Salam semua,
Selepas pulang dari Surabaya pada Ahad lalu,saya mengambil cuti rehat tambahan pada hari Isnin. Masuk sahaja ke pejabat pada hari Selasa, memang banyak yang perlu diurus dan disemak. Itu baru dua hari cuti.Tapi alhamdulillah, sebab assistant ada, rasa urusan lebih mudah. Pada hari yang sama, saya perlu berangkat ke Bukit Gambang, Kuantan selama tiga hari untuk Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) untuk tujuan MS ISO 9001 2008. Kami dijadualkan bertolak pada jam 2 petang. Alhamdulillah, dapat juga saya meninggalkan pejabat dalam keadaan tray surat-menyurat yang kosong dan telah saya semak.Sempat juga mengagih-agihkan ole-ole yang saya beli di Surabaya kepada kakitangan dan teman-teman sepejabat.
Kami menaiki bas JAIS ke sana. Disebabkan menunggu beberapa orang pegawai yang tiba lewat,bas kami hanya bertolak pada jam lebih kurang 3 petang. Perjalanan agak meletihkan,tambahan pula saya dan teman saya Norraini yang baru saja tiba dari Surabaya. Sepanjang perjalanan, beberapa kali kami singgah termasuk untuk solat. Alhamdulillah,jam 8 malam,kami sampai di Bukit Gambang Resort City,Kuantan Pahang.
Sepatutnya program bermula malam ini juga,tetapi ditangguhkan kerana semua orang dah keletihan. Cantik juga tempatnya. Turun saja dari bas dan mengangkat beg,saya ke kaunter pendaftaran,
"Sini boleh akses internet tak?"tanya saya.
Boleh kak,tapi kat lobby jer.." jawab petugas di kaunter.
So, selesai makan malam dan check in, saya dan Nora ke lobby hotel untuk melayari internet. Itulah kalau dah minat,apa jua sanggup dibuat,walaupun kat lobi tu,sangat panas.. ehehhee.. Tapi, rezeki kami kurang baik,sebab line tak berapa ok. Jadi kami balik saja ke bilik dan berehat.
"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Lobby
Bukit Gantang Resort City
Kuantan
Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan