Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 21 Disember 2010

Rileks Sekejap : Hantu Kak Limah Balik Rumah

 
 Assalam,

Korang dah tengok citer Hantu Mak Limah Balik Rumah? Aku sebenarnya tak suka sangat tengok citer Melayu. Aku lebih suka tengok citer omputih.(Sebab tu hidung aku mancung sangat dan kulit aku putih  melepak! :P). Tapi, sebab ramai kawan-kawan aku kata citer tu best, sampai ada yang bagi 5.1 bintang daripada 5, (melampau kot!), so, semalam aku luangkan masa sekejap menonton filem tu dengan kawan-kawan.

Waktu kami sampai, tayangan dah bermula. Kami sampai lewat 10 minit kerana hujan lebat menyebabkan aku lebih berhati-hati ketika memandu (Owh! Ya kah??). Lagipun, aku perlu memikirkan keselamatan dan masa depan kami berempat yang masih BUJANG. Seboleh-bolehnya, kami TAK NAK terlibat dengan kemalangan. Kami berikrar mau BERSANDING dengan wajah kami yang cantik dan ASLI!! Haish!! Apa kaitan?
 Serammmm...
 
 Part yang kelakar dalam filem ni.
Boleh tahan jugak filem ni. Kelakar seram. Boleh la mereleasekan mental yang tension. Aku bagi 3.5 bintang ajer daripada 5. Aku rasa,Ngangkung dan Rapunzel lagi best, that's why aku bagi 5. Korang macam mana? :D

"Sajer"
Nurhani
Shah ALam

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Saya pun tak suka tengok cerita melayu apa tah lagi cerita seram...

Layan cerita kartun jer..:)

SiNoMoSa berkata...

Salam Hunny,

Sy dah tgk citer nie, itupun gara-gara pengaruh dari kawan2..bg sy OK, ada scene yg kelakar juga..tp masih tidak capai tahap BEST dari sy..

white rose berkata...

sy tak boleh bagi bintang sesuke2 je...

apa bintang pun dorang tak layak tau...sebab sy belum tengok...

kakakakkaka...

ejaMaria berkata...

tak pegi punya... minggu lepas baru tengok ngankung...
budget tengok wayang ngan anak-anak sekali shj tiap kali cuti sekolah... hehehe...

Hunny berkata...

En Razak,

Watch rapunzel. I am sure u'll enjoy watching it.:P

Hunny berkata...

Sinomosa,

Same with me.. kira okaylah..:)

Hunny berkata...

WR,

Tengok dulu baru komen ok?:P

Hunny berkata...

Kak Eja,

rapunzel dah tengok?