Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 8 September 2010

Diari - TARBUSH..


Salam semua,

Semalam, selepas pulang dari menghadiri Muzakarah Pakar di IKIM, saya dan beberapa orang kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS memenuhi undangan untuk berbuka puasa bersama-sama beberapa orang rakan peguam di Restoran Tarbush yang terletak di Sunway Pyramid. Nora pun turut sama menyibuk, walaupun dia bukan lawyer, tapi dia loyar.. hehehhe..

Selain dari makanannya yang sedap dan lazat, Tarbush turut mempunyai dekorasi Arab yang menarik dan lokasi yang sangat strategik kerana dipenuhi oleh lampu-lampu dan pemandangan sekitar Sunway Pyramid. Kawasannya selesa dan sesuai nak bawak family makan kat sini. Ada tempat solat, tapi muat untuk sorang ajer.. tapi nak ambil wudhuk kena guna bilik air kat luar, kerana dalam restoran tak ada bilik air.

Malas citer panjang-panjang, korang bukan boleh rasa pun! Datanglah makan kat sini, sebab sedap!!!

Lampu Aladin pun ada..

Chantek kan lampu ni?

Makan-makan, jangan malu-malu..:)

Muka kenyang..:D

Alalalalalla....:) Nora.Photoshoot by me.

Wow! Mengancam nye jelingan tajam Shakirah..:D

Barisan pejuang-pejuang lelaki BUU MAIS. Dari kiri : Fahimi, Rasyid, Asri. Berbaju biru, anak Asri (Khairul Anam.)

Pasangan romantis..:P Rosma dan Zamri.

Me. Photoshoot by Nora.

Masa nak balik tu, ada tanglung ni kat ruang legar. Saje tangkap gambar. Chantek!


"Jalan-jalan cari pasal"
Nurhani

Shah Alam

5 ulasan:

ana berkata...

tetiba lak ada tanglung...lari tema ni :P

azza berkata...

bestnye...

Hunny berkata...

Ana,
Sunway Pyramid yang lari tema.. time2 raya pasang tanglung.. apa kes? kami cuma 'berlari' sama ajer.. ehehehe..:D

Hunny berkata...

Aza,
Try lah makan kat situ. Makanannya best. Boleh gak nak ala carte. kami layan buffet Ramadhan. RM60 per pax.. Alhamdulillah..:)

DrSam berkata...

Salam Hani. berbuka bersama rakan taulan memang seronok. sekali sekala tukar selera bagus juga.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.