Salam semua,
Seawal jam 7.20 pagi, saya dah bersedia ke pejabat. Sampai di tingkat 9, saya mengetik kad perakam waktu saya. " 7.33 am". Saya terus menaiki tangga ke pejabat di Tingkat 10 untuk meletak beg dan mengambil dokumen yang perlu. Saya melihat diari. Hari ini, saya perlu ke SUK untuk bertemu dengan Dato' Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk beberapa urusan mengenai hartanah MAIS.
Lebih kurang jam 7.45, Puan Rohaida, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah memaklumkan bahawa pemandu yang dibooking telah ada di bawah untuk membawa kami berdua ke sana. Peguam panel MAIS, Puan Nurul, turut serta untuk bertemu dengan Dato' Ramli. semasa saya tiba di bawah, Puan Nurul sedang memparking keretanya di ruangan 'KHAS' berhampiran ruang lobi. Seorang pengawal keselamatan telah sedia menunggu di luar pintu keretanya. dan bertanya sesuatu kepada Puan Nurul.
"Sulat (surat)! Mana sulat?" pengawal keselamatan muallaf berbangsa Cina itu bertanya kepada saya.
"Tak ada sulat tak boleh parking sini. Mau ada sulat," katanya dalam pelat Cinanya yang pekat.
Saya memaklumkan kepadanya bahawa Puan Nurul ada mesyuarat bersama saya di SUK dan untuk lebih mudah (kerana di SUK susah sangat nak parking) jadi beliau menumpang saya. Namun, saya kira, pengawal tersebut sukar memahami apa yang cuba saya sampaikan. Akhirnya, saya menghubungi Ketua Pengawal Encik Wahab dan memaklumkan keadaan sebenar dan meminta kebenaran beliau untuk meletakkan kereta di situ. Selepas kebenaran diperolehi, kami memecut ke SUK.
Lebih kurang beberapa saat selepas kami sampai di Tingkat 19 bangunan SUK, Dato' Azib pun sampai. Kami berbual-bual dengan Dato' Azib sementara menantikan turun untuk bertemu dengan Dato' SUK. Agak lama juga kami terpaksa menunggu kerana ramai pegawai-pegawai kerajaan yang datang bertemu dengan Dato' SUK.
"Tak ada air ker?" tiba-tiba Dato' Azib bersuara setelah bersembang beberapa ketika.
"Tak ada la Dato'," jawab saya yang juga merasa haus, sambil memerhatikan sekitar kawasan tempat duduk kami, kalau-kalau ada tempat air mineral disediakan .
"Tengok tu, nama saya ada kat situ," kata Dato' Azib sambil menunjukkan papan tanda yang menyenaraikan nama-nama mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan SUK yang sedang berkhidmat. Kami semua memandang tempat yang ditunjukkan.
"Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa - April 2007 - Oktober 2007"
Begitu nama Dato' Azib yang tertera pada papan tanda di tingkat 19 Bangunan SUK.
"Tu lah. Nama Dato' ada kat situ pun tak dapat air kan Dato'?" ujar Puan Nurul bergurau, disambut dengan deraian ketawa kami.
Akhirnya pada jam 9.30, kami dipanggil masuk. Setelah berbincang beberapa ketika, kami semua mencapai persetujuan. Dato SUK meminta kami menyediakan draf surat untuk semakan beliau sebelum ditandatangani olehnya. selesai mesyuarat, kami dijamu dengan jamuan ringan. Rupanya, air minuman dan air mineral disediakan di bilik di belakang kaunter penyambut tetamu. Ingatkan tak ada langsung.. Hehe.. Tu lah! Lain kali, tak tau, tanya.. :)
Pulang dari SUK, saya dan Nurul terus berbincang mengenai draf surat untuk tandatangan SUK. Sementara menanti Puan Nurul memeriksa email dan mendraf surat tersebut, saya sempat berbincang dengan Puan Normi mengenai kertas cadangan yang akan dibentangkan olehnya di dalam Mesyuarat MAIS hari Selasa depan.
"Hani. Saya nak minta pandangan Hani untuk paper saya ni. Saya lampirkan pandangan undang-undang Hani dalam paper saya, cuma bila saya baca pandangan u tu, macam tak ada conclusion," kata Puan Normi.
"Ye ke? Heehehehe... Meh saya tengok sat," jawab saya.
Saya membaca pandangan undang-undang yang saya sediakan berkenaan pengurusan LZS dari sudut perundangan.
"Dah 15 kali saya baca dan amend kak, dulu dengan Dato' Azib pun sama, asyik kena betulkan ajerr.. letih dah nak betulkan.. tapi betul jugak.. memang tak ada conclusion," akui saya.
"Tak perlah. Nanti saya buat conclusionnya kalau sempat," saya berkata.
"Saya tak kisah. Cuma nanti ahli MAIS mesti tanya u, sebab pandangan ni dari u," terang Puan Normi.
"Tapi tolong la semakkan paper saya, part yang undang-undang tu, takut salah pulak," pintanya pada saya.
Saya membaca kertas cadangan yang disediakan. Disebabkan saya sentiasa menyemak dokumen perjanjian dan membuat drafting, saya mudah mengenal pasti kesilapan dalam ejaan dan font yang berbeza. Ustaz Juraish, ex-staff saya, pernah berkata,
"Ish! Cik Hani ni.. Jumpa aje kesilapan saya, padahal saya dah semak banyak kali,"katanya semasa saya mengembalikan hujahan bertulis yang disediakan olehnya untuk difailkan di Mahkamh Syariah. Itu juga yang dikatakan oleh Pengarah JAIS dan TSU MAIS tatkala saya menegur kesilapan ejaan dan bahasa di dalam minit-minit mesyuarat yang disediakan.
"Hmmm.. macam mana u boleh nampak? Saya baca tak jumpa pulak," teringat saya kata-kata Dato' Pengarah.
Saya pun tak pasti, tapi saya yakin, itulah nikmat yang Allah beri pada saya. Mata saya sangat cepat menangkap salah eja dan kosa kata yang tidak betul dalam minit mesyuarat atau kertas cadangan yang disediakan. Jadi, saya sentiasa menegur kesilapan yang dibuat di dalam Mesyuarat. Sesuai sungguh untuk jadi editor di syarikat penerbitan. Hehehehe..
"Hmmm.. akak email kat saya lah.. nanti saya betulkan terus, saya email balik kat akak," ucap saya pada Puan Normi selesai saya mengedit kertas kerjanya.
"Wah! Bagusnya! Ni yang sayang Hani ni!" katanya sambil bergurau.
Saya menyambung membuat draf surat untuk diberi kepada Dato' SUK. Selesai mendraf, saya menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan dan ayat di surat tersebut. Akhirnya, selepas kami berdua berpuas hati, saya mengemailkan draf surat tersebut kepada Dato' SUK.
"Alhamdulilah... siappp!! " kata saya.
"Jom makan," Nurul mengajak. Baru perasan perut berkeroncong dan minta diisi. Hehehe.. buat kerja tak ingat dunia.. hehehe..
Apapun, seharian dalam hidup kita, kita kena sentiasa mengkoreksi diri, dan menegur orang lain yang membuat kesilapan. Dan kita juga perlu bersedia untuk menerima teguran apabila kita silap, bukan merasa diri sentiasa betul. Meminta maaf bila kita membuat silap, dan menerima serta memaafkan kesilapan orang lain. Mengakui kelemahan dan menerima kelemahan orang lain, dan sentiasa memperbaiki diri. Contohnya, walaupun dah 15 kali saya baca pandangan yang saya sediakan, masih juga ada kekurangannya. Hanya setelah ditegur oleh Puan Normi, baru saya menyedarinya. Same applies bila saya menyemak kertas cadangan Puan Normi, dan saya membetulkan beberapa kesilapan ejaan di dalamnya. No one is ever perfect, including me.
Saya pernah meminta maaf dan mengakui kelemahan saya di dalam satu Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Azib, apabila ahli mesyuarat meminta laporan sistem CTOS, yang saya memang tidak pandai dan tidak pernah menggunakan sistem tersebut. Sahabat saya, Puan Normi, pernah berkata, "Bukannya mati pun kalau minta maaf,". Walaupun kedengaran lucu, tetapi itulah hakikatnya. Kita dan teman-teman kita sepatutnya sentiasa ingat-mengingati dan berpesan-pesan, menegur kesilapan, menerima kelemahan dan berusaha memperbaiki diri, insyaallah kita akan jadi manusia yang lebih bersyukur dan lebih gembira. Really, I feel good about myself.. :)
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan