Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 2 November 2009

Diari - Alahai Dr Asri..

Dr Asri semasa ditahan oleh penguatkuasa JAIS pada 1 Nov 2009 di Taman Sri Ukay, Ampang.


"JEMPUTAN MEDIA. Penjelasan isu Dr Asri ditangkap JAIS JAM 3.30 pm di Tingkat 6, Menara Selatan, JAIS".

Begitu kandungan sms yang saya terima daripada PRO JAIS mengenai sidang akhbar yang dibuat oleh JAIS susulan daripada penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin oleh penguatkuasa JAIS malam tadi 1 NOvember 2009 di sebuah rumah di Sri Ukay, selepas memberi ceramah terhadap lebih kurang 100 lebih pengikut beliau yang hadir.

Nampaknya penahanan beliau menimbulkan pertikaian di kalangan pemimpin-pemimpin terkemuka negara dan termasuk beberapa pertubuhan NGO yang membantah tindakan JAIS tersebut. Headlines di suratkhabar utama negara turut membuktikan perkara ini. Maklumlah, orang glamour sebab selalu masuk suratkhabar dan media massa.

Saya turut hadir dalam sidang akhbar tersebut di mana Dato' Setiausaha MAIS telah menjelaskan kepada wartawan yang hadir mengenai tindakan yang diambil oleh JAIS adalah menurut kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Selangor. Dato' Mufti turut hadir sama dalam sidang akhbar tersebut.

Menurut peruntukan seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen tersebut memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah peraturan-peraturan tauliah (Negeri Selangor) 2008 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, subseksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana orang yang dikecualikan oleh Majlis atau mana-mana orang yang mengajar tentang agama Islam atau perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Banyak persoalan yang dikemukakan oleh wartawan yang hadir, termasuklah mengenai kaitan tangkapan JAIS dengan memorandum oleh PGSM, persoalan mengenai mengapakah orang lain tidak ditangkap, tetapi Dr Asri ditangkap, persoalan mengapa tidak dibuat teruspertuduhan sedangkan telah ditangkap, persoalan bahawa pegawai JAIS lewat tiba di Mahkamah, mengapa Dr Asri yang mempunyai PHD perlu ada tauliah, dan macam2 soalan lain. Justeru, walaupun pelbagai persoalan dikemukakan, punca utama beliau ditahan adalah disebabkan beliau TIDAK mempunyai tauliah mengajar dan memberi ceramah agama, dan ini mengingkari peruntukan seksyen 119 tersebut.

Apapun, pandangan saya, penguatkuasa JAIS telah membuat tindakan tersebut secara sah menurut peruntukan tersebut. It's a clear cut case. In Selangor, No Tauliah, No Teaching, except dikecualikan. Takkan lah disebabkan Dr Asri is a public figure, dan berpelajaran tinggi, dia dikecualikan daripada peruntukan undang-undang tersebut. Tambahan pula beliau tidak pernah memohon daripada JAIS untuk mendapatkan tauliah. Dan kalau Dr Asri tidak salah, dia tidak perlu takut, sehingga perlu membuat macam-macam kenyataan di media. Diapun bukan orang biasa-biasa. Dia orang bijak pandai.

Bagi pihak berkuasa agama, undang-undang tauliah perlu, untuk memastikan ajaran agama yang dibawa tidak menyeleweng. Still, its a valid law, since banyak ajaran-ajaran yang salah, keperluan untuk memberi tauliah kepada pengajar-pengajar agama sangat penting. For me, law is made to be obeyed, not to be broken. Jika undang-undang tidak dikuatkuasakan, sia-sialah undang-undang itu digubal. Just my straight forward opinion to share with.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"


Nurhani

Bangunan Sultan Idris Shah

Shah Alam

8 ulasan:

Leenoh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Leenoh berkata...

Salam Hani.

Semoga kedua-dua pihak akan mendapat kebaikannya dan keinsafan bagi yang tersilap.

Sheikh Azmie berkata...

kita pun perlu bijak jugak.... kan ?

Hunny berkata...

Pak Ngah dan Syeikh Azmi,

Yupp...

KUNTONG berkata...

Kalau dia ambil permit, tentu tidak akan timbul masallah .Semuanya beres.

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana saudari seorang peguam, saudari tentu mengetahui tangkapan tersebut ada unsur mala fide atau tidak? Bukankah saudari pernah menghadiri mesyuarat anti wahabi dulu?


Kalau Dr. Asri apply tauliah, yakinkah saudari yang beliau akan berjaya sedangkan masa beliau jadi mufti dulu JAIS telah keluarkan arahan semua mufti boleh berceramah kecuali Mufti Perlis? Bayangkan sekarang beliau dah tak lagi jadi Mufti.

Tahukah saudari yang temudaga pemohon2 tauliah tu salah seorangnya Zamihan yang mengfitnah Dr. Asri memalsukan ijazahnya?

Cuba saudari periksa tengok panel penemuduga dan korum yang menghadiri mesyuarat anti wahabi tu.

Dan lagi tak payahlah saudari nak perli Dr. Asri tu orang glamour.

Tokngah

Hunny berkata...

Betul tu Wak Kuntong..

Hunny berkata...

Salam Tok Ngah,

Saya hanya dimaklumkan mengenai tangkapan Dr Asri pagi esoknya. Itupun oleh seorang sahabat di Jabatan Peguam Negara. Saya sendiri pun tidak tahu menahu. Dan yang jelasnya, bukan sebab wahabi ke tak wahabi, tapi sebab tiada tauliah.Seingat saya dalam entri lepas mengenai mesyuarat anti wahabi, tak ada saya menyatakan mengenai beliau pun. Siapa yang mala fide ni Tok Ngah?

Seingat saya, pasal arahan berceramah kepada semua Mufti, mungkin silap fakta. Yang saya dimaklumkan JAIS telah keluarkan surat kepada semua Mufti untuk mohon tauliah ceramah di Selangor.Berjaya tak berjaya, itu soal lain. Mohon pun tak pernah, macam mana nak tahu dapat ke tidak?

Untuk permohonan tauliah, ada Jawatankuasa Tauliah. Setiap negeri ada. Biarlah mereka tentukan. Saya pun tak arif isu dan syarat2 pentauliahan.Saya memberi pandangan dari sudut undang-undang yang berkaitan, yang mana setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang yang sama. Ahli2 jawatankuasa pun saya tak tahu siapa.

Apapun, saya tak berniat nak perli Dr Asri..Maaflah kalau Tok Ngah terasa.