Hari ini hari kedua saya berkursus di ILDAS, Sabak Bernam. Program hari ini dipenuhi dengan ceramah dan LDK yang dibuat oleh Akademi Aidit dan juga ceramah berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan. Alhamdulillah semua penceramah undangan sangat menepati masa dan tidak membuatkan kami tertunggu-tunggu.
Selepas tamat program bersama Akademi Aidit, pada sebelah petangnya kami masing-masing diminta turun ke padang untuk perlawanan bola jaring. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, 1 dan 2. Apa yang saya ingin kongsikan adalah di kalangan peserta tak semuanya boleh bermain bola jaring. Ada juga yang first time main bola jaring, macam saya. Tetapi, disebabkan KERJASAMA dan PERSEFAHAMAN serta TOLERANSI yang berterusan sepanjang perlawanan di kalangan semua ahli, serta strategi yang tersusun, akhirnya pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan lawan. Alhamdulillah.. Berkat doa dan usaha dapat juga kami mengatasi pasukan lawan dengan pungutan mata 4-3. Saja nak kongsi, 3 gol tu, dari tangan saya, hasil lontaran sahabat2 lain yang bertungkus-lumus nak bawa bola ke petak D. Walhal tak pernah main sepanjang hidup, rasa macam tak percaya, tapi itulah realiti dan hasil KERJASAMA, PERSEFAHAMAN DAN TOLERANSI sesama ahli pasukan. Masing2 bersedia terima kritikan, bimbingan dan teguran orang lain, untuk kebaikan semua.
Dalam erti kata lain, dalam konteks sesebuah organisasi, KERJASAMA,TOLERANSI dan PERSEFAHAMAN yang kuat di kalangan ahli dan peserta adalah tunggak utama kecemerlangan sesebuah institusi. Jika kedua perkara ini tidak ada, maka akan pincanglah sesebuah organisasi, termasuklah MAIS sendiri. Wallahua'lam.
"Mencari Redha Ilahi"
NSJ
ILDAS
19 Mei 2009
12 tgah malam
6 ulasan:
kerja berpasukan dan keikhlasan semua pihak memang menjadi kunci untuk sesuatu organisasi itu berjaya.
Selamat berkursus.
Salam.
Akal yang sihat berada pada jasmani yang sihat.
El-Opet
Bekerja dalam Jamaah adalah sesuatu yang disukai oleh Nabi. Yang penting Semua orang perlu usaha membersihkan hati.Menjaga hak sesama saudara. Bila berjanji berusaha tunaikan, Bila diberi amanah berusaha menjaganya, Bila berbuat silap berusaha membaikinya, Tapi jika adalah peluang yang terbaik terimalah ia sebagai hadiah dari NYA. Selamat berkursus....Pashi-psahi...
Salam Dr Sam,
Tq. Betullah bersepakat itu membawa berkat.
Salam pak Ngah,
Betullah. lepas main2 dan lompat2 dan jaring2kan gol, rasa best sangat. Betul2 stress out. rasa marah, tensen dan kerunsingan semua hilang macam tu jer.. datang kursus pun best jer.. Think pun positif jer..betullah akal yang sihat lahir dari jasmani yang sihat.
Salam El-opet,
Tq. Syok la kursus kat sini, rasa tak nak balik.. hehhe..
Catat Ulasan