Disebabkan semalam MC, saya sempat menonton program Wanita Hari Ini yang menampilkan Puan Maizawati, isteri kepada Ustaz Akil Hayy yang bercerita mengenai krisis rumahtangga beliau bersama suaminya. Beliau menjelaskan mengenai keputusan yang diambil untuk memfailkan penceraian dengan alasan suami telah meninggalkan beliau dan tidak pulang ke rumah sejak Februari lalu.
Sebagai seorang pengamal undang-undang dan juga seorang wanita, saya kurang bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Puan Maizawati, kerana mendedahkan kisah rumahtangganya kepada umum. Ini akan menambah konflik sedia ada. Sepatutnya beliau bersemuka dengan suaminya, atau sekiranya perbincangan tidak dapat dibuat, sepatutnya beliau mendapatkan seorang hakam @ wakil di pihaknya dan seorang wakil di pihak suaminya untuk berbincang. Perkara ini ada dinyatakan di dalam Al Quran, supaya memilih wakil masing2 untuk membuat keputusan. Ini juga diperuntukkan di dalam seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Bagaimanapun, praktikalitinya tidak ada.
Tambahan pula, sebagaimana kita maklum, media akan mensensasikan dan mengeksploitasi seseorang, untuk menambah jualan suratkhabat. Teringat saya pesanan Ustaz Zawawi yang menyatakan bahawa peranan suratkhabar dan media adalah untuk membantu.
Apapun, saya berpandangan, ustaz akil hayy dan juga waheeda perlu diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar, kerana sekarang ini, hanya keterangan daripada bekas isteri yang diwar2kan di dalam internet, cc dan siber.
"Mengharap Redha ilahi:"
NSJ
Seksyen 3
Shah Alam.
10 ulasan:
kita berdoa semuga kita semua dijauhkan dari fitnah. Harap yang terbaik kepada semua pihak.
Wallahuaklam.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari bila mana saya pun sempat menyaksikan rancangan tersebut.
Jika rahsia itu disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan dan gangguan. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana membabitkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga.
Ini dibayangkan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertakwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya.” - (Hadis riwayat an-Nasa’i, Ahmad dan Abu Daud)
Salam Hani.
Pak Ngah sangat bersetuju dengan kenyataan Hani itu.
Mengapa perlu menghebahkan krisis rumahtangga kita kepada orang lain yang tidak berkelayakan untuk membantu.
Sepatutnya pihak yang berkenaan bertindaklah mengikut cara yang tidak mengaibkan mana-mana pihak, dengan cara itu peluang untuk berbaik semula masih terbuka luas, kalau didedahkan di dalam TV perkara itu menjadi sejarah yang sukar hendak dipadamkan.
Ketiga-tiga individu ini perlulah fikir secara rasional dan positif. ambillah pendekatan yang menguntungkan semua pihak, masing-masing berilah peluang untuk berkongsi hidup dengan adil, setiap orang perlu ada sifat kesian belas yang betul dan adil, kalaulah kita dapat berkongsi hidup di dunia ini seperti kita berkongsi kecerahan cahaya matahari nescaya dunia ini aman.Kita guna secara terbuka dan adil.
Tiada siapapun dapat menyorok cahaya untuk simpanan bekalan masa depan seperti orang menyorok beras atau barangan berharga yang lain.
Krisis dan pergaduhan biasanya berpunca daripada kepentingan diri dan gagal mengaplikasikan keadilan.
Inilah kelemahan manusia dan juga kelemahan Pak Ngah.
Wallahu aklam.
Salam Dr Sam,
Amin..
Salam saudara Razak,
Saya setuju benar. Saya berpandangan mungkin juga Puan Maizawati tidak mendapat nasihat yang betul, lalu dia pun berbuat tindakan yang pada saya mengikutkan perasaan.. Kamungkinan jika tidak disiarkan di media, konflik ini lebih kepada konflik dalaman sahaja, tidak ada involvement of third party dan lebih mudah diselesaikan.
salam Pak Ngah,
Sebagai orang lama, Pak Ngah tentunya lebih arif dengan asam garam rumahtangga. Krisis berlaku dengan banyak faktor, antaranya seperti yang Pak Ngah nyatakan. Mudah2an isu ini tidak diperbesarkan sebelum memudharatkan semua pihak yang terlibat. Untuk pendengar, pembaca dan penonton pula, harapnya kita tidak terus menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat sebelum mendengar penjelasan semua pihak.Justice for all.
Salam ziarah dari saya..
Saya pun bersetuju dgn pendapat saudari... seharusnya mana2 pasangan yang mengalami masalah rumahtangga perlu bawa berbincang untuk menjernihkan keadaan.. bukan menambahkan lagi kekeruhan yg sedia ada...
moga mereka mendapat jalan keluar yang terbaik..
Kita disini juga janganlah terlalu mensensasikan cerita rumahtangga mereka.. jadikan lah ia sebagai pengajaran kepada kita semua agar iainya tidak berlaku kepada kita.. Nauzubillah.. moga dijauhkan..
Terima kasih kerana mengutarakan pendapat & pandangan saudari.. kerana saudari seorang peguam.. saudari lebih tahu mana yang hak..
Teruskan usaha memberikan pendapat yang bernas..
Wassalam.. Yanbu, KSA
Salam Dida,
Terima kasih atas komen anda. Harapnya kita sesama wanita, pun masih ada perasaan mahu menjaga maruah keluarga. Tidak terlalu ikut perasaan marah dan merajuk.
masaalah suami isteri sepatutnya diselesaikan oleh pasangan itu. jgn di hebahkan. kalau dah tak boleh, jumpa ibubapa kita, minta nasihat.itu yang lebih baik....ya tak...Nurhani Salwa Binti Jamaluddin. Wak ni ngomong saja.
Salam wak Kuntong,
Betullah. Setuju dengan anda. kalau ikut sejarah, generasi sebelum kita sangat malu nak hebahkan isu rumahtangga pada umum, sebab kita terdidik dengan pengaruh agama Islam yang kuat.. Menjaga nama baik dan maruah adalah salah satu tujuan syariat. Selepas kedatangan Inggeris, budaya Inggeris yang kita follow, tu yang jadi macam omputih. Sikit2 saman.. See u in court.. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk perbetulkan dan mengembalikan semula kegemilangan Islam.
Catat Ulasan