Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 17 April 2009

Berpesan-pesan - Luka di badan nampak berdarah, luka di hati tak siapa tahu..

Salam semua,

Pagi tadi, saya menerima panggilan telefon berkenaan dengan seorang remaja Islam yang baru memeluk Islam) yang berhasrat untuk duduk bersama ayahnya yang bukan Islam di Johor. Penat juga memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut, kerana remaja tersebut memberontak dan asyik melarikan diri. Ini kerana, pihak kami bertanggungjawab untuk mempertahankan akidah dan memastikan remaja tersebut mendapat pendidikan dan bimbingan serta jagaan sempurna sebagai saudara baru. Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Johor bersedia untuk membantu. Saya akhirnya menasihatkan remaja tersebut ditempatkan di pusat latihan berhampiran dengan kediaman ayahnya, dan meminta ayah beliau menziarahinya jika lapang. Ini untuk mengelakkan kesan phsycology kepada remaja tersebut yang terus memberontak kerana dihalang daripada bertemu dengan ayahnya dan kebimbangan sekiranya remaja tersebut tidak dapat menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam dengan baik, sekiranya tinggal bersama ayahnya yang berlainan agama.

Waktu rehat yang panjang, saya gunakan untuk menziarahi seorang kakitangan wanita MAIS yang baru menjalani pembedahan minor di kaki beliau yang cedera kerana bermain futsal. Walaupun ceria wajah beliau menerima kedatangan kami, namun di wajahnya terpancar juga kesakitan di kaki yang cuba ditahan. Sakitnyer!! Getus hati saya, kerana saya dimaklumkan bahawa tulang di pergelangan kaki beliau telah 'haus' dan terdapat tulang yang tumbuh melebihi sepatutnya yang menyebabkan tulang di kaki beliau seolah-olah tersepit dan akan sakit bila dipijak/ditekan. Ouch! Sakitnyer!! Saya melihat tumit dan pergelangan kaki beliau yang berbalut. Didoakan pegawai wanita ini cepat sembuh.

Sepanjang petang tadi pula, saya menerima panggilan telefon mengenai satu kes seorang wanita Islam yang berhasrat untuk keluar dari Islam, kerana telah berkahwin secara adat dengan seorang lelaki bukan Islam. Saya meminta pemanggil tersebut supaya membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk diambil tindakan. Alhamdulillah, sebentar tadi saya dimaklumkan oleh Pengarah JAIS, bahawa tindakan telah diambil oleh Penguatkuasaan dan wanita tersebut bersetuju untuk hadir ke rundingcara yang dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Apa yang saya nak sampaikan adalah, virus-virus cinta yang memberi kesan kepada akidah seseorang. Orang sanggup murtad kerana agama. Sanggup menggadai agama kerana cinta.. Betullah cinta itu buta. Kebutaan cinta menyebabkannya hidup terasa indah bila bersama kekasih hati.. rasa dunia kita yang punya .. Segala-galanya kita yang punya.. Jiwa rasa terisi dengan kehadiran sang kesuma hati, hingga tak sanggup berpisah melainkan mati.. Sudahnya, kita tak perasan saat hati kita dipenuhi dengan virus-virus itu yang menyerang terus-menerus tanpa henti.. Melukai dan mencedera hati tanpa disedari.. Akhirnya, kerana kecedaraan yang terlalu parah, hati kita mati.. mati dari memohon petunjuk dan HidayahNya...Mati dari mengingatiNya..

Orang-orang yang tahu perkara ini pula, masing2 buat2 tak tahu jer.. sebab tak nak jadi saksi.. Pada saya, sepatutnya sesiapa yang mengetahui, dan menyaksi, perlu lah proaktif, dan membuat aduan ke pejabat agama, majlis agama atau pegawai masjid yang berhampiran supaya tindakan diambil. Ini kerana, kalau di dunia kita lepas, di akhirat, kita tentu akan ditanya apa yang kita buat untuk membantu menyelamatkan akidah saudara-saudara seislam kita.

Cuma, terkadang, saya terfikir juga. Soal akidah, kepercayaan, adalah soal hati, yang mana tak semua dapat membaca dan mengesan apa yang ada di dalam hati seseorang. Ini yang dikatakan, luka di badan nampak berdarah, seperti luka pada kaki sahabat wanita saya, tetapi luka di hati tak siapa tahu.. Apapun, pesanan saya, sekiranya ada sesiapa yang mengetahui ada kes-kes seperti saya ceritakan di atas berlaku, sila buat aduan ke Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian hotline 1-800-88-2424 supaya tindakan lanjut boleh diambil.

Seperkara lagi, aduan di Balai Polis berhampiran juga hendaklah dibuat terhadap pasangan yang bukan beragama Islam kerana menyebarkan agama dan kepercayaan bukan Islam terhadap pasangannya yang beragama Islam. Penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam adalah satu kesalahan jenayah di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan terhadap Orang Islam) 1988. Bantuan dan kerjasama semua pihak untuk menangani dan membasmi luka-luka kesan virus-virus terhadap akidah yang sukar ditemui ubatnya amat-amat perlu.

"Bersama membasmi kemungkaran untuk generasi Islam yang gemilang."

Nurhani Salwa
Shah Alam
17 April 2009, 11.30 p.m

8 ulasan:

taQi berkata...

salam..kak..apa beza JAIS ngan MAIS?

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam TaQi,

MAIS adalah satu badan penasihat kepada Sultan Selangor, dan ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Kuasa-kuasa MAIS dinyatakan di dalam Enakmen tersebut, dan merupakan pihak berkuasa utama di dalam perkara agama selepas Tuanku.MAIS merupakan pemegang amanah harta umat Islam di Selangor.

JAIS pula adalah jabatan kerajaan yang bernaung di bawah SUK,tetapi menjalankan kuasa-kuasa MAIS, seperti penguatkuasaan, perkahwinan, perceraian, pendakwaan, pendidikan.

sheikh berkata...

salam !

Kelihatannya... semakin dekat dunia nie menghampiri penghujung... semakin menipis iman umat islam hari ini... Apapun menyeru kepada kebaikan mesti terus

Hani,
saya nak menjemput menjadi ahli Keluarga Blogger Lembah Klang... harap Hani boleh menyumbang idea dan pandangan yg baik kepada semua ahli atau bukan ahli yg ada !

http://klangvalleybloggers.blogspot.com/

Terima Kasih !

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Nampaknya tugas Hani kekadang mencabar juga ye.Pak Ngah harap Hani kenalah banyak bersabar dan bertawakkal kepada Allah.
Walaupun mencabar tetapi tugas ini berkait secara langsung dengan dakwah Islamiyah.
Insya Allah menghadapi kerumitannya sentiasa berbaloi.

ayong berkata...

macam2 ye kak..

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam Syeikh,

Terima kasih atas jemputan. insyaallah, kalau ada kelapangan, saya join. Sama-sama membasmi kemungkaran. Never stop!

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

To pak Ngah,

Betul pak Ngah. Saya banyak kali terlibat dalam kes pertikaian status agama seseorang yang telah meninggal dunia. terkini di Serdang. Alhamdulillah, bukti menunjukkan beliau seorang Islam. Jadi kami dapat selesaikan hak terakhir beliau, iaitu kebumikan secara Islam. Namun, tak dinafikan, ada juga yang Islam sekadar nama, jadi bukti yang ada tak menyebelahi kami. terpaksa lah menerima hakikat yang si mati bukan islam semasa mati. Mudah-mudahan berkat doa Pak Ngah, saya terus kuat meneruskan tanggungjawab di MAIS.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Ayong,

Bekerja di MAIS ni, macam bekerja di ASTRO juga.. Macam-macam ader... Harapnya, semua pengalaman yan diceritakan dapat dijadikan iktibar yang berguna, untuk Kak Hani dan juga pembaca lain.