Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 8 September 2010

Diari - "Ramadhan, Pemergianmu Ditangisi.."

Salam semua,

Semalam pada sebelah pagi diadakan Majlis Khatam al-Quran MAIS dan penutupan Ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MAIS. Majlis penutupan dirasmikan oleh YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Majlis turut diserikan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Othman Hamzah Al-Maqari', Bekas Imam Besar Masjid Negeri Selangor untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan, pemergianmu ditangisi".

Banyak pesanan yang disampaikan oleh Ustaz Othman supaya kita melakukan sebanyak-banyak amalan di sepanjang bulan Ramadhan. Ini kerana, setiap amalan sunat yang kita buat, kita mendapat pahala fardhu. Beliau turut menggalakkan supaya pemberian duit raya seeloknya dibuat di dalam bulan Ramadhan, kerana pahala yang Allah beri adalah seperti pahala melakukan ibadah fardhu seperti pembayaran zakat. Beliau turut berpesan supaya kita banyak beristighfar, membaca al-quran, qiyamullail dan bersedekah di bulan yang barakah ini. Ini kerana telah disebutkan di dalam satu hadis, jika kita bersedekah (atau menyediakan makanan) kepada seseorang yang berpuasa, kita mendapat pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut.

Ustaz Othman turut memberikan pandangan beliau bahawa di setiap rumah orang Islam berbangsa Melayu WAJIB terdapat tafsir al-quran dan terjemahan di dalam Bahasa Melayu. Ini kerana, beliau menjelaskan bahawa membaca al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi hendaklah difahami dan seterusnya dilaksanakan.

Insyaallah, amalan membaca Al-Quran bukan setakat di bulan Ramadhan sahaja, tetapi hendaklah dibuat secara berterusan. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk mem

Ceramah agama bertajuk "Ramadhan. pemergianmu ditangisi" yang disampaikan oleh YB Al-fadhil Ustaz Othman Hamzah Al-Maqari'.

Antara staff lelaki yang hadir.

Majlis khatam al-Quran bermula.

Sekapur sireh oleh Al-fadhil Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, TSU MAIS.

Ucapan perasmian penutup oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS.

Mamat skodeng..>:D

Cenderahati untuk penceramah.

En Rasyid Ridha, wakil Bahagian Undang-Undang MAIS menerima cenderahati sebagai pembaca Al-Quran.

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"


Nurhani


Shah Alam

Tiada ulasan: