Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 31 Disember 2010

Renung Sejenak : Pakaian terakhirku..

Assalam semua,

Pagi semalam aku, Nora, Rasyid dan Fahimi berada di Masjid Kuning, Kota Damansara untuk memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Devano Hasbi. Sampai di sana, sudah ramai teman-teman dan saudara mara allahyarham tiba, termasuk beberapa orang teman-teman peguam yang aku kenali. Cuaca mendung dan rintik-rintik gerimis  menambahkan rasa kesayuan di hati masing-masing.

Aku dan Nora bersalaman dengan isteri allahyarham, Tini. Wajahnya cuba dimaniskan saat bersalaman dengan tetamu yang hadir, namun aku tahu, jiwanya berperang dengan EMOSI yang maha hebat. Suami yang dipinjamkan Allah buat seketika, akhirnya kembali semula ke pangkuan Penciptanya. Dia terpaksa merelakan. Suaminya, milik Allah, Tuannya. Tuannya hanya pinjamkan seketika, bukan selamanya.

Sewaktu kami tiba, jenazah sedang dimandikan. Untuk mengisi masa, aku mengajak Nora membacakan Yasin dan Tahlil ke atas jenazah. Aku turut sama solat jenazah untuk allahyarham. Semoga Allah merahmati rohnya.

Saat jenazah allahyarham diangkat untuk dibawa ke kubur, tiba-tiba, aku rasa sayu sangat. Aku terbayang saat kematianku. Macam mana agaknya. Dimandikan, dikafankan, dikuburkan. Aku beristighfar. Mudah-mudahan baik pengakhirannya untuk aku.

Zaman sekarang orang berlumba-lumba kereta siapa lebih hebat, rumah siapa lebih besar, pakaian siapa lebih cantik. Tapi semua tu tak berguna bila kita mati. Kereta kita semua sama. Van jenazah, cuma jenama ajer berbeza. Rumah kita pun sama, tujuh hasta ke dalam tanah, iaitu kubur tempat persinggahan sebelum penentuan syurga dan neraka. Yang berbeza mungkin lokasinya sahaja. Pakaian pun sama. Kain kapan, yang bersaiz sama, cuma kualiti mungkin berbeza.

 Saat dikafankan...
Aku pun suka kereta hebat, rumah besar dan pakaian cantik. Sapa tak suka kan?Islam tak larang kita untuk memiliki semua itu, asalkan kita mampu dan kita mendapatkannya dengan cara yang halal. Cuma, seandainya kita memiliki rumah yang besar, alangkah baiknya jika rumah itu dijadikan alat untuk kita masuk syurga. Buat perkara-perkara yang dituntut syarak di dalamnya. SOLAT BERJEMAAH, MAJLIS ILMU, BACAAN AL-QURAN, dll. Bila kita ada kereta hebat, kereta itu digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Kita bawa kereta kita ke tempat-tempat yang baik, seperti MASJID, surau, mendengar ceramah agama, menjalankan program-program dakwah. dll, bukan pergi DATING atau buat perkara tak senonoh dalam kereta. Pakaian yang cantik yang kita ada pula kegunaannya adalah untuk menutup aurat kita menurut landasan syarak. Bukan macam pakaian artis-artis semasa program-program anugerah zaman sekarang. Cantik, tapi, tak cukup kain, tak cukup benang. Sakit mata menengoknya..:( Semoga Allah beri hidayah kepada mereka untuk berubah.

Antara segelintir artis Malaysia yang cantik dan sopan. Cuma  kalau Dato' CT labuhkan sket tudung dan pakai dengan sempurna, tentu lebih cantik..:)

Sesungguhnya aku AMAT TAHU, alangkah cantiknya Islam itu, tetapi penganutnya yang menyebabkan Islam nampak hodoh dan tidak dipandang tinggi. Fikir-fikirkan. Tahun baru Islam dah berlalu, tahun baru Masihi menjelma. Adakah perubahan sudah dibuat? 

Mohon maaf kalau entry ni ada menyentuh hati mana-mana pihak. Aku hanya meninggalkan pesanan ini kerana itu PERINTAH ALLAH. Serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran. 

Malam ini, insyaallah, aku dan beberapa orang teman seagama akan bersama-sama dalam operasi bersama JAIS, ABIM Selangor dan beberapa NGO lain untuk membanteras aktiviti jenayah syariah dan maksiat di seluruh negeri Selangor. Menurut track record, tangkapan khalwat dan zina yang dibuat oleh penguatkuasa agama tinggi semasa PEAK SEASON, iaitu semasa sambutan TAHUN BARU dan VALENTINE's Day. Menurut seorang aktivis NGO Islam yang mengusahakan rumah perlindungan untuk gadis-gadis terlanjur, kebiasaannya pada bulan 8 -9 - 10 setiap tahun, beliau menerima terlalu banyak permohonan untuk masuk ke rumah perlindungan beliau oleh ibu-bapa gadis-gadis yang terlanjur. 

Dear all PARENTS, PLEASE.. JAGA ANAK ANDA dengan SEBAIKNYA. PASTIKAN ANDA TAHU DENGAN SIAPA DIA BERKAWAN dan KELUAR. Tengok pakaian mereka. Kalau terlalu SEKSI, tegur dan ubah. MEREKA ANUGERAH ALLAH yang diamanahkan kepada kita UNTUK KITA JAGA DAN LINDUNGI. Apa nak jawab pada ALlah nanti? JANGAN kelak kita MENYESAL KEMUDIAN HARI. 

"Katakan TIDAK kepada maksiat!"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 29 Disember 2010

Diari : Tawa Dalam Tangis

Assalam semua,

Sepanjang hari ini aku dan beberapa orang pegawai kanan di jabatan kami berkampung di Hotel Carlton Shah Alam untuk sesi bengkel transformasi MAIS. Bagi aku, bengkel seumpama ini betul-betul mengajak kita berfikir dan berbrainstorming. Penat dowh!! 

Lebih kurang jam 10 pagi, aku menerima satu mesej dari Nurul, peguam panel MAIS:-


"Doakan Devano. He is now in hospital admitted kerana heart attack. Dr kata, cuma ada 10% untuk dia hidup. Please pray for my friend!"

Terperanjat aku menerima sms berkenaan. Devano juga peguam panel MAIS. Kali terakhir aku bertemu dia sewaktu mesyuarat mengenai kes MAIS yang dikendalikan olehnya. Aku mendoakan semoga Allah melindunginya. Namun perkhabaran yang aku terima lewat petang tadi, menyebabkan aku dan kakitangan MAIS yang mengenalinya terpaksa pasrah dan redha dengan taqdir Allah. Allah lebih menyayangi saudara seislamku Devano. Dia disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 pm di Hospital Serdang kerana serangan jantung. Al fatihah untuk alllahyarham Devano.

Aku sampai di rumah lebih kurang kol 8.30 malam. Aku rasa betul-betul letih. Adik aku ajak menonton filem JANIN pun aku tak interested.

"Letih la Cik Ya. Cik Ya gi dengan adik jer lah," balasku.

Akhirnya, aku melepak dengan emak dan anak-anak saudaraku menonton perlawanan bola sepak peringkat akhir Piala Suzuki, Malaysia menentang Indonesia. Best! Walaupun Indonesia menang, 2-1, namun kerana mata Malaysia mengatasi Indonesia, Malaysia dinobatkan sebagai juara. Tahniah kepada pasukan Malaysia dan jurulatih pasukan.

Gilerrr.. Indonesia upah otromen rupanya...

Moral of the story, sewaktu sebahagian daripada kita sedang bergembira meraikan kejayaan atau kemenangan, sebahagian daripada kita pula sedang bersedih  atas kehilangan/ kematian/ kerosakan perkara yang disayangi. That's the cycyle of life. Kadang-kadang kita tertawa. kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita diuji dengan kesenangan, kadang-kadang dengan kesusahan. Hadapi setiap ujian dan redhalah dengan apa musibah yang berlaku, serta bersyukurlah atas nikmat yang diperoleh. Insyaallah, ketenangan abadi akan menjadi milik kita.

Kematian itu, tak menunggu walau sesaat pun. Jika Allah telah tetapkan waktunya, walaupun kita merasa kita masih MUDA BELIA lagi, Dia tak akan melambatkan walau sesaat. Bersediakah kita menghadapinya?
Hari ini aku tertawa dan menangis.. 


Tertawa kerana Malaysia menang.. 


Menangis kerana kehilangan seorang sahabat seperjuangan..


Allahyarham Devano Hasbi dalam kenangan... Al-Fatihah..

"Tawa Dalam Tangis"
Nurhani
Seksyen 19

Shah Alam

Selasa, 28 Disember 2010

Renung Sejenak : Kerajaan Selangor persoal pelantikan Mohd Khusrin

Assalam semua,



Aku harap, dan berdoa, cepat-cepatlah isu ni selesai. Aku tak nak nanti, dok asyik pertikai sapa layak jadi SUK Selangor, pentadbiran kerajaan Negeri Selangor pun affected. Sebagai rakyat Selangor jati, (mak abah aku Selangorean, lahir di Selangor, belajar di Selangor, duduk di Selangor, bekerja di Selangor), aku benar-benar berharap semoga isu ini diselesaikan dengan segera dan secara baik.

For me, of course reference must be made to the laws of the state and the understanding / consensus between the state government and federal government (rujukan perlu dibuat kepada undang-undang sedia ada dan perjanjian gunasama di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan), namun KEUTAMAAN harus diberikan kepada kemakmuran kerajaan Negeri Selangor.

I really hope this issue can be settled amicably. I rest my case..:P 
*Tetiba merapu cakap omputeh.. Amenda ntah!

"Just My 2 Cents Opinion"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 27 Disember 2010

Diari : Calon Lelaki Pilihan.

Assalam,

Aku paling tak suka lelaki yang berpura-pura. Tak suka! Depan kita bukan main baik lagi, macam USTAZ, tapi belakang, mengutuk kita BAIKKK punya.. 
 
Aku bukan ANTI LELAKI. Tidak sama sekali. Cuma aku tak suka golongan lelaki begini. Rupa memang beriman macam Ustaz, tapi perangai tak SEMENGGAH. Aku pun bukan golongan warak, ilmu sikit sangat, tapi aku tak leh terima lelaki tak JUJUR.

Sila BOIKOT lelaki cenggini. Yang bukan kategori cenggini, sila masukkan dalam senarai calon lelaki pilihan. PLUS, kena jaga solat. :D

"Cinta Kerana Agama"
Nurhani
Seksyen 19
Shah Alam

Diari : 5474

Assalam semua,

Petang tadi, aku bawak kakak, adik aku Mell, dan dua orang anak buah aku, Najah dan Iman, jalan-jalan tengok Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Centre. Masa kami sampai, memang dah ramai orang. Maklumlah.. Dah petang pun. Sebab tertarik dengan promosi dan hadiah percuma yang ditawarkan, kakak aku tetiba berminat nak daftarkan nama Najah masuk sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Yurannya murah ajer. Bayar pun sekali seumur hidup, RM15 sahaja. Selesai pendaftaran, kakak aku mendapat cenderahati sehelai T-Shirt Upin & Ipin.

"Mama. Besarnya saiz baju ni. XXL," kata Najah.

"Ntah. Mama macam nak belikan baju untuk Cik Ya ajer," sampuk adikku pula.

Mendengar kata-kata mereka, baru kakak aku perasan baju yang diberi percuma tersebut bersaiz DEWASA, bukan untuk KANAK-KANAK. Kakak aku mula rasa macam nak marah, sebabnya, kalau dimaklumkan lebih awal, tentu dia tak nak daftar, sebab niatnya nak beri anaknya yang pakai baju tu, bukan untuknya.

"Kenapa tak cakap awal? Tak best la macam ni. Akak nak bagi baju tu pada anak, bukan akak nak pakai. Kalau tau, akak tak daftar tadi. Boleh cancel tak?" tanya kakakku, kedengaran agak marah-marah sebab rasa tertipu.

"Tak boleh kakak. Mana boleh," jawab budak perempuan penjaga kaunter pendaftaran bermulut manis sambil tersenyum paling manis kononnya. Hek eleh!

"Lain kali, bagitau la dik. Baju saiz kecik dah habis. Buat apa kami dah tua-tua ni (ye ker??) nak pakai T-Shirt Upin & Ipin? Bagitau la kat orang lain. Kang diorang harap dapat T-shirt kecik, tapi dah habis,"aku selamba ajer sound tepat kat budak tu. Tapi budak tu tetap maintain senyum manis. Pleaseeee lah!! STOP IT! Sakit pulak hati kiter!!

"Nanti aku report kat Les Copaque. Bengang betul. Rasa tertipu," kata kakak aku.

Last-last, dengan hati yang bengang, kami beredar dari meja pendaftaran kelab. Sebelum kami beredar, kami diberi satu nombor untuk acara cabutan bertuah. 5474. Itulah nombor yang kami dapat. Walaupun rasa macam nak balik jer sebab panas hati, namun kami rasa rugi pulak kalau tak tunggu. Mana tau dapat kan? 

Memandangkan  acara tersebut berlangsung pada jam 6 petang, kami semua solat Asar dahulu di Tingkat 1 kompleks berkenaan. Bagi aku, walaupun sempoi, tapi karnival ini memang meriah. Selain gerai mempromosi barangan Upin & Ipin, ada juga gerai-gerai yang menjual barangan yang lain, termasuk pameran kereta dan motorbike mini. Selepas solat, rasa lebih selesa nak berjalan. Tak terkejar-kejar.

Semasa pengacara mengumumkan sesi kuiz untuk menang hadiah-hadiah percuma, aku dan adikku terus meluru ke depan stage dengan Najah dan Iman. Bersungguh betul nak jawab soalan, sebab nak pastikan anak-anak buah aku dapat hadiah percuma. Memang POYO! Mana tak nya.. Semua soalan pengacara tanya, asik kami jer yang angkat tangan nak jawab! Padahal, bukan tau jawapan pun! Hahaha.. 

Akhirnya, Najah dapat menjawab soalan mengenai nama kawan-kawan perempuan Upin & Ipin. Kanak-kanak lain yang memenuhi ruang hadapan pentas tak dapat nak mengingat semua nama mereka.

"Susanti, Devi dan Mei Mei," jawabnya yakin. Sumpah! Aku dan Mell memang tak tau jawapannya. Najah jer tau.

"Betull!!!" Laungan pengacaranya menyebabkan aku dan Mell menjerit. "Yeyyyy!!"  Satu hadiah untuk Najah!

Percubaan kami untuk mendapatkan hadiah percuma untuk Iman gagal, walaupun Iman banyak kali mencuba untuk menjawab. Akhirnya kami pasrah. Mujur Iman dah dapat hadiah percuma buku mewarna dari salah sebuah gerai yang menyertai karnival ini. Ok lah jugak.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Acara cabutan bertuah. Beberapa kali aku dan Mell menjerit kecil kerana nombor yang disebut hampir kena dengan nombor kami.
"Untuk pemenang hadiah kedua, hadiahnya berupa sebuah motosikal mini berwarna biru dan beberapa hadiah lain. Dan nombornya adalah.... 5.. 4....7....4!!!" Laung si pengacara menyebabkan aku dan Mell sama-sama menjerit kegembiraan. 

 OMG!! Rasa tak percaya, namun itulah hakikatnya.. :D YeyyyyYY!! Yearghh!! Akhirnya!!! Macam tak percaya!! Motor tu milik kami!! Yes! Yes! Alhamdulillah! Thanx Allah!

Bergambar bersama hadiah kemenangan. Banyak kot! Modal cuma RM15 sahaja. ALhamdullillah... Beg Rapunzel tu Najah dapat sebab jawab soalan. :D
Dari kiri : Najah, Iman, Mell, aku dan kakak.

Moral of the story, kadang-kadang Allah uji kita dengan sedikit kesengsaraaan dan kepahitan, tapi jika kita redha, Allah akan balas kita dengan nikmat kebahagian yang tak terhingga. Kakak aku bagitau, memang dia awalnya bengang. Siap nak komplen kat website Les Copaque, syarikat yang menganjurkan Karnival Upin & Ipin. Tapi lepas solat Asar, dia rasa lebih tenang dan terus redha ajer dengan apa yang berlaku. Betullah kata orang, Allah bagi kita HUJAN, kita tertanya-tanya, kenapa Allah tak beri MATAHARI? Rupanya ,Allah nak beri kita PELANGI..:)

Oh ya! Sapa-sapa nak cuba nasib, boleh la pergi ke Karnival tu. Ada 2 hari lagi. 27hb - 28h Disember 2010.

BTW, tahniah pasukan Malaysia kerana  berjaya mengalahkan pasukan Indonesia bagi memenangi game bola sepak malam tadi untuk merebut Piala Suzuki. Congrats!!Lusa ni, menang lagi yerr??:D

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani
Seksyen 19
Shah ALam

Jumaat, 24 Disember 2010

Diari : Tak sempat solat..

Assalam,

Diorang tengah tunggu aku kat luar. Mak, kakak dan Mell. Nak gerak dah ni ke rumah abang. Kesian diorang. Silap besar diorang kasi chance kat aku untuk ONliNe. Aku TERPAKSA update BLOG. Terpaksa dowh!! Rasa BERSALAH kalau tak update.Tapi, aku TAK SEMPAT karang cerita best. Sebab sian kat diorang.

Aku tinggalkan pesan sket jerr.. JANGAN LUPA SOLAT YERR... :) Walaupun DI MANA anda BERADA, JANGAN LUPA SOLAT. Musim kenduri ni, aku perasan, ramai orang LEWAT-LEWAT kan solat atau TAK SOLAT langsung. Alasan? Malas nak cuci make up, leceh anak-anak ramai, tak sempat. ETC..

Pesanan untuk aku dan yang lain. 
Adik aku dah jerit2 kat luar tu... Panggil aku.. Kena chow dah.. Babai!

"Peringatan Bagi Yang Lalai"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 23 Disember 2010

Renung Sejenak : Tasbih

Bismillahirrahmanirrahim dan assalam semua,

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah. Tidak sesuatu pun melainkan bertasbih memuji-Nya. Tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

Surah Al-Isra : ayat 44

Biasanya, pagi-pagi sebelum mula kerja, aku akan baca Quran dulu. Satu muka surat pun cukup. Bagi feel nak kerja KERANA ALLAH. dan bagi TERANG HATI aku yang banyak titik-titik noda. Hari ni dapat baca dari ayat 26 - 45 surah Al-Isra'. Masa aku baca surah tu, aku jumpa ayat ni. Aku suka sangat ayat ni. Betul-betul menginsafkan aku. Sebab semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, seisi alam, semuanya SENTIASA BERTASBIH memuji Allah, walhal makhluk lain tak kena hisab pun di akhirat kelak. Subhanallah!! Berbeza dengan aku yang nak dihisab ni, asyik leka dengan DUNIA. Apa ntah nak jadi. Astaghfirullahal azim..

Harap- harap, tahun Hijrah ni, tabung amal aku bertambah masyukkk.. Kalau lah kita tau berapa ganjaran atas ibadah dan kebaikan yang kita buat sepanjang tahun, mesti dah boleh set KPI kan?  Cuma Allah sengaja sembunyikan, untuk pastikan kita ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat. Moga Allah hidayahkan aku dan semua saudara seIslam yang lain untuk sentiasa mengingati Allah, tak kira dalam keadaan senang atau susah. Amin.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 21 Disember 2010

Rileks Sekejap : Hantu Kak Limah Balik Rumah

 
 Assalam,

Korang dah tengok citer Hantu Mak Limah Balik Rumah? Aku sebenarnya tak suka sangat tengok citer Melayu. Aku lebih suka tengok citer omputih.(Sebab tu hidung aku mancung sangat dan kulit aku putih  melepak! :P). Tapi, sebab ramai kawan-kawan aku kata citer tu best, sampai ada yang bagi 5.1 bintang daripada 5, (melampau kot!), so, semalam aku luangkan masa sekejap menonton filem tu dengan kawan-kawan.

Waktu kami sampai, tayangan dah bermula. Kami sampai lewat 10 minit kerana hujan lebat menyebabkan aku lebih berhati-hati ketika memandu (Owh! Ya kah??). Lagipun, aku perlu memikirkan keselamatan dan masa depan kami berempat yang masih BUJANG. Seboleh-bolehnya, kami TAK NAK terlibat dengan kemalangan. Kami berikrar mau BERSANDING dengan wajah kami yang cantik dan ASLI!! Haish!! Apa kaitan?
 Serammmm...
 
 Part yang kelakar dalam filem ni.
Boleh tahan jugak filem ni. Kelakar seram. Boleh la mereleasekan mental yang tension. Aku bagi 3.5 bintang ajer daripada 5. Aku rasa,Ngangkung dan Rapunzel lagi best, that's why aku bagi 5. Korang macam mana? :D

"Sajer"
Nurhani
Shah ALam

Isnin, 20 Disember 2010

Diari : Menang Lagi!

Salam semua,

Balik jer dari 3 negeri, dengan pinggang rasa nak patah kerana long journey, aku terus diuji. Selepas tragedi keropok lekor, akhirnya aku terpaksa mencuci dapur pada malam itu jugak, disebabkan percikan minyak di lantai dapur. Perghhh!! Kepenatan tahap maksima dowh! Selesai tugasan 'tak ada kerja carik kerja' tu, aku solat Isyak dan terus lena. Tak ku hirau telefon yang berbunyi-bunyi minta diangkat. Tak larat!
Esok paginya jam 9.30 pagi, aku dah berada di medan pertempuran di Tingkat 2 Pasaraya Ole-Ole Shah Alam untuk pertandingan bowling anjuran BAKAJASA (Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Selangor). Aku yang tak training langsung dilantik sebagai Kapten Pasukan aku, yang turut dianggotai oleh 3 orang kakitangan MAIS, Ina, Susan dan Nurul. Letih-letih pun aku layan jugak game tu, sebab komited la konon! Hehe. Aku lontar jugak la bola bowling tu setakat yang aku mampu.

Tapi seyes. Kalau dah letih, memang tak leh nak dipaksa main. Memang hampeh aku main. Nasib baik ahli pasukan aku power-power, boleh cover mata kami sepasukan. Disebabkan diorang la kami dapat NAIB JOHAN!! Yieehaaaa!! Alhamdulilah!:D

Ini hadiah aku dapat. Kira ok la daripada tak dapat hadiah. Hadiahnyer macam PERLI aku soh belajar masak...:P





"My Hobbies"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 19 Disember 2010

Main Masak-masak : Keropok Lekor

Salam semua,

Masa aku balik dari misi jelajah 3 negeri, ada la aku beli keropok lekor sikit. Tapi sikit sangat, 6 batang jerr..  Saiz pun kecik ajer. Aku beli pun sajer buat syarat. Tak sah ke Pantai Timur tak beli keropok lekor. :D Lagipun, kat opis aku, kami boleh dapatkan stok keropok lekor dari drebar kami, Fadil. Keropoknya memang sedap.

Waktu kami sampai di Shah Alam,  kawan baik sepejabat aku Nomi nak menumpang lepak rumah sekejap sementara tunggu suami beliau ambik. Sorang lagi blogger Ana, nak tunggu bas balik ke Melaka jam 8.15 malam. Biasalah, sebab rumah aku kan dekat sangat dengan opis. 1.1km ajer. So, selalu jadi rumah transit bila ada program :) 

Masa diorang datang umah, aku decide nak goreng keropok yang aku beli tadi. Tetamu yang datang, kena layan baik-baik, sebab diorang bawak rezeki. Aku masuk ke dapur dan panaskan minyak dalam kuali. Sambil tunggu minyak panas, aku potong pendek-pendek keropok tu. Senang nak goreng. Bila minyak dah panas, aku masukkan keropok tu dalam kuali.

Minit pertama, ok ajer. Masuk minit kedua, tiba-tiba...

POP!

Keropok tu meletup! Terkejut jugak aku. Tapi aku rilek ajer, sebab letupan kecil ajer. Ini bukan first time aku goreng keropok lekor. Lagipun, ada tetamu kat umah, kena lah kontrol macho kan? Konon-konon terer kat dapur. Rupanya  keropok tu diam sekejap ajer. Pastu, letupan demi letupan berlaku, menyebabkan aku gabra sebab minyak memercik sampai ke siling!

POP! POP!

Alamak! Macam mana nih??

"Saya kalau keropok lekor bulat ni, saya selalu kelar-kelar dulu, sebab kalau kita potong biasa, memang boleh meletup. Tak ada lubang untuk angin. Cuba tutup dengan tutup periuk Cik Hani." cadang Ana, sempat memberi tips semasa letupan bertubi-tubi menyerang dapur aku.

Dengan berani-berani takut, aku tutup jugak keropok yang aku tengah goreng. Sekejap ajer keropok tu diam. Pastu..

POP! KEBABOOO!! Dengan tutup-tutup periuk tu meletup!! Apa lagi!! Aku mengelak dari terkena minyak sambil berlari ke depan. Berdentam-dentum bunyi letupan kat dapur menyebabkan seisi rumah gempar.

"Matikan api Hani." Kata Kak Nomi. 

Hah! Matikan?? Alamak! Takutnyer!! Bahaya dowh!! Oh no!! Tidakkk!!!

"Matikan. Kang terbakar dapur tu," aku tak pasti sapa cakap, sebab aku betul-betul cuak nak matikan api, dengan kuali dan minyak panas yang memercik-mercik sampai ke siling!!!

Sebab tak ada orang yang sanggup buat tugasan tu, aku terpaksa menguatkan semangat ke dapur. Perlahan-lahan aku menjengah ke dapur sambil menutup muka dengan surat khabar. Bahaya giler dowh! Boleh cedera muka dan badan!! Keropok masih meletup. Penutup periuk dah terangkat dari kuali. Minyak panas dah melimpah ke lantai dapur. Percikan minyak di sana sini. Horror and disaster.

Dengan lafaz bismillah, aku hulurkan tangan aku yang mulus ke suis dapur dan memulas tombolnya. Alhamdulillah. Berjaya! Dan aku tak cedera. Alhamdulillah, syukur. Aku terus trauma nak meneruskan gorengan kali kedua.

"Sedap la keropok ni," kata adikku dan Shikin.
Sedap la sebab bukan korang goreng!! Hampir mati aku dibuatnya TAHU?? Haish!!

Moral of the story, keropok lekor walaupun SANGAT SEDAP tetap SANGAT MERBAHAYA kerana boleh mencederakan kita.

"Main Masak-Masak"
Nurhani
Shah Alam

 Sebelum digoreng, rupanya macam ini. Nampak 'sangat baik' keropok ini kan?

 Lepas digoreng rupanya begini. Sedap, sesedap pengalaman menggorengnya..:P

Diari : Journey to The East (Part 3)

Assalam,

Di Lakeview Resort, Pekan, Pahang, aku tidur pada jam 4.30 pagi, dan bangun balik pada jam 6.30 pagi, untuk solat Subuh dan bersiap-siap ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Memang tak cukup tidur, tapi kerana tugas, kenalah selesaikan.

"Rugi sangat. Booking bilik, tapi tidur 2-3 jam ajer," kata Rohana, PRO kami.semasa kami check in bilik. Betul lah tu. Tapi nak buat macam ne. Coaster tu tak boleh speed laju dahh...

Jam 9 pagi, kami tiba di perkarangan bangunan JAIP. Kami disambut dengan begitu meriah. Pegawai-pegawai JAIP diketuai oleh Dato' Hj Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah JAIP.Macam kenduri kawin pun ada, sebab pegawai lelakinya lengkap berbaju Melayu dan bersampin. Owh! Patutlah. Hari ni kan hari Jumaat. Baru aku teringat. Tapi memang rasa lebih meriah.

Perbincangan kami dipengerusikan oleh Dato' Timbalan Pengarah JAIP. Perbincangan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengurusan masjid di Pahang yang disampaikan oleh seorang Pegawai JAIP. Di sini, semua masjid diurus sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama, tetapi ada seorang pegawai dilantik di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk menyelaraskan hal ehwal masjid di peringkat majlis. Perbincangan kali ini lebih seronok kerana turut disertai oleh pegawai dari Bahagian lain, bukan Bahagian Pengurusan Masjid sahaja. Jadi banyak juga persoalan yang kami lontarkan berkenaan dengan isu lain. Semasa berehat untuk minum pagi, saya duduk berhampiran dengan Dato' Timbalan Pengarah dan KPP Bahagian Pengurusan Masjid. Banyak yang dikongsikan dengan mereka berdua termasuk isu sebatan Kartika yang hangat satu ketika dulu, perintah dan arahan DYMM Sultan Pahang menghalang orang Islam memasuki premis judi.

Jam 11.30 pagi, perbincangan dan perkongsian maklumat kami selesai. Walaupun tadi kami telah dijamu minum pagi, sekali lagi kami dijamu makan tengahari. Lepas makan, makan, lepas makan, makan. Inilah faktor aku tak berapa suka lawatan kerja, kerana diet aku memang hancusss!! kami bertolak pulang lebih kurang jam 12.30 tengahari.

Alhamdulillah..Syukur.. Akhirnya selesai juga misi kami ke 3 negeri di Pantai Timur Malaysia. Info yang diperlukan dah dapat. Contact person di setiap negeri pun dah ada untuk bertanya maklumat tambahan. Syukur alhamdulillah..

Dalam perjalanan pulang, aku tak tidur langsung, walaupun cuma 2 jam aku tidur semalam. Mungkin sebab terlalu excited nak balik ke negeri sendiri, dan sebab berjaya selesaikan misi menjelajah 3 negeri naik coaster. Di lebuhraya Karak, dua kali kami hampir-hampir terlibat dalam kemalangan. Kali pertama, apabila lori di hadapan kami tiba-tiba membrek  menyebabkan ia berpusing dan melintang di tengah-tengah jalan di laluan paling kanan. Mujur pemandu coaster kami dengan cekap terus menekan brek dan mengalih coaster ke laluan sebelah kiri jalan. Rupa-rupanya sebuah kereta Wira di hadapan lori tersebut yang mengalami kerosakan menekan brek secara tiba-tiba kerana bumper depan kereta mereka tercabut. Alhamdulillah.. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kali kedua, apabila coaster kami bergesel dengan sebuah treler yang membawa sebuah jentera berat di atasnya. Kesan geseran tersebut boleh dilihat di cermin tingkap coaster kami. Perghh!! Sangat bahaya yerr.. Sipi kot!!

Tapi alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Shah Alam pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah.. Syukur.. Perjalanan ini, sungguhpun memenatkan, namun pengalaman dan cerita yang ditempuh tentu sekali berbeza dengan pengembaraan yang lain. Tahniah pada PRO MAIS yang bertungkus lumus menyusun atur program. Tahniah juga pada semua peserta rombongan, yang sanggup bersengkang mata dan berlapar semata-mata nak penuhi jadual program yang padat. Betullah kata orang. Nak mencari sahabat sejati, ajaklah bermusafir. Tengok macam mana tahap kesabaran masing-masing.. :D

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Shah Alam

Diari : Journey to The East (Part 2)

Assalam semua,

Tidur lewat malam semalam tidak boleh dijadikan alasan untuk aku bangun lewat hari pada hari kedua lawatan kerja kami ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ini kerana, pada jam 9 pagi, kami semua perlu berada di Majlis Agama Islam Kelantan untuk program lawatan kerja ke sana. Tepat jam 9 pagi, kami dah berada di sana. Kami disambut oleh Ustaz Afifi, pegawai Hal Ehwal Islam MAIK yang menguruskan masjid. 

Melalui taklimat yang diberikan, di Kelantan, semua masjid di Kelantan diurus oleh pihak MAIK, berbeza dengan di Terengganu, semua masjid diurus oleh Jabatan Agama Terengganu dan mendapat peruntukan sepenuhnya dari kerajaan negeri Terengganu. Yang menarik di Kelantan, pembangunan masjid-masjid baru walaupun tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan negeri, namun ianya diperolehi menerusi sumbangan daripada ahli kariah dan umat Islam di Kelantan.

"Kami ingin menggalakkan supaya ahli kariah menyumbang untuk pembinaan masjid, mengambil contoh semasa Rasulullah SAW membina masjid, ussisa a'la attaqwa (dibina atas dasar taqwa) supaya mereka merasa kebersamaan untuk membangunkan masjid dan seronok untuk ke masjid."jelas pegawai MAIK.
 
Usai majlis taklimat dan penerangan mengenai pengurusan masjid di Kelantan, kami dibawa melawat ke dua buah masjid di Kelantan iaitu masjid Muhammadi, yang terletak berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah, dan masjid As-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan dengan pengurusan masjid-masjid oleh Tuan Imam masjid berkenaan.

Masjid As-Sultan Ismail Petra.

"Di sini, setiap anggota jawatankuasa tahfiz menyumbang sebanyak RM30 sebulan untuk membayar elaun guru tahfiz sebanyak RM600," kata Ustaz Sabri Abdullah, Imam Tua masjid As-Sultan Ismail Petra. (Di Kelantan, Imam dibahagikan kepada Imam Tua dan Imam Muda). Perghhh!! Hebat! Kalau kat tempat lain, JK Tahfiz yang dibayar elaun. Kat sini, diorang yang sponsor.

"Di sini kami banyak sukarelawan. Ada penceramah motivasi yang offer memberikan khidmat percuma kepada anak-anak muda di sini dengan mengadakan program-program di masjid. Penceramah tu pun hebat. Bukan yang biasa-biasa. Mereka nak KHIDMAT. Ada juga sukarelawan yang menawarkan diri untuk membersihkan tandas-tandas masjid," terang Imam Tua lagi.

"Kami negeri miskin, malu juga bila negeri maju macam Selangor sudi datang tengok kami. Ini saja yang terbaik yang kami boleh kongsi," kata Imam Tua, menyebabkan aku sebak, sebab walaupun mereka miskin HARTA, tapi mereka kaya ILMU dan berjaya menerapkan semangat untuk sentiasa BERAMAL kepada masyarakat sekeliling.

Imam Tua masjid As-Sultan Ismail Petra, Kelantan.

Sebelum ke masjid Muhammadi, kami dibawa ke Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK untuk jamuan makan tengahari. Maahad tahfiz ini awalnya adalah kelas pengajian Tafaqquh yang ditubuhkan oleh Kerajaan negeri Kelantan berpusat di masjid Muhammadi, tetapi dipindahkan ke bangunan sekarang, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, selepas pembinaannya siap pada tahun 2006. Kami turut diberi taklimat ringkas oleh Pengetua Maahad ini. Maahad ini turut menempatkan penghuni-penghuni Darul Aitam (Rumah Anak Yatim yang ditubuhkan oleh MAIK.)

Maahad Tahfiz Al-Quran, MAIK.

Selepas solat Zohor, kami dibawa ke masjid Muhammadi, sebuah masjid lama di tengah bandar Kota Bharu. Masjid ini dibina pada tahun 1867 semasa pemerintahan Sultan Muhamad II dengan menggunakan kayu. Bangunan kayu masjid ini telah diganti dengan konkrit semasa pemerintahan Sultan Muhamad IV. Masjid ini sangat penting dalam penyebaran Islam di Kelantan. Beberapa ulama masyhur di Kelantan turut mengajar di masjid ini termasuk Tok Kenali.

"Itu dulu rumah sewa saya. Dulu, 6 tahun saya belajar kat sini. Hari-hari saya ke masjid ini," kata Ustaz Halem Hapiz, TSU MAIS, yang mengetuai delegasi kami kali ini sambil menunjuk ke arah bumbung rumah sewa lamanya yang terletak di belakang sebuah kedai batik berhampiran masjid Muhammadi. 

"Ye ke Ustaz? Ntah-ntah, ustaz jumpa isteri Ustaz pun kat sini," balas saya, mengusik. Usikan saya disambut dengan deraian tawa kawan-kawan lain.

Paling best, dan tak sangka, bila Ustaz Halem jawab, " Ha ah." Hahahahaaa.. Pancing aku mengena..:D. Mudah-mudahan, berjumpa jodoh di tempat yang baik, insyaallah, pengakhirannya baik.:)

Lebih kurang jam 4 pm, lawatan kami berakhir. Kami sempat ke Pengkalan Kubur  untuk membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. Lebih kurang jam 6 petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya, Kuantan Pahang, untuk lawatan kerja esok ke Jabatan Agama Islam Pahang. Kami  tiba di Lakeview Resort , Pekan, Pahang pada jam 3.45 pagi.  Esok ada program lagi...


Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan. Masjid tua yang penuh sejarah.

Serasa nyaman semasa melalui lorong ini. Terbayang lorong yang sama dilalui oleh Tok Kenali, Tuan Guru Taba dan ulama terkemuka Kelantan.

 
Tetap unggul walaupun sudah berusia.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani  
Shah Alam

Khamis, 16 Disember 2010

Diari : Journey to The East (Part 1)

Salam semua,

Hari ini saya dan beberapa orang kakitangan jabatan telah berkumpul di pejabat sekitar jam 7.15 pagi untuk bertolak ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Jam 7.30 pagi, kami dah bertolak menaiki coaster Baitul Ehsan. Rombongan kami turut disertai oleh dua orang Penyelaras masjid dari daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Perjalanan hari ini teramatlah meletihkan. Pertemuan JHEAT yang ditetapkan pada jam 2.30  terpaksa ditangguhkan ke jam 4.00 petang, kerana kami lewat tiba. Walaupun kami dah mencuba untuk sampai lebih awal sehingga terpaksa berkorban untuk skip makan Jtengahari semata-mata nak kejar masa dan sampai tepat pada masanya, namun kami terpaksa pasrah dengan ketentuan Allah. 8 jam setengah kami mengambil masa untuk sampai di Terengganu. Kami hanya berhenti untuk sarapan pagi selama 15 minit, mengisi minyak sekali, dan 3 kali untuk ke tandas. Bayangkan perjalanan yang sangat lama, cuma berhenti lebih kurang 30-45 minit sahaja. Memang memenatkan! Sehinggakan ada peserta rombongan yang diserang gastrik kerana makan tak ikut waktu.

Perjalanan kami diselang selikan dengan mendengar CD ceramah agama Ustaz Kazim dan menonton video.Seronok mendengar ceramah ustaz Kazim bertajuk "CINTA" dan juga "alam roh". Banyak yang dapat diteladani daripada ceramah beliau.

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat juga sampai ke destinasi yang dirancang, walaupun lewat 1 jam setengah daripada jadual asal. Rombongan kami disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Operasi JHEAT Tuan Hj Omar bin Musa. Kami terus dibawa ke bilik mesyuarat dan perbincangan berlangsung lebih kurang 1 jam setengah. Banyak yang sempat dikongsikan mengenai pengurusan masjid di Terengganu termasuklah peruntukan kewangan, pelantikan kakitangan dan jawatankuasa kariah, undang-undang dan kes-kes berkaitan masjid, wakaf, tanah kubur, dll. Berbeza dengan di Selangor, pelantikan Imam di sini dibuat oleh Tuanku, jawatan Bilal dilantik oleh Majlis, manakala Jawatankuasa Kariah dilantik oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama. Di Selangor, semua pelantikan pegawai masjid (imam, bilal, siak) dilantik oleh Majlis.

Jam 5.30 petang, perbincangan selesai. Kami solat jamak dahulu sebelum bertolak ke Kelantan. kerana esok kami akan membuat lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Kelantan pula pada jam 9 pagi. Rasa sungguh tension kerana perut sebu (makan tak tentu) dan terlambung-lambung di dalam bas kerana keadaan jalan raya yang tidak rata. Hanya pada jam 9 malam kami singgah untuk makan malam (sebenarnya lunch!) sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Akhirnya kami sampai pada jam 10.15 malam di hotel.

Penat weh! Tapi penat-penat, sempat juga kami berjalan ke Wakaf Che Yeh. :D Insyaallah, esok pengembaraan kami akan bersambung di MAIK. Insyaallah, semoga pertemuan di antara dua jabatan dari negeri yang berbeza ini memberi manfaat kepada kedua pihak, terutamanya MAIS yang sedang menjalankan kajian terhadap keberkesanan pengurusan masjid negeri Selangor.

K la. Letih sungguh. Mau tidor. Sok kena bangun pagi. Kenapakah aku terlalu gigih sangat menahan mata kerana mau memblog juger? Aku pun tak faham dengan diriku...

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Crystal Lodge
Kota Bharu
Kelantan

Rabu, 15 Disember 2010

Rilek Sekejap : Jawatan Kosong di Istana Selangor

Satu pagi di SUK..
"Ok tak kerja di MAIS? Kalau tak ok, bagitau saya," kata Dato' Munir Bani, Setiausaha Sulit kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor, usai mesyuarat MAIS kali yang ke 5 untuk tahun 2010 di SUK pagi tadi. Dua kali beliau mengulangi soalan yang sama kepada saya.

"Kalau tak ok kenapa Dato'?" tanya saya dengan agak innocent.

"Kalau tak ok, nanti Dato' bagi jawatan lain kat istana," seloroh YAD Dato' Setia Wangsa Tengku Ramli, salah seorang kerabat DYMM Sultan Selangor sambil tertawa kecil.

Wah! Jawatan kat istana! Setau aku, JAWATAN yang KOSONG kat istana tu, adalah jawatan PERMAISURI.. Haish!!! :D :D


Aku memang Drama Queen..:P

"Ntah Hapa-Hapa"
Nurhani
Shah Alam



Selasa, 14 Disember 2010

Diari : Terengganu, Kelantan, Pahang

Salam semua,

Insyaallah, esok saya dan beberapa orang pegawai dan kakitangan MAIS akan menjelajah ke 3 negeri  di utara Semenanjung, Kelantan Terengganu dan Pahang untuk lawatan kerja ke Majlis Agama dan Jabatan Agama Negeri-negeri tersebut selama 3 hari 2 malam. Kami akan bermalam di Kota Bharu, Kelantan pada malam pertama dan di Kuantan, Pahang pada malam kedua.Kami ke sana untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan masjid dan pengurusan ar-riqab di negeri-negeri tersebut di samping bertukar-tukar pandangan dan maklumat mengenai pentadbiran agama islam negeri-negeri.

Walaupun esok baru bergerak ke sana (kol 6.30 dah kena ada di parking bas!!) namun aku dah boleh rasa kesannya perjalanan menaiki bas ke 3 negeri tersebut. Phew!! Tentu sakit pinggang kan? Kan seronok naik flight.. Huhu.. Lagi syok kalau kompeni sponsor rawatan urutan di SPA? (Haish!!Berangan!!)

Lebih menakutkan lagi, boss aku mintak aku yang lead rombongan ke Jabatan Hal Ehwal Terengganu, sebab beliau terlibat dengan mesyuarat penting pada pagi Rabu. Oh no!! Terpaksa lah berlatih cakap slang Terengganu.

"Sudah makang?"
"Ikang haruang"
"Jom jom jom.. Ke laukkkkk!!!"

Erkk!!Serasa pinggang dah sakit. Ada tukang urut best tak?

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Shah Alam

 Bangunan MAIK.

 Kartika Sari Dewi Sukarno, yang hukuman sebatannya ke atasnya kerana kesalahan minum arak oleh pihak berkuasa agama negeri Pahang menimbulkan pertikaian seantero dunia.

Ahad, 12 Disember 2010

Rileks Sekejap : - "Rapunzel, let down your hair.."

Salam semua,

Akhirnya, tercapai impian aku nak tengok Rapunzel. Best giler dowh! Thanks to my sista Mell yang sanggup temankan kakak kesayangan dia ni untuk nengok citer tu.
Cerita ini mengisahkan seorang puteri raja Rapunzel yang mempunyai rambut sakti yang berupaya menyembuhkan sebarang penyakit termasuk penyakit tua. Rapunzel telah diculik oleh Mother Gothel yang mahu menggunakan kuasa daripada rambut Rapunzel untuk membolehkan beliau sentiasa muda. Mother Gothel menyembunyikan Rapunzel di dalam sebuah menara yang terpencil di dalam hutan. Rapunzel dilarang keluar dari menara itu, dan hanya Mother Gothel sahaja yang mengetahui mengenai menara tersebut.
Satu hari, seorang pencuri, Flynn Rider yang mahu mencari tempat bersembunyi setelah dikejar oleh tentera-tentera berkuda Maharaja, telah menemui menara tersebut. Dengan bantuan Flynn, Rapunzel berjaya keluar dari menara tersebut. Bermulalah pengembaraan Rapunzel dengan Flynn.


Walaupun cuma cerita dongeng dan animasi, namun, banyak yang dapat diteladani dari citer ni. Tu pasal, aku bagi ...




































5 BINTANG!!! Pheww!! :D

Anyway, antara MORAL OF THE STORY yang aku nak kongsikan dalam citer ni:-

1) Kita perlu BERANI untuk capai IMPIAN kita. Jangan TAKUT dengan KEGAGALAN, jangan TAKUT untuk MENCUBA.



2) USAHA yang bersungguh-sungguh dan SOKONGAN dari orang yang TERSAYANG dan DIPERCAYAI amat penting dalam mencapai KEJAYAAN.


 3) Bukan MUDAH nak BERJAYA dan bukan SUSAH nak GAGAL.


4) Setiap dari kita ADA KELEBIHAN tersendiri, walaupun hanya seekor SUMPAH-SUMPAH.

 6) Sentiasa CERMIN diri kita, dan MUHASABAH diri dan PERBAIKI peribadi.

 5) HATI perlu sentiasa BAIK, supaya setiap inci DIRI kita, jadi BAIK.


6) Tak semestinya WANITA yang baik, akan dapat LELAKI yang baik (ahahaha!!), tetapi SI CANTIK biasanya akan dapat SI KACAK, walaupun SI KACAK tu tak semestinya baik (haruskah??)


So, sapa-sapa yang belum tengok, boleh lah tengok citer ni. Nowa, I don't mind for a second time!!

"Masa Lapangku"
Nurhani
Shah ALam

Jumaat, 10 Disember 2010

Rileks Sekejap : - Jangan Ada Benci by Casey



Salam semua,

Aku suka sangat lagu ni. Mengingatkan aku pada sejarah lampau aku. Kenapa? Korang layan jer lah.:)


JANGAN ADA BENCI : Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
JANGAN ADA BENCI
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni TERPUTUS di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran KEGAGALAN
Kita BERDENDAM saling bermusuhan


UNGKIT mengungkiti
SAKIT menyakiti
Memusnahkan diri

Korus:

Kita harus TABAH dan bersedia
CEKAL hadapi kemungkinan yang tiba
Kadang kala yang berlaku
Di luar KEMAHUAN kau dan aku


MORALNYA : Jangan berDENDAM bila sesuatu yang kita cita-citakan tak menjadi. Walaupun kita dah berUSAHA, semua ketentuan Allah. Ada hikmah dan kebaikannya pada kita. Dan aku? Aku tak pernah BERDENDAM, jauh sekali mahu meruntuhkan kebahagian saudaraku. PEMBOHONG BESARLAH sesiapa yang mengatakan aku PENDENGKI DAN CEMBURU serta sanggup berusaha menjatuhkan dan memusnahkan orang lain. Aku ada sebab untuk itu dan mengapa aku memilih jalan ini. AKU TAK SUKA GADUH-GADUH. Biarlah apa orang nak kata, aku tak sanggup nak sakiti orang lain. Kerana sesungguhnya aku, dia dan mereka, hakikatnya, KITA adalah BERSAUDARA.

"Muslim itu bersaudara"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Khamis, 9 Disember 2010

Diari : ?????????

SALAM,

HARI INI DALAM KEADAAN MOOD BZ GILER, KERANA NAK SIAPKAN 2 PAPER UNTUK MESYUARAT MAIS. HARI NI LAST DAY NAK KENA HANTAR. 

HARI NI JUGAK LAST DAY NAK KENA HANTAR LNPT KAT TSU UNTUK DIA BAGI MARKAH 90% KE ATAS KAT AKU. (PERASAN!) PUN BELUM SIAP.

DAH LA SEMUA MESYUARAT KENA MASUK. TAK PUN, KENA ADA WAKIL BAHAGIAN MASUK.

Need Help! Urgent!
PADAN MUKA SENDIRI, SEBAB DALAM MESYUARAT PRE COUNCIL MULUT AKU DENGAN RAJINNYA MENGATAKAN,

"KACANG AJE NAK BUAT PAPER.."

SEKARANG, GHASEKAN!!!


Terpinga-pinga... Masa dah nak time, but sempat berblog.. Gigih!

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 8 Disember 2010

Rileks Sekejap : Bonus, di mana kau Bonus???

As-salam semua,

Hari ni hari pertama aku bekerja dalam tahun baru Hijrah 1432.  Alhamdulillah, syukur sebab Allah panjangkan umur aku untuk hidup dalam tahun baru Hijrah ini. Masih boleh bernafas, walaupun tersumbat kerana selsema. Alhamdulillah. Syukur..:)

Seperti biasa, dokumen dah berlapis-lapis minta disemak, walhal aku cuti SEHARI jer. Rasa nak demam balik pun ada, tapi bila mengingatkan kewajipan DIRI sendiri, aku pasrah.:P
Tapi sebenarnya, bukan sebab dokumen yang bertimun-timbun tu yang buat aku rasa suhu badan aku meningkat. Tapi sebab nak kena isi borang LNPT. Korang tau tak LNPT tu apa?:D. Meh sini aku bagitau. (Tunjuk ajar ku sifu!)

Untuk pegawai kerajaan, LNPT adalah singkatan kepada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, di mana pegawai atasan kita akan menyemak dan memberi markah untuk pelaksanaan aktiviti tahunan yang disasarkan di dalam SKT. SKT tu apa pulak yer?? :D

SKT pulak adalah Sasaran Kerja Tahunan iaitu TARGET aktiviti kita pada setiap tahun. Kalau aktiviti yang kita rancang untuk dilaksanakan berjaya, maknanya sasaran kita tercapai. Kalau tak, maknanya kita gagal capai apa yang ditargetkan.

So apakah kaitan LNPT dan SKT aku dengan kenaikan suhu badan aku?

























well.......
































Sebabnya, jumlah BONUS aku bergantung kepada berapa pencapaian markah LNPT yang boss aku letak... Hmmmm... Perlukah mengorat atau membodek boss semata-mata nak dapat SEBULAN bonus?? Haish!! Giler hapa!!! Dah! Dah! Berangan tak sudah-sudah!! Cepat isi borang tu weyy!! Lambat hantar karang tak dapat bonus LANGSUNG! 


 
Ini bukan Borang LNPT aku. Ini contoh borang LNPT untuk pegawai kumpulan sokongan. Untuk pegawai kumpulan pengurusan & professional, borang LNPT mereka berwarna hijau.

"Ntah Hapa-Hapa"


Hani
Shah Alam

Selasa, 7 Disember 2010

Main Masak-Masak : Sambal tumis ikan bilis

As-salam semua,

Semalam, selepas saja solat Subuh, aku dah masuk ke dapur teman mak masak. Perut aku berkeroncong minta diisi .Lapar dowh!! Mak aku sedang menggoreng keladi untuk sarapan.

"Keladi ni, nak makan dengan apa mak?" soalku pada emak.

"Makan macam tu aje lah. Nak makan dengan apa pulak?" balas emak, agak pelik dengan soalanku.

"Aisey. Biasakan ada sambal tumis, baru lah layan," aku pulak membalas. Kecur air liur mengingatkan sambal tumis emak.

"Kalau nak buat sambal, lama nak masak," kata emak.

"Takpe. Biar orang yang masak. Nak belajar," aku mengoffer diri sambil tersengih-sengih.

Dengan bantuan emak tersayang, aku menyediakan bahan-bahan untuk sambal tumis jawa iaitu:-

2 genggam ikan bilis yang sudah disiang dan dibersihkan.
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam cili api
Sekeping asam keping
(Maaf kami menggunakan sukatan orang Kampung Raja..:P)

Kesemua bahan tadi dikisar dan digoreng sehingga masak. Pastikan ianya betul-betul masak ok? Then, bila dah betul-betul masak, barulah letak 3 sudu gula dan sedikit garam. Rasa dulu sebelum angkat. Bila dah konfem sedap, baru angkat. Siappp!!!

So, inilah hasilnya. Adik aku kata, sama macam mak masak..:P

 Mak kata, minyak kena banyak, untuk pastikan cili betul-betul masak. Jadi, sambal ni sangat TAK SESUAI untuk orang yang sedang berdiet..:P. Masak pun kena lama. Sambal ni memang sesuai makan dengan lempeng, ubi atau keladi rebus. Makan dengan nasi panas-panas lauk ulam dan telur goreng pun sedap.

Juadah tengahari anak dara tak reti masak..:P

"Main Masak-Masak"
Hani
Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 4 Disember 2010

Diari : Demam....

Salam,

Malam tadi aku rasa tak sihat. Seram sejuk. Tekak rasa semacam. Perit. Nak telan air liur pun rasa perit. Pagi tadi, aku gi klinik. Aku bawak keta pun  rasa menggigil. Alhamdulillah selamat sampai. Dekat jer pun klinik tu dari rumah, tapi sebab badan rasa bisa-bisa, perjalanan ke klinik terasa lama.

Lama betul nak tunggu turn jumpa doktor. Badan aku makin panas. Dalam klinik pulak sejuk banget. Kaki aku rasa sakit bila menapak. Shawl yang aku bawa tak mampu nak hilangkan kesejukan yang aku rasa. 

Akhirnya, setelah 1 jam setengah menunggu, tiba giliran aku jumpa doktor. Doktor kata aku demam. Dia kasi aku ubat macam-macam. Aku tak larat nak bawak keta.  Aku kol adik aku suruh ambik. Dalam kereta, aku makan ubat dan terus tidur. Kepala sangat sakit, rasa nak pecah.

Sampai rumah, aku solat Zohor, dan terus-menerus buat siaran langsung, tidur dan tidur. Aku cuma sedar bila adik aku kejutkan aku suruh solat Asar. Rasa lega sikit daripada tadi. Rasa ringan sikit kepala. 

Aku redha dengan kesakitan ini. Maybe Allah nak kasi peluang aku bersihkan diri dan cuci dosa-dosa aku. Tapi aku doa semoga tak lama la aku sakit, sebab banyak komitmen menunggu. Maybe juga Allah nak beri aku rehat, sebab dah berminggu-minggu tidur lewat kerana buat kerja dan melayan blog, dan terlalu aktif bersukan. Semuanya untuk MAIS. (tetiba jer..:)

Betullah orang kata. Bila kita sakit ni, barulah kita teringat dan rindu saat-saat kita sihat. Time aku solat Zohor tadi, aku solat sendirian, kerana terpaksa solat duduk, sebab kepala aku memang berat sangat. So, aku teringat saat-saat aku solat semasa sihat. Biasa aku jemaah dengan mak dan adik, tapi tadi sebab aku tak larat, aku solat sendiri. Aku rasa rindu sangat nak solat macam biasa, dan berjemaah dengan emak. 

Insyaallah. Mudah-mudahan aku cepat sembuh. Nak solat jemaah dengan emak.

"Rindu Solat Jemaah"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 3 Disember 2010

Diari : Relaku Pujuk...


Aku tengok dia dua tiga hari ni, semacam jerr.. Semalam.. Hari ni.. Muram jerr.. Tak ceria macam selalu..

Aku tau.. Dia kecewa, frust, bengang, menyampah, merajuk.. Tapi tak ada yang concern, apatah lagi nak memujuk. Aku?? Aku memang GAGAL bab pujuk rayu ni. Selalu terjadi, bila aku cuba PUJUK dan RAYU, makin tensen orang tu dibuatnya.

Pernah dulu masa kat sekolah menengah, aku cuba PUJUK seorang kawan aku yang marah-marah dalam surau dan tetiba menangis tak tentu pasal. Last-last HISTERIA kawan tu. Pastu, aku macam dah seriau nak PUJUK orang, takut ada yang HISTERIA. Ini serius..

Masa tu, aku budak-budak lagi. Mana ada basic ilmu pasal pujuk memujuk ni. Lagipun, kalau gaduh dengan kawan-kawan, kami masih boleh baik lagi. Tak perlu PUJUK-RAYU. Lagipun, aku tak suka, gaduh lama-lama. Hati aku tak tenang. Selalunya aku akan minta maaf, walaupun bukan semestinya aku yang bersalah 100%. 

So, aku lebih suka beri MASA untuk COOL DOWN pada seseorang. Lepas tu, bila dia rasa agak tenang dan nak share dengan aku, aku akan jadi pendengar SETIA. Walaupun aku tak reti nak beri nasihat atau bantu selesaikan masalah dia, sekurang-kurangnya, aku dapat berkongsi kesedihan dia. Tapi, kalau kawan aku tu, beriya-iya nak aku dengar jugak, dan berkongsi airmata mereka, aku BERSEDIA untuk korbankan masa dan sponsor tisu untuk kesat air mata diorang.

 

Sebab, masa aku sedih, diorang jugak la yang sanggup dengar cerita aku dan bagi semangat pada aku...Diorang menyebabkan aku berkata pada diriku, "Bro, this is not the end of the world"..:P

Nora pernah bagitau aku, kalau kita tak maafkan kesilapan orang, sampai bila-bila pun jiwa kita akan kacau, sebab kita akan sentiasa ingat kesalahan orang itu pada kita. Masa hati tengah marah, aku abaikan aje pesanan Nora. Namun, akhirnya, selepas beberapa purnama, aku cuba buat jugak seperti nasihat Nora. Aku akhirnya maafkan kesilapannya. Sungguh benar apa Nora kata. Hati aku rasa lebih lega, lapang, tenang..


So, pada si dia, aku harap dia boleh COOL DOWN dan sentiasa berfikiran positif. sentiasa percaya bahawa kita memang sentiasa diuji. Stok tisu aku banyak lagi. FOC jerr.. Aku bersedia untuk menemanimu bila-bila masa diperlukan. Pengalaman silamku menjadikan aku  memahami perasaanmu. Itulah empati (emphaty), sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor. Lagipun, bila lagi mau mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam kursus AKRAB kan? :D Kami di AKRAB sedia membantu. Yeahh!!!




"Teman Sejati Sukar Ditemui"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 1 Disember 2010

Diari : Cinta Syyyyyhhh dengan Abang PLUS...

Salam,

Last wik, aku ajak Nora temankan aku gi wedding anak kepada kawan baik abah aku di Taman Sutera, Kajang. Seyes aku tak tau tempat tu kat mana weh! Tak familiar nama tempat tu untuk aku yang memang jarang ke Kajang. Walaupun dah menggoogle map, aku masih tak konfiden. Dah la aku TAK SUKA gi wedding, sebab PHOBIA nak kawen tak jadi (ahahahaah!!!). 

Namun, memandangkan abah out station, emak pulak jadi wakil keluarga untuk wedding sepupu aku kat Taiping, dan dah tak ada orang lain boleh datang. Tambahan pulak, pengantin perempuan pun dah kol aku dan jemput datang. Emak pengantin pun bersungguh mintak aku datang. Jadi, aku tak ada apa-apa alasan konkrit untuk tak hadir. Kalau tak ada halangan, jemputan WAJIB dipenuhi, walaupun aku tak suka.

Jam 11 tengahari kami bertolak dari Shah Alam. Aku menggunakan lebuhraya menuju ke Putrajaya dan mengambil susur keluar ke Kajang..Sampai di persimpangan MAEPS, Serdang, kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang disebabkan oleh program MAHA 2010 yang diadakan di sana. Sepanjang perjalanan, aku dan Nora asyik menghubungi kawan-kawan kami untuk bertanyakan jalan ke sana, kerana aku tak ada kad jemputan. Almaklumlah, di zaman serba canggih ini, aku hanya perlu view kad jemputan dari pasangan pengantin ini melalui Facebook.

Selepas melepasi Sungai Ramal, aku tersilap memasuki lebuhraya yang baru dibina, yang menyebabkan aku terpaksa membuat pusingan U untuk menghala semula ke Pekan Kajang, selepas membayar tol RM1. Sebab aku U turn, kena lah bayar RM 1 lagi sekali. Hmmmm..

Keluar jer dari tol, aku blank balik, sebab jalan tu pecah 2. Ke Semenyih, dan ke Kajang. Last-last aku berenti kat tengah-tengah garisan belang-belang,  Sedang Nora sibuk kol kawan dia untuk pastikan tempat  kenduri kami, tiba-tiba....

Abang PLUS : "Assalamualaikum,"

Kami : "Waalaikumsalam."

Abang PLUS :  "Nak ke mana Cik?"

Kami : "Taman Sutera."

Abang PLUS : "Owhh. Ikut saya..:) Saya bawa ke sana (sambil memberikan senyuman yang tersangat manis)."

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, sebab permudahkan urusan kami. Terima kasih kerana bantuan Mu datang di saat-saat kami memerlukanmu.:)

 Macho kan Abang Syyyhhhh??... Thanx a lot bro! Jasa mu ku kenang..:)

Pasangan pengantin yang comel, sama cantik sama padan, bersama mak dan ayah pengantin perempuan. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. 

Moral of the story.
Dunia hanya pinjaman
Akhirat kekal abadi.
Kumpul banyak bekalan amalan,
Sebelum kita bersemadi.

Nurhani
Shah Alam

Diari : Mood gian nak menulis..


Salam semua,

Rasa begitu stress kerana tak dapat nak hap date blog sejak Isnin. Sesungguhnya aku begitu poyo nak menulis, tetapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Arghhh!! Tensen tengok blogger lain yang rajin giler hapdate blog memasing.  Dua hari dua malam aku menghadap latop Nowa, (kerana lappy ku masih dengan Cik Mellankolia) menyiapkan power point presentation untuk Kursus Induksi MAIS. Dua hari dua malam jugak aku tido lewat (2-3 pagi) sebab siapkan menda tu. Thanx  to Nora yang sudi korbankan lappynya untuk aku..:)

Alhamdulillah.. Semalam aku dah selamat ke ILDAS dan dah present pun...:) Harap-harap seramai 50 peserta induksi MAIS dapat memahami serba sedikit mengenai Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2002 selepas mendengar penjelasan daripada aku selama 2 jam. Kalau tak faham keseluruhan, 20% pun aku dah syukur sangat. Berbaloilah usaha aku selama 3 hari 2 malam untuk sediakan dan menempuh 2 jam perjalanan untuk berkongsi dengan peserta mengenai kandungan dan intipati Enakmen tersebut.

Maaflah. Entri kali ni ntah hapa-hapa. Aku cuma nak lepas gian menulis ajer.. So, aku menulislah time rehat 1 jam ni. Ini pun dah diskaun sebab ada program kat masjid tadi. tinggal 40 minit. Kol 2.30 ada meeting. Nak tau dapat bonus 10 bulan ke tak. Haish!! Berangan memang best. Tapi, kalau dapat best jugak! Konfem tahun depan aku gi haji..:) Tak kisahlah dapat ker tak! Doa ajer banyak-banyak..:) Insyaallah, doa yang baik, akan makbul jugak, cuma tak tau bila..:) Aminnn!!


"Ntah hapa-hapa"
Nurhani 
Shah Alam