Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 5 Mei 2009

Diari - Manusia diikat dengan janjinya

Salam semua,

Pagi ini saya bertemu dengan seorang muallaf berbangsa Cina yang meminta khidmat nasihat guaman untuk kes penjualan sebuah apartment miliknya. Menurut beliau, baki harga belian rumah belum lagi diperolehi, tetapi kunci sudah diserahkan kepada pembeli. Hakmilik strata apartment tersebut baru sahaja diperolehi dalam bulan 3 yang lalu. Menurut terma dalam perjanjian jual beli dan jadual kepada perjanjian jual beli yang ditandatangani, beliau bersetuju menyerahkan kunci rumah kepada pembeli sebaik perjanjian ditandatangani, dan beliau tidak akan mengenakan sebarang sewa sepanjang tempoh tersebut sehinggalah hakmilik rumah dipindahkan kepada pembeli. Perjanjian Jual beli ditandatangani sekitar bulan Mei 2008, dan sepanjang tempoh itu, rumah tersebut disewakan oleh pembeli kepada orang lain dan bayaran sewa dibayar kepada pembeli. Yang menjadi mangsa di sini adalah muallaf tersebut, bila mana haknya sebagai penjual diserahkan kepada pembeli sebelum pindahmilik hartanah tersebut dibuat. Sudahlah baki harga belian dibayar setahun selepas perjanjian ditandatangani, bayaran sewa rumah juga diserahkan kepada pembeli. Dalam kes ini, pembeli yang untung. Sebab bayar lewat pun tak kena interest kerana interest hanya dikenakan selepas 3 bulan dari tarikh kebenaran pindahmilik diperolehi daripada Pejabat Tanah berkaitan. Sepatutnya perjanjian tersebut hendaklah menyatakan bahawa kunci hanya akan diserahkan selepas baki harga belian dibayar, dan hak-hak serta kepentingan Tuan Tanah hanya akan berpindah kepada pembeli selepas pindahmilik dibuat, bukan selepas perjanjian ditandatangani. Di dalam kes ini, Tuan Tanah atau Penjual tidak diwakili peguam. Oleh itu, beliau tidak mendapat khidmat nasihat sebelum menandatangani perjanjian.

Di sini peranan seorang peguam sangat penting iaitu menasihati anak guamnya mengenai kesan terma-terma yang dipersetujui sebelum ia ditandatangani, kerana manusia itu terikat dengan janji mereka, seperti sabda Rasulullah SAW, "Orang-orang muslimin itu terikat dengan syarat-syarat mereka". Dalam kes ini, muallaf tersebut tidak mendapat pandangan peguam sebelum menandatangani perjanjian, sedangkan pembeli diwakili oleh peguamnya. Disebabkan itu, Pembeli terjamin kepentingannya, sedangkan Penjual tidak.Kalaupun penjual tidak berhasrat untuk melantik peguam, beliau sepatutnya memeriksa terma-terma jual beli tersebut supaya tidak menjerat dirinya sendiri.

Pada sebelah petangnya, saya dan pasukan penyelidik MAIS telah menziarahi Jabatan Mufti Selangor untuk mendapatkan maklumat mengenai aktivit keunseling dan penasihatan aqidah yang dibuat di jabatan tersebut untuk kajian penyelidikan bahagian saya dengan kerjasama UIAM dan UITM. Banyak info yang kami perolehi sepanjang sesi temuramah selama dua jam dengan pegawai kaunseling di Jabatan.

Selepas solat Asar, saya menyambung tugasan saya sehingga jam 10 malam di pejabat.Alhamdulillah ramai kakitangan di bahagian bersebelahan saya membuat kerja lebih masa hari ini untuk menyiapkan folder mesyuarat. Okaylah.. Saya pun dah sangat mengantuk dan letih. Insyaallah lain waktu sambung lagi. Wallahua'lam.

Tiada ulasan: