Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 3 Jun 2009

Diari - Bengkel Semakan Undang-Undang Syariah Negeri Selangor

Salam semua,

Hari ini hari kedua saya di Bengkel Semakan Undang-Undang Syariah Negeri Selangor. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk melaksanakan titah perintah DYMM Sultan Selangor yang meminta supaya satu kajian perbandingan Undang-Undang Syariah yang berkuatkuasa di Negeri Selangor dengan negeri-negeri lain dibuat. Bengkel ini disertai oleh ahli-ahli penyelidik yang terdiri daripada wakil-wakil dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Bahagian Pendakwaan Syarak, JAIS dan Bahagian Undang-Undang MAIS sebagai urusetia program. Walaupun titah baginda hanya untuk menjalankan perbandingan, anggota penyelidik mencadangkan supaya analisa dan cadangan penambahbaikan dikemukakan bersama dengan kajian perbandingan yang dibuat. Objektif bengkel ini adalah, di akhir bengkel ini nanti (iaitu esok, 4hb Mei 2009), satu laporan khas mengenai perbandingan undang-undang Syariah di Negeri Selangor dan negeri-negeri lain dapat dikemukakan ke bawah DYMM Sultan Selangor. Mudah-mudahan pihak kami berjaya melaksanakan amanat yang diberikan dengan sempurna.

Dari sudut perundangan, aktiviti ini dinamakan semakan undang-undang. Pada pandangan saya, tindakan untuk membuat semakan ke atas undang-undang seperti ini perlu dilakukan secara berterusan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam setiap undang-undang yang dikuatkuasakan. Dan pada saya, bukan sahaja undang-undang perlu disemak secara konsisten, tetapi diri sendiri juga perlu disemak secara berterusan. Apa yang kita buat, apa yang dimakan diminum, apa yang dikata dan dijanji, apa yang dipandang, dilihat, dipegang, disentuh, diamal, dibaca, dibeli, dll.. Inilah namanya muhasabah @ menghisab dan menilai diri, untuk penambahbaikan dan peningkatan diri. Cuma bezanya, muhasabah diri, tidak perlu dilaporkan kepada sesiapa, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita buat dan lakukan, walaupun hanya niat. Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita sentiasa memuhasabah diri untuk kebaikan diri dan ummah.

"Mengharap Redha Ilahi"

NSJ
De Palma Ampang
Selangor
3hb Jun 2009

2 ulasan:

PG berkata...

Salam Tuan Rumah.
Nice blog :)

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam Dr Pg,

Waalaikumsalam.. tq sudi singgah.. rajin2la singgah lagi :)