Salam semua,
Suka untuk saya kongsikan tafsir ayat 11-24 surah An-Nur yang saya baca pagi ini mengenai dosa bercakap bohong dan menyebarkan fitnah. Mari luangkan sedikit masa untuk memahami apakah maksud amaran-amaran yang Allah beri melalui ayat-ayat tersebut supaya menjaga mulut dari berdusta dan menyebarkan fitnah. Walaupun Allah telah nyatakan bahawa dosa bercakap bohong dan memfitnah adalah sangat besar dan azabnya sangat pedih, namun kita semua masih seronok memperkatakan mengenai orang lain. Ingatkah kita bahawa seringan-ringan azab di neraka adalah azab yang dikenakan ke atas bapa saudara Nabi, Abu Tholib? Iaitu dia dimasukkan sekejap ke dalam api neraka yang membakarnya sehingga menggelegak otaknya? Bagaimana pula bila Allah telah menyatakan dengan dengan tegas bahawa dosa bercakap bohong dan menyebarkan fitnah adalah dosa yang besar dan sesiapa yang mengambil bahagian akan beroleh seksa yang besar?? Nauzubillahi min zalik!! Semoga kita semua dapat menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan dan hati kita yang Allah beri untuk tidak terjebak dalam dosa yang sangat mudah untuk dibuat dan dianggap biasa. Aminn..
Sesungguhnya orang yang membawa berita yang dusta itu adalah daripada kalangan kamu, dan janganlah kamu menyangka (berita dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Setiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menghebahkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar.
(Ayat 11)
Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan, orang yang beriman lelaki dan wanita, tidak bersangka baik terhdap sesama sendiri dan berkata, " ini ialah tuduhan dusta yang nyata."
Mengapa mereka tidak membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi Allah, adalah orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurniaan Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, sudah tentu kamu dikenakan azab yang besar disebabkan kamu turut terlibat dalam berita palsu itu.
Semasa kamu bertanya atau meceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakannya dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak ketahui kebenarannya dan kamu menyangkanya perkara yang kecil, padahal ia pada sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya.
(Ayat 15)Dan sepatutnya, semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata," Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini, Maha Suci Engkau Ya Allah daripada mencemarkan nama baik rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta yang besar (tuduhan yang amat berat)."
(Ayat 16)Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab yang besar.
(Ayat 23)
Pada hari (kiamat) lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan (di dunia dahulu).
(Ayat 24)
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
So, apa kena-mengena dengan tajuk tu? Hmmm.. Maknanya, jangan menipu, jangan berdusta, jangan cakap bohong, jangan buat fitnah, jangan mengumpat.. Walaupun lain-lain bahasa, tapi Tipu, Bohong, Dusta, Fitnah dan Mengumpat sebenarnya adalah adik-beradik sepupu-sepapat. Mudah-mudahan kita selamat di dunia akhirat. Waalahu a'lam bissowab. Semoga bermanfaat kepada semua yang membaca.
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
2 ulasan:
sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik...lebih banyak diam n tak mau marah2 :)
Ana,
Mudah-mudahan Allah memberkati mu..:)
Catat Ulasan