Hari ini saya mengajak dua orang sahabat serta adik perempuan saya dan seorang kawannya ke Pesta Buku Antarabangsa 2009. Tahun lepas, saya ke Pesta yang sama bersama dua orang sahabat baik selepas habis kelas di UIA. Dah jadi program wajib tahunan nampaknya. Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Saya mengambil adik saya dan rakan perempuannya di UTM Jalan Semarak, kemudian baru meneruskan perjalanan ke PWTC. Memang susah nak cari parking. Sudahnya, kami parking di The Mall. Parking RM10. Maklumlah, dalam suratkhabar semalam diberitahu bahawa lebih kurang sejuta orang hadir ke Pesta Buku sepanjang dibuat. Memang jumlah yang banyak. Tahniah kepada penganjur. Mula-mula saya dan yang lain isi perut dulu di food court di Tingkat 4.
Booth pertama yang saya pergi adalah booth Jabatan Mufti Brunei untuk membeli set koleksi fatwa oleh Jabatan Mufti Brunei dari tahun 1995 hingga 2006. Kemudiannya saya dan rakan-rakan ke Pelangi Publications untuk membeli buku kanak-kanak yang dikirim oleh kakak saya. Memang murah & berbaloi membeli time ni. Seterusnya saya ke booth Jemari Seni, bertemu dengan rakan blogger yang sebelum ini hanya bertemu di alam maya, sekarang bertemu di alam nyata. Fatahiyyah, itulah nama gadis genit kecil molek yang saya jumpa. Chomel jer orangnya. Sempat beli sebuah buku dari booth beliau.. Sokong rakan2..
Lepas tu, ternampak pulak kartunis kat booth fatahiyyah tu.. apalagi.. saya pun mintak la mamat kartunis tu lukis muka saya.. hehe.. kiut jugak bila saya ni di'kartun'kan.. Terima kasih la kat mamat yang muka macam Faizal Tahir tu.. Kami sambung perjalanan. Memang happening sebab booth-booth dihias menarik, pengunjung tak putus-putus. Sempat saya singgah di beberapa booth lain termasuk PTS Milenia, Aniqah, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Yayasan Dakwah Islamiyyah (YADIM), Al-Hidayah, Karangkraf.. macam-macam lah.. Banyak sangat booth, sampaikan tak nampak booth yang menjual buku undang-undang @ Akta untuk saya beli buat rujukan.
Apapun, saya berpandangan, Pesta Buku 2009 ini berjaya menarik lebih ramai pengunjung dari tahun sebelumnya. Ini menunjukkan orang Malaysia telah mempunyai kesedaran yang lebih untuk membaca. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan matlamat wahyu pertama diturunkan (iqra') dapat diteruskan melalui program-program seumpama ini.
Saat saya menulis perenggan terakhir ini, pasukan bolasepak Selangor baru saja mengalahkan pasukan Kelantan untuk menjuarai Piala FA tahun 2009 melalui sepakan penalti 4-1. Tahniah kepada pasukan Selangor. Hidup Selangor!! Jangan lupa sujud syukur dan solat Isyak. Kepada pasukan Kelantan, jangan putus asa, cuba lagi tahun akan datang. Kaylah.. mata pun dah ngantuk ni.. Insyaallah, nanti saya tulis entri lain pulak. Lagipun, banyak buku dan kitab nak dibaca ni.. Wassalam.
"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani Salwa Bt Jamaluddin
Shah Alam
25hb April 2009
10.00pm
"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani Salwa Bt Jamaluddin
Shah Alam
25hb April 2009
10.00pm
2 ulasan:
Salam Hani.
Ingat nak ikut sama, terlupa pula nak sms. Pak Ngah mana tahu jalannya, kalau pergi boleh sesat. Di Shah Alam pun belum mahir betul, Pagi Sabtu Pak Ngah sarapan di Pasar Asnaf dan beli sayuran dan buah-buahan.
Pagi ini nak ke KLIA - ikut papan tanda je - kalau silap masuk - alamat rugilah minyak.
Seronok ye pesta buku tu, tentu macam-macam ada.
salam pak Ngah,
Kalau bagitau awal, boleh kita konvoi sama2. tak ada rezeki nampaknya. Lain tahun la Pak Ngah.. tapi memang best. tak puas rasanya berjalan semalam.
Catat Ulasan