Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Halaman
Al-Asr : 1-3
Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Isnin, 28 Februari 2011
Renung Sejenak : RAHSIA BUDU.
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Jumaat, 14 Januari 2011
Renung Sejenak : Antara anak pinak dan amal salih
"Peringatan Bagi Yang Lalai'
Nurhani
Shah Alam
Isnin, 27 Disember 2010
Diari : Calon Lelaki Pilihan.
"Cinta Kerana Agama"
Nurhani
Seksyen 19
Shah Alam
Ahad, 24 Oktober 2010
Diari : Bila Abah suruh balik..
Hari Jumaat petang, Abah tipon, soh aku balik. Aku tanya kenapa? Ada rombongan nak datang ke? (Hahaha!!)
Adik-adik aku Mel & Ucu yang tengah belajar tak habes2 tu, sibuk tanya aku macam2, kenapa Abah soh aku balik. Siap suspek aku macam-macam. Macam aku buat jahat pulak sampai Abah arahkan aku balik.
Pebenda ntah diorang tu. Orang hantar soh belajar rerajin, blaja je lah.. Fokus dengan study tu. Ada pulak masa nak suspek-suspek orang.
Abah kata dia nak kuar 3 hari, pas tu dia 'malu' nak bawak keta baru dia. So dia soh aku balik nak tukar keta. Itu ajer.. Yang korang nak suspek aku tu apehal?
Ikut badan yang letih ni, berchenta jugak nak balik. Dah la hari Sabtu pagi Boss aku pulak arah minta assist beliau untuk bentangkan mengenai kedudukan dan sistem pentadbiran agama di Selangor dalam Muzakarah dengan badan Perhubungan PAS Selangor kat Dewan Belia Seksyen 7. Kol 8.30 pagi. Maknanya, aku balik kampung Jumaat malam, sampai umah kol 12 malam, then pepagi buta dah kena bertolak balik ke Shah Alam. Semata-mata nak tukar kereta. Huwa huwa...
Tapi, itulah aku. Susah nak hampakan orang, lagi2 kalau aku sayang orang tu.. Memang aku sanggup buat, walaupun letih, penat dan mengantuk. So, sebab aku sayang Abah, sebab tu aku buat, walaupun sebenarnya Abah boleh jer soh adik-beradik aku yang lain, tukar keta dengan diorang, dan lagipun, tak ada la beza sangat keta aku dengan keta baru Abah tuuu..:P Means, Abah pun sayang aku jugak, sebab dia nak kasik pahala free kat aku, kalau aku buat..:D.
So, kawan-kawan, kalau ada sedara- mara/ sahabat / pelanggan / orang datang minta tolong, tolonglah semampunya, kerana di sana, pasti ada ganjaran untuk kita kalau kita ikhlas. Rugi, sebab peluang untuk tambah pahala dah ada depan mata. Tinggal nak terima atau tolak. Sekian dan semoga bermanfaat.
"Janji Allah itu Benar"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor
Sabtu, 9 Oktober 2010
Renung Sejenak : Cantiknya bila bersanggul..
Salam semua,Ini hadisnya:-
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
So, sapa-sapa yang adik-beradik, sepupu-sepapat, saudara -mara, kawan-kawan yang dikenali yang memakai sanggul ni, nasihatkanlah diorang. Pelik lah! Macam zaman firaun pun ada. Lainlah kalau nak berhias depan suami kat dalam rumah, itu dibenarkan. Semoga kita semua terus diberi hidayah untuk berpakaian menurut tuntutan Syarak.
"Berpesan-pesan"
Nurhani
Shah Alam
Rabu, 6 Oktober 2010
Renung Sejenak - "Honda tak sama dengan Proton.."

Puan X : Sekarang nak buat macam mana ni? (sambil tuding-tuding jari telunjuknya kat bumper depan kereta Honda Odysey miliknya). Kenapalah u ni tak hati-hati....tak nampak ke kereta saya kat tepi tu???
Od : Sorilah Puan. Saya betul-betul tak nampak. Maaf sangat-sangat.. (muka pucat lesi tak berdarah, sambil tanya aku nak buat macam mana sekarang).
Aku : Macam ni lah. Kalau nak settle dengan insurans, kita buat report jerr.. tapi kalau nak settle sini, diskas lahh. (dengan suara macam confident, walaupun hampir hilang nyawa sebentar tadi..)
Puan X : Ini kena ketuk ni, nak kena ganti semua bumper ni.. Honda tak sama dengan Proton!! Mahal nak servis. Kena ganti semua.. (kata beliau dengan muka ketat).
Aku : Sorilah . Dia memang tak perasan Puan. Saya dah cakap dengan dia, ada kereta, tapi tak sempat elak dah. Apa lagi.. Selamat lah!! Benda nak jadi. (Tapi aku rasa tak payah ketuk sebab aku rasa, scratch jerrr..tak bengkok pun bumper dia..)
Puan X : Saya ni dah la sibuk. Macam-macam nak fikir. Jadi macam ni pulak. (Masih suara tinggi).. Beliau terus kol seseorang, aku agak hubby beliau, maybe mintak pandangan kot.
Mamat X : Ini hantar kedai, dalam RM250, cat semua, satu bumper. (Tetiba mamat ni datang, ntah dari mana. Allah hantar kot! :P)
Aku : Owh! Yer ker?? Itulah.. saya rasa pun tak payah ketuk.. (Syukur.. takut jugak kalau lebih RM250.. Masak Od mau bayar!! Iyerlah.. sebab kenyataan "Honda tak sama dengan Proton, menyebabkan aku bimbang harga servicenya..)
Mamat X : Ha ah. Dulu saya pun kena jugak macam ni. Lebih kurang tu jerr.. tak kemik pun, so tak yah la ketuk..
Puan X : Apa? tak payah ketuk? Tak nampak ni. Ni teruk ni... tak payah ketuk awak kata? Aduh... macam mana bawak kereta?? Saya dah 30 tahun bawak kereta, memang saya bawak hati-hati.. (Masih mau membebel.. ) Saya bukan apa. Saya ni sibuk. Tak ada masa nak layan benda-benda ni. So, sekarang ni macam mana? (Tetiba aje Puan X muncul. Masih marah-marah dengan kening hampir bercantum, sebab tetiba ada mamat X nak sibuk-sibuk).
Mamat X : Ini sikit jer ni. Tak perlu ganti bumper.. cat jerr..Nak senang, settle jer lah.. Bawak gi bengkel, baiki, claim pada dia (katanya memberi cadangan sambil memandang Od).
Puan X : Heh! Saya sibuk. Tak ada masa. Takperlah.. Macam ni.. Bayar jer lah kat saya RM200 dulu. Kalau lebih saya pulangkan balik. Kalau kurang, tak apalah, saya tambah. Insyaallah, saya jujur. Ada duit tak?
Aku angguk pada Od isyarat setuju. Ok la tuh!!
Od : Ada. Ada. tapi saya kena kuarkan dulu... (suara masih gelabah..)
Puan X : Takper. Saya tunggu.
Mamat X berlalu, sebab dah selesai. Sempat dia pesan pada Od, kalau Puan X claim RM800 or more, report jer polis.. sebab mahal sangat. Aku sambung sembang dengan Puan X.
Puan X : Saya ni, betul-betul sibuk. Saya kerja di UiTM.
Aku : Owh.. dekat jer... kami di MAIS.
Puan X : Itulah. Ingat nak balik cepat nak solat di rumah. Ini pun belum solat lagi.. (jam dah kol 6.30 petang kott!!)
Aku : ..... (Dalam hati, aku bersyukur, sebab aku dah solat.. kalau mati pun, dah solat..:)
Bagi aku, sibuk macam mana pun, solat kena diutamakan. Ini kerana, solat adalah ibadat pertama yang Allah akan nilai dan hisab di Padang Mahsyar kelak. Kalau elok dan diterima solatnya, insyaallah, ibadat yang lain diterima. Sebab itulah Abah selalu pesan, solat di awal waktu dan berjemaah. Zaman sekarang, alhamdulillah, ramai yang bersolat, tapi solatnya ditunaikan di hujung-hujung waktu. Dah la tu, buat sorang-sorang.. Agaknya, kalau Allah boleh tunjukkan kita score board (papan markah) solat kita satu waktu, berapa agaknya kita dapat.. Tak berjemaah, lewat, bacaan tunggang langgang, sujud, rukuk tak sempurna, tak ada toma'ninah..
Bayangkan kalau kita nak amik peksa, kena jawab 27 soalan, masa sejam, kita datang lambat, masa tinggal 20 minit, kita tak mampu jawab semua, maybe cuma dapat jawab 15 soalan, belum tentu semua jawapan betul. Dah la jawab dalam keadaan terkejar-kejar, tulisan dah tentu kalah tulisan doktor... Markah kita? Dah tentu tak sebaik calon yang datang awal, bersedia, dan jawab dalam keadaan tenang.
Samalah macam solat jugak. Tepuk dada, tanya diri sendiri, muhasabah diri sendiri.. Adakah kita telah menunaikan ibadat solat kita dengan sempurna?? Adakah kita tunaikan di awal waktu? Adakah kita buat berjemaah?
Dulu, ada sorang member aku nih. Pada pandangan aku, dia seorang terpelajar dan mempunyai latar belakang agama yang baik. Tapi sayang, sebab dia sangat sibuk dan terkejar-kejar dengan urusan dunia (hopefully dengan niat mengumpul bekalan untuk akhirat) solatnya aku lihat, dibuat terkejar-kejar. Tak ada toma'ninah, memang express!! Sapa yang berjemaah dengan beliau agaknya stress sebab tak terkejar.. (Harap Allah beri hidayah pada dia untuk memperbaiki solatnya)..
Aku tulis ni, bukan nak kata solat aku bagus, sempurna, atau terhangat di pasaran.. Tidak! Tapi aku serius nak jaga dan perbaiki. Nak solat fardhu di awal waktu dan berjemaah. Dulu, aku solat Asar kat rumah, sebab rumah dekat sangat dengan ofis.1.1 km ajerr.. Tapi sejak kejadian semalam, aku berazam nak solat Asar dulu di pejabat, sebab aku tak tau apa akan jadi pada aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Kalau kena eksiden lagi teruk dari semalam, tak solat pulak.. Nauzubillah.. Allah saja yang tahu...
Aku rasa nak cakap dengan Puan X... Patutlah benda ni jadi.. Mau bagi peringatan pada dia, aku dan semua...:) Lain kali, utamakanlah solat. Nasib baik eksiden kecik ajerr.. Tak mengorbankan nyawa.. Sempat nak solat lagi.. Kalau tak sempat solat, dah sampai liang lahad, sapa mau bertanggungjawab?? Lu pikirlah sendiri!!
So, saya ingin mengingatkan kepada diri saya sendiri dan pengunjung blog ini, please.. utamakan solat. Tunaikanlah dengan penuh rasa cinta pada Allah..
Seperti sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis:-
"Solat itu tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka dia mendirikan agama, barang siapa meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama".
* Entry ini ditujukan khas buat Od dengan pesanan, sila jual Proton anda dan belilah Honda...:P)
"Renung Sejenak"
Nurhani
Shah Alam.
Khamis, 23 September 2010
Renung Sejenak : "Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.."
Salam semua,Sesungguhnya orang yang membawa berita yang dusta itu adalah daripada kalangan kamu, dan janganlah kamu menyangka (berita dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Setiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menghebahkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar.
(Ayat 11)

Mengapa mereka tidak membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi Allah, adalah orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurniaan Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, sudah tentu kamu dikenakan azab yang besar disebabkan kamu turut terlibat dalam berita palsu itu.
Semasa kamu bertanya atau meceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakannya dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak ketahui kebenarannya dan kamu menyangkanya perkara yang kecil, padahal ia pada sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya.
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
Ahad, 29 Ogos 2010
Rileks Sekejap: Malam Al-Qadar
Salam semua,Hari ini kita bakal memasuki fasa ke 3 bulan Ramadhan iaitu, fasa 10 malam terakhir, di mana Allah menjanjikan kepada umat Islam, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Janji Allah ini terakam di dalam surah al-Qadar, yang mana ganjaran beramal pada malam tersebut adalah seolah-olah kita beramal selama 1000 bulan!! Bayangkan kalau kita bersolat pada malam itu dua rakaat sahaja, kalikan dengan pahala solat 2 rakaat untuk 1000 bulan,(kalau nak kira, kena dapatkan dulu bilangan solat kita buat selama sebulan.. ) Itu baru 2 rakaat. Bagaimana kalau kita bersolat 20 rakaat terawih, solat tahajud, witr, hajat, dan solat-solat nawafil yang lain.. Perghhhh... Memang tak cukup kalkulator nak kira.. Memang berbaloi-baloi!!
Tidak pernah ada mana-mana majikan, baik agensi swasta atau kerajaan, yang pernah memberi bonus selama 1000 bulan kepada kakitangan mereka. Kalau ada, memang rekod dunia (dan akhirat!! hehehe..) Dan konfem LHDN akan kejar majikan berkenaan suruh bayar cukai.. Ehehehe.. Sebab satu-satu Majikan yang memberi bonus 1000 bulan kepada hamba-hambaNya hanya Allah SWT sahaja. Nak ikutkan, Dia nak beri lebih daripada tu pun Dia boleh, Dia Maha Kuasa, tapi Dia nak manusia fikirkan sendiri hikmahnya, dan buat perbandingan. Itu pun dah banyak...
So, saya nak mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mencari malam tersebut. Bagi full swing lah untuk 10 malam terakhir Ramadhan ni.. Kita pun tak tau bila malam al-Qadar ni. Cuma Rasulullah SAW pernah berpesan, carilah malam Qadar itu pada 10 malam terakhir. Mudah-mudahan kita semua berjaya mendapatkan malam tersebut. Sekurang-kurangnya, kalau kita berzikir 'alhamdulillah' sahaja pun, kalau diberi ganjaran amalan 1000 bulan, dah 1000 kali kita berzikir. Best kan? So apa lagi? Meh le ramai-ramai penuhi 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan beribadah.
Di sini, saya ingin kongsikan penulisan seorang rakan blogger, al-Fathani mengenai malam al-Qadar untuk tatapan dan renungan bersama. Linknya di sini:_Dari Teratak Al Fathani: Mencari diri selepas "malam". Semoga kita semua berjaya menemui malam Al-Qadar dan mendapat kebaikan serta manfaat daripadanya.

Isnin, 9 Ogos 2010
Diari - Salam Ramadhan 1431H / 2010

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman blogger dan pengunjung blog NURHANISALWA.COM. Semoga kita semua tidak mensia-siakan bulan Ramadhan yang penuh barakah, rahmah wal maghfiroh ini (keberkatan, kerahmatan dan keampunan) dengan mengisi hari-hari kita dengan amal ibadah, zikir dan bersedekah . Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan mata, telinga, mulut, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Saya juga menyusun jari memohon maaf kepada semua teman-teman blogger dan pembaca-pembaca atas segala salah silap saya., berkemungkinan ada penulisan saya yang menyentuh hati mana-mana pihak. Sesungguhnya saya bukan manusia sempurna bahkan dhoif dan serba kekurangan. Semoga kita dapat melalui Ramadhan ini dengan sempurna dan semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik. Amin..
Ahad, 4 Julai 2010
Diari - Iktibar Piala Dunia 2010
Salam semua,Sebenarnya malam semalam saya telah merancang untuk melayari internet bagi mencari universiti untuk menyambung pengajian saya di peringkat PhD. Teringat pulak malam ini adalah malam perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Argentina dan German. Argentina adalah pasukan faveret saya pada Piala Dunia tahun ini, sebab suka sangat kat penyerangnya yang comel, Messi. Namun, rancangan saya tak kesampaian, sebab saya memilih untuk menonton perlawanan tersebut! Ngeee... :)
Saya mengharapkan pasukan Argentina akan membelasah hebat pasukan Jerman, namun sangat mengejutkan bila German dapat mengalahkan Argentina 4-0 pada kali ini. Betul-betul Argentina jadi pasukan belasahan pemain Jerman.. Walaupun saya tak minat sangat Jerman, tetapi saya sangat-sangat memuji corak permainan pemain German yang tersusun dan penuh yakin. Semangat berpasukan jelas terpancar daripada corak dan strategi permainan mereka. Best sangat menonton perlawanan mereka, sehingga rasa nak buang air kecil pun sanggup tahan, tak nak miss part yang best-best!! Hahahha..
Namun, daripada apa yang saya lihat, pemain German sentiasa bekerjasama untuk mendapatkan gol bagi pasukan mereka, sedangkan sikap kerjasama di kalangan pemain Argentina agak kurang 'serasi'.
"Macam tak ada jiwa ajer depa main," komen saya pada adik saya Ajim, semasa sesi 'mengulas' perlawanan tersebut. Masing-masing membuat ulasan tersendiri.
"Maradona maybe pemain hebat, tapi bukan coach yang hebat. Tak ada strategi dan tak tactical," ulas adik saya.
Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya dapat menonton perlawanan penuh bola sepak WC 2010. Sebelum ini, saya sempat menonton perlawanan antara Brazil dan Portugal, dan malam kelmarin, 2nd half sahaja perlawanan antara Belanda vs Brazil. Itupun kejutan jugak sebab Brazil kalah.
Saya dapati, Piala Dunia kali ini, banyak pasukan gergasi seperti England, Brazil dan Argentina kecundang kepada lawan mereka, walaupun mereka membariskan pemain-pemain kelab yang hebat dan terkenal.
Saya bukannya nak komen sangat pasal permainan pemain-pemain pasukan dalam Piala Dunia ini. Sebab, saya bukannya peminat fanatik bola sepak. Minat sikit-sikit adalah. Cuma kadang-kadang bila ada kelapangan dan diajak oleh teman-teman yang minat bola sepak, saya join mereka menonton bola sepak dan menyokong pasukan Selangor. Sebenarnya, saya lebih tertarik untuk berkongsi satu pengajaran atau iktibar yang saya dapat simpulkan especially selepas menonton perlawanan antara German dan Argentina.
Dalam perlawanan bola sepak, 'teamwork' atau kerja berpasukan adalah perkara yang sangat penting dan menjadi faktor kejayaan sesuatu pasukan bola sepak. Gandingan tiga serangkai antara penyerang-penyerang Argentina seperti Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Mesut Ozil di hadapan gawang gol berjaya menewaskan penjaga gol Argentina Sergio Romero dan memberi peluang kepada pasukan German untuk menambah mata demi mata. Pemain pertahanan German juga saya lihat bersungguh-sungguh mempertahankan gawang gol mereka daripada diterjah dan dibolosi oleh pemain Argentina. Paling menarik, penguasaan penjaga gol German yang sangat baik, dengan dibantu oleh pemain-pemain pertahanan German yang lain, membantu kepada kejayaan pasukan German menempah tiket ke separuh akhir. Berbeza dengan pasukan Argentina yang seolah-olah kehilangan rentak apabila dihujani serangan-serangan "hitler' pasukan German walaupun dilengkapi dengan Messi, bintang utama mereka dan Tevez, namun Argentina gagal mempamer aksi menyerlah. Messi sentiasa dikawal rapi oleh 3-4 orang pemain lawan, menyebabkan beliau sukar untuk memberi hantaran-hantaran cantik kepada pemain German yang lain. Benteng pertahanan mereka juga terlalu mudah dibolosi, dan berkali-kali pemain German menyerang dari sebelah kiri pintu gol Argentina. Nampaknya, pemain-pemain German telah mengetahui di mana kelemahan pemain Argentina. Dan ini adalah kesan daripada latihan dan bimbingan jurulatih pasukan German. Kredit dan pujian wajar diberi kepada beliau kerana memberikan bimbingan yang baik kepada pemain-pemain German.
Perkara ini yang sepatutnya diterapkan oleh semua organisasi, baik badan kerajaan atau NGO. Bekerjalah sebagai satu pasukan, bukan bersendirian, kerana berpasukan dan bekerjasama itulah yang lebih mudah membawa kejayaan kepada sesuatu organisasi. Walau bagaimana hebat pasukan lawan, walau bagaimana hebat ujian yang diberi, apabila kita bekerja secara berpasukan, ujian dan dugaan yang dihadapi dirasakan mudah untuk diselesaikan. Kejayaan yang diraih juga terasa lebih manis, kerana dikongsi bersama, apatah lagi jika setelah diduga dan diuji, organisasi tersebut tetap berjaya bahkan semakin cemrelang. Sesuatu organisasi akan pincang dan menampakkan kelemahan yang ketara sekiranya nilai semangat berpasukan ini tidak wujud di dalam organisasi tersebut. Justeru, ketua jabatan dan ketua sesuatu organisasi bertanggungjawab untuk menyemai semangat bekerja sebagai satu pasukan di dalam sesuatu organisasi.
Ketua sesebuah organisasi juga perlu bijak memimpin sesebuah organisasi. Ini kerana, kakitangan di dalam sesebuah organisasi masing-masing mempunyai sikap dan pemikiran tersendiri. Sama juga di dalam sesebuah pasukan bola sepak Piala Dunia, pemain-pemain yang mewakili negara dipilih dari kelab-kelab ternama dan berbeza, dan dihimpunkan di dalam satu pasukan. Jurulatih perlu bijak mengenalpasti posisi yang sesuai untuk seseorang pemain. Sama juga dengan organisasi, ketua organisasi perlulah memastikan kedudukan seseorang pegawai. adalah bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakannya.
Implikasi daripada semangat berpasukan ini, apabila sesuatu organisasi diuji dengan kegagalan, masing-masing akan terasa kesannya, apabila perasaan kecewa dan sedih itu dapat dikongsi bersama, sudah tentu kekecewaan itu dapat dikurangkan. Sama juga apabila sesuatu organisasi itu mencapai kegemilangan, semua orang berhak untuk berkongsi kegembiraan dan ganjarannya. Kesannya, pertahanan lebih ampuh, serangan lebih berhasil dan penuh strategi dan taktikal mampu menghancurkan lawan dan pesaing yang lebih hebat! Saya tak nampak apa yang buruk hasil dari kesatuan dan team work ini, melainkan yang kesan yang positif sahaja.
Jadi, mari lah kita berkerja secara berpasukan, insyaallah, kita mudah mencapai kejayaan yang gilang- gemilang!
Tahniah kepada pasukan German yang melayakkan diri ke separuh akhir setelah menewakan Argentina, antara pasukan pilihan 4-0.
Messi, sebelum ini adalah pemain terbaik dunia, namun gagal mempamerkan permainan yang mantap semasa menentang German."Ukhuwah itu indah"
Hani
Shah Alam
Isnin, 14 Jun 2010
Diari - Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab..:)

Hari ini, Isnin 14hb Jun 2010 bersamaan 1 Rejab 1431 Hijriah. Kebetulan saya berpuasa sunat hari ini. Tak teringat langsung saya hari ini adalah 1 Rejab. Alhamdulillah.. Bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini.
Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Di dalam hadis berikut Rasulullah SAW diriwayatkan sebagai bersabda:-
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, manakala Ramadhan adalah bulan umat Rasulullah S.A.W. "
Walaupun terdapat pertikaian mengenai status hadis-hadis tersebut, namun jika dilihat kepada kandungan hadis tersebut, kesemuanya mengajak semua umat Islam untuk mempertingkatkan ibadah di bulan ini. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.
Terdapat beberapa peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.
Firman Allah SWT: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Surah Al Israa ayat 1.
Insyaallah. Semoga kita berusaha untuk memperbanyak amal dan ibadah sepanjang bulan ini sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Syaaban dan Ramadhan. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk terus beribadah di dalam ketiga-tiga bulan ini. Amin..
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
Khamis, 3 Jun 2010
Renung Sejenak - ISRAEL..

BENCI DENGAN KAFIR LAKNATULLAH INI YANG TAK ADA PERI KEMANUSIAAN!!
YA ALLAH! HANTARKAN TENTERAMU UNTUK MENGHANCURKAN MEREKA!! DAN SELAMATKAN SAUDARAKU DI GAZA!!AMIN..
"Doakan saudara kita"
Nurhani
Shah Alam
(Sempena Program Solat Hajat Perdana anjuran JAIS dan MAIS di Stadium Melawati pada 3 Jun 2010, sempena peristiwa serangan Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Khaibar Khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad saufa ya'ud! )
Rabu, 26 Mei 2010
Diari -Mengapa aku diuji?

Salam semua,
Kita sering bertanya mengapa kita sering diuji. Mengapa bukan orang lain? Mengapa rasa kecewa dan sedih? Dan pelbagai persoalan yang berlegar di benak otak kita apabila kita diuji. Akhirnya, saya temui jawapannya dalam satu email di dalam inbox saya. Rupanya jawapan-jawapannya semua sudah ada jawapannya di dalam perlembagaan umat Islam iaitu Al-Quran.
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12
Nota: Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin. Sila sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran. Semoga kita semua lebih tabah menghadapi ujian Allah. Aminn..:)
"Berpesan-pesan"
Nurhani
Shah Alam
Sabtu, 15 Mei 2010
Diari - Mr Thomas...
Salam semua,Saat saya menulis entri ini, saya berada di Hotel Impian Morib, untuk program Bengkel semakan fail meja bahagian Undang-Undang MAIS. Setelah beberapa kali Bahagian kami mengalami perubahan perjawatan dan struktur Bahagian, ini kali pertama Bahagian saya menyemak semula fail meja setelah beberapa tahun. Banyak yang perlu ditambah dan diupgrade, khususnya senarai tugas yang bertambah. Kalau sebelum ini, Bahagian saya hanya mempunyai 4 orang pegawai, sekarang sudah bertambah 9 orang pegawai. Jadi, tidak hairanlah kalau tugasan dan tanggungjawab di Bahagian bertambah.
Malamnya, sebelum sesi ketiga berlangsung, kami sempat menonton perlawanan Badminton Piala Thomas di antara pasukan Malaysia menentang pasukan China. Sangat mengecewakan dan terkilan apabilaskuad negara gagal mempersembahkan aksi cemerlang menentang China. Mr Thomas yang diidamkan dan diharapkan oleh semua rakyat Malaysia hanya tinggal kenangan. Saya bersembang dengan kakitangan yang turut menonton sama perlawanan secara live tersebut. Masing-masing mengulas kekalahan Malaysia sebentar tadi.. Macam pengulas sukan pulak..
"Ini mesti sebab ramai yang tak solat maghrib," kata saya.
"Itulah. Pelik juga. Bukannya kita buat di tempat orang, tapi di tempat kita.. Patutnya kita hormat la waktu sembahyang," kata pegawai saya, Zurinah.
"Betullah..Lain lah kalau kita buat kat Denmark ke, China ke... diorang yang control time," saya mengiyakan.
Kami yang menonton di dalam bilik hotel pun penuh semangat menyokong pasukan Malaysia, apatah lagi yang menonton di stadium, tentu lebih bersemangat membara dan tak bangun-bangun dari kerusi. Perlawanan pertama antara Lee Chong Wei dan Lin dan bermula pada jam 7 petang dan berakhir pada jam 7.50. Kemudian, perlawanan beregu pula pada jam 8 malam.. Harapnya, telahan saya tidak benar. Harap-harapnya ramai penonton yang beragama Islam mengambil peluang waktu yang senggang untuk menunaikan solat.
Apapun,tahniah kepada pasukan China kerana berjaya menumpaskan Malaysia dan melayakkan diri ke perlawanan akhir menentang Indonesia.Kepada pasukan Malaysia, usah bersedih. Mungkin belum masanya untuk kita menang pada kali ini. Gandakan usaha untuk merebut Mr Thomas pada perlawanan akan datang. Kalah sekali bukan bererti kalah selama-lamanya.
Kepada peminat-peminat sukan dan penyokong-penyokong Malaysia yang beragama Islam, tak salah menonton dan menyokong apa jenis sukan pun, baik badminton, bola sepak, hoki, bowling, untuk memberi semangat kepada pasukan masing-masing, tetapi perkara yang wajib dan suruhan agama jangan sesekali ditinggalkan. Asal hukum menonton perlawanan bolasepak, harus, tetapi apabila perkara yang mungkar berlaku, dan manusia terlalai disebabkan menonton perlawanan dan sukan, ianya menjadi haram. Berapa ramai yang mampu untuk menonton pertandingan bolasepak liga Inggeris sehingga jam 2-3 pagi yang mengambil masa beberapa jam, tetapi tidak mampu untuk bangun solat Subuh yang mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Fikir-fikirkan, semoga yang baik menjad pedoman, yang buruk kita hindarkan. Majulah sukan untuk negara.!
" Usaha Untuk Berjaya" Nurhani
Hotel Impian
Morib
Jumaat, 30 April 2010
Diari - "Di mana Al-Quran?"

Memang menjadi kebiasaan pada setiap hari Jumaat, kakitangan MAIS akan membaca Al-Quran beramai- ramai di Bilik Mesyuarat dan mendengar tazkirah ringkas. Hari ini saya menyertai majlis bacaan Al-Quran ini setelah lama tak join disebakan sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan biasanya tamat pada jam 9 pagi. Sebelum ini, program bacaan Al-Quran ini bermula jam 8 pagi, dan diwajibkan untuk semua kakitangan, tetapi disebabkan kami banyak menerima rungutan pelanggan MAIS yang datang seawal jam 8 pagi, tetapi tiada kakitangan yang mengendalikan urusan di kaunter, jadi terpaksa dipendekkan selama 30 minit sahaja.
Selasa, 27 April 2010
Berpesan-pesan : Keberkatan di Sebalik Ujian
| Salam semua,
Untuk dikongsi bersama dan disebarkan.. Sekadar pesanan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang berkunjung..:)
Saya pernah mengenal seorang teman yang sangat sukses di dalam kariernya. Dia mempunyai kehidupan yang sederhana, mobil yang cantik, pendapatan yang mencukupi dan kelulusan pegajian yang bagus. Dia sangat sibuk dengan kariernya, hingga terlupa untuk bercinta. Akhirnya dia bertemu dengan cintanya, dan merasa amat bahagia dengan nikmat Allah itu. Hari-harinya terasa cepat berlalu, dan terisi dengan kebahagiaan dan kegembiraan.Tapi tiba-tiba cintanya diuji, dan cintanya hancur dilanda badai. Dia langsung kecewa teramat sangat, hari-harinya dipenuhi dengan tangisan dan kesedihan. Namun berkat nasihat teman- teman yang menyayanginya, dia memutuskan, dia harus memulai hidupnya dari awal kembali. Dia akhirnya menyedari, semua peristiwa yang menjadikannya kecewa dan sedih menyedarkannya agar kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Munajatnya di sepertiga malam kini lebih panjang. Doanya tak putus di setiap kali lepas solat. Biarlah cintanya hanya untuk Allah. Alhamdulillah. Akhirnya, ketenangan memenuhi jiwanya.
Beruntunglah beliau karena Allah masih tidak melupakannya, dan menyambut cintanya dengan penuh cinta dan kasih sayang.
( Az-Zumar: 49).
Setiap kali Allah memberikan ujian maka di saat itulah Allah melimpahkan keberkatan pada diri kita. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji hambaNya apakah mampu kita melewati ujian di saat dia sedang di atas? Di puncak kejayaannya? Di saat seperti inilah kita harus menilai diri kita. Apakah kita telah bersyukur atas nikmat yang telah diberikan olehNya? Apakah kita lalai dengan kewajipan kita sebagai seorang muslim? Apakah kita lalai sebagai ketua rumah tangga atau tugas seorang isteri?
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
(Al-Baraqah : 155-157). |
|
|
Penulis asal: agussyafii.
Nurhani














