputusan untuk melepak di lobi hotel untuk melayari internet. Semalam tak dapat line, sebab ada problem, kata petugasnya.Tapi hari ini petugasnya meminta kami duduk betul-betul kat depan lobi. Akhirnya, yessss!! Dapat line! Yang kelakarnya, cuaca kat lobi tu memang panas, mengadap matahari petang, tapi sebab nak update facebook dan update blog, masing-masing sanggup.. ehehehe..sampai merah-merah muka masing-masing. Macam udang kena bakar pun sanggup! Hahaha..Itulah kalau dah minat dan addicted, apapun sanggup buat. Macam bercinta jugak.. time bercinta, semua sanggup, semua indah.. Bila dah clash? Tanya la orang yang pernah bercinta.. hehehe..

Kami menyambung semula bengkel kami pada jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. saya,Nora dan Izzati awalnya berhasrat untuk ke Water Park Bukit Gambang, tetapi sebab dah lewat, dan tak ada kenderaan untuk ke sana,kami membatalkan hasrat.kami cuma berjalan-jalan di sekitar kawasan resort Bukit Gambang dan mengambil gambar. Kemudian kami terus ke gym dan beriadah selama 40 minit. Seronoknya sebab dapat kayuh basikal sejauh 3.9km dan berski sejauh 1km. Hilang sebentar rasa letih berbengkel. betul-betul rasa rileks.. :) Alhamdulillah..

Kami menyambung semula bengkel pada jam 9 malam hingga jam sebelas malam. Saya melepak dengan Nora, Izzati dan Zunaidah sampai jam 12.30 malam, sebelum kembali semula ke bilik dan berehat. Sempat main PC game dan bersembang dulu dengan Kak Nomi sebelum saya switch off komputer dan melelapkan mata. Sebelum tidur, saya bersyahadah dan berdoa, semoga Allah mengampunkan dosa saya, ibu bapa saya, keluarga dan semua sahabat-sahabat saya. Sesungguhnya daripadaNya kami datang, dan kepadaNya kami kembali..

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani
Bukit Gambang Resort City
Kuantan Pahang

Tiada ulasan: