Di Lakeview Resort, Pekan, Pahang, aku tidur pada jam 4.30 pagi, dan bangun balik pada jam 6.30 pagi, untuk solat Subuh dan bersiap-siap ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Memang tak cukup tidur, tapi kerana tugas, kenalah selesaikan.
"Rugi sangat. Booking bilik, tapi tidur 2-3 jam ajer," kata Rohana, PRO kami.semasa kami check in bilik. Betul lah tu. Tapi nak buat macam ne. Coaster tu tak boleh speed laju dahh...
Jam 9 pagi, kami tiba di perkarangan bangunan JAIP. Kami disambut dengan begitu meriah. Pegawai-pegawai JAIP diketuai oleh Dato' Hj Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah JAIP.Macam kenduri kawin pun ada, sebab pegawai lelakinya lengkap berbaju Melayu dan bersampin. Owh! Patutlah. Hari ni kan hari Jumaat. Baru aku teringat. Tapi memang rasa lebih meriah.
Perbincangan kami dipengerusikan oleh Dato' Timbalan Pengarah JAIP. Perbincangan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengurusan masjid di Pahang yang disampaikan oleh seorang Pegawai JAIP. Di sini, semua masjid diurus sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama, tetapi ada seorang pegawai dilantik di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk menyelaraskan hal ehwal masjid di peringkat majlis. Perbincangan kali ini lebih seronok kerana turut disertai oleh pegawai dari Bahagian lain, bukan Bahagian Pengurusan Masjid sahaja. Jadi banyak juga persoalan yang kami lontarkan berkenaan dengan isu lain. Semasa berehat untuk minum pagi, saya duduk berhampiran dengan Dato' Timbalan Pengarah dan KPP Bahagian Pengurusan Masjid. Banyak yang dikongsikan dengan mereka berdua termasuk isu sebatan Kartika yang hangat satu ketika dulu, perintah dan arahan DYMM Sultan Pahang menghalang orang Islam memasuki premis judi.
Jam 11.30 pagi, perbincangan dan perkongsian maklumat kami selesai. Walaupun tadi kami telah dijamu minum pagi, sekali lagi kami dijamu makan tengahari. Lepas makan, makan, lepas makan, makan. Inilah faktor aku tak berapa suka lawatan kerja, kerana diet aku memang hancusss!! kami bertolak pulang lebih kurang jam 12.30 tengahari.
Alhamdulillah..Syukur.. Akhirnya selesai juga misi kami ke 3 negeri di Pantai Timur Malaysia. Info yang diperlukan dah dapat. Contact person di setiap negeri pun dah ada untuk bertanya maklumat tambahan. Syukur alhamdulillah..
Dalam perjalanan pulang, aku tak tidur langsung, walaupun cuma 2 jam aku tidur semalam. Mungkin sebab terlalu excited nak balik ke negeri sendiri, dan sebab berjaya selesaikan misi menjelajah 3 negeri naik coaster. Di lebuhraya Karak, dua kali kami hampir-hampir terlibat dalam kemalangan. Kali pertama, apabila lori di hadapan kami tiba-tiba membrek menyebabkan ia berpusing dan melintang di tengah-tengah jalan di laluan paling kanan. Mujur pemandu coaster kami dengan cekap terus menekan brek dan mengalih coaster ke laluan sebelah kiri jalan. Rupa-rupanya sebuah kereta Wira di hadapan lori tersebut yang mengalami kerosakan menekan brek secara tiba-tiba kerana bumper depan kereta mereka tercabut. Alhamdulillah.. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Kali kedua, apabila coaster kami bergesel dengan sebuah treler yang membawa sebuah jentera berat di atasnya. Kesan geseran tersebut boleh dilihat di cermin tingkap coaster kami. Perghh!! Sangat bahaya yerr.. Sipi kot!!
Tapi alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Shah Alam pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah.. Syukur.. Perjalanan ini, sungguhpun memenatkan, namun pengalaman dan cerita yang ditempuh tentu sekali berbeza dengan pengembaraan yang lain. Tahniah pada PRO MAIS yang bertungkus lumus menyusun atur program. Tahniah juga pada semua peserta rombongan, yang sanggup bersengkang mata dan berlapar semata-mata nak penuhi jadual program yang padat. Betullah kata orang. Nak mencari sahabat sejati, ajaklah bermusafir. Tengok macam mana tahap kesabaran masing-masing.. :D
"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Nurhani
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan