Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 25 April 2009

Diari - Sehari di Pesta Buku Antarabangsa 2009

Salam semua,

Hari ini saya mengajak dua orang sahabat serta adik perempuan saya dan seorang kawannya ke Pesta Buku Antarabangsa 2009. Tahun lepas, saya ke Pesta yang sama bersama dua orang sahabat baik selepas habis kelas di UIA. Dah jadi program wajib tahunan nampaknya. Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Saya mengambil adik saya dan rakan perempuannya di UTM Jalan Semarak, kemudian baru meneruskan perjalanan ke PWTC. Memang susah nak cari parking. Sudahnya, kami parking di The Mall. Parking RM10. Maklumlah, dalam suratkhabar semalam diberitahu bahawa lebih kurang sejuta orang hadir ke Pesta Buku sepanjang dibuat. Memang jumlah yang banyak. Tahniah kepada penganjur. Mula-mula saya dan yang lain isi perut dulu di food court di Tingkat 4.

Booth pertama yang saya pergi adalah booth Jabatan Mufti Brunei untuk membeli set koleksi fatwa oleh Jabatan Mufti Brunei dari tahun 1995 hingga 2006. Kemudiannya saya dan rakan-rakan ke Pelangi Publications untuk membeli buku kanak-kanak yang dikirim oleh kakak saya. Memang murah & berbaloi membeli time ni. Seterusnya saya ke booth Jemari Seni, bertemu dengan rakan blogger yang sebelum ini hanya bertemu di alam maya, sekarang bertemu di alam nyata. Fatahiyyah, itulah nama gadis genit kecil molek yang saya jumpa. Chomel jer orangnya. Sempat beli sebuah buku dari booth beliau.. Sokong rakan2..

Lepas tu, ternampak pulak kartunis kat booth fatahiyyah tu.. apalagi.. saya pun mintak la mamat kartunis tu lukis muka saya.. hehe.. kiut jugak bila saya ni di'kartun'kan.. Terima kasih la kat mamat yang muka macam Faizal Tahir tu.. Kami sambung perjalanan. Memang happening sebab booth-booth dihias menarik, pengunjung tak putus-putus. Sempat saya singgah di beberapa booth lain termasuk PTS Milenia, Aniqah, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Yayasan Dakwah Islamiyyah (YADIM), Al-Hidayah, Karangkraf.. macam-macam lah.. Banyak sangat booth, sampaikan tak nampak booth yang menjual buku undang-undang @ Akta untuk saya beli buat rujukan.

Apapun, saya berpandangan, Pesta Buku 2009 ini berjaya menarik lebih ramai pengunjung dari tahun sebelumnya. Ini menunjukkan orang Malaysia telah mempunyai kesedaran yang lebih untuk membaca. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan matlamat wahyu pertama diturunkan (iqra') dapat diteruskan melalui program-program seumpama ini.

Sampai di The Mall dah jam 11.30. Cari parking jer dah setengah jam. Turun je kereta, masing-masing lapar. Kami cari food court, punyala susah, sebab signage kat sini memang teruk.. Banyak renovation tapi tak dimaklumkan kepada pengunjung. Kami dari parking naik tangga ke tingkat 3, tengok2 tak ada akses ke pasaraya. Penat kami berjalan. Yang kesian apabila ada family yang ada anak kecil dah penat-penat naik tangga dengan anak-anak, kena la turun balik Mungkin pihak pengurusan The Mall kena lihat dan perbaiki perkara ini.

Kami makan kat kedai ni. Masuk je kat pintu gerbang tu, terus nampak kedai ni. Kelebihan kedai ini adalah kerana ianya terletak betul2 kat pintu masuk food court. Kekurangan kedai ini adalah, makanannya dan minumannya memang tak sedapp..

Team yang ceria, walaupun penat berjalan cari tangga nak ke pasaraya.

Booth pertama yang dikunjungi, booth milik Jabatan Mufti Brunei.

Kami singgah di gerai KDN yang mempamerkan barangan-barangan. Contoh Al-Quran yang diluluskan oleh KDN. Quran yang diluluskan mesti telah disemak dan ditashih oleh mempunyai cop KDN

Contoh-contoh Al-Quran yang tidak diluluskan oleh KDN.

Penerbitan yang dilarang oleh KDN. Yang terkini adalah Majalah The Herald Weekly, yang dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

First time saya tengok buku ini. Ia dipamerkan di gerai KDN.

Bertemu dengan rakan blogger, Ayong Fatahiyyah di booth milik bekas majikan Ayong. Kacil molek ajer Ayong ni. Itupun nak diet.. lainla Kak Hani ni.. Kalau nak tahu, Ayong ni memang kreatif dan suka sangat warna pink. Banner kat tepi tu adalah hasil karya beliau. Cantik kan?

Brader OlyKhairi yang melakar karikatur saya. Sangat kreatif. Tak sampai 5 minit dah siap. Saya tanya, nama dia Oly jer ke? Atau nama penuh dia Olympus ker? Dengan selamba dia jawab, bukan Olympus, tapi Olimpik. hahaha.. Kelakau mamat ni.. Cuba korang tengok muka dia.. Macam Faizal Tahir tak?

Di pentas utama, pelancaran SOX (School of X) oleh syarikat Telekomunikasi CELCOM.

Adik-adik perempuan dari Sekolah Sri Bintang ini membuat persembahan cheerleading. 1st time saya tengok secara 'live'. Cantik-cantik semuanya. Memang salute dengan keaktifan dan kelincahan diorang. Tapi part diorang buat aksi yang over lincah tu, membuatkan saya beristighfar dan hati saya terdetik, patutlah remaja sekarang sukakan hiburan, mereka didedahkan dengan hiburan dan glamour sejak di bangku sekolah lagi.. Apa nak jadi?


Toilet pun penuhh.. kena berbaris..

Orang ramai yang membanjiri PWTC.

Semua gerai penuh dengan orang ramai yang berpusu-pusu mencari dan memilih buku-buku yang dihajati.

Tingkat bawah pun penuhhh..

Di pondok wakaf MAPIM (Majlis Penulisan Ilmiah Malaysia). Di dalam gambar adalah Prof Madya Dr Ghafarullahuddin Haji Din, penulis buku Koleksi Kisah Ceria dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM.

Saya yang membeli sebuah buku beliau sempat bersembang bersama beliau dan mendapatkan autograf.

Masa sampai, nak parking jem, masa nak balik pun jem.. Aarggghh!! Tapi puas hati sebab dapat buku-buku yang dihajati.

Saat saya menulis perenggan terakhir ini, pasukan bolasepak Selangor baru saja mengalahkan pasukan Kelantan untuk menjuarai Piala FA tahun 2009 melalui sepakan penalti 4-1. Tahniah kepada pasukan Selangor. Hidup Selangor!! Jangan lupa sujud syukur dan solat Isyak. Kepada pasukan Kelantan, jangan putus asa, cuba lagi tahun akan datang. Kaylah.. mata pun dah ngantuk ni.. Insyaallah, nanti saya tulis entri lain pulak. Lagipun, banyak buku dan kitab nak dibaca ni.. Wassalam.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani Salwa Bt Jamaluddin
Shah Alam
25hb April 2009
10.00pm

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Ingat nak ikut sama, terlupa pula nak sms. Pak Ngah mana tahu jalannya, kalau pergi boleh sesat. Di Shah Alam pun belum mahir betul, Pagi Sabtu Pak Ngah sarapan di Pasar Asnaf dan beli sayuran dan buah-buahan.
Pagi ini nak ke KLIA - ikut papan tanda je - kalau silap masuk - alamat rugilah minyak.
Seronok ye pesta buku tu, tentu macam-macam ada.

Hunny berkata...

salam pak Ngah,

Kalau bagitau awal, boleh kita konvoi sama2. tak ada rezeki nampaknya. Lain tahun la Pak Ngah.. tapi memang best. tak puas rasanya berjalan semalam.