Salam semua,
Semalam selepas pembentangan saya di Dewan Jubli Perak selesai, saya terus bergegas pulang ke rumah kakak di Seksyen 19 untuk bersiap sedia bergerak ke Skudai, Johor kerana menghantar adik perempuan saya yang menyambung pengajian di Tahun 3, Kursus Ijazah Perancang Bandar dan Wilayah, di UTM. Sebelum ini, beliau mengambil Diploma dalam bidang yang sama di UTM, Jalan Semarak KL.
Saya pergi berempat, emak, saya, adik lelaki bongsu, dan adik perempuan saya. Kami bertolak semalam dan menginap di Hotel Good Hope yang terletak 5 minit dari UTM. Kami bertolak jam 6 petang dan sampai ke Skudai lebih kurang jam 9.30 malam. Seingat saya ini kali kedua tahun ini saya sampai di Johor. Kali pertama semasa lawatan MAIS ke MAINJ.
Sesampainya di hotel, saya terus check in, dan minta adik parking kereta di basement. Kalau di hotel sekitar Shah Alam dan KL, bila tempah bilik, dapat parking free. Di sini, parkingnya kena bayar deposit RM4, tetapi dikembalikan masa check out. Sambil tunggu adik saya park kereta, saya tinjau keadaan sekeliling hotel. Bersih dan kemas, tapi background lagu Tamil. "Agaknya hotel orang India kot, An,"kata emak. Saya menganggukkan kepala tanda bersetuju. "Ye kot mak, tak pernah pulak kat mana2 hotel pasang lagu India," balas saya. Sambil itu, terfikir juga saya, kalau betul tekaan kami empunya hotel ini orang India, memang beliau bangga dengan bangsa dan budayanya. Alangkah bagusnya kalau hotel orang Melayu, dipasang lagu-lagu Melayu. Dan alangkah bagusnya, jika hotel atau kedai atau restoran milik orang Islam, dipasang lagu-lagu Islam. Kalau tidak bangsa atau penganut agama Islam yang menghayati dan menyebarkan budaya dan agamanya, siapa pula yang akan tolong sebarkan. Adakah orang Yahudi atau Nasrani akan sebarkan dan membudayakan Islam? Sudah tentu tidak!
Di hadapan lobby hotel terdapat satu kedai yang menyediakan perkhidmatan internet. Saya minta adik saya menanyakan kepada kaunter sama ada disediakan perkhidmatan internet percuma oleh pihak hotel."Tak. Kena langgan di kedai tu. Satu jam RM8" jawab petugas hotel. "Mahalnya,"kata saya. "Biasanya, kalau menginap di hotel, dapat free internet. Nasib baik bawak broadband" kata saya lagi.
Kami rehat2 sekejap sebelum buka bekal yang dibawa dan makan malam ramai2 kat bilik. Selepas tu, sempat juga post satu entry, sebelum tidur.
Pagi tadi, jam 10 pagi kami check out dan bertolak dari hotel ke UTM. Walaupun dapat sarapan percuma, kerana khuatir makanan yang disediakan tidak halal, saya mengajak mereka bersarapan di Medan Selera yang terletak betul-betul di hadapan hotel. Sebab nak cepat, kami semua makan nasi lemak. yang sedia dibungkus. Alhamdulillah, kebetulan nasi lemaknya memang sedap betul. Sambalnya sedap.
Selepas bersarapan, kami bergerak ke UTM. Sebelum check out tadi, sempat saya tanyakan laluan ke UTM dari petugas hotel wanita yang comel. "Akak keluar ni, ke kiri, jumpa ESSO, pastu terus ke jalan besar, jumpa Shell pertama, pastu terus lagi jumpa Shell kedua. Pastu ada simpang tulis UTM Pontian, akak masuk simpang tu," kata petugas hotel. Saya mengulangi instruction yang diberi kepada adik lelaki yang memandu. Alhamdulillah, tepat direction yang diberi. Agaknya sebab dah selalu sangat orang tanya laluan ke UTM.
Ini kali pertama saya sampai di UTM. Kawasannya cantik, luas dan indah. Saya seronok menikmati kehijauan pohon-pohon yang memenuhi kawasan Universiti." Bestnyerr... Kat UIA tak macam ni pun, panas. Sini sejuk jer nampak,' kata saya. "Kat UIA kawasan baru, pokok pun baru nak tanam, masa ko masuk,"emak menyampuk. "Apa yang bestnya, dah la asrama orang jauh kat tengah hutan,"adik perempuan saya pula berkata. "Eh! Best ni. Rasa nyaman jer. Dulu time Kak An kat UIA, memang la panas terik," sambung saya. "Tapi asrama orang jauh. Kat belakang. Budak lelaki asramanya kat depan. Ntah hapa2 ntah. Selalu macam tu,"bebel adik saya. Hati saya berkata-kata. Macam mana agaknya kalau budak2 yang tak dapat masuk U dengar bebelan adik aku ni. Mesti panas hati diorang, sebab dah dapat masuk U pun tak bersyukur. Tapi lumrah manusia memang begitu, kan?
Di setiap simpang dan bulatan yang kami lalu, pengawal-pengawal keselamatan telah bersedia menunjukkan arah yang sepatutnya. Kami terus ke Kolej Kediaman Datin Sri Endon, tempat pendaftaran kolej. Saya menemani adik saya ke tempat pendaftaran. Emak dan adik lelaki saya menunggu di kereta. Ramai ibu-bapa dan keluarga yang menghantar anak-anak mereka untuk pendaftaran. Sambil menunggu adik saya mendaftar, saya duduk di kafe. "Besarnya kafe ni, tak macam kat UIA, kecik ajer,"kata hati saya. Manusia memang sentiasa membuat perbandingan, yang baik atau buruk, positif atau negatif.
Selepas pendaftaran selesai, kami membantu adik mengangkat barang-barang ke asrama beliau yang terletak di Tingkat 4. "Aduss.. Letihnya nak memanjat tangga, "gerutu hati saya. "Ada lif la An, kakak tu kata ada lif," kata emak. "Ye ke? Ada lif? Wah! Canggihnyer hostel Cik Ya, ada lif." puji saya. Terus bersemangat nak angkat barang. Kami naik beramai-ramai. Selepas bertemu dengan rakan-rakan Cik Ya, kami terus pulang. Sempat saya ambil foto kenangan di UTM.
Dalam perjalanan pulang, saya terkenang kembali saat2 ayah dan ibu serta arwah nenek menghantar saya untuk meneruskan pengajian di Matrikulasi UIA, Lembah Pantai pada tahun 1997 dan di Main Campus Gombak pada tahun 1999. Time tu rasa berkobar-kobar nak belajar. Alhamdulillah, tahun 2001, saya graduate. Terus chambering setahun, kemudian habis chambering dan dapat tauliah peguam sivil, saya praktis dua tahun, di sebuah firma di KL, sebelum mendapat tawaran bekerja di MAIS. Pejam celik, sekarang dah hampir 7 tahun saya bekerja. "Cepatnya masa berlalu, "kata hati saya. Dah tujuh tahun saya graduate. Insyaallah, bulan 10 ni, saya akan melalui graduation day sekali lagi di UIA, untuk ijazah sarjana undang-undang saya.Tahun lepas saya berkonvo di UITM Shah Alam, untuk menerima Diploma Lepasan Syariah dan Amalan, untuk melayakkan saya memohon Sijil Amalan Guaman Syarie Negeri Selangor. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Pada saya, pencarian ilmu itu merupakan satu episod yang tidak pernah berkesudahan. Ianya seperti satu sejarah yang sentiasa berulang-ulang. Kalau tidak kita yang meneruskan, kemungkinan ada orang lain yang akan meneruskan. Yang pastinya, ia pasti diteruskan, sama ada oleh orang yang sentiasa dahagakan ilmu, iaitu orang yang merasakan ilmunya masih belum cukup lagi. Kalau kita tidak mampu teruskan, berkemungkinan adik-adik kita, atau anak-anak kita akan teruskan. Tidak mustahil, satu hari nanti, saya akan melalui semula detik ini, menghantar anak saya ke universiti. Atau kemungkinan jika tidak ada rezeki di universiti, proses pembelajaran dan pencarian ilmu tetap tidak akan berhenti. Sekurang-kurangnya kita sematkan untuk sama-sama berusaha melahirkan generasi berilmu. Ilmu penyuluh hidup.
Bergambar dengan adik di depan banner depan kolej. Macam tak pernah masuk U plak. Hehe. Budak depan kami tu, adik lelaki pada kawan adik saya, dipontengkan kerana nak hantar kakak masuk U. Boleh ke?
Satu kelainan yang tak pernah saya jumpa di UIA, UITM atau UM. Ada price kontrol oleh Majlis Perwakilan Pelajarnya. Bagus! Two thumbs up!
Sapa-sapa yang tak puas hati dengan harga makanan yang dijual, boleh terus komplen on the spot di nombor petugas yang tertera. Bagus kan?
Adik lelaki saya iaitu pemandu dalam program dari Hotel Ke Universiti kali ini mempamerkan aksi pemandu jiwang karat. Cuba lihat bentuk love yang dihasilkan. Comel kan?
Me and my mama, ibu, ratu hati dan idola kami, yang tak pernah putus asa bagi semangat pada kami untuk teruskan pengajian dan pencarian ilmu, walau dia sendiri tak berpeluang ke universiti. Insyaallah, akan ku teruskan ibu!
Mengharap redha Ilahi,
Hani,
Seksyen 19 Shah Alam
28hb Jun 2009

Di kaunter pendaftaran pelajar. Semua pelajar baru perlu melalui Minggu Haluan Siswa atau Minggu Orientasi pelajar.
Kaunter saringan H1N1 pun ada. Bagus betul. Tapi urusetia programnya nampak kurang mesra. Cuma tanya sama ada demam ke tak. Kalau tak, tak payah check. Lorrr.. Serupa tak payah saring dik!
Ibu bapa dan keluarga yang memenuhi kawasan pendaftaran. Macam2 gaya duduk, serba tak kena. Masing-masing menunggu pelajar mendaftar.
Kat kafe pun penuh dengan pengunjung. Untung lah bisnes tokey kafe hari ni. Cepat naik haji.
Kafe kolej Datin Sri Indon. Luas, bersih dan kemas. Selesa dan sejuk. Thumbs up!
Kafe kolej Datin Sri Indon. Luas, bersih dan kemas. Selesa dan sejuk. Thumbs up!
Bergambar dengan adik di depan banner depan kolej. Macam tak pernah masuk U plak. Hehe. Budak depan kami tu, adik lelaki pada kawan adik saya, dipontengkan kerana nak hantar kakak masuk U. Boleh ke?
Satu kelainan yang tak pernah saya jumpa di UIA, UITM atau UM. Ada price kontrol oleh Majlis Perwakilan Pelajarnya. Bagus! Two thumbs up!
Sapa-sapa yang tak puas hati dengan harga makanan yang dijual, boleh terus komplen on the spot di nombor petugas yang tertera. Bagus kan?
Adik lelaki saya iaitu pemandu dalam program dari Hotel Ke Universiti kali ini mempamerkan aksi pemandu jiwang karat. Cuba lihat bentuk love yang dihasilkan. Comel kan?
Me and my mama, ibu, ratu hati dan idola kami, yang tak pernah putus asa bagi semangat pada kami untuk teruskan pengajian dan pencarian ilmu, walau dia sendiri tak berpeluang ke universiti. Insyaallah, akan ku teruskan ibu!
Mengharap redha Ilahi,
Hani,
Seksyen 19 Shah Alam
28hb Jun 2009
6 ulasan:
Hani:
Lima atau enam tahun lepas(agaknya) saya pernah ke UTM Skudai kerana antar anak kedua.Anak pertama di UTM Semarak,dan pada 28 ni u antar adik, mungkin dalam 20 tahun lagi u anta anak ke situ juga (Insaallah). Dan pada masa yang sama saya anta anak saya ke UTHM Parit Raja batu Pahat. (kat aja).Hani..kalau lain kali ke JB tengok adik, singgahlah ke BP. Boleh pekena Nasi Beryani Benteng Batu pahat. Tapi kontek dulu..ok...(kalau sudi).
Salam Hani.
Skudai tidak berapa jauh dengan Kg.Pasir, Tampoi.dulu Pak Ngah tinggal di situ, kalau tak salah Skudai dikenali juga sebagai Bt.10.
Pernah berlaku kemalangan ringan suatu ketika dahulu di jalan tersebut, rantai motorsikal putus, Pak Ngah pakai Honda 175cc, nasib baik kemalangan ringan je,
Tahun lepas Pak Ngah pergi, kelihatan berlaku banyak perubahan, memang betul-betul bertukar wajah.Tapi taklah pergi UTM.
Insya Allah suatu hari nanti Hani akan menghantar anak sendiri pula. Semoga doa tersebut akan dimakbulkan Allah, Allah Maha Penyayang.Bila sampai ketikanya nanti qadar dan qada' Allah akan terlaksana dengan aman dan jayanya.
Salam Wak kuntong,
Insyaallah, kalau saya ke sana lagi, saya singgah. Hebat anak2 wak :)Tahniah kerana meneruskan pencarian ilmu.
Pak Ngah,
Amin... :)
bestnye..teringat mula2 masuk kolej dl..skrg dh grad pn..kngan plaing bhgia..yg x kan dapt kt mn..masuk kolej..jmpa kawan2 ngn buah hati..huhuhu
SALAM AYONG,
SEBENARNYA, YANG TAK LEH LUPA JUMPA BUAH HATI KAN?
HEHEHEH
Catat Ulasan