Salam semua,
Dah lama saya tak menulis. Lebih kurang seminggu. Sebabnya tak ada idea nak tulis, dan macam tak ada jiwa nak tulis. Tak tentu rasa. Agaknya keletihan seharian di pejabat menyebabkan waktu malam saya rasa nak berehat dan tak mahu memikirkan hal-hal pejabat, walaupun biasanya ada kerja yang dibawa pulang.. Rasa macam tak cukup masa 24 jam yang diberi.. pagi dan petang penuh dengan perbincangan yang sarat dengan pelbagai isu perundangan.. batuk masih tak baik lagi.. mungkin disebabkan cuaca panas. Anyhow, bila Khamis berakhir, saya betul2 fed up dan tak tahan..Arrrrrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Later I realized, I really really need a break..
Dah lama saya tak menulis. Lebih kurang seminggu. Sebabnya tak ada idea nak tulis, dan macam tak ada jiwa nak tulis. Tak tentu rasa. Agaknya keletihan seharian di pejabat menyebabkan waktu malam saya rasa nak berehat dan tak mahu memikirkan hal-hal pejabat, walaupun biasanya ada kerja yang dibawa pulang.. Rasa macam tak cukup masa 24 jam yang diberi.. pagi dan petang penuh dengan perbincangan yang sarat dengan pelbagai isu perundangan.. batuk masih tak baik lagi.. mungkin disebabkan cuaca panas. Anyhow, bila Khamis berakhir, saya betul2 fed up dan tak tahan..Arrrrrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Later I realized, I really really need a break..
Jadi, Jumaat lepas, saya ambil cuti. Tak ke mana pun.. duduk rumah jer.. mula2 nak balik kampung, tapi emak kata tak payah, sebab Sabtu ada kenduri di Shah Alam. So lepak umah sorang-sorang sebab housemate sumer kerja. Petang dalam jam 6pm, ajak dua orang sahabat walkathon di Taman Tasik Shah Alam. Kononnya nak kasi peluh kuar, sebab asik dok dalam air cond pun tak bagus juga. Tak tahu pulak sebenarnya Jumaat tu IPU (Indeks Pencemaran Udara) direkodkan tahap tidak sihat. Lebih kurang 130 skalanya. Walaupun keluar sekejap, sebab jam 7.30 kami dah ada di rumah, tapi kesannya memang drastik. Malamnya, saya memang tak lena tidur sebab batuk lebih teruk, sampai menangis-nangis disebabkan batuk.. Huwaaaaa!!! Lebih teruk sebab tekak rasa kering sepanjang masa.. minum pun masih batuk lagi... Teringat ubat yang saya dapat di SMC masih ada lagi berbaki, telan jerlah.. Alhamdulillah kurang sket batuknya.
Sedikit pengajaran, lepas ni, kalau nak kuar, kena tengok cuaca dulu. kalau agak2 jerebu kuat, toksah keluar.. duduk jer kat rumah diam2. Kalau agak2 nak berpeluh dan exercise, berkebun pun ok, sapa yang ada kebun. Yang tak ada kebun, poco2 pun ok la tuh!
Sedikit pengajaran, lepas ni, kalau nak kuar, kena tengok cuaca dulu. kalau agak2 jerebu kuat, toksah keluar.. duduk jer kat rumah diam2. Kalau agak2 nak berpeluh dan exercise, berkebun pun ok, sapa yang ada kebun. Yang tak ada kebun, poco2 pun ok la tuh!
Hari Sabtu, memang hari lepak sedunia. Sebab lepas satu movie, satu movie saya tengok. Dari jam 6.30 pagi, terus-menerus sampai jam 1pm! Memang rekod la untuk saya yang dah lama tak tengok TV. Mujurlah ada kenduri kawen, kalau tak, maybe siaran terus sampai petang.. hehehe.. Saya pun tak tau kenapa, tapi sebab tak tentu rasa la kot.. Lepas siaran langsung terus-menerus, saya bersiap-siap ke kenduri kahwin di Dewan MBSA Seksyen 13. Walaupun tetamu tak ramai, tapi tetap meriah. Sempat saya berpadu suara dengan adik perempuan saya mendendangkan Lagu Selamat Pengantin Baru dan Kau Teristimewa untuk pengantin yang merupakan anak angkat Pakcik saya.. Release tension sket. Memanglah Tak Tentu Rasa.. Time tu, berkumpul lah family kami yang ramai2. Syok gak, tapi sekejap jer..
Saya kebetulan duduk bersebelahan dengan pakcik yang mempunyai dusun durian di Batang Kali. Dia berbisik kepada saya bahawa durian dah gugur.. Alamak! Syioknya!! Saya terus plan dengan kakak dan adik-adik untuk pergi ke dusun beliau di Batang Kali. Nak makan durian punya pasal:)
Saya kebetulan duduk bersebelahan dengan pakcik yang mempunyai dusun durian di Batang Kali. Dia berbisik kepada saya bahawa durian dah gugur.. Alamak! Syioknya!! Saya terus plan dengan kakak dan adik-adik untuk pergi ke dusun beliau di Batang Kali. Nak makan durian punya pasal:)
Jam 8.30 kami bertolak dari Shah Alam dua kereta, kemudian singgah makan malam di rumah adik saya di Sg Buaya. Kemudian, kami terus ke dusun pakcik saya yang terletak di Kamar Aisyah Resort, Batang Kali. Sampai2 jer, salam2, terus salam dengan durian.. hehehehe.. Dahsyat toll!! Yang seronoknya, anak-anak buah saya pun rupa2nya masing2 minat durian.. terpaksalah berebut-rebut dengan diorang.. tapi memang MARVELLOUS lah buah durian pakcik ku! Sangat sedap!! Sehingga menjilat jari.. THUMBS UP!! Time makan tu, tak ingat la pulak tekak yang kering dan batuk yang tak berhenti-henti.. Layan dulu, batuk belakang kire!! Huhuhu..
Esoknya, kami pakat berenang pulak dekat sungai yang berada di belakang resort tu. Hajat kakak saya yang nak balik awal terpaksa dibuang jauh-jauh sebab anak-anak saudaraku nak mandi sungai. Bila dah mandi, masing-masing tak nak naik sebab best sangat mandi sungai. Lagipun airnya cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Turun ke sungai jam 10, naik jam 1pm.. memang kecut la masing2... tapi puas hati.. Naik, mandi, solat, makan tengahari, pulang semula ke Shah Alam.. memang best lah.. percutian yang singkat tetapi penuh keriangan.. Kurang la stress kerja..
Time saya menaip ni, di sebelah kiri saya, mak, kakak dan adik saya saya bersusun tido sebab keletihan. Tido pun berbaris diorang ni.. bagus betul.. hehehe.. Sambil menaip, sambil bersin.. kena selsema sket sebab layan mandi sungai yang sejuk giler tu.. Bila mandi sungai, tak sedar diri.. orang kata, lupa daratan, bila dak masuk laut.. Betul ker?
Anyway, esok dah kena masuk ofis balik. Budak2 pun dah habis cuti, kena masuk sekolah balik. Rasa sekejap je cuti sehari, tak cukuplah. huhu.. Insyaallah, bulan 8 nanti nak gi jauh sket. Harap2 time tu dah ok la wabak Influenza A. Kalau kena postpone trip lagi, memang la tak nak gi langsung..
Kay lah. Got to pen off. Abang long saya pun dah sampai nak ambik anak perempuannya yang diculik oleh kami untuk mandi sungai sama-sama. Hidup perlu diteruskan, amalan perlu dipertingkatkan. Esok mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua.. Amin..
Hunny Bunny
Seksyen 19, Shah Alam
5.30pm
14hb Jun 2009
11 ulasan:
Salam Tuan Rumah..
Nasib baik tak smapai menjilat jari...cheers :)
sori ayat tak abis....#menjilat jari kaki :)
Salam Hanisalwa:
Anda pergi ke khenduru kawin sedara, lain kali sedara pulak ke khenduri kawin anda, mudah2an Hanisalwa, Pak Cik doakan agar anda bertemu dengan yang anda harapkan. Insaallah.
salam hani,
memang sekarang ni perlu dihadkan atau dielakkan terus aktiviti 'outdoor'. Melihat kepada 'track record' jerebu yang lepas-lepas memang ini baru permulaan dan akan berpanjangan. Semalam ketika berliburan bersama rakan seorang doktor, dia beritahu biasanya tiap-tiap tahun, bulan tujuh merupakan bulan yang sibuk (peak) dengan jumlah pesakit yang bermasalah dengan masalah berkaitan pernafasan (batuk etc) Jadi jagalah diri dan kesihatan dengan baik-baik.
Salam Hani.
Ingatkan demam sbb sekarang musim demam, membiarkan blog kesunyian lama gak, rupanya tiada idea.
Batuk-batuk pun makan durian lagi ke ?. Durian tu panas kot.mungkin tak sesuai dengan batuk tu, hehehe macam doktor lak.
Kalau badan panas. Pak Ngah akan banyakkan makan sengkuang atau sengkuan Cina.
Semoga cepat sihat dan semoga Allah makbulkan doa Hani.amin
Salam PG,
Hehehe..kalau kaki ayam boleh dijilat (KFC) tapi kaki sendiri yakkkssss!! Never!
Salam Wak Kuntong,
AMin.. mudah2an makbul doa wak kuntong tuu...:)
Salam Dr Sam,
TQ atas nasihat yang diberi.. :)
Salam Pak Ngah,
Masin mulut Pak Ngah.. betul2 saya demam dan selsema. Tapi tak la kronik.. datang juga ke pejabat sebab ada meeting.. cuma rasa letih dan mengantuk sket, sebab tak dapat nak bernafas dgn sempurna..
Tadi pagi pun dah kena sound dengan staff, sebab makan durian banyak, walhal etakk sakit.... tapi dah selamat punn.... nanti saya cuba la makan sengkuang cina tu...TQ atas keprihatinan.
Salam sdri...dah sihat ker skrg ni? Jaga kesihatan dan berihatlah bila rasa letih
Salam saudara Razak,
Alhamdulillah. Dah sihat. tak batuk dah.. boleh berpoco-poco balik.. Yearrrghh!! :)
Catat Ulasan