Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 17 April 2010

Diari - 4-1!

Salam semua,

Sesungguhnya hari ini benar-benar meletihkan. Semalam, jam 7 petang baru kami sampai dari Bukit Gambang. Hari ini, seawal pagi lagi saya dah berada di pejabat menyiapkan kertas pandangan undang-undang untuk disembahtaklimat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai kuasa Baginda untuk memberikan pengampunan dalam kes-kes jenayah syariah. Ini susulan daripada pengampunan yang diberikan oleh DYMM Sultan Pahang ke atas Kartika Sari Dewa yang dijatuhi hukuman 6 sebatan syarie atas kesalahan minum arak. Akhirnya, Sultan Pahang memberi pengampunan kepada Kartika tanpa perlu disebat, tetapi sebaliknya diperintah membuat kerja-kerja kebajikan. Saya turut berbincang dengan PRO MAIS, Puan Rohana yang diminta oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS untuk menyediakan kertas ringkasan eksekutif.

"Assalamualaikum Cik Hani. Dato' dah sampai. Dia nak jumpa," Dila, PA Dato' Azib menghubungi saya.
"OK. Bagi saya 10 minit ye. Nak print ni," pinta saya pada Dila.

Kerana menunggu lama sangat, saya akhirnya men'save' kerja saya di dalam pen drive dan meminta Puan Rohana mencetaknya menggunakan printer beliau. Siap saja kami terus bertemu dengan Dato' Azib. Setelah berbincang seketika, Dato' meminta saya membuat sedikit pindaan dan mencetak di atas kertas berwarna kuning untuk dipersembah kepada Tuanku.

"Pukul berapa Dato' nak?" tanya saya.

"Pukul 11. Saya nak mengadap dia petang ni," jawab Dato'.

Saya mengerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 10.15.

"Ok Dato', saya cuba siapkan," janji saya.

Alhamdulillah, jam 11 pagi, dengan bantuan Puan Rohana, saya dapat menyiapkan kertas pandangan undang-undang tersebut. Saya terus menyerahkannya kepada Dato' Azib.

"Ok. Terima kasih," kata Dato' Azib.

"Sama-sama Dato'," balas saya.

Saya bergegas semula ke pejabat. Baru perasan fail yang bertimbun setelah 3 hari di Bukit Gambang. Satu demi satu fail saya semak, tapi tak habis-habis juga sebab terlalu banyak. Hehehehe..

Malam tadi, saya diajak oleh kakitangan wanita di bahagian saya untuk menonton perlawanan bola sepak Selangor menentang Perak. Dah lama saya tak ke stadium menonton bola. Seingat saya kali terakhir semasa saya di UIA, sekitar tahun 1998, saya menonton perlawanan bola sepak negeri Selangor menentang pasukan lain dengan adik-beradik saya di stadium Shah Alam.

Sepanjang permainan berlangsung, penyokong kedua-dua pasukan tak putus-putus memberi semangat kepada pemain-pemain. Penyokong Selangor lebih ramai yang datang. Maklumlah.. Perlawanan di Selangor. Pada awalnya, permainan kedua pihak amat hambar, hanya setelah Perak menyumbat gol pertama barulah pemain Selangor bangkit dan menerobos gelanggang lawan. 4 -1! Best dan puas hati dengan keputusan malam ni..Tak sia-sia datang.. hehehe... Adat lah tu... ada menang ada kalah.

Ada kalanya kehidupan pun, tanpa kita sedari macam perlawanan bola sepak juga.. banyak perlawanan yang berlangsung.. yang paling biasa dan sentiasa ada adalah perlawanan menentang hawa nafsu sendiri dari melakukan perkara yang mungkar.. kalau kita berjaya melawan pujukan syaitan, kitalah pemenangnya... perlawanan ini, pengadilnya Allah, yang sentiasa memerhatikan kita pada setiap masa.. kalau kita menang, bersyukurlah, tetapi andai kita kalah, kita perlu memuhasabah kembali diri kita, dan terus memperbaiki diri. Insyaallah, mudah-mudahan Allah membantu dan mempermudah urusan kita. Dalam perlawanan juga, tentu ada yang tercedera. Yang tercedera dan terluka perlu dibantu dan dirawat. Pernah seorang sahabat berpesan : yang penting bukan di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir.. teruskan menentang pujukan hawa nafsu sendiri, dan menggunakan akal dalam setiap tindakan.. Insyaallah, Allah mengetahui dan mempermudah urusan kita.. Amin..

"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani
Shah Alam



Gelagat penyokong Selangor sewaktu gol dijaringkan oleh pemain Selangor.

Pemain Perak tengah warm up.

Ada yang cedera hendaklah dibantu.

Adik ni penuh bersemangat mengibarkan bendera Selangor.

Burger ntah hapa-hapa.. dah la RM2, tapi roti keras...

Interesting game.. sebab menang.. hehehe.. Thumbs up!

Raudah dan Rosma, kakitangan BUU dan peminta fanatik bolasepak Selangor.

Gambar menarik.

Topi Selangor yang chantek dan unik.. :D

Budak bola yang keletihan walaupun tak main.. hehehe.

2 ulasan:

a kl citizen berkata...

peminat bola rupanya ya

hani berkata...

salam KL Citizen,

Saya tak fanatik sangat.. sajer nak isi masa lapang.. :)