Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Perasaanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perasaanku. Papar semua catatan

Isnin, 4 April 2011

Diari : 4 hours and strength..

Assalam semua, 


Aku rasa mondosss sangat hari ni.. Lemah tak bermaya..Maybe sebab tak cukup tidur malam tadi. Ntah kenapa, rasa macam tak leh nak lelap mata aku. Ntah kol berapa aku tidur pun tak sure.. Maybe around 3 am kot.

Pagi tadi, aku mengadap big boss aku setelah 2 minggu beliau bercuti. Itu dia.. Beliau menyemak setiap baris ayat dalam draf kertas kerja yang aku buat untuk beliau bentangkan di IKIM pada 6hb April ni. Semua sekali 41 mukasurat.. Siaran langsung dan terus-menerus bermula jam 9.30 pagi sampai jam 12.15 tengahari...  Non-stop beb! Hari ini dalam sejarah...

Perut aku mula-mula rasa nak berdondang sayang pun dah tak berdendang.. Lepas 2 jam, Dila, PA my boss' masuk bawa air mineral untuk aku. Rasa macam dalam syurga time aku minum air tu. Perghhh!! Sedap tak hengat sebab haus sangat. Habis aku minum. Nak mintak lagi malu!!

Sekarang ni, dah jam 6.18 petang, aku masih kat opis. Aku still nak ambik feel untuk pinda paper tu dan tambah informasi yang my boss minta. Aku agak, daripada 41 muka surat, nanti akan jadi 50 mukasurat tidak termasuk kulit..:P. Walaupun aku letih, mamai dan lapar, aku tetap teruskan perjuangan ini....Huwaaaaaa!!!!

(Moga aku terus diberi kekuatan untuk selesaikan paper tu malam ni.. Tak tido lagi laaa jawabnya..:P)

"Nukilan Rasa"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 23 Februari 2011

Diari : Bla Bla Bla..

Assalam,
Aku nak membebel sket. 

Paper, kertas kerja, kertas cadangan, kertas makluman... semua tu sebaya dan adik-beradik. Semua kena fikir dan beri justifikasi. Kena teliti dan bentang dalan mesyuarat. Malam tadi pun aku terpaksa siapkan paper untuk YAD Dato' Pengerusi untuk konvensyen MAINS 18hb Mac nanti. Dia nak before 1hb Mac.

Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang 1hb Mac. Folder belum siap. Maklumbalas belum terima.Semua paper tak dapat lagi walaupun due date aku bagitau 22hb. Hari ni, satu bayang paper pun tak ada.

Pagi meeting with AmIslamic untuk usahasama wakaf tunai secara online. Petang discussion on agreements dan drafting yang tak sudah-sudah. Then baru ada masa untuk semak perjanjian, draf surat keluar, dokumen lain serta minit mesyuarat.

Hari demi hari, semakin banyak tugasan yang Bahagian aku terima. Tak pasti disebabkan kepercayaan si pemberi atau memang sudah tanggungjawab Bahagian aku. Kini, tanggungjawab kami lebih berat. Arahan Pengerusi, semua kes-kes undang-undang berkaitan ajaran sesat dan mengajar tanpa tauliah yang dikendalikan di Jabatan Agama, aku kena pantau. O yeah?? Baik!! (Kadang-kadang aku lupa yang staff di Bahagian aku ada 10,000 orang, sebab tu kami mampu buat semua. Malaysia boleh!!)

Soalan dalam kepala aku.. BILA NAK SIAP?? Semua tu yang asyik terngiang-ngiang dalam kepala sekarang.. (Kadang-kadang keliru tugas sebenar aku, sebagai penasihat ke peguam ke penterjemah ke atau penyelesai?) Yang pastinya, aku PEMBUAT KERJA! Saya Yang Menurut Perintah!

Tapi aku tak pedulik semua tu. Kerja tetap kerja. Main badminton tetap main badminton. Kasi release tension. Jom!! 

(Kesian kat staff yang terpaksa kerja keras untuk bantu kelancaran operasi Bahagian. Takpe. Nanti dapat gaji I belanja semua ok?..:P Ketiadaan Mid dan Raudah sangat dirasai. Bila la korang nak balik?? Kerja banyak nih!:P)
 
"Membebel tapi kerja siap"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 12 Februari 2011

Diari : Be strong..

Assalam,

Aku letih.giler.. Baru pas habis main badminton.. rasa nak pecah-pecah tumit kaki aku yang licin lagi mulus, sebab malam ni, COACH kami tak berperi kemanusiaan. Dipaksanya aku dan Nora berlari-lari mendapatkan bola. Walawey!! Sekarang kaki aku tengah sakit. Harap-harap esok aku dapat berjalan ke kelas dengan sempurna.

Tadi main badminton, macam nak lepas geram pun ada. Asyik menSMASH ajerr.. Ntah kenapa, tiba-tiba aku terasa hati dengan seseorang. Nampak gayanya dia macam tak berapa nak bercakap dengan aku. Dunno why. Maybe dia ada masalah kot. Hmmm.. Tapi tak apalah. Maybe aku ada buat salah kat dia. tapi TOLONG la bagitau, apa salah aku. Tak la aku tertanya-tanya.

Anyway, malas lah aku nak layan perasaan 'tertanya-tanya' ni. Sebab semuanya tak pasti. Lebih baik aku kuatkan hati dan jiwa aku. Soal perasaan tak akan ada akhirnya. Aku doakan Allah berikan dia ketenangan hati dan sentiasa dipermudahkan Allah. Maybe dia perlukan masa bertenang sebelum nak berbicara dengan aku. Apapun, aku sedar. Aku manusia biasa. Banyak kekurangan. Aku harap, dia maafkan aku.
Pesanan aku pada kawan-kawan yang mengalami ujian hati dan perasaan, carilah penyelesaian dengan jalan SABAR dan SOLAT. Redha dengan apa yang berlaku. Rajin-rajinkan diri bangun solat malam. Jaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah akan jaga kita.

Sekarang, aku mau buat persediaan untuk mengajar esok. Mata dah mengantuk. Badan dah letih. Main badminton non stop 2 jam. K lah. Babai. Doakan aku dapat siapkan slide malam ni yer..:)

"Be strong"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 9 Februari 2011

Diari : Indah!!

I.N.D.A.H
Assalam,

Hari ni, seronok, colourful, sweet, I feel guided and blessed by Allah. Ringkasnya hari ini, aku rasa begitu INDAH!!

Mesyuarat pagi berkenaan dengan isu pertikaian status agama seorang muallaf, selesai dengan baik melalui rundingan bersama. Tak ada saman-menyaman, tak ada perebutan. Alhamdulillah..

Sekejap tadi aku berkomunikasi dengan seorang pegawai dari kedutaan Amerika berkenaan kematian seorang muallaf warganegara Amerika. Walaupun Bahasa Inggeris aku SANGAT tunggang-langgang, namun beliau dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. Itu paling penting..Alhamdulillah. Nanti aku kena berkomunikasi lagi dengan beliau. Walaupun aku cuma dapat dengar suara dia, aku rasa dia sangat handsome bila dia kata,
"Well, thank you for calling me Mem. I appreciate that. Do keep in touch, and you take care Mem."

Pada aku, beliau sangat beradab, dan sangat ikhlas semasa mengucapkan kata-kata tersebut, walaupun beliau bukan Islam. Kan bagus kalau orang Islam dapat berkomunikasi sebaik itu. Aku doakan dia diberi hidayah untuk masuk Islam, boleh bantu agama Islam dengan skil komunikasi beliau..:) Aminn..

Time lunch tadi, aku dapat satu barang berharga yang harga sebenar mencecah RM200, tapi aku dapat beli dengan harga RM100. Tak sabar nak gunakannya jap lagi..:) Alhamdulillah..:)

Jap lagi, aku mau main badminton dengan kawan-kawan. Tentu smash aku lebih hebat, dengan raket baruku yang berkilat-kilat.. Aku happy!! Alhamdulillah....:)

Paling penting, malam tadi aku dah mula buat draf Research Proposal aku.. Alhamdulillah.. Syukur..:) Aku percaya dengan pepatah omputeh, (mentang-mentang baru pas speaking dengan mat saleh) a thousand miles begin from a single step...Malam ni insyaallah aku sambung..:)

Plus, lebih kurang 10 orang yang aku temui memberi teguran yang sama,


"Cantik baju Cik Hani," Owh! Trimas!! :)


 Plus ada orang belanja lunch, plus dapat makanan cepat walaupun ramai orang tunggu turn kat cafe. Tapi paling best bila 2 orang cakap aku makin chantek!! Miahaha...Maluuuu...:P)

"Alhamdulillah"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 8 Februari 2011

Diari : status : SUPER STRESS..

Owh!

Super stress?? Siapa? 

Dengan malunya nak mengaku. Orang itu adalah aku..:(


Sepanjang pagi mendengar keluhan, rintihan, permohonan, emosi yang pelbagai corak..

Dari kes jenayah ke kes harta amanah, kedutaan, perjanjian yang berat sebelah, pecah amanah, integriti....

Arghhh!! Semuanya meminta SOLUSI, bukan depressi.. SOLUSI.. Aku ulang, SOLUSI..

Aku rasa aku dah cuba yang terbaik, untuk memikirkan dan mencadangkan SOLUSI terbaik. Aku harap mereka pulang dengan jiwa yang lebih tenang dan tenteram, hati yang lebih lapang. Selebihnya, aku serah pada Allah.

"Jasad saya ajer ada di sini, tapi hati saya di rumah. Suami saya sakit. Tapi tak sampai hati biar anak datang sorang," kata seorang ibu tua.

"Saya geram. Apa saya perlu buat?" kata seorang pegawai.

"We just want to make an  inventory of the assets belongs to the deceased," kata seorang pegawai di Kedutaan Amerika.

Boleh tak buat tak kisah?? Boleh tak?? Mestilah TAK BOLEH!!

Arghhh!! Susahnya nak jaga hati... jadi baik..jadi ikhlas..:(

Then, aku punya research proposal tak buat lagi. Universiti tak cari lagi. Supervisor tak dapat lagi. Tawaran belajar?? Jauh sekali. Bahan mengajar di UITM tak sentuh lagi. Ada sapa-sapa kisah??? Anyone care?

Nope. I guess.

Then.. Solusi Aku??

Jogging....
Istighfar banyak-banyak....
Doa banyak-banyak..
Moga Allah permudahkan urusan aku.
Bila aku permudahkan urusan yang lain..
Yang datang MEMINTA TOLONG..
Walaupun after office hour...
Dan bila aku ikhlas dalam bekerja..
Pssstt..: Alangkah baiknya, jika ada yang boleh bantu aku, untuk sama-sama fikirkan SOLUSI.. Bukan bantu aku, dapat DEPRESSI..


Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah ALam

Diari : Mood bercampur-campur..

Assalam semua,

Pagi tadi sebelum gi opis, kakak aku called berkali-kali. Poyo semacam nak suruh aku angkat telefon. Aku called kakak;

"Nape?" tanyaku.

"Tengok TV3. Azim ada," katanya.
Aku cepat-cepat switched on channel 3, tengok Azim sekejap, then off to office. Aku seronok dan bersyukur, sebab Azim dah selamat sampai, dan dapat share experience dia sepanjang pergolakan di Mesir dengan rakyat Malaysia.

Then, Kak Pah, staff UiTM kol aku. Dia mintak aku datang signed document. Aku tanya beliau, soalan exam yang aku hantar hari tu, dah semak ke belum, sebab sepatutnya UiTM kena vet soalan aku dan bincang dengan aku. Kak Pah kata, diorang dah vet dan ok. Owh! Aku rasa sedikit bangga, sebab first time draft soalan xm untuk UiTM, then diorang terima. Alhamdulillah..:)

Then, sorang pegawai muallaf datang jumpa aku untuk settlekan satu kes pertikaian jenazah muallaf. Mula-mula aku rasa ok, then aku rasa stress sangat..  Sebab, seharian kami kena selesaikan isu tu dan terpaksa turun ke lokasi kejadian. Walaupun akhirnya kes dapat diselesaikan secara baik, tapi aku tetap stress, sebab, isu integriti dan tanggungjawab pegawai di jabatan aku, turut dipersoalkan. Stress!!

Sebelum balik ofis, kami singgah minum. Aku makan seketul kuih vade harga 0.50 sen. Duit satu sen tak ada, sebab tak bawak wallet, so terpaksa mintak ehsan orang lain. Then ada sorang pakcik tua tetiba senyum manis sangat kat aku. Aku pun senyum balik. Then, dia datang kat meja kami. Ada beberapa bungkus keropok kat tangannya. Owh! Nak jual keropok rupanya. Aku kecek Kelate dengan beliau, walaupun tak berapa reti kecek Kelate, sebab lingua franca pacik tu, dialek Kelate. Dia kata, dia dari Thani, Thailand. Aku rasa tak sampai hati tengok dia. So, aku ajak dia minum. Dia malu agaknya sebab kami ramai, so dia tak nak. Dia pujuk aku beli keropok dia. Seyes, aku tak sampai hati. Aku terpaksa pau Ana RM10, untuk beli keropok pakcik tu. Pakcik tu senyum puas hati. Keropok dia laku.

Owh! Aku fikir, walaupun dia senyum, keadaan dia tentunya lebih teruk dari aku. Aku tak perlu jual keropok, jalan kaki jauh-jauh, untuk jual sebungkus keropok.

(Terima kasih kat Ana. Di samping beliau mensedekahkan RM10nya untuk beli keropok, beliau turut mensedekahkan minyak masak dan tenaganya untuk goreng keropok tu. Bini sapa la tu..:P)

Sampai di pejabat, dah kol 6pm. Orang dah balik. Aku rasa PANAS sebab, air cond dah padam. Tapi terpaksa bertahan, sebab masih ada kerja perlu dibuat. Jam 7.50 baru aku gerak balik. Perut lapar sebab tak sempat lunch weh, menyebabkan aku rasa nak makan orang! Nasib baik ada lauk-pauk Shikin bawak dari rumah. Ada udang sambal, ada cendawan. Aku pun makan rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah... Aku rasa kenyang dan bersalah sebab langgar peraturan diet yang aku gariskan sendiri.


Owh! Aku dapat jugak makan nasik, walaupun lambat. Saudara seIslam ku di tempat lain, entah dapat makan ntahkan tidak. Kadangkala, kita kena diuji dengan kelaparan dan kesusahan, barulah kita dapat menyelami perasaan orang yang ditimpa musibah yang sama.

Tadi, ada satu orang kol aku dan mengadu kat aku, pasal isu nikah sindiket. Aku cuba dapatkan info lanjut daripada beberapa pihak tapi tak berhasil. Aku stress lagi! Niat aku nak tolong jerr, tapi last-last aku yang stress!!

Owh! Aku lupa. Allah kata, kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Aku doa, Allah permudahkan urusan aku pada 14.2.2011 ni..Aminn..

So, sekarang, aku masih stress, sebab, belum buat apa-apa untuk research proposal aku. Arghhh!!! Kadang-kadang, aku terpaksa ketepikan kepentingan peribadi dan beri keutamaan kepada kepentingan ummah. Tapi, sampai bila? Owh! Maaf. Kadang-kadang aku terlupa tanggungjawab sendiri. Bukankah kepentingan ummah lebih penting. Slogan aku di sini adalah, "Boleh saya tolong anda / Apa yang saya boleh tolong?," bukan nya, "Mintak tolong/ Apa yang korang boleh tolong aku/ korang carik lah pertolongan di tempat lain".




Patutlah lagu Ana Raffali menang Juara Lagu hari tu. "Tolong Ingatkan Aku" sebab kita manusia memang selalu lupa.. So, tolong ingatkan aku selalu yerr..


"Mood Bercampur-Campur"
Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 14 Januari 2011

Diari : Konpius!!

Assalam semua,
Aku konpius ni.. Esok ada Family Day ofis aku. Mula jam 7.30 pagi sampai kol 2 petang. Then, aku ada kelas kol 12 sampai 2 petang. Even worse, aku belum buat peparation lagi untuk kelas tu.

Aku nak gi. Dua-dua aku nak gi. Rugi kalau tak pergi Family Day kali ni. Sebab, hadiah cabutan bertuahnya memang TERBAEK! Sumer barang elektrik. Tahniah pada orang kuat pihak penganjur, Rohaida, Nowa, Nasoha, Dila dan urusetia lain yang gigih menyusun program esok untuk memberikan yang terbaik untuk warga MAIS. Kelas pun best juga. Jumpa adik-adik yang nak belajar, bagai menyuntik semangat untuk aku sambung belajar.

Tadi, ada satu benda yang tak best berlaku kat opis menyebabkan aku tambah konpius. Ianya sebab artikel ini. Dush! Macam kena hempap batu blok! Hilang kepercayaan aku kat press. Anyway, thanks to Ana yang banyak bantu aku selesaikan isu yang timbul dan Nora yang kasi semangat kat aku, sambil-sambil dia tekan keypad komputer untuk program esok.
Saat ini, aku masih lagi konpius. Sama ada nak postpone kelas atau balik awal dari program tu.. Hmmm.. Baik aku wat preparation dulu.:P


"Sajer"
Nurhani
Shah ALam

Jumaat, 7 Januari 2011

Diari :Seram- sejuk..

Assalam semua,

Seriously, aku NERVOUS dowh! Mahu mengajar esok.. Hahahaha.. Walaupun aku biasa bagi ceramah kat ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) kat pegawai-pegawai MAIS dan JAIS, pak-pak haji AJK masjid dan surau seluruh Selangor dan student KUIS, tapi aku still nervous. Huwahuwa.. Ntah hapa-hapa la aku ni. Korang doakan je la aku ok. :)

Tadi aku sempat pi UiTM, jumpa ex-lecturer aku PM Dr Mohamed Azam Adil. Banyak tips dia bagi kat aku. Sebanyak BUKU-BUKU teks yang dia pinjamkan pada aku. Phew!! Memang jadi ulat buku malam ni.. Anyway, thanx doc. Jasamu ku kenang..:)

Haish! Seram sejuk nih! Faktor seram sejuk ini sebab, aku risau budak-budak tu tak faham ilmu yang aku cuba sampaikan. Sian plak kat diorang. Harap-harap ok esok.

Doakan aku ek? :D

"Ntah hapa-hapa"
Nurhani
Shah ALam

Rabu, 8 Disember 2010

Rileks Sekejap : Bonus, di mana kau Bonus???

As-salam semua,

Hari ni hari pertama aku bekerja dalam tahun baru Hijrah 1432.  Alhamdulillah, syukur sebab Allah panjangkan umur aku untuk hidup dalam tahun baru Hijrah ini. Masih boleh bernafas, walaupun tersumbat kerana selsema. Alhamdulillah. Syukur..:)

Seperti biasa, dokumen dah berlapis-lapis minta disemak, walhal aku cuti SEHARI jer. Rasa nak demam balik pun ada, tapi bila mengingatkan kewajipan DIRI sendiri, aku pasrah.:P
Tapi sebenarnya, bukan sebab dokumen yang bertimun-timbun tu yang buat aku rasa suhu badan aku meningkat. Tapi sebab nak kena isi borang LNPT. Korang tau tak LNPT tu apa?:D. Meh sini aku bagitau. (Tunjuk ajar ku sifu!)

Untuk pegawai kerajaan, LNPT adalah singkatan kepada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, di mana pegawai atasan kita akan menyemak dan memberi markah untuk pelaksanaan aktiviti tahunan yang disasarkan di dalam SKT. SKT tu apa pulak yer?? :D

SKT pulak adalah Sasaran Kerja Tahunan iaitu TARGET aktiviti kita pada setiap tahun. Kalau aktiviti yang kita rancang untuk dilaksanakan berjaya, maknanya sasaran kita tercapai. Kalau tak, maknanya kita gagal capai apa yang ditargetkan.

So apakah kaitan LNPT dan SKT aku dengan kenaikan suhu badan aku?

























well.......
































Sebabnya, jumlah BONUS aku bergantung kepada berapa pencapaian markah LNPT yang boss aku letak... Hmmmm... Perlukah mengorat atau membodek boss semata-mata nak dapat SEBULAN bonus?? Haish!! Giler hapa!!! Dah! Dah! Berangan tak sudah-sudah!! Cepat isi borang tu weyy!! Lambat hantar karang tak dapat bonus LANGSUNG! 


 
Ini bukan Borang LNPT aku. Ini contoh borang LNPT untuk pegawai kumpulan sokongan. Untuk pegawai kumpulan pengurusan & professional, borang LNPT mereka berwarna hijau.

"Ntah Hapa-Hapa"


Hani
Shah Alam

Sabtu, 27 November 2010

Diari : Kalah bukan bererti tak pandai main..

Salam semua,

Lebih kurang jam 1.30 tengahari, perlawanan persahabatan antara Kelab Sukan dan Kebajikan MAIS dengan KASKA 12 Brigade, Angkatan Tentera Malaysia selesai. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

Kategori Lelaki:

Bola Sepak : ATM menang
Bola Tampar : ATM menang
Pingpong : MAIS menang
Badminton : ATM menang
Takraw : ATM menang

Kategori Wanita

Bola Jaring : MAIS menang
Bola Tampar : MAIS menang
Badminton : ATM menang

 Sedih kott!

Entry ini ditulis sebab nak bagi puas hati kat diri sendiri, sebab kalah tipissss sangat dengan  Team B diorang. Aku dan Nora menang game pertama lawan Team A ATM, Ely dan Nor kalah game ke 2 lawan Team B ATM. Then, sebab both team ada 2 grup jer, kami tie (seri) 1-1. Jadi, yang menang kena lawan yang menang. Result final game kami ATM vs MAIS : 21-17, 21-23, 21-19.

Kitorang terpaksa terima hakikat kitorang kalah 2 mata ajer dengan ATM masa rubber game. Walaupun kami kalah, tak bererti kami tak pandai main ok? Nizam kata, next year kita akan buat friendly match lagi dengan diorang. Kali ni,kat Kem Sg Besi pulak. Nora, peluang untuk rebut balik 2 mata tu..:P

Kawan-kawan di MAIS, especially the brothers. Perlengkapkan diri dari sekarang. Kembalikan maruah kita. Kalau ada hadiah, lagi bagusss!!! Akhir kata, majulah sukan untuk MAIS. Sekian.

"Badan Sihat Otak Cergas"
Nurhani
Shah ALam

Khamis, 25 November 2010

Diari : Helai demi helai...

Salam,

Adalah menjadi satu 'pemandangan' yang biasa setiap kali aku pulang dari outstation, surat-surat dan dokumen di dalam tray 'IN' aku akan menggunung. Kalau kebiasaannya, aku boleh nampak Shakirah, staff aku yang duduk di hadapan pintu pejabatku, (susah beliau nak mengelat..:P), tapi kali ni, aku tak dapat melihat walaupun bayangnya kerana terlindung oleh dokumen dan fail yang membukit.

 


Sejak jam 8pg, aku meneliti dan membaca setiap dokumen yang cukup menyemakkan mata aku. Helai demi helai aku baca, buka, memikirkan tindakan lanjut dan meminitkan arahan lanjut kepada pegawai bawahanku. Lebih kurang 20 keping dokumen yang aku dapat semak dan minitkan sebelum aku melangkah ke bilik mesyuarat di Tingkat 10 bangunan pejabatku untuk Bengkel Semakan Rang Undang-Undang Wakaf Selangor.



Masih berbaki separuh lagi...

Sebelah petangnya, sepatutnya aku perlu menyertai sambungan bengkel. Namun, aku memilih untuk menyambung perjuangan 'helai demi helai'ku.. Shakirah masuk. Bincang. Selesai. Kemudian, Hamidah, penolong pegawaiku masuk untuk berbincang seketika. Selesai. Hamidah keluar. Rasyid, pembantuku masuk. Berbincang. Selesai. Rasyid keluar. Nora masuk. Bincang. Selesai. Nora keluar. Fahimi masuk. Bincang. Selesai. Fahimi keluar. Zurinah masuk. Bincang. Selesai. Zurinah keluar.

Dah 5.30 petang. Aku ada janji dengan Shikin dan Nora nak pergi SACC Mall beli hadiah. Malam ni ada majlis hari lahir Najah dan Iman, anak buahku. Aku masukkan dokumen yang berbaki di atas meja ke dalam beg jarang aku. Malam tadi tido jam 2 pagi kerana semak dokumen dalam emel. Malam ni? Entah!!

Hmmm... Helai demi helai... Kerana amanah, aku teruskan.. Moga Allah terus beri aku dan teman-teman lain kekuatan untuk melaksanakan amanah yang diberi. Aminn..

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Diari : Kenapa aku suka main badminton..

Salam semua,

Tadi, aku training badminton dengan Nora, Ina, Elly, Shafinas. Syok weh! Berpeluh-peluh sakan kami hari ni. Maklumlah, perlawanan persahabatan dengan Angkatan Tentera Malaysia hari Sabtu ni. Hari Sabtu game, hari ni baru nak training.. Hebat kan kami? Nak lawan ATM yang gagah perkasa kot!! :P 

 
  Badminton boleh buat tangan kita melentik macam ni.. Hebat kan?
Walaupun tak ada pertandingan, aku sebenarnya memang suka main badminton. Even aku tak pernah dapat proper training pun untuk sport ni, aku still nak main. Maybe aku betul-betul SUKA SANGAT game ni!! Sebab, aku boleh eksesais, berpeluh dan rilekskan fikiran. Main badminton mana boleh dok setempat jer weh, konfem kalah! Kena banyak bergerak, lari, lompat, walaupun slow motion macam aku. Depan, belakang, kiri, kanan. Cewah!


Badminton ni pun sesuai untuk semua usia. Muda (macam aku), tua, kanak-kanak, ibu-ibu yang penyayang... Sebab game ni indoor game. Rileks sket permainannya.

Walaupun pukulan aku tak sehebat Lin Dan atau Chong Wei (haha) dan sesungguhnya aku selalu pancit bila main badminton, aku tetap suka main badminton. Rasa best jer bila dapat pukul shuttle cock tu kepada pihak lawan, dan lawan kita terkial-kial nak balas pukulan kita. Especially kalau aku kasik kat depan jaring.. Jenuh la kawan tu nak berlari untuk pukul balik. Puas hati! Paling best, time smash. Pergghhh!! Kalau smash, kena badan pihak lawan, lagi terbaekk!! Sebab susah dia nak balas balik.

Lagi-lagi kalau ada aksi 'terjatuh' atau tersenggol, lagi menarik permainan tu, kan Nowa?..:)
Tapi, sebenarnya aku sangat takut kalau aku terjatuh time bersukan, termasuklah badminton. Sebab aku pernah jatuh dulu masa bersukan, dan kesannya masih terasa sampai sekarang. So, aku tak mau, jatuh lagi...


Kan seronok kalau dapat main badminton hari-hari..:)





"Badan Sihat Otak Cergas"

Hani

Shah Alam

Rabu, 24 November 2010

Diari : 3 Perkara penting dalam hidup aku..

Salam semua,

Hari ini, aku masih lagi di Melaka. Join grup Audit Dalam MAIS. Tapi kali ni, trip aku rasa 'sepi', kosong... Sedih... Sebab aku terpaksa berpisah dengan barang nombor 2 yang terpenting dalam hidup aku. My lappy... Huwaaaaa!!! 10 hari... Lama tu...

Ini pun pinjam lappy Kak Nomi. Lappy baru, berkilat-kilat, SONY VAIO katanyer.. Mengancam kaler pinknyer... Tapi, still tak sama dengan lappy aku.. Walaupun dah season, tapi masih mengancam..



Dalam hidup ini, 3 item/gajet penting dalam hidup aku (selain Al-Quran dan As-Sunnah supaya aku tak sesat) mengikut ranking:-

1) Henfon aku, sebab paling senang bawak, dan menghubungkan aku dengan ramai orang, at anytime. Rasa selamat bila bersamanya..:P



2) Lappy aku.. (Huwaaaaa!!!) Banyak bantu untuk wat kerja ofis dan update blog. Banyak jasa dia kat aku.. Dah 3 tahun kami bersama...Susah senang.. Rindu!!! Cik Ya.. Please take care of my lappy yerr..:(



3) Hensem boi aku, Mr.V.. Keta aku.. Sebab permudahkan urusan aku nak ke mana-mana. Sekarang aku terpaksa berpisah jugak dengan dia, sebab Abah bawak gi outstation. Aku terpaksa guna keta Abah. Dah la last week keta Abah meragam time aku bawak. Kena la masuk wad, servis. Rabak la jugak poket.. Tapi aku redha. Daripada keta tu rosak time Abah bawak kuar 40 hari, baik rosak time aku bawak.

Korang pulak?:)

Moral of the story, ada kalanya kita perlu berkorban benda yang kita sayang untuk orang yang kita sayang. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita, bila kita mudahkan urusan orang lain. Pengorbanan yang terbaik, apabila kita korbankan diri, harta dan masa untuk Allah dan Islam.


"Ntah hapa-hapa"

Nurhani
Emperor Hotel
Malacca

Isnin, 22 November 2010

Diari : Berpeluh-peluh...

Petang tadi, aku jalan kaki dari rumah ke Tasik Shah Alam. Aku jalan sorang-sorang sambil dengar lagu-lagu dari Walkman Sony aku yang dah lama aku tak dengar. Layan lagu-lagu nostalgia. :) Lebih kurang 40 minit aku jalan cepat2 sambil layan perasaan. Ramai orang kat tasik hari ni. Maybe sebab dah start  cuti sekolah. Mak ayah bawak anak-anak datang beriadah dan ke Wet World. Puas hati aku bila berpeluh-peluh. Then, aku jalan kaki balik umah, naik tangga sampai tingkat 8, and wat sit up 50 kali. Perghhh... Puas ati den! Syok


Malam tadi aku tengok Chong Wei lawan Lin Dan. Best game tu, walaupun Chong Wei kalah. 21-13, 15-21, 21-10. Aku rasa dia dah main yang terbaek, tapi nasib tak menyebelahi dia untuk dapat emas.  Berpeluh-peluh diorang main. Masing-masing bersungguh-sungguh nak ambil bulu tangkis dari pihak lawan. Mereka yang berpeluh, aku dan Nora yang seronok. 

Musuh tradisi...

Sekarang dah 12 lebih. Sepatutnya aku dah tidur.. Tapi aku rasa cuaca panas semacam malam ni.. Badan aku pun dah berpeluh-peluh. Susah nak tidur.. Tak seronok kot!!

 Panasss....
"Peluh tak semestinya best"
Hunny
Shah Alam

Rabu, 10 November 2010

Diari : Multi Tasking...

Salam,

Huwarggghhh!!! Mengantuknyerr.. Aku baru jer habis baca folder Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf yang akan bersidang esok jam 9.30pagi. Folder baru dapat tadi, tengahari. Sebelah pagi aku membuat kerja-kerja rutin menyiapkan tugasan pejabat yang tak pernah surut, menyemak surat-surat dan menjawab panggilan telefon yang tak putus-putus sehinggakan kedua-dua handphone aku kehabisan bateri. Tepat jam 9.30, Puan Maszalina, seorang peguam dari sebuah firma guaman tersohor di Shah Alam sudah berada di pejabat aku untuk berbincang mengenai satu saman pemula yang difailkan terhadap MAIS.

Belum pun mula perbincangan, telefon aku berbunyi. Seorang pegawai penguatkuasa JAIS memaklumkan mengenai mesyuarat bertindak gejala sosial yang diadakan pada pagi ini. Aku meminta maaf kerana aku menyangkakan mesyuarat tersebut pada sebelah petang. Aku memaklumkan tidak dapat hadir kerana ada perbincangan, dan menghantar wakil untuk hadir dalam mesyuarat.

Lebih kurang sejam lebih kami berbincang mengenai kes saman tersebut. Selesai perbincangan, aku mengikut Fahimi, peguam syarie MAIS ke Mahkamah Syariah untuk membaca wakalah dan mengikrar affidavit untuk 7 kes MAIS. Pada waktu rehat, aku dan Pn Nomi ke Mydin untuk membeli barangan untuk program di Port Dickson pada hujung minggu ini sebelum aku bergegas untuk temujanji dengan Tuan Hj Johar, Pengurus Besar KPJ SMC di bangunan KPJ SMC seksyen 20. Agak lama juga kami di KPJ SMC, kerana Tuan Hj Johar mempunyai tetamu lain yang membuat temujanji dengan beliau, so kami terpaksa menunggu.

Balik ke pejabat, aku berusaha menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Alhamdulillah, sempat jugak siapkan 1 kerja dan emailkan pada boss. Aku solat Maghrib berimamkan Shakirah dan pulang ke rumah dengan Nora.

Kami tak terus pulang, sebaliknya menuju ke TESCO Shah Alam untuk membeli beras. Niat di hati nak beli beras Faiza Herba Poni Taj Mahal yang kurang kolestrol dan kanji, namun kami terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana dimaklumkan, Kerajaan India telah mengenakan sekatan terhadap import barangan tersebut sehingga dimaklumkan kelak oleh Kementerian Perdagangan dan Asas Tani, yang sedang berusaha mendapatkan kerjasama Kerajaan India berhubung isu ini. Padanlah aku mencari beras jenis yang sama di Mydin tak ada. Lebih kurang jam 10, baru kami sampai rumah. Aku mandi, solat Isyak dan mentelaah folder mesyuarat. Pas tu, sempat baca paper Metro hari ni. Satu berita menyebabkan aku menjerit,"Gilerr!!" Basuh bayi dalam washing machine?"

Sekarang aku dah mengantuk. Tapi aku masih nak berblog. (Gilerrr!! ) So, apa kesimpulannya? Aku pun tak tau! Eheheh..

Kesimpulannya, hari ni aku rasa, aku berjaya mencapai hasrat MAIS supaya pekerja dan kakitangannya jadi pekerja yang setia dan multi tasking. Aku percaya, ramai kakitangan kat MAIS ni yang setia dan ada skill multi tasking (dah berbelas-belas tahun kerja di MAIS), sebab tu lah bilangan staff di sini masih kurang dibandingkan dengan bilangan staff di institusi Islam lain di Selangor, sedangkan peranan MAIS dah tentu lebih besar dibandingkan dengan intitusi Islam lain, kerana MAIS adalah pihak berkuasa agama yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara sosio ekonomi umat Islam di Selangor. Thanks kepada MAIS kerana beri peluang pada aku dan kakitangan lain untuk turut menyumbang tenaga dan idea dalam melaksanakan tanggungjawab MAIS, demi mendapat keredhaan Allah. Alhamdulillah, dah 6 tahun lebih aku kat MAIS. Dari pegawai kontrak ke tetap, semuanya untuk jalankan kerja-kerja agama Islam. Daripada tak ada skill, sampai berskill sklill. Cuma pada aku, sepatutnya, MAIS kenalah jaga staff-staff yang berbakat dan multi tasking kat sini. Kalau staff multi tasking ni bertukar ke tempat lain, aku rasa, rugi besar lah MAIS. Nak kena train balik orang baru :P. Nak faham selok belok MAIS, pun dah ambil masa beberapa lama. Rugi masa, tenaga yang terlatih, dan wang yang telah dibelanjakan untuk beri latihan kepada kakitangan yang multi tasking.

Kesimpulan lain, u ols fikirlah sendiri.:D Aku dah ngantuk. Mau tido. Selamat malam.:P

"Kejayaan Memerlukan Pengorbanan"
Hunny

Shah Alam

Sabtu, 6 November 2010

Diari : Komen terbaik untuk blog ini..

Salam semua,

Aku rasa, aku tak la hari-hari mengupdate blog aku. Ikut tahap 'kerajinan' dan 'kemalasan' aku. Dan jugak masa aku. Tak macam blogger-blogger tegar yang lain, satu hari mesti ada update, at least satu entry. Dah macam KPI blogger, 1 hari, 1 entry... :D. Aku pun pernah berazam macam tu jugak, tapi selalunya langgar KPI sendiri. Haha..

Blogger-blogger termasuk aku akan jadi excited bila membaca komen-komen pengunjung or blogger-blogger lain yang datang menziarah. Betul tak? Aku pasti jawapannya 'ya' melainkan komen yang diterima negatif. Itulah salah satu 'keseronokan' dalam dunia blog. Berkongsi pendapat dan pandangan di dalam dinding-dinding maya, tanpa perlu bersua muka. Komen-komen positif seperti 'nice entry' penulisan yang bermanfaat, biasanya akan membuatkan kita mau menulis lebih banyak lagi. Ada jugak blogger yang dapat bonus, bila ada award diterima..:) Memang senyum la seharian..:P

Tapi, semalam bila ada seorang pengunjung blog aku berterus terang bagitau aku, 'banyak dia dapat ilmu dengan membaca blog aku" seyes, aku terharu. Walaupun dah banyak komen positif yang aku terima berkenaan entry-entry aku dalam blog ini, (kebanyakannya dari staff MAIS), tapi komen yang ini buat aku rasa terharu sangat.

Aku rasa, inilah komen terbaik untuk blog ini sepanjang aku menulis. Walaupun ilmu yang aku ada tak seberapa, namun alhamdulillah, tercapai juga niat asal aku nak menulis, untuk tinggalkan pesanan yang baik pada orang lain. Mudah-mudahan aku dan rakan-rakan blogger yang lain terus diberi bimbingan dan hidayah Allah untuk terus menulis entry yang bermanfaat kepada orang lain. Jadikan blog kita, blog rujukan untuk orang yang mau menambah ilmu. Insyaallah, Allah bersama kita.. :)

"Ilmu Itu Perlu"
Nurhani
Kg Raja

Kuala Selangor

Ahad, 31 Oktober 2010

Diari : Citer seram.. Tak tipu punyerr..

Salam,

Pagi tadi, aku ke Tasik Shah Alam. Beriadah. Sorang-sorang. Tak seram pun. Sebab aku gi kol 8.30 pagi, dan kawan-kawan seangkatan dengan aku dah ready kat tempat biasa.

Tengahari tadi aku masuk opis. Dari kol 1 sampai 4.30. Pun tak seram. Aku gi dengan Nora dan Shakirah, sebab tu tak rasa seram.

Tapi, malam tadi, masa aku tido (dalam keadaan terlentang), tiba-tiba aku rasa macam ada 'benda kecil berbulu' (lebih kurang saiz monyet) peluk aku erat. "Benda" tu macam nak tido dengan aku. Aku rasa lain macam. Aku cakap "Allahu Akbar' dan cuba buka mata, walaupun rasa berat sangat. Bila aku bukak mata, tak ada pun 'makhluk' tu. Berderau darah aku, sebab aku boleh rasa bulu 'benda' tu. Aku cepat-cepat tutup tingkap, baca "La haulawala quwwata illa billah" banyak kali, dan terus mengiring ke kanan. Aku memang biasa bukak tingkap malam hari, sebab panas. Walaupun agak takut, aku teruskan tido, alhamdulillah, tak ada gangguan. Oh ye.. Untuk makluman, aku sentiasa amalkan adab tido yang Rasulullah SAW ajar setiap kali sebelum tido. Kibaskan tempat tidur dengan kain sambil baca, :La hau la wala quwwata illa billah". Then, lunjurkan kaki, dan baca 4 qul, (Qul ya, Qul Huwallah, Qul Au'zubirabbinnas, Qul Au'zubirabbil Falaq) tiup pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya, sebagai pendinding daripada gangguan jin dan syaitan dan mudah bangun malam / Subuh. Tapi tak tau lah, kalau malam tadi aku baca tajwidnya tak betul, sebab dah mengantuk, that's why tak mujarab:P

Tadi, aku sembang-sembang dengan Nora. Aku bagitau dia pasal pengalaman aku malam tadi. Meremang bulu roma aku masa bercerita. Then, Nora terus buat kajian pasal ilmu mistik dan perbandingan jin-jin yang selalu mengganggu manusia. Giler rajin!.Macam-macam jenis ada. Jin asyik pun ada. Nora punyalah teruja dengan hasil kajian terkini beliau tu, terus beliau jadi pengulas kedua selepas pengulas sukan perlawanan final Piala Malaysia Kelantan bertemu Negeri Sembilan. (Tahniah Kelantan menang 2-1).

Sekarang ni, walaupun aku percaya, Allah Maha Besar, Allah saja yang berkuasa, makhluk tak ada kuasa, tapi, sebagai manusia biasa yang imannya bertambah dan berkurang, aku betul-betul rasa 'seram'. Sebab tu aku blom tido lagi. Nora, ni ngko punya pasal.. Cerita macam-macam kat aku... Tak pedulik! Teman kiter tido!!


"Allah Maha Kuasa, Makhluk Tiada Kuasa"

Nurhani

Shah ALam

Isnin, 18 Oktober 2010

Renung Sejenak : Let Them Go..

Salam,

Saja nak tujukan kata-kata semangat ini kepada teman-teman yang pernah kehilangan insan yang teristimewa dalam hidup mereka. Kehilangan ayah, ibu, adik, kakak, abang, sahabat, teman tapi mesra, dll. Tamatkan babak kesedihan, kerana ianya hanya akan membuatkan kamu bertambah menderita. Ayuh! Mulakan episod baru dalam hidupmu, kerana ceritamu masih belum tamat.. :)


"Sajer"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 12 Oktober 2010

Duhai Hati..


DUHAI HATI


Duhai hati
Tabahlah
Bukan tak biasa
Kau diuji begini
Sejarah duka itu
Bukankah lebih teruk?

Duhai hati
Cekallah
Ingat Allah
Istighfar selalu
Mudah-mudahan
Yang sakit itu berlalu
Yang indah datang bertamu
Anggaplah
Ianya sekadar satu musim kemarau bagimu
Yang berlalu setelah datangnya hujan...

Duhai hati
Walaupun sekilas
Biarpun seimbas
Ianya terkesan
Terus ke dasarmu
Yang paling dalam
Lalu
Luka itu
Yang masih berbalut
Berdarah kembali..

Duhai hati
Akalku masih mengingat
Fikiranku masih tersemat
Memori terus terpahat
Sukarnya mau ku lupa
Payahnya mau ku pinda
Bilakah mau ditamat
Riwayat dan hikayat?

Duhai hati
Berhentilah menyiksa diri
Carilah ketenangan abadi
Kerna
Pabila diingati
Cuma menyakitkan diri sendiri
Dan membuat
Kristal mataku bertaburan lagi..

Duhai hati
Kau bukan milik aku abadi
Cuma dipinjam buat penyedap rasa
Gembira, sedih, suka, duka, sayang, benci..

Namun duhai hati
Janganlah ada rasa benci
Andai yang dirancang tak menjadi
Janganlah ada dendam kesumat
Andai ada yang tersilap yang nyata atau tersirat
Kau bukan sempurna
Sama seperti aku juga

Duhai hati
Mari !!
Kita mulakan langkah yang baru
Tinggalkan ceritera duka yang telah berlalu itu
Kita karang episod baru
Gapai bahagia yang tinggal
Sampai saat itu tiba...
Takat masa yang diizin Tuhan
Bertemu kerana Ilahi
Berpisah kerana Ilahi..

Duhai hati
Bersabarlah
Kerna sesungguhnya
Aku benar-benar yakin
Allah bersama orang-orang yang sabar...

Duhai hati
Tenanglah
Dan ingatilah Allah
Kerana
Hanya dengan mengingatiNya
Kamu akan tenang..

"Nukilan rasa"
Nurhani

Shah Alam

Selasa, 21 September 2010

Renungan : Fesyen terhangat


Salam,

Aku dapat gambar ni dalam email aku.. Seyes aku tak leh terima.. Kalau adik beradik aku dah lama kena kuarantin dengan aku, aku soh bertaubat... Apa ke buang tebiat??? Aku pun tak tau fesyen apa.. Argggghh!! Seyes tak leh terima!! Aku cuma mampu doakan pompuan ni dapat hidayah untuk tutup aurat... :(

"Mengharap Redha Ilahi"


Nurhani


Shah Alam