Sepanjang minggu ini, jadual harian saya padat terisi dengan program-program undang-undang dan mesyuarat yang perlu dihadiri. Pada hari Isnin, saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa Baitulmal MAIS. Mesyuarat ini merupakan platform untuk membincangkan perkara-perkara mengenai permohonan penebusan atau pembelian harta lebihan faraid, kes-kes mahkamah berkaitan dengan isu-isu faraid di MAIS, pembangunan dan penyewaan harta-harta faraid, dan perkara-perkara berbangkit dengan pengurusan harta MAIS.
Kemudiannya, bermula hari Selasa hingga Khamis, selama tiga hari saya dan kakitangan Bahagian Undang-Undang terlibat untuk menganjurkan program gubalan peraturan-peraturan anak syarikat MAIS yang disertai oleh Ketua-ketua Bahagian MAIS dan Timbalan Setiausaha MAIS. Alhamdulillah, bengkel tiga hari tersebut banyak membantu dari sudut penyediaan peraturan untuk mengawal selia anak syarikat MAIS. Pada hari Khamis, ingatkan dapat berehat setelah tiga hari berbengkel, namun di sebelah malamnya, saya perlu menghadiri satu mesyuarat bersama penduduk-penduduk yang menghuni beberapa keping tanah wakaf di Teluk Pulai, Klang. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pendaftar Wakaf Negeri Selangor dan beberapa kakitangan MAIS yang lain. Mesyuarat tersebut diadakan untuk menyelesaikan dan menjelaskan kepada penghuni yang menduduki hartanah wakaf MAIS mengenai kedudukan sebenar harta wakaf tersebut dan kedudukan MAIS sebagai pemegang amanah wakaf tunggal di dalam Negeri Selangor untuk menjaga dan memastikan apa-apa wakaf yang dibuat di dalam seluruh Negeri Selangor dilaksanakan dengan sempurna. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan terkawal berbeza dengan satu mesyuarat yang pernah saya hadiri sebelum ini di sebuah daerah lain, di mana saya diminta untuk menarik balik kenyataan saya bahawa sesiapa yang menduduki hartanah wakaf adalah penceroboh, kerana tidak mendapatkan kebenaran pemegang amanah nya terlebih dahulu. Mesyuarat juga diadakan dalam keadaan tegang dan panas. Keadaan dan suasana tegang di dalam mesyuarat tersebut disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai kedudukan harta dan aset wakaf dan kedudukan majlis agama islam negeri-negeri sebagai pemegang amanah wakaf tunggal di dalam negeri masing-masing. Bagaimanapun, alhamdulillah, semasa perjumpaan yang kedua, penduduk telah dapat menerima kenyataan tersebut dan perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
Balik daripada mesyuarat, Timbalan Setiausaha MAIS yang juga Pendaftar Wakaf Selangor bermurah hati belanja kakitangan MAIS yang hadir untuk makan durian.. yess!! Durian Time!!
Bila balik ke rumah, cari dompet tak jumpa. Baru teringat, disebabkan terlalu cepat untuk pulang ke Shah Alam, dompet saya tertinggal di safe deposit box di hotel. Sebab tak ada nombor hotel untuk dihubungi, saya memutuskan untuk menghubungi hotel tersebut esoknya. Saya menelefon hotel seawal jam 8pagi untuk memastikan dompet saya ada. Alhamdulillah, jam 10 pagi saya dimaklumkan dompet saya ada. Saya pun bergegas ke hotel tersebut yang terletak di Sepang. Mesyuarat yang perlu saya hadiri saya terpaksa mewakilkan pegawai lain untuk hadir. Alhamdulillah, ada lagi dompet tu.. Kalau tak ada, malas nak memikirkan kena pergi ke banyak tempat untuk buat dokumen penting seperti IC, kad ATM bank, kad kredit, kad jusco (hehe), kad office.. macam2 laaa..
Petangnya, saya menghadiri satu mesyuarat penting mengenai penyerahan kunci kepada pembeli rumah Seksyen 16 Shah Alam. Walaupun letih, alhamdulillah, banyak isu yang dapat diselesaikan. Baliknya, saya dihubungi oleh kakak untuk menemani beliau di rumahnya, kerana suaminya out station. Disebabkan terlalu letih, saya tertidur selepas solat Maghrib. Mujur emak saya telefon dan mengingatkan janji saya untuk menemani kakak.
Ini pun dah ngantuk, tapi sebab dah lama tak post entry, rasa guilty pulak, tu pasal nak post gak entry ni.. Tengoklah gambar-gambar terkini yang saya post sama.
Bunga ini saya dapat dari penyanyi dan pemain gitar yang dijemput oleh pihak hotel untuk menghiburkan pengunjung semasa makan malam. Yang kelakarnya, masa dia nak bagi bunga ni, dia kata nak bagi pada 'apple of my eyes' tapi dia tukar pada 'watermelon of my eyes', sebab saya lagi besar dari dia. Sabar jer lah..
Timbalan Setiausaha MAIS merangkap Pendaftar Wakaf Negeri Selangor, memberi penjelasan mengenai wakaf di Selangor kepada penduduk-penduduk yang hadir di surau al-Falah, Teluk Pulai, Klang.
Stage terakhir dan penutup, adalah mengipas badan atau hidupkan air cond kuat2 sebab panassss!!
Hunny
Seksyen 19 Shah Alam
19 Jun 2009
10 malam

Puan Azlina, Pegawai Korporat dari PKNS, bersama pembantunya, Cik Aziah, memberikan penjelasan mengenai strategi PKNS dalam memantau dan mengawal selia anak syarikat mereka.
Suasana dalam gym semasa kami beriadah dan berpoco-poco. Seronok sebab dapat kurangkan stress. Siap bawak laptop dan CD poco2 lagi.. hehehe..
Bunga ini saya dapat dari penyanyi dan pemain gitar yang dijemput oleh pihak hotel untuk menghiburkan pengunjung semasa makan malam. Yang kelakarnya, masa dia nak bagi bunga ni, dia kata nak bagi pada 'apple of my eyes' tapi dia tukar pada 'watermelon of my eyes', sebab saya lagi besar dari dia. Sabar jer lah..
Sesi pembentangan oleh wakil setiap kumpulan. Masing-masing khusyuk mendengar penerangan daripada Puan Norraini, moderator kumpulan B.
Timbalan Setiausaha MAIS merangkap Pendaftar Wakaf Negeri Selangor, memberi penjelasan mengenai wakaf di Selangor kepada penduduk-penduduk yang hadir di surau al-Falah, Teluk Pulai, Klang.
Stage terakhir dan penutup, adalah mengipas badan atau hidupkan air cond kuat2 sebab panassss!!
Hunny
Seksyen 19 Shah Alam
19 Jun 2009
10 malam
8 ulasan:
Salam Hani.
Sedapnya durian tu, nasib baik minum air dalam pangsanya, lepas ni makan manggis pula.
Entri kali ini nampaknya lebih cantik dan manis hehehe sebab ada.....
Entri yang ada gambar bersama memang menarik dan rasa real dan ada um.
Salam Pak Ngah,
entri yang cantik dan manis.. hehehe.. sebab ramai yang cantik dan manis dalam gambar tu.. hehehe..
Assalamualaikum Hani,
Oh, banyaknya urusan yang perlu Hani lalui dalam seminggu, tapi kakchik dapat merasai yang ianya memberikan banyak ilmu dan pengalaman kepada Hani kan. Seronok pun ada...
Yang paling seronok tu mungkin pada aktiviti yang terakhir tu, 'makan durian'.
Assalamualaikum,
Oh, jangan pula lepas makan durian telan ubat. Menempah maut namanya.
Salam Kak Chik,
Memang maca tu rutin saya etiap minggu. Dulu masa sambung master di uia, lagi letih,sebab setiap sabtu ada kelas til 6 pm. Alhamdulillah, kelas dah selesai, tinggal konvo bulan 10 ni insyaallah. Tu yang tiap2 minggu, kalau tak ada aktiviti,balik kampung..
Salam saudara farid,
Setakat ni,tak pernah pulak buat eksperimen tu..tak pastilah sama ada bahaya atau tak. Anyway, tq atas pesanan.
salam..
k.hani nak join kt pg celebiry celebrity fitness x?..best ooo
Salam ayong,
Kak hani dah pernah gi fitness centre dulu, tapi eksiden plak, jadi, maleh gi dah.. pastu kak hani poco-poco jer.. hehehe.. sebab kaki tak berapa kuat.. nak menampung berat dan juga ber excersice. Anyway, tq for the invitation..:)
Catat Ulasan