Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 11 April 2010

Diari - Ekspedisi Surabaya : Part 2

Salam semua,

Hari ini, 10 April 2010, hari kedua kami berada di Surabaya. Seawal jam 8 pagi, kami semua sudah berkumpul di lobi hotel untuk meneruskan lawatan kami di Surabaya. Kami menuju ke sebuah kawasan di daerah Sidoarjo bernama Lapindo untuk melihat sendiri kesan banjir lumpur yang tiba-tiba saja melanda daerah Surabaya pada tahun 2006. Kami dimaklumkan oleh Abang Long dan juga pemandu pelancong kami, Bapak Rano, lumpur berkenaan meliputi tanah Surabaya seluas lebih kurang sebesar Negara Singapura! Dan semakin lama,lumpur berkenaan semakin dalam. Abang Long yang sering berkunjung ke Surabaya memaklumkan bahawa pada tahun 2007, kawasan lumpur berkenaan telah ditambak, tetapi tambaknya terpaksa ditambah lagi pada tahun kemudiannya kerana kawasan lumpur tersebut semakin dalam. Jelas saya lihat dari kejauhan, lumpur tersebut meletup-letup seperti lahar gunung berapi kerana habanya yang panas. Kami dimaklumkan oleh beberapa keluarga mangsa yang berada di sekitar kawasan tersebut menjual CD-CD bencana tersebut bahawa seramai 16 kampung yang musnah akibat bencana tersebut. Allahu Akbar! Besarnya kuasa Allah. Teringat saya sepotong ayat dalam al-quran dalam surah Yasin yang bermaksud;

"Apabila telah diputuskan sesuatu (oleh Allah) untuk terjadi, maka terjadilah ia".

Sebelum pulang, kami membeli satu set CD-CD tersebut untuk menyumbang kepada keluarga dan mangsa-mangsa tragedi berkenaan. Kami mendoakan Allah menganugerahkan mereka kesabaran dan kemudahan selepas kesusahan yang dialami oleh mangsa bencana tersebut.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Siodarjo untuk membeli barangan kulit. Barangan kulit di sini sangat murah. Saya tak sempat memilih lama kerana masa yang terhad. Tak sempat pun, sempat jugak saya membeli kasut kulit untuk saya dan cenderahati untuk teman-teman di Malaysia. Seterusnya, kami ke sebuah kedai tekstil bernama Indah di Tanggul Angin. Masyaallah! Cantik-cantiknya kain kat sini. Sulamannya cantik dan halus. Saya membeli beberapa barangan untuk dihadiahkan kepada adik-beradik dan rakan-rakan di Malaysia.

Selesai aktiviti melontar, barulah perut masing-masing terasa lapar. Jam pun dah pukul 2 petang (waktu Indonesia). Kami singgah makan ayam kampung yang sedap di sebuah restoran (tak ingat pulak namanya). Tapi memang sedap banget!Sementara menanti lauk pauk yang ditempah sampai, kami solat dahulu di musolla.

Bila dah kenyang,kami langsung ke Jembatan Merah di daerah Ampel. Menurut Pak Rano, semasa zaman pendudukan Jepun di Indonesia, terdapat sebuah jambatan yang sering digunakan oleh tentera jepun untuk membunuh tentera-tentera Belanda sehinggakan darah mereka memenuhi jambatan tersebut. Sebab itulah jambatan tersebut dinamakan Jembatan Merah. Saya ingatkan Jembatan Merah ini satu lokasi pelancongan, rupanya tempat membeli-belah juga. Banyak kedai-kedai menjual tudung, membuat tempahan baju kot dan telekung yang cantik-cantik. Rambang juga mata melihat, tapi terpaksa kontrol nafsu membeli,sebab dah kehabisan bajet. Namun, menurut pemerhatian saya, harga barangan di Jembatan Merah jauh lebih murah daripada di Tekstil Indah. Menyesal jugak beli telekung di sana, sebab harga di Jembatan Merah boleh ditawar.

Lebih kurang jam 7.00 petang, masing-masing dah letih berjalan, dan duit pun dah habis. Satu kereta pulang dulu, sebab Abang Ngah dan keluarga belum selesai membeli-belah lagi. Kami satu kereta pulang dulu. Pergi kosong, balik memang penuh, sampai tak muat bonet!Hahahaha.. kami singgah di sebuah kedai kotak untuk membeli kotak untuk mengisi barang-barang yang dibeli.

Sebelah malamnya, Kak Nomi dan keluarganya masih mahu meneruskan perjalanan ke satu lagi Shopping Mall bernama Galaxy.

"Kat sana kasut Crocs nya murah." kata Abang Long, yang menggemari kasut jenama tersebut.

"Saya nak beli untuk suami saya," kata Kak Normi.

"Saya nak ikut, tapi nakcari tempat yang ada Wi Fi jerr, bukan nak shopping," kata saya.

"Tu lah. Belanja tak ingat, sampai habis duit. Dah tak boleh nak ikut," perli Abang Long.

Saya tersenyum aje,mengakui kebenaran kata-kata Abang Long. Memang pun! Hahahahha... Tapi itulah saya, kalau saya stress, selain menghampirkan diri kepada Allah, saya suka bershopping. Dulu sekali, semasa kecewa kerana permohonan saya untuk berkhidmat di tempat lain tidak diterima, sedangkan saya tak dapat apa-apa keistimewaan atau kelebihan walaupun stay di tempat lama, saya membeli satu barangan peribadi yang masih ada bersama saya sehingga hari ini, iaitu telefon bimbit saya. Dulu mahal jugak, sekarang jual pun tak laku.. hehehe..

Sebelah malamnya, saya mulanya nak mengikut juga ke Galaxy, nak cari tempat boleh surf internet.

"Daripada gi Galaxy, baik ko lepak jer kat Plaza Tunjungan, cari hot spot at situ," cadang Abang Long.

"Ha ah yerr.. Bagus jugak," kata saya.

"Tak pun, bayar jer lah RP35,000-00 tu.. lepak dalam bilik,lagi best!,"cadang Abang Long lagi.

"Tak boleh. Internet tak dapat dalam bilik. Kat lobi jer. Saya dah kol tadi. Dah la mahal, kena lepak lobi pulak. Baik saya ke Tunjungan Plaza jerr.. Lagipun mahal sangat.. Uangnya nggak ada Bapak! "jawab saya sambil melawak.

Jadi malam tadi,sepanjang malam saya melayari internet di kafe TELKOM, yang terletak di Tingkat LG Tunjungan Plaza. Tempatnya cantik dan selesa untuk berinternet secara percuma. Kata Sudiman, teman yang baru dikenali di sini, syaratnya, beli air atau apa2 makanan, boleh surf sampai bila2!! Best kan? Jadi saya pun membeli ice blended chocolate berharga RP22,000 dan berintenet bermula jam 8 hingga 10 malam. Lebih murah dari rate di Hotel.

Balik dari berinternet, saya pulang ke bilik. Rupanya, Kak Long dan Makcik E (makcik Kak Nomi) ada dalam bilik. tengah mencuba barangan yang dibeli. Biasalah orang perempuan.. :) Saya turut mengemas barang-barang yang saya beli untuk dimasukkan ke dalam beg. Jam 12.15 malam, baru saya dapat melelapkan mata.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani
Kafe TELKOM
Plaza Tunjungan
Surabaya

8 ulasan:

..nOWa.. berkata...

best! kalau ada gambar lagi best...

NurLuLu berkata...

Seronoknya Kak Hani gi berjalan makan angin. Kalau berkelapangan, sudi2lah berkongsi gambar ya (kalau ada). Selamat kembali ke tanah air. hehe

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Pak Ngah hanya seronok kelas kedua ja kerana seronok membaca cerita seronok orang lain..pun memadai he3.

Hunny berkata...

Nowa,

Sorilah tak sempat upload.. bz sket..nanti kak hani upload..

Hunny berkata...

Nurlulu,

Berjalan satu cara menenangkan fikiran... Alhamdulillah, dah selamat sampai pun.. nanti kak hani kongsikan gambarnya.. :D

Hunny berkata...

Salam pak Ngah,

paling seronok bila orang lain turut seronok dgn kegembiraan kita,walaupun sementara.. nothing is forever..

mama zharfan berkata...

first time me terjah blog oan :) nice story and sweet writing style ;)

Hunny berkata...

Salam mama Zharfan,

Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi ..:)