Alhamdulillah, semalam saya dan rombongan ke Surabaya selamat sampai di Lapangan Terbang Juanda pada jam 5petang waktu Surabaya, Indonesia. Beza waktu di sini dengan di Malaysia adalah satu jam (waktu malaysia pukul 6 petang). Sesampainya di airport, dua buah Toyota Innova telah menunggu kami di passenger pick up. Kami terus menuju ke Hotel Tunjungan, tempat menginap selama dua hari di sini.
Sepanjang perjalanan ke hotel, saya memerhatikan persekitaran Surabaya. Kereta-kereta di sini semuanya kereta import, kerana indonesia memang tidak mempunyai perusahaan automobilnya sendiri. Kebanyakan teksi di sini berjenama Toyota. Teksi-teksi mereka kebanyakkannya Toyota VIOS. Mungkin sebab harga keretanya murah banget di sini. Kebanyakkan pengguna jalanraya terdiri dari penunggang dan pembonceng motosikal.
Sebelum ke hotel, kami singgah makan di restoran Dapur Desa. Mellihat makanannyer yang pelbagai, saya langsung menarik nafas panjang dan berkata,
"Hancur diet aku.. "
Abang Long (abang ipar sulung Puan Norraini) yang memang suka mengusik berkata,
"Kalau nak diet, jangan makan,duduk luar ajerr..tunggu kitorang habis makan" katanya melawak.
Namun disebabkan terlalu lapar, saya makan lah jugak. Nampaknya, semua orang senyap bila dapat makanan.Mana taknyer.. Kami tak sempat lunch.. dalam flight air asia yang ada maggi ajer.. sebab saya dah banned maggie, tak ada lah saya membelinya untuk dimakan, jadi perut memang lapar sangat dan berkeroncong. Yang lain-lain pun saya tengok tak lalu nak makan maggie.. elok lah tu, sebab saya dapat tahu, kalau kita makan maggie, kita perlu minum dua baldi air nak hilangkan toksin maggie tu.. huhuhuu.. banyak tu beb!
Alhamdulillah.. perjalanan kami semuanya lancar. Sampai di hotel lebih kurang jam 7.30 malam, kami berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti pertama, iaitu bersiar-siar di Plaza Tunjungan. Plaza Tunjungan hanya 100 meter dari hotel tempat kami menginap. Suasananya sama macam shopping kompleks di Malaysia juga. Lebih kurang seperti di KLCC atau Sogo. Saya mencari barangan yang dihajati, tetapi nampaknya tak ada yang diminati.Jadi saya tidak membeli apa-apa hanya menemani yang lain bershopping dan memilih barang-barang yang dihajati.
Lebih kurang jam 9 malam, kami semua pulang semula ke hotel. Hajat di hati ingin lepak di bilik sambilmelayari internet, rupa-rupanya tak ada line di bilik, perlu mengakses di lobby hotel. Harganya juga agak mahal, iaitu 35,000 rupiah satu jam (lebih kurang RM12 sejam).Jadi saya menangguhkan hasrat saya, dan sekadar bersembang dengan Puan Norraini sebelum beliau langsung tertidur. Saya menulis diari di dalam nettbook yang saya bawa bersama. Lebih kurang jam 12 malam, barulah saya berjaya melelapkan mata.
"Berjalan, melihat & mentafsir"
Hani
Telkom Kafe
Plaza Tunjungan
Surabaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan