Semalam, sempena cuti Hari Buruh, di sebelah pagi, saya menghabiskan waktu membaca novel Rahsia Hati Sofia yang saya beli semasa di Pameran Buku di PWTC minggu lepas. Buku tersebut saya beli atas saranan rakan blogger saya Fatahiyah (Ayong) di booth Jemari Seni Publishing. Saya jumpa Ayong for the first time. Masa tu Ayong kena bantu jaga booth tu, sebab ex-boss dia minta.. Saya tanya Ayong buku apa best, dia rekomen buku Rahsia Cinta Sofia..
Terima kasih la Ayong atas recommendation beli buku tu, sebab memang best sangat! Thumbs up pada penulisnya, Nasurah Aishah yang saya temui semasa di pesta buku tersebut. Seingat saya, dah lama dah tak baca novel jiwa-jiwa macam tu.. hahaha.. sekali baca, terserlah jiwa kewanitaanku and tak ingat nak blogging dah, walhal memblog tu dah jadi macam jiwa raga saya!! Hehe.. maknanya, kalau dapat bacaan yang saya suka, blogging jatuh nombor dua...
Anyway, walaupun ia novel, dan kemungkinan ceritanya rekaan semata-mata, tapi penulisannya dipenuhi dengan tema kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang Islamik.. Seronok la membacanya, lebih2 lagi bila watak utama dalam cerita tersebut berdarah Jawa! Hehehe.. Terbaik!!
Tengahari, saya menemani kakak saya ke Subang Parade untuk membeli hadiah hari lahir anak saudara kami. Petangnya, selepas solat Asar, kami semua ke rumah abang sulung di seksyen 13 untuk menyambut hari lahir anak saudara kami. Seronok berkumpul ramai-ramai. Bila lagi nak jumpa saudara-mara. Sebab masing-masing dah sibuk, perjumpaan keluarga biasanya happens bila ada birthday party or kenduri-kendara. Paling kelakar, birthday celebration kali ni memang susah nak dilupakan sebab kek birthdaynya berderai sebelum upacara potong kek!! Hehehe.. Nasib baik la birthday girlnyer rilex jer.. tak melalak..
Malamnya pulak, saya menghantar adik ke UTM Jalan Semarak, kerana beliau ada paper exam final hari ini jam 9 pagi. Letih dan mengantuk, tapi sebab fikirkan dia seorang perempuan, rasanya zaman sekarang ni, tak selamat nak biarkan dia balik sendiri dengan kenderaan awam. Jam 10malam saya sampai di rumah.
Apapun, yang penting, syoklah cuti!! Dah lama tak rasa bercuti.. Tahun ini, sejak awal tahun lagi, baru sehari saya ambil cuti, disebabkan kesibukan bekerja. Tu yang stress memanjang, sebab non-stop kerja.. So, I think i need a break.. this is a short vacation for me.. maybe ada masa nanti ambil cuti lama sket untuk jenjalan. And for me, the best vacation trip is going back to my home town, see may parents face pun dah cukup membahagiakan.. Sementara stok umur masih ada, masa masih berbaki, selagi kaki mampu melangkah..
"Rumahku, Keluargaku, Syurgaku"
Nurhani Salwa Jamaluddin,
Kg Raja Musa
Kuala Selangor
11.30 malam, 2 Mei 2009
Sementara nak menunggu Asar, sempat la buat aktiviti yang paling disukai masa kecik2 dulu.. Mewarna!! Tapi kena gelak dengan anak-anak buah sendiri sebab tak chantekk katanyerr.. Sabar jerlah.. dah hilang skill masa muda-muda..
Layan, jangan tak layan!! Hehehe.. Aku tetap teruskan, mewarna, walaupun anak buahku kata, "Rosak colouring book kita!" hahaha.. Maknanya apa yer?
Hadiah-hadiah yang menanti untuk diberi kepada birthday gurl.. Kreativiti kakakku, balut hadiah pun boleh jadi baju..
6 ulasan:
awat x letak gambar kek yg berkecai tu?hihi...sian ika....
Salam Hani.
Rumah Pak Ngah pun terkumpul ramai ahli famili sejak hari Jumaat sampai hari Ahad "full house", tapi famili Pak Ngah tak ramai, jumlah semua 10 orang sahaja.Itu dah termasuk cucu.
Salam Nor Ina,
Gambar tu dalam kamera Pak Long.. Nanti kalau sempat i update hayshah nyer blog.. baru lah kelasss!!
Pak Ngah,
Adik beradik saya pun dah 11.. belum cucu mak ayah yang 11 orang..masing-masing memang talented dalam bersyarah dan menyanyi.. hehehe.. memang la riuh!! Tapi keriuhan itulah muzik di hati ku...:)
salam..kak..tq ye..atas pujian anda..so i x tipu u kan..novel tu memg best..huhuhuh..selamat membaca...
Ayong,
Yer lah.. Kembang la tu kena puji.. :)dah habis baca pun.. sekarang kakak kak hani pulak yang terkena wabak rahsia hati sofia tuh.. tak bangun2 ngadap buku..
Catat Ulasan