Salam semua,
Pukul 3.58 pagi tadi, tiba-tiba saja aku terbangun. Alarm handphone ku yang ku kunci untuk bangun jam 4 pagi belum pun berbunyi. Terasa sesuatu menyucuk-nyucuk mukaku. Sakitnya!! Gerutu aku dalam hati. Aku mengalihkan posisi tidurku. Masih sakit juga, malahan bertambah sakit. Arggghh!!! Sakit betul! Berkali-kali aku cuba tidur, namun tak berjaya. Akhirnya aku bangun, mengambil wudhuk dan bersolat dua rakaat, dengan harapan kurang rasa sakit, tetapi masih lagi gagal. Ku panjatkan doa pada Allah, moga kesakitanku akan berkurangan. Aku hampa.

Selesai bermunajat, aku baring semula di atas katil, cuba untuk tidur. Aku luruskan tubuhku dengan harapan kesakitan itu hilang. Lurus sakit, bengkok pun sakit.. Akhirnya aku menelentang dan menghadap mukaku ke atas. Perlahan-lahan sakit itu hilang.
Jam 5 pagi, aku terbangun lagi. Kesakitan itu datang semula.. kali ini lebih lama, sehingga memaksaku untuk bangun dan menggosok gigi, serta menunaikan solat Subuh. Selepas itu, aku tak berjaya tidur semula. Rasa macam nak ke klinik dan ambil MC. Sakitnya, sampaikan kepalaku pun sakit dan rasa tak selesa apabila melangkah. Tapi aku gagahi juga ke pejabat, kerana ada mesyuarat penting yang perlu aku hadiri.
Aku ditegur seseorang,
" Kak, serius nya hari ni.. Nampak bad mood jer.. senyum la sikit," tegur seorang kerani.
"Yer ker? Maaf yer.. jangan terasa hati pulak. Akak tengah menahan sakit ni," jawabku perlahan.
"Laaa.. yer ker? Sakit apa? Sihat jer nampak?" tanyanya lagi.
"Sakit gigi.." Jawabku pendek.
Sesungguhnya, memang sakit yer...
Nurhani
Shah Alam
4 ulasan:
Salam Hani.
Sesungguhnya kita tidak memiliki apa-apa, semuanya pinjaman, gigi dan lain anggota juga Allah pinjamkan kepada kita, kekadang kita dapat guna sampai 20 atau 30 tahun, ada yang sampai 80 tahun, berapa tahun sekalipun hakikatnya hanya dipinjamkan sahaja.
Gigi Pak Ngah sendiri pun beberapa puntung telah inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Rupanya jasmani akan mati beransur-ansur, manakala nyawa tidak pernah mati, ia cuma perpisah dengan badan...hehehe ..takut kan..
Sakit itu akan mengingatkan kita kepada Allah. Saja nak cakap ja, memang semua orang dah maklum.....he3
laa..patutlah..sabar ye kak hani.. :)
Salam Pak Ngah,
Heeee... betullah tu.. semua pun pinjaman jerr... tapi rasanya ni nak tumbuh gigi baru...
Salam Nowa,
Tu la pasal, memanjang mencuka hari ni... Nak senyum pun sakit...
Catat Ulasan