Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 26 Mei 2009

Diari - MC

Salam semua,

Semalam batuk teruk sangat, selsema pun makin 'hijau' (yakkss!!), saya langsung ke Selangor Medical Centre di seksyen 20 Shah Alam untuk dapatkan vaksin. Doktor beri MC sampai hari ini. Malam tadi tak boleh nak tidur sebab batuk dan hidung blocked. Fuyoh! Masa tu lah baru rasa nikmat hidung yang tak selsema dan tekak yang clear dari batuk dan kahak.. kalau diingat2kan, rasanya baru ni lah saya dapat MC sepanjang kerja di MAIS. Sebelum ni okey ajer.. maybe sebab cuaca panas dan stress dengan kerja yang menimbun kat pejabat lepas habis kursus seminggu.

Sebab jarang ambil cuti dan first time dapat MC, tak tau nak buat apa..blurr jap.. last2 ambik penyapu and kemas umah.. kasi sweating sket. Tapi, sebab berhabuk, batuk jugak laa.. Walaupun MC, rajin jugak telefon2 saya berbunyi2.. confirmation & cancellation of meeting, isu tanah, kaveat, pengesahan dokumen, kes mahkamah... bla.. bla..

Kesimpulannya, kadang2 kena servis jugak fizikal dan mental kita ni.. perlu rehat dan spend masa sket buat perkara2 yang kita sukai.. macam kereta jugak, kalau nak quality dan kecekapan berterusan, kenala sesekali bercuti or dicutikan (MC la tu..) barulah jiwa tenang dan sentiasa tahan lasak. Realitinya, fizikal dan mental kadang2 perlukan rehat or MC, itu betul.. Tapi, kerja tak pernah MC?!.. Non stop.. huhu.. Ye ke? Cuti sekolah nak dekat dah ni.. Ada plan ke mana2 ker?

"Moga aku cepat sembuh"

NSJ
Seksyen 3
Shah Alam
26hb Mei 2009




Ubat-ubatan yang kena dimakan.. banyaknyer.. Ni boleh stok untuk setahun ni..

8 ulasan:

KUNTONG berkata...

Pak Cik doakan agar nurhani cepat sembuh,makanlah ubat ikut arahan doktor. Insa'allah nnti sembuh.ok .....

Hunny berkata...

salam wak kuntong,

Yo lah.. Insyaallah.. saya makan ubatnya.. terima kasih atas ingatan dan pesanan.. :)

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Panas dah masuk bersemayam di dalam badan lama kelamaan barulah dia buat hal.
Di samping makan ubat doktor, juga banyakkan minum air suam. Batuk bola jaring kot. hehehe.
Semoga cepat sembuh.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

lor..akk hhehhe kt sama la btuk ngn selsema..hmm..kt ni br elok je selsema ngn batuk.kdg2 rs am mls nk makn ubat..huuhu..moga cepat sembuh

Hunny berkata...

pak Ngah,

terima kasih laa atas doa pak ngah.. mungkin betul la batuk bola jaring, sebab time main tu panasss sangat..memang bergelen2 air suam saya minum sejak di kursus lagi, sebab dapat ilmu dari penceramah, kalau nak otak bergeliga, kena banyak minum air, sebab otak memerlukan 1/3 peratus air.

Hunny berkata...

Ayong,

betullah.. memang malas nak makan ubat.. tapi kena rajinkan diri juga... bolehlah kita lawan kahak sapa paling pekattt!! YAkks!! :)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

akak ni sengal la...

Hunny berkata...

Salam Ayong,

Kehkehkeh.. jangan la mare..