Sejak Khamis malam saya sudah menerima ucapan salam dan tahniah daripada sahabat-sahabat dan keluarga terdekat atas ulang tahun kelahiran tahun ini. Saya dan sahabat2 yang kebetulan meraikan ulangtahun kelahiran pada bulan yang sama merancang untuk mengadakan jamuan doa selamat untuk kakitangan MAIS sebagai tanda kesyukuran kerana dipanjangkan umur sehingga ke tahun ini. Alhamdulillah.. Sesungguhnya nikmat kehidupan itu adalah nikmat yang paling besar, kerana melalui nikmat kehidupan, kita dapat menikmati nikmat, ujian dan mehnah kehidupan yang lain. Mudah-mudahan, semua nikmat yang diberi, dimanfaatkan sebaiknya dan kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya. Mudah-mudahan ujian yang tiba, dapat diselesaikan sebaik mungkin, dan paling penting, kita redha dengan ujian yang diberiNya. Mudah-mudahan, umurku panjang, supaya dapat ku tambah bekalan untuk perjalanan akhiratku. Mudah-mudahan, janjiku dalam setiap solat, bahawa solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untukMu dan agamaMu dapatku penuhi.. Aminn..
Yang sangat bersyukur atas pemberianNya;
Hunny
Seksyen 19
Shah Alam
27 Jun 2009
Yang sangat bersyukur atas pemberianNya;
Hunny
Seksyen 19
Shah Alam
27 Jun 2009
2 ulasan:
Salam Hani.
Tahniah diucapkan atas keberuntungan tersebut, semoga mendapat berkat pada perjuangan berbaki dan yang belum selesai.
Bersyukur pada kesihatan serta kedudukan yang sedia ada, diharap dengan kesyukuran itu Allah akan menambahkan lagi nikmat dan rahmat-Nya,amin.
Salam Pak Ngah,
Terima kasih :)
Catat Ulasan