Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 18 Mei 2009

Diari - Orphan's Day's Out

Salam semua,

Sepatutnya pagi tadi (Ahad) saya diajak menyertai satu program bersama anak-anak yatim Al-Ijabah di Putrajaya untuk menaiki bot laju. Disebabkan tak cukup kenderaan nak bawa anak yatim, saya ajak seorang lagi rakan saya, Nora untuk pandu kereta masing-masing. Sebelum jam 8pagi kami berdua sampai di rumah anak yatim Al-Ijabah. Sesampainya kami di rumah anak-anak yatim tersebut, saya menerima sms mengenai pembatalan program tersebut. Sebab dah sampai, saya langsung masuk dan memberi salam. Rupa-rupanya mereka semua dah siap berpakaian, tinggal nak bertolak ajer. Bekalan makanan pun dah disediakan oleh penjaga mereka Ustazah Asma. Saya dan Nora tak sampai hati pulak nak biarkan anak-anak tu, langsung kami diskas secara ringkas dan minta izin dari Ustazah Asma untuk bawa ke Taman Tasik Shah Alam. Berebut2 masing2 nak naik kereta kami. Bayangkanlah, lapan orang naik kereta saya, tujuh orang naik kereta Nora! Hehehe.. Nasib baik tak kena tahan JPJ. Budak-budak perempuan pulak naik satu van dan dua lagi kereta lain. Seronok tengok diorang main kat playground taman tasik tu.. lepas tu kami bawa pulak diorang jalan2 di Muzium Negeri. Sampai jam 11.30, masing2 pun dah penat round kat muzium tu, kami terus balik. Asalnya kanak-kanak ni nak ke Library, tapi tengok masing2 dah penat, (sebenarnya yang bawak yang penat!!hehe) kami balik terus. Dalam kereta, anak-anak tu berterima kasih kerana bawa mereka jalan, sebab kalau tak, kata mereka, boring duduk asrama..

Apapun, walaupun penat berjalan, rasa enjoy sangat dapat spent masa dengan anak-anak ni. (Semalam lepas main bowling, terasa kaki kiri sakit. Time solat pun sakit. Agaknya sebab tak menang. kalau menang tak sakit pulak. hehehe..).hajat di hati nak upload imej diorang, tapi kat sini line kurenggg, jadi lain kali ajer saya kongsikan aksi2 menarik mereka.

Bermula esok hingga 22hb Mei 2009, saya akan menghadiri kursus Induksi pegawai MAIS selama seminggu di ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) di Sabak Bernam. Harap2 adalah line broadband, kalau tak, alamat seminggu jugaklah bercuti menulis blog.

"Cinta Nabi Dalam Mencari Redha Ilahi"

NSJ
Kampung Raja Musa
1 am
17 Mei 2009

8 ulasan:

sentosa77 berkata...

Salam Cik Hani.. waa bestnya dapat beraktiviti macam tu, banyak dapat pahala.. :)

Leenoh berkata...

Salam Hani dan Zaidon.
Pak Ngah setuju dengan pendapat Zaidon tu,insya Allah dapat banyak pahala.Tidak semua orang berpeluang seperti itu.

Tanpa Nama berkata...

EL-OPET

Tahniah sebab bersama anak-anak yatim tu. Tapi yang tak best, bagi pendapat sayalah, kalau individu yang mengajak anak anak tersebut membatalkan rancangan disaat anak2 tersebut bersiap dan telah bersemangat, sepatutnya gantikanlah dengan acara atau aktiviti lain. Paling kurang bawa breakfast atau apa2 yang sewajarnya.

InsyaAllah satu masa kalau Allah bg sedikit kekayaan pada saya, paling kurang berbudi bahasalah dengan anak-anak tersebut. Bukan anak-anak tersebut meminta. Tapi kita yg dewasa perlu bagi contoh budi bahasa yang baik.

InsyaAllah kepada anak-anak uncle opet akan bawa anak-anak pergi lawatan k...pashi-pashi!!

Ustaz Amin berkata...

Terima kasih Hani, pembatalan program tu last minit. Saya pun hanya dapat makluman pukul 8 pagi, apa pun, terima kasih sebab gembirakan anak-anak Ijabah ini. Semoga Allah memberkatimu

Hunny berkata...

Salam Zaidon,,
banyak lagi menda lain yang boleh dapa pahala...

Hunny berkata...

salam Pak Ngah,

TQ atas comments

Hunny berkata...

El Opet OR Tanpa nama,

Penganjur last minute baru bagitau kensel.. kena kreatif laa bila program kensel.. Mudah2an Allah memakbulkan doa anta.

Hunny berkata...

Salam Ustaz,

Sama-sama. Sikit sangat saya gembirakan mereka, nak bandingkan dengan kegembiraan yang Ustaz dan keluarga ustaz beri pada mereka.. :)