Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 24 Jun 2009

Diari - Perjuangan yang belum selesai.. part 1

Salam semua,
Seawal pagi, baru 5 minit di pejabat, saya dihubungi oleh Jabatan Mufti Selangor. Saya bertanya pada pegawai yang menghubungi saya," Ada apa ye Dato nak jumpa? Jawabnya " Dato Timbalan Mufti nak berjumpa. Ada nak bincang isu mengenai gubalan enakmen".

Hmmm.. sepanjang saya bekerja di MAIS, ini pertama kali Timbalan Mufti panggil untuk berbincang dengan saya.. "Mesti kes besar ni,"kata hati saya. Selalunya, SS Dato Mufti sendiri akan panggil jika ada isu. "Mungkin Dato SS Mufti tak ada kot," hati saya berbisik.

Jam 8.15 pagi saya dah berada di pejabat Timbalan Mufti. Tepat jangkaan saya, SS Dato' Mufti out station di Sabah. Sambil tersenyum Dato Majid menyapa saya sambil bertanya khabar. "Alhamdulillah, sihat je Dato,"saya menjawab sambil bertanya khabar semula. "Ada apa ye Dato? Pagi-pagi dah kena saman," gurau saya. Sambil ketawa mendengar soalan saya, beliau menjelaskan tujuan beliau memanggil saya ke pejabatnya adalah berkenaan dengan cadangan pindaan kepada Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau turut memaklumkan bahawa DYMM Sultan meminta ulasan dan pandangan daripada Jabatan Mufti Selangor dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor berkenaan perkara tersebut. "Masa yang diberi dua hari, sebab Tuanku nak ulas dalam Mesyuarat majlis Raja-Raja Isnin depan", tambahnya lagi. Melihat dokumen yang beratus-ratus muka surat siap dengan cadangan pindaan, "Aduss!"Dalam hati saya dah berkira-kira, bila la saya nak siapkan, dengan kerja-kerja in hand yang belum selesai.

Setelah beberapa minit berbincang, saya bersetuju untuk membantu sekadar termampu, kerana masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Belum sempat duduk,saya dimaklumkan,ada orang masjid nak jumpa. "Sapa pulak ni?" tanya hati saya.

To be continued...

Tiada ulasan: