Hari ini rasa penat bekerja hilang sedikit apabila mendapat berita Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan gereja Herald Katholik untuk menangguhkan keputusan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah oleh gereja tersebut dalam kitab mereka. Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan "Allah" untuk dikaitkan dengan agama selain Islam. Hakim berkenaan berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negeri-negeri lain. (Its a criminal offence).
Pada 24 April lepas, ketua paderi Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Jan 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald. Dia juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain agar ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar itu. Kes ini ditetapkan untuk mendengar permohonan semakan undang-undang pada 7 Julai.
Alhamdulillah.. bersyukur sangat2, lebih2 lagi bila MAIS menjadi salah satu pihak dalam membantah permohonan itu. Hilang rasa letih bekerja, dan bersemangat nak menulis , walaupun asalnya tadi dah nak tido.. hehehe.. Sebenarnya, sepanjang siang tadi saya menghadiri Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk memerhati prosiding kes MAIS yang dikendalikan oleh sahabat saya, peguam syarie Ustaz Juraish. Kemudiannya, tak sempat habis kes, saya terpaksa ke Plaza Perangsang untuk menghadiri perbincangan dengan panel peguam MAIS untuk kes lain pula. Bila tengahari, saya menghadiri satu konsultasi di sebuah syarikat di seksyen 9. Sempat lunch di Restoran Syed dengan dua orang sahabat saya. Petangnya, sepatutnya saya hadir semula ke Mahkamah Syariah untuk mengikuti sambungan prosiding, tetapi memikirkan kerja yang menunggu di pejabat, saya batalkan hasrat dan terus buat kerja pejabat. Itupun terganggu dengan panggilan telefon dan client yang datang. Huwaaaa... bila nak siap kerja ni?
Tapi Allah tu memanglah Maha Pengasih dan Penyayang.. Time2 macam ni, dapat tau berkenaan dengan kes Herald ni, rasa berbunga2 jer.. Rasa seronok dan happy sket. Alhamdulillah.. Mudah2an sampai habis kes nanti semuanya dipermudahkan.. Amin..
"Mengharap Redha Ilahi"
NSJ
Seksyen 3
Shah Alam
29 Mei 2009
4 ulasan:
sya sentiasa berdoa agar nurhani senantiasa di dalam sihat dan ceria, agar kerja-kerja dapat dijalankan dengan licin.semoga Allah swt memberkati hidup nurhani. Aminnnnnnn.
Salam Hani,
Situasi di Malaysia dalam hal tersebut memang kita sangat berharap kemenangan di pihak kita. Penggunaan perkataan itu akan mengelirukan orang kita yang lemah pengetahuan mengenai aqidah, Di negara Arab situasinya mungkin agak berlainan.
Bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah. Wassalam.
Salam wak kuntong,
Terima kasih.. mudah2an doa wak kuntong dimakbulkan. :)
Salam Pak Ngah,
Betul. Mudah2an kemenangan di pihak kita.. Aminnn..
Catat Ulasan