Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 1 Disember 2010

Diari : Cinta Syyyyyhhh dengan Abang PLUS...

Salam,

Last wik, aku ajak Nora temankan aku gi wedding anak kepada kawan baik abah aku di Taman Sutera, Kajang. Seyes aku tak tau tempat tu kat mana weh! Tak familiar nama tempat tu untuk aku yang memang jarang ke Kajang. Walaupun dah menggoogle map, aku masih tak konfiden. Dah la aku TAK SUKA gi wedding, sebab PHOBIA nak kawen tak jadi (ahahahaah!!!). 

Namun, memandangkan abah out station, emak pulak jadi wakil keluarga untuk wedding sepupu aku kat Taiping, dan dah tak ada orang lain boleh datang. Tambahan pulak, pengantin perempuan pun dah kol aku dan jemput datang. Emak pengantin pun bersungguh mintak aku datang. Jadi, aku tak ada apa-apa alasan konkrit untuk tak hadir. Kalau tak ada halangan, jemputan WAJIB dipenuhi, walaupun aku tak suka.

Jam 11 tengahari kami bertolak dari Shah Alam. Aku menggunakan lebuhraya menuju ke Putrajaya dan mengambil susur keluar ke Kajang..Sampai di persimpangan MAEPS, Serdang, kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang disebabkan oleh program MAHA 2010 yang diadakan di sana. Sepanjang perjalanan, aku dan Nora asyik menghubungi kawan-kawan kami untuk bertanyakan jalan ke sana, kerana aku tak ada kad jemputan. Almaklumlah, di zaman serba canggih ini, aku hanya perlu view kad jemputan dari pasangan pengantin ini melalui Facebook.

Selepas melepasi Sungai Ramal, aku tersilap memasuki lebuhraya yang baru dibina, yang menyebabkan aku terpaksa membuat pusingan U untuk menghala semula ke Pekan Kajang, selepas membayar tol RM1. Sebab aku U turn, kena lah bayar RM 1 lagi sekali. Hmmmm..

Keluar jer dari tol, aku blank balik, sebab jalan tu pecah 2. Ke Semenyih, dan ke Kajang. Last-last aku berenti kat tengah-tengah garisan belang-belang,  Sedang Nora sibuk kol kawan dia untuk pastikan tempat  kenduri kami, tiba-tiba....

Abang PLUS : "Assalamualaikum,"

Kami : "Waalaikumsalam."

Abang PLUS :  "Nak ke mana Cik?"

Kami : "Taman Sutera."

Abang PLUS : "Owhh. Ikut saya..:) Saya bawa ke sana (sambil memberikan senyuman yang tersangat manis)."

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, sebab permudahkan urusan kami. Terima kasih kerana bantuan Mu datang di saat-saat kami memerlukanmu.:)

 Macho kan Abang Syyyhhhh??... Thanx a lot bro! Jasa mu ku kenang..:)

Pasangan pengantin yang comel, sama cantik sama padan, bersama mak dan ayah pengantin perempuan. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. 

Moral of the story.
Dunia hanya pinjaman
Akhirat kekal abadi.
Kumpul banyak bekalan amalan,
Sebelum kita bersemadi.

Nurhani
Shah Alam

14 ulasan:

Heidi Shafiq berkata...

eh.. boleh mintak tolong ye? pasni klu aku sesat bleh la mintak org tol escort..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Kalau kat semenanjung memang saya mati akal, tak pernah drive dan memang tak tahu jalan...:)

beautiful_rose berkata...

nasib baik ada orang tolong,kalo tak mmg harulah kat tgh2 plus tuh...







asal masuk shah alam jerk mesti sesat.gune google map pon ke laut.lain di cari lain y jumpe.mcm google map tu sedg menipu aku..

DrSam berkata...

Salam Hani. Majlis kahwin ni memang spesyel dan boleh jadi kenangan manis. Pertama pengantin kol, lepas tu mak pengantin kol, lepas tu kawan pengantin kol abang plus mintak tunjuk jalan :)

..nOWa.. berkata...

and....ada apa kat kenduri kawen tu? :p

white rose berkata...

sebab PHOBIA nak kawin tak jadi...

ayat yg lawak guling2...
miahahahaha...

aa, sama la dgn sy...

apsal abg plus tu akak xmintak autograf

cayalah abg plus...

Lee Noh berkata...

Salam Hani.

Biar sesat di lebuhraya asalkan tidak sesat jalan ke sana dah......

ana berkata...

fuyoo siap escort tu...best2!!!

SURIA AMANDA berkata...

bagus la abg syhhh tu..jemput dia makan kenduri sekali tak? kasik gempak skit dtg bwk bodygard..hahahahaha..

Hunny berkata...

Heidi,

Boleh sangat! Buat2 sesat jerr, lepak kat jalan belang2 tu, insyaallah bantuan sampai..:)

Hunny berkata...

En. razak,

Samalah. Kalau saya ke Sabah sarawak, gerenti kena mintak orang sana escort:)

Hunny berkata...

beatuful rose,

Text me kalau turun shah alam. I bagi number fon. kalau free i boleh escort..:P

Hunny berkata...

Dr Sam,

Betul..:)


Nowa,
Hahaha.. Syyyyhhh...Diam2 sudahla..:P

Hunny berkata...

White Rose,
Takper, kita cuba lagi ek? :P



Pak Ngah,
Jalan ke Akhirat..:)


Ana,
Rasa macam Permaisuri pun ada jugak.. Ahahahaha..


Suria,
Segan nak ajak sebab majlis kenduri orang lain. kalau saya punya, konfem jemput!!!:D