Salam semua,
Saat saya menulis entry ni, saya tengah berpeluh-peluh sebab berpoco-poco dengan adik-beradik dan anak-anak buah. Seronok sebab dah lama tak exersice. Lebih seronok sebab kumpul dengan adik-beradik dan anak-anak buah sempena menyambut hari lahir abah dan adik lelaki saya yang jatuh pada 5hb Jun setiap tahun.
First time saya berpoco-poco ialah tahun lepas semasa Hari Keluarga kami yang diadakan di sebuah resort di Batang Kali. Time tu memang meriah, sebab anggota keluarga kami memang ramai,ada 7 keluarga semuanya.. Kemudiannya, dalam sebulan lepas, ada member bagitau, MARA ada anjurkan poco-poco kat Anggerik Mall, so saya pun join la.. hehehe.. bayar RM5, poco2 la sampai berpeluh.. Pastu, sebab bz,dah tak sempat nak follow dah.. asyik outstation aje..
Yang seronoknya, masa poco2, tak ingat kerja yang melambak2 kat ofis.. yang tau, layan jerr step ikut muzik poco2.. Ada sapa2 tau dari mana asal poco2 ni? Boleh la kongsi..
Okey lah.. nak sambung poco2... :) Chiaw..:)
"Syoknya balik kampung"
Hunny
Kampung Raja Musa
11.30 pagi
6 Jun 2009

8 ulasan:
Semoga batas syariat terjaga :)
huhu..kak.. poco2 da jadi senaman tuk suma agensi tak kita kat mana je...huhu...
best kan poco2..klu tidka silap, poco2 tu dari indonesia..
Salam Saudara farid,
Insyaallah.. Terima kasih ingatkan.. Sakit kaki den berpoco2 dua hari.. hehehe.
To Misya,
Memang best la poco2 tuh.. kaki sakit pun best jugak.. kehkehkeh.. Kalau dengar lagu nya memang sah dari seberang Indonesia.
Salam..Hani,
Senaman memang sangat penting utk kesihatan diri,Perkara ini juga perlu diwar-warkan kpd mereka yang kurang perasan tentang kebaikannya.
Pak Ngah pernah anjur satu program yang melibatkan seluruh warga sekolah yang Pak Ngah bertugas dulu bertujuan menyedarkan mereka bahawa semua orang perlu bersenam sama ada di dalam rumah atau di luar rumah, sama ada secara ringan atau berat.
Eloklah anjurkan sebulan atau seminggu sekali di MAIS, setengah jam sebelum waktu pejabat.
Hai pandai-pandai pulak Pak Ngah ni, apa salahnya kan.
Salam Pak Ngah,
akal yang sihat lahir dari badan yang sihat.. kalau tak dapat berjoging, berjalan pun okey..tak dapat jalan, berenang, tak dapat berenang, poco2 pun jadilah! :)
Cadangan pak ngah tu menarik, tapi kalau lepas waktu pejabat lebih baik kot.. yak lah bau ashemm!! hehe
Salam Hani.
Oo berat juga ya. Pada Pandangan Pak Ngah sangat penting dianjurkan, selepas masa pejabat pun ok gak.
Pegawai yang sihat akan menambahkan produktiviti dan kurang MC he3.
Salam Pak Ngah,
Betullah tu.. :)
Catat Ulasan